CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

`` P E T U A - P E T U A``

[Copy link]
Post time 5-12-2008 09:24 AM | Show all posts

Menegangkan Payu Dara

:
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 09:24 AM | Show all posts
CARA HAPUSKAN KELEMUMUR...
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.
  
MENEGANGKAN MUKA...
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.
  
MEMEKATKAN SUP...
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
  
IBU HAMIL...
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.
  
HIDUNG BERDARAH...
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.
  
MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG...
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.
  
MENGHITAMKAN ALIS MATA...
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by queen_aurora at 5-12-2008 09:21 AM
salam Mas n Cin
dh der benang baru ekk
nk numpang gak ler


petua seri wajah
Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan ai ...


patutlah wajah queen cam Barbie.......basuh dgn air basuhan beras rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:25 AM | Show all posts
MENGHILANGKAN JERAWAT BATU...
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
  
SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH...
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.
  
MENYEMBUHKAN GUSI BENGKAK...
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.
  
RAMBUT...
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang瞡ya seminggu sekali.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
  
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT...
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.
  
HILANGKAN KARAT PADA GIGI...
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
  
MENGHILANGKAN CAGU...
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by elynur_17 at 5-12-2008 09:24 AM
CARA HAPUSKAN KELEMUMUR...
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.
...


byk nya dia ni petua
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:27 AM | Show all posts
KHASIAT BAWANG...
1. pening kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.
  
MATA TERMASUK LADA...
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan hilang pedihnya.
  
MENGHARUMKAN RUMAH...
Ambil beberapa helai daun pandan,mayang seperti membuat bunga rampai.letakkan dalam bekas atau bakul.bolehlah diletakkan di ruang tamu,dapur,bilik tidur atau dimana saja sesuai.mudah dan menjimatkan. selamat mencuba.
  
MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN...
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
  
SEGARKAN MATA...
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
  
UBATI BIBIR YG PECAH...
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.
  
MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH...
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.
  
MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.
  
TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU...
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering.

Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.

Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang berlebihan.

Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut.

Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah.

Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa dalam perjalanan jauh.

Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan membekalkan jus buah pear.

Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi.
  
BADAN RINGAN & BERTENAGA...
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
  
MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH...
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.
  
MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI...
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
  
MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain air).
  
IKAN HARUAN X HANYIR...
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
  
MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT...
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.
  
MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
  
ELAK JAG KACA PECAH...
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!
  
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI...
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.
  
TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
  
ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.
  
MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.
  
AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....
  
MENGATASI NASI LEMBIK...
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
  
MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.
  
DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba
  
MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.
  
PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 09:29 AM | Show all posts
PENYAKIT LUPA...
Antara penyebabnya adalah:-

- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:30 AM | Show all posts
TIPS KESIHATAN & KECANTIKKAN UTK WANITA 30-an
Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

"Wanita... sumber ilham selalu.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by cintan66 at 5-12-2008 09:26 AM


byk nya dia ni petua


copy paste info yang ada je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by cintajc at 5-12-2008 09:13 AM
Petua nak ilangkan pedih mata sebb kene bawang..

mesti ramai dahtau,tapi cin nak bgtau gak

kalau yang kene tu mata kanan,basuh ibu jari kaki kiri..
vice verse la...


Pernah dgr..kalau xnk kasi mata pedih..masa kupas bwg tu> geget bilah mancis &
>cucuk bwg kt ujung pisau
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:34 AM | Show all posts

Reply #30 masarju's post

cin cucuk bawang ujung pisau pon tak jadik2 gak
lagi menangis adala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by elynur_17 at 5-12-2008 09:18 AM
MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM...
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas menti ...


hi nur
Bnyknya PETUA..TQ

dh amalkan blum?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:35 AM | Show all posts
cucuk bawang putih pada hujung pisau kalau nak kupas bawang
merah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by cintajc at 5-12-2008 09:34 AM
cin cucuk bawang ujung pisau pon tak jadik2 gak
lagi menangis adala


betul tu cin.........try gak cucuk tak menjadi
gigit anak mancis pun tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by elynur_17 at 5-12-2008 09:35 AM
cucuk bawang putih pada hujung pisau kalau nak kupas bawang
merah


petua ni lom try.......... esok boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by masarju at 5-12-2008 09:34 AM


hi nur
Bnyknya PETUA..TQ

dh amalkan blum?



balik print je...x sempat nak amal  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 09:39 AM | Show all posts

Reply #34 cintan66's post

makin laju menangesnyer
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #35 cintan66's post

tula,balik ahad ni nak cuba
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by cintajc at 5-12-2008 09:39 AM
makin laju menangesnyer


mata ni hiris sebiji bawang pun menangis
kadang tu masak letak bawang putih je
geram kat BAWANG MERAH, sib baik MAS ni specis BAWANG PUTIH
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:44 AM | Show all posts
salammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

selamat pagi......

wah byk nya petua ni...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.111736 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list