View: 2252|Reply: 2
|
neurologi: terapi hippo
[Copy link]
|
|
Terapi bantu pergerakan
Hippo yang bermaksud ‘kuda’ dalam bahasa masyarakat Yunani adalah rawatan menggunakan pergerakan pelbagai dimensi kuda untuk memperbaiki keadaan pesakit.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_03.1.jpg)
TIADA kemahiran menunggang kuda yang spesifik diajar
kerana tumpuan adalah untuk memperbaiki fungsi neurologi.
EDDIE Silva telah kehilangan penglihatannya. June Moss pula mengalami tekanan emosi. Manakala bagi Angel Gomez, kesan tusukan serpihan bahan letupan bukan sahaja telah mencacatkan, malah melumpuhkan sebahagian daripada anggota tubuhnya.
Mereka bertiga merupakan antara puluhan ribu tentera Amerika Syarikat (AS) yang memerlukan 'terapi' intensif sekembalinya dari peperangan di Iraq.
Sebenarnya, setiap seorang daripada mereka telah memperlihatkan perkembangan positif setelah mereka mengikuti sesi terapi dan kaunseling di pusat kesihatan VA di Palo Alto, California.
Seorang lelaki berpangkat Sarjan, Silva, juga menjadi buta akibat terkena kesan letupan bom di jalanan ketika bertugas pada tahun lalu. Dia yang telah mengikuti sesi terapi fizikal dan pekerjaan kini, mampu kembali berdiri di atas kaki sendiri.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_03.2.jpg)
| GOMEZ mencuba topi cowboy sebelum membelinya.
|
" Paling sukar bagi saya adalah untuk belajar segalanya dari mula lagi. Tetapi, apabila anda telah mampu menguasainya, anda akan memperoleh kejayaan kerana boleh berdikari melakukan segalanya sendiri seperti memasak, membasuh baju, menggunakan komputer ataupun telefon," katanya.
Bapa kepada tiga anak ini berharap dapat meneruskan pengajiannya di kolej sebelum berkhidmat sebagai pakar kaunseling untuk VA.
Moss yang sudah berkhidmat dengan angkatan tentera AS selama 12 tahun pula digerakkan ke Iraq pada tahun 2003. Hanya selepas kembalinya dia ke tanah air dalam percutian pertama, masalah mulai timbul.
"Saya menghadapi kesukaran untuk tidur. Pada masa itu, saya sedar sesuatu yang buruk telah berlaku," ujarnya.
Dia kemudiannya didiagnosis menghidap gangguan tekanan akibat trauma dan terpaksa mengikuti sesi kaunseling setiap minggu selama lima tahun.
Kini, pada usia 37 tahun, Moss menghulurkan bantuan kepada mereka yang tiada tempat kediaman atau memerlukan bantuan di Palo Alto.
Sebagai ibu tunggal yang turut membesarkan dua orang anak, Moss menganggap kedua-dua cahaya matanya itu memberi sinar harapan baginya untuk terus hidup.
"Mereka memberi saya dorongan dengan berkata: Tiada yang perlu dimalukan untuk memberitahu orang bahawa anda memerlukan pertolongan dan sedang mengambil ubat-ubatan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_03.3.jpg)
| PRESTASI Gomez dipantau oleh beberapa tenaga guru.
|
"Saya rasa, saya perlu lebih tabah dan sabar kerana ini bukan kelemahan saya, tetapi satu kekuatan," katanya bersungguh-sungguh.
Kisah malang Gomez, 23, pula berlaku sejak terlibat dalam kejadian letupan trak yang dipandunya dalam konvoi malam yang berlangsung di Ramadi pada April 2005.
"Tiba-tiba sahaja berlaku satu letupan besar. Saya menjadi kelam-kabut dan sekeping sisa letupan terkena dekat telinga saya.
"Saya mengalami pendarahan yang banyak. Rakan-rakan membantu membawa saya ke tapak perkhemahan. Kemudian, saya terus pengsan dan berada dalam keadaan koma selama dua minggu," jelasnya.
Apabila Gomez tiba di Palo Alto iaitu salah sebuah daripada empat pusat pemulihan kecederaan otak VA, dia langsung tidak dapat berjalan ataupun bercakap.
Hari ini, setelah menjalani terapi selama tiga tahun, dia bukan sahaja mampu memandu sendiri ke kolej komuniti berdekatan, malah, Gomez turut meraih perkembangan positif dari segi pergerakan biarpun lengan kanannya masih gagal berfungsi.
Rejim sesi rawatannya merangkumi terapi pertuturan, terapi akuatik dan yang terbaru, terapi hippo yang memerlukannya menunggang kuda di sebuah pusat ekuastrian di Woodside, California.
Hippo yang bermaksud 'kuda' dalam bahasa masyarakat Yunani adalah rawatan menggunakan pergerakan pelbagai dimensi kuda untuk memperbaiki keadaan pesakit.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_03.4.jpg)
| SELAIN menjalani terapi hippo, Gomez turut menghadiri kelas terapi pertuturan.
|
Pakar-pakar terapi fizikal, pertuturan dan pekerjaan yang bertauliah akan mengaplikasikan terapi Hippo ini untuk pesakit yang mengalami masalah 'kecacatan' pergerakan.
Jika mengikut sejarah, manfaat terapeutik menerusi penggunaan 'khidmat' kuda telah dikenal pasti seawal tahun 460 Sebelum Masihi. Malah, kuda telah digunakan sebagai terapi di sekitar negara-negara Eropah, AS dan Kanada.
Terapi Hippo mengaplikasikan aktiviti-aktiviti kepada pesakit menerusi kuda. Sesi rawatan biasanya berlangsung di dalam persekitaran yang terkawal bagi mendapatkan maklum balas sewajarnya daripada pesakit.
Kemahiran menunggang yang spesifik bagaimanapun tidak diajar dalam sesi rawatan. Sebaliknya, tumpuan diberikan kepada aspek memperbaiki fungsi neurologi dan keupayaan pelbagai deria.
Sambung Gomez : "Banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan tetapi tidak terdaya. Saya nampak banyak orang yang tidak ingin bekerja atau langsung tidak berbuat apa-apa."
Keadaan itu membuatkan Gomez sedih. Jelasnya, mereka ini adalah orang normal yang sempurna anggota badannya tetapi gagal menghargainya.
"Kini, biarpun dengan apa yang telah berlaku kepada diri saya, saya masih bersyukur dengan apa yang saya miliki," tambahnya. - AFP
pada aku.. tak kira ler terapi hippo ker terapi unta ker.. aper saje terapi... yg penting dapat menolong kurangkan sakit tu.... sakit fizikal juga mental..... hah!! spiking of mental... rasa2nyer ramai gak kat porem ni yg sakit mental; urat saraf tarak baik2 lagi... bley ler coba terapi hippo ni gak..... aku nak kena tanya beskot hal ni... dia hal2 sakit mental urat sarap ni.. mmg expert... almaklum dentist sumer cuma lately sebok ngan gardening dia ajer... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wah interesting. New knowledge. Teringin nak tunggang kuda tapi selalu takut and terimagine nanti jatuh kuda pastu lumpuh cam christopher reeves tuh...huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|