CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1980|Reply: 13

salah tafsiran...i think this is better place to discuss

[Copy link]
Post time 1-12-2008 01:02 PM | Show all posts |Read mode
mintak maaf kalau isu ni selalu disebut atau dipost terdahulu tapi ada 2 isu yg i would like to discuss

1st...isu curang ....
selalu dibangkitkan isu curang di dalam forum ini. for me isu curang ini berlaku di antara suami dan isteri sahaja. kerana jika suami atau isteri curang mereka di kira bersalah kerana berdosa tetapi masyarakat telah memasukkan kecurangan ini dalam hubungan boyfriend dan girlfriend. Ada sesetengah orang telah melakukan mcm2 perkara atas dasar bf/gf ini dan menganggap ia seperti sudah ada jalinan perhubungan. sedangkan ibu bapa perempuan belum lagi melepaskan tanggungjawabnya.

2nd ..isu poligami....
saya menonton tv semalam dan ada discussion on poligamy. both ahli panel ustazah and ustaz menyatakan asas kebahagian rumahtangga bukan lah disebabkan POLIGAMY atau MONOGAMY.. asas kebahagian RUMAHTANGGA adalah berasaskan iman dan ketaqwaan kepada Allah.
ada orang yang POLIGAMY tapi bahagia dan ada orang yang MONOGAMY bercerai berai.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (an-nisa :3)

isu yang dibangkitkan didalam tv semalam..ada orang bertanya kalau lelaki boleh kahwin dari satu kenapa perempuan tak boleh?
jawab panel: kerana jika isteri berkahwin lebih dari dua bagaimana dia hendak mengikut perintah kedua2 suaminya sedangkan isteri mesti patuh dan taat pada suami. katakan si suami A suruh balik rumah dia dan suami B juga suruh balik rumah dia...bagaimana hendak dilakukan?

antara lain ahli panel menyebut tentang Akidah dan syariah tidak dapat dipisahkan..
Apabila orang mempersoalkan tentang syariah yang telah di jelaskan daripada Al Quran ia boleh menjejaskan Akidah..

maka jika ada orang menyatakan "lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik" adakah ada golongan wanita yang menentang syariah ini di golongkan antara wanita yang baik "beriman dan bertaqwa" ataupun bagaimana tafsiran anda?

sesungguhnya apa yang tertulis di dalam Al Quran adalah benda yang nyata dan jelas. Hanyalah Iman dan Taqwa sajalah yang menyelamatkan rumahtangga. bukan MONOGAMY atau POLIGAMY.

so ..perempuan2 jom discuss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by matgentle at 1-12-2008 01:02 PM
mintak maaf kalau isu ni selalu disebut atau dipost terdahulu tapi ada 2 isu yg i would like to discuss

1st...isu curang ....
selalu dibangkitkan isu curang di dalam forum ini. for me isu cur ...




  bagus utk di bincangkan..nnti nak fikir..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:12 PM | Show all posts
pelik ngan soalan kenapa perempuan tak boleh kawen lebih dari 1 tu..soalan camtu pun leh terfikir nak tanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by pilot at 1-12-2008 01:12 PM
pelik ngan soalan kenapa perempuan tak boleh kawen lebih dari 1 tu..soalan camtu pun leh terfikir nak tanya


hehe....sapa la yg bg soklan cepumas tu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:03 PM | Show all posts
poligami-best je nk bincang..tgk tv3 petang2 weeknd tu 6pm..lupa nama drama tu..sweet je first wife cari wife tuk husband dia..husband dia plak sayang tul dgn first wife c Alia tu.. ..tu jer la nak bincang...bukan iklan eh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:11 PM | Show all posts
hmm good info, thanks thread starter, tapi apa kita nak bincang ni? pasal curang ke, pasal poligami ke, pasal punca kerukunan rumah tangga ke, pasal salah tafsir definisi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2008 02:46 PM | Show all posts
aku melihatnya begini. suami, isteri, perkahwinan, kebahagiaan, poli, mono ... semua tu anugerah Allah yang dipinjamkan pada kita yang bila-bila masa boleh diambil balik dari kita. bukan hak mutlak kita. jadi ... jaga dengan sebaiknya .. itu pun dan dapat ganjaran.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:33 AM | Show all posts
Berdasarkan realiti masa kini, aku meramalkan dalam masa 10-20 tahun lagi, semakin ramai lelaki yg tak berkualiti untuk dijadikan laki.  Semakin ramai penagih dadah, gay, rempit, kaki botol, kaki clubbing, betina, perompak, pencuri dan sebagainya.

Semakin ramai wanita berbanding lelaki di universiti awam, dan jika tidak dilindungi kuota jantina, mungkin akan mencecah 70-30.

Dalam 100 lelaki, mungkin cuma 2/3 @ 66 orang je masuk kategori yg layak dari segi akhlak dan gaya hidup untuk dikahwini, daripada tu, cuma 1/3 atau 22 orang  je dari kategori pengurusan dan profesional atau ahli perniagaan berjaya.  2/3 atau 44 orang lagi kelulusan cukup2 makan, gaji cukup2 nak hidup paras hidung.

Dalam masa yang sama, dari 100 perempuan, 1/3 atau 33 orang  layak masuk u, end up sebagai pengurus atau profesional.  67 lagi  kelulusan minimum, kerja dan gaji cukup2 nak hidup paras hidung.  Daripada 100, mungkin ada 10 yg terjebak ke alam lesbian, rempit dan sebagainya.  Jumlah wanita yg terjebak sikit je banding dengan lelaki berdasarkan apa yg berlaku sekarang, contoh rempit, dadah dan gay, lelaki yg mudah terjebak dan semakin ramai kat situ.

