View: 12293|Reply: 8
|
sejarah kiub rubik: permainan paling popular dlm sejarah!!
[Copy link]
|
|
Guna kuasa ingatan
Mengapa keempat-empat lelaki in begitu obses dengan permainan kiub Rubik. Kepada wartawan YEO LI SHIAN, mereka berkongsi cerita.
BEBERAPA bongkah plastik berwarna-warni yang ada di hadapan mata dicapai satu persatu. Kiub enam muka dengan susunan warna yang telah bercampur-aduk itu, sedikit pun tidak merimaskannya.
Sebaliknya, riak wajahnya menunjukkan dia tenang. Sesekali pula, dia mengerut dahi memikirkan langkah putaran seterusnya. Kiub sebesar buku lima itu tidak akan dilepaskan selagi dia gagal menyelesaikan teka-teki 'dadu gergasi' itu.
Pantang ternampak kiub Rubik, hati Mohd. Firdaus Shahrin pasti tergerak untuk membuat putaran pertama kiub yang dilihatnya sehinggalah selesai keenam-enam warna bongkah ini disusun.
Saat sesi temuramah ini berlangsung, jari-jemari Firdaus tidak pernah berhenti menggerakkan putaran kiub Rubik dalam pegangannya. Alasannya, cukup mudah dan ringkas. Kata Firdaus, semakin kerap dia berlatih, semakin maju pengguasaannya dalam teknik penyelesaian teka-teki kiub itu.
Baginya, proses menyelesaikan teka-teki kiub Rubik ternyata tidak sekadar menyeronokkan. Sebaliknya, jejaka berusia 22 tahun ini sentiasa dahagakan cabaran dan mencari jalan penyelesaian baru.
"Untuk bermain permainan ini, kemahiran logik akal dan kuasa ingatan amat penting. Secara tidak langsung, otak juga dilatih untuk terus sentiasa aktif. Jadi, tanggapan kebanyakan orang bahawa hanya mereka yang genius boleh menguasai permainan ini adalah salah. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh mahir dalam permainan ini," katanya dalam pertemuan di ibu negara baru-baru ini.
Obses Firdaus terhadap permainan kiub Rubik bermula secara tidak sengaja kira-kira lima tahun lalu. 'Pertemuan' dengan jualan kiub Rubik di pasar malam menaikkan keinginannya untuk mengenali permainan ini secara dekat. Ini membuatkan Firdaus rajin melayari Internet, mencari maklumat tentang latar belakang dan cara permainan itu berfungsi.
KIUB-KIUB Rubik ini boleh diceraikan untuk proses modifikasi.
Sungguhpun begitu, Firdaus berkata, penguasaan teknik bermain kiub Rubik bukanlah semudah menyebut ABC.
"Tetapi, tidak mustahil ada yang pantas belajar. Purata tempoh masa untuk seseorang pandai menyelesaikan teka-teki asas kiub 3x3 adalah dua hari.
"Jadi, kita kena banyak rujuk 'pakar-pakar' dalam Internet dan berani buat kesilapan," jelasnya yang pernah bermain dengan mata ditutup kain dan ketika sedang menguasai teknik Speedcubing.
Bagi mencabar dan melatih kepantasan diri dalam permainan kiub Rubik, anak sulung daripada tiga beradik ini ada ketikanya berjaya menyelesaikan teka-teki kiub ini sehingga 100 kali sehari.
Masa terpantas pernah dicatatkan Firdaus adalah 18 saat untuk kiub 3x3, tiga minit bagi kiub 4x4 dan enam minit, kiub 5x5.
Kiub klasik Rubik adalah sebongkah teka-teki mekanikal yang terdiri daripada kiub-kiub mini dan diatur dalam susunan 3x3x3. Setiap 'potongan' itu boleh diputar secara berasingan dengan setiap kiub dilengkapi salah satu pelekat daripada warnanya.
Untuk menyelesaikan teka-teki ini, putaran mana-mana satu potongan mengikut arah pusingan jam atau berlawanan arah jam diperlukan. Ini bagi memastikan setiap muka kiub menghimpunkan kesemua sembilan pelekat daripada warna yang sama.
Kegilaan Firdaus terhadap permainan ini turut 'menjerat' tiga kenalannya, Muhammad Shahriman Samsudin, Nik Mohd. Adam Hafiz atau Adam dan Muhd. Akmal Ahmad Suhaimi untuk mengikuti aktiviti serupa.
Hadir di pejabat bersama tiga lagi kaki 'cubing'nya, mereka tiba dengan muatan pelbagai jenis permainan kiub dalam beg galas masing-masing.
DARI KIRI, Shahriman, Adam, Firdaus dan Akmal berharap
lebih ramai orang dapat menguasai teknik bermain kiub Rubik.
Sambil mengeluarkan 'aset-aset' itu, Shahriman berkata, dia mula terlibat dalam permainan ini secara serius sejak tiga tahun lalu.
Hari ini, sekurang-kurangnya satu kiub Rubik akan dibawa bersamanya tidak kira di mana dia berada. Bercuti di kampung, berhari raya mahupun sekadar melepak di taman, kelibat Shahriman dan kawan-kawan bermain kiub Rubik sudah menjadi perkara biasa.
Tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk, jelasnya: "Saya harap lebih ramai orang akan menaruh minat terhadap permainan kiub Rubik ini dan seterusnya menyertai 'persatuan' kami."
Persatuan? Ya, kerana cinta dan obses terhadap permainan ini, sebuah komuniti dalam talian (www.malaysiancube.com) telah ditubuhkan untuk menghimpun peminat-peminat kiub Rubik sepertinya.
"Untuk selesaikan teka-teki kiub paling asas (3x3) sahaja, terdapat berjuta bilion kebarangkalian jalan penyelesaiannya.
"Setiap orang ada kaedah penyelesaian teka-teki yang berbeza. Jadi, dengan adanya komuniti ini, bolehlah para penggemar permainan ini berkongsi idea, pengalaman atau apa-apa berita terkini tentang dunia kiub Rubik," jelas pengasas komuniti dalam talian itu sambil cuba menyelesaikan sebuah kiub Rubik 4x4.
Walaupun persatuan khas untuk penggemar permainan kiub Rubik agak asing di negara ini, populariti permainan ini masih 'hangat' dalam pasaran dunia!
Lebih daripada 300 juta kiub Rubik telah dijual di serata dunia.
Pada kemuncak kegilaan permainan kiub Rubik sekitar pertengahan tahun 1980-an, satu perlima daripada populasi dunia dianggarkan telah bermain permainan kiub tersebut.
KETIKA menunggu kereta api, Firdaus (kiri) dan Shahriman
sempat bermain kiub Rubik di stesen Subang Jaya, Selangor.
Malah, kiub Rubik adalah antara permainan paling popular dalam sejarah serta wajib dimiliki oleh setiap isi rumah pada tahun 1980-an.
Selain Shahriman, Akmal dan Adam pula merasakan permainan kiub Rubik mampu mencabar mereka daripada aspek berbeza.
Malah, mereka turut berupaya memodifikasikan kiub yang dibeli bagi memudahkan putaran kiub dilakukan.
"Main kiub Rubik memang boleh menarik perhatian. Lebih-lebih lagi dalam perjumpaan sosiol atau dalam apa-apa majlis.
"ernah sekali, kami minta satu sudut khas dalam pesta konvo di universiti sekadar untuk buat demonstrasi permainan kiub Rubik. Ada sekali itu, seorang penonton berkata Firdaus tipu, sebab dapat selesaikan teka-teki dalam tempoh beberapa saat.
Tetapi, akhirnya dia terpesona dengan kemahiran Firdaus. Skil ini diperoleh hasil daripada latihan yang kerap," kata Adam sambil memberitahu, kesemua mereka menerima gelaran Rubik Guys daripada rakan-rakan sekampus.
Sementara itu, Adam berkata, bermain kiub Rubik juga dapat mengasah daya kreativiti seseorang.
Akmal yang menerima kiub Rubik daripada ayahnya pula berkata: "Selain kemahiran mengingat dan melatih logik akal, saya merasakan permainan ini mengubah persepsi saya dalam melihat sesuatu perkara."
Bercerita lanjut, kata Akmal, 'berjinak-jinak' dengan kiub Rubik boleh melatih pergerakan tangan, visual serta memperkayakan variasi kebarangkalian untuk menyelesaikan teka-teki pada kiub yang ringkas ini.
Lantas, tidak hairanlah apabila seorang pakar matematik yang juga pengasas sebuah firma perisian di California, Tomas Rokicki juga tidak meremehkan potensi kiub ringkas ini.
Katanya: "Kiub ini mungkin nampak ringkas dengan kepingan yang terlalu sedikit. Tetapi, untuk menyelesaikannya, ada berjuta kebarangkalian tanpa had."
Apa yang lebih menarik ialah permainan ini tidak memberi masalah kepada mereka yang buta warna seperti Shahriman dan Akmal.
Kata mereka, bukan hanya seronok yang diperoleh tetapi kepuasan diri.
Seperti kata Adam: "Kali pertama berjaya menyelesaikan