So 33 + 57 wanita ni yg akan berebut lelaki berkualiti plus gaji besar seramai 22 orang tu.   Kalau tak dapat, pilihan kedua, lelaki berkualiti tapi gaji paras hidung yg seramai 44 orang tu.  Mungkin ada sorang dua yg akan nekad pilih gak lelaki dari golongan ketiga bermasalah yg seramai 34 orang tu.  Tapi majoriti perempuan akan menjauhi mereka.

Semakin meningkat umur perempuan, pilihannya semakin berkurang, sedangkan semakin meningkat umur lelaki, pilihannya semakin bertambah.

Dalam keadaan begini, dengan kekurangan lelaki berkualiti, aku meramalkan poligami akan amenjadi satu trend yang akan diterima masyarakat.  Aku melihat contoh ahli keluargaku sendiri.  Kalau dulu, susah nak cari mereka yg berpoligami.  Daripada seluruh sedara-mara termasuk yg bau-bau bacang pun, ada 2 orang je, pangkat atuk dan pak sedara, itupun seluruh sedara-mara tahu dan kehidupan diaorang selalu jadi bahan cerita dimana-mana.  Dlm keluarga husband aku, langsung tak ada sejarah poligami.

Tapi sekarang ni, dari 3 adik-beradikku, sorang dah berpoligami.  Dari 9 orang adik2 beradik, husband, 2 dah berpoligami.  Bezanya, kisah hidup diaorang, suka duka sudah tak dibincang atau dicanang oleh seluruh sedara-mara lagi macam yg dulu2.  Penerimaan tu dah ada sikit berubah.

Bagi diri aku sendiri, kalau tiba2 husband aku cakap dia dah ada calon untuk jadi madu aku, pasti histeria tak sudah.  Dalam masa yg sama, aku menjangkakan kemungkinan tu ada untuk salah seorang ataupun lebih dari anak-anakku untuk mengamalkan poligami.   Oleh itu, aku akan bersikap realitik demi masa depan mereka.  Kalau berpoligami, biarlah poligami yg bahagia.  Anak2 perempuan akan diajar untuk menerima poligami, sebagai isteri pertama, ia sesuatu yg natural, macam makan nasi.   Anak2 lelaki dah siap  didik poligami macammana yg adil, yg boleh menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.

[ Last edited by  aurorae at 2-12-2008 10:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 10:48 AM | Show all posts

Balas #8 aurorae\ catat

cayala aurorae...rajin ko buat ramalan..
tht y sy open pasal poli nie...xkn stop if hb nk poli, but cari pprn yg redha, rela & ikhlas nk poli juga...perangai biar semenggah...x tamak...coz sy pun merasakn makin lama pprn makin ramai...llki pulak dh la kureng dr sg quantt, then kurang pulak quality...

[ Last edited by  zanorba at 2-12-2008 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:52 AM | Show all posts
oh, benda ni tak perlu didiskaskan lagi.

sah dan nyata dan sahih

Hanyalah Iman dan Taqwa sajalah yang menyelamatkan rumahtangga. bukan MONOGAMY atau POLIGAMY


yang bawa masalahnya cuma pengamaldan mangsanya sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 02:13 PM | Show all posts

Balas #8 aurorae\ catat

Bagus la kalau masyarakat sekarang dah mula ubah persepsi merekaterhadap poligami.

Jikalau kaum wanita sudah mula berfikiran positif bagaimana pula kaum lelaki?
Anda tidak ramalkan berapa peratus lelaki yang sanggup hidup berpoligami.
Bukan semua lelaki yang layak tu satu hal ,yang layak tu adakah mereka sanggup?
Kerana nak berpoligami pun banyak cabaran dan pengorbanan yang kena harungi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:14 PM | Show all posts

Balas #8 aurorae\ catat

mungkin ni ramalan yg boleh u apply utk situasi kat malaysia je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 03:23 PM | Show all posts
senang jer tingkatkan lah keimanan dan ketakwaan kita...bila iman dah kental apa pun cabaran dan dugaan kita akan reda menerimanya....saya cadangkan anda semua bacalah buku LA TAHZAN..( JGN BERSEDIH) ...tulisan dr Aidh dah a few friends saya cadangkan baca buku ni..mereka2 yang mengalami kejutan/histeria/trauma.. suami2 kahwin lain ni lah...alhamdulillah..tak kiralah anda ada masalah ke tak ada masalah ke bila baca buku ni i promise u u will have a different persperctive about life..

kalau nak beli ada byk di pasaran di terjemahkan oleh bebebrapa penterjemah yang saya baca yang boleh memberikan kesedaran kerana di terjemahkan dgn begitu rupa buku yg color kuning di terjemahkan oleh noraine.....
bacalah...lepas baca buku tu anda akan sentiasa bersykur dgn apa yang anda ada/terima and no complaint what so ever...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by matgentle at 1-12-2008 01:02 PM
mintak maaf kalau isu ni selalu disebut atau dipost terdahulu tapi ada 2 isu yg i would like to discuss

1st...isu curang ....
selalu dibangkitkan isu curang di dalam forum ini. for me isu cur ...


Ingat nak join discuss...

Nanti sat abg night check(sambil meraba raba seluar)...ohhhhh..abg night masih lelaki rupanya...

So tak leh lah yaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.722914 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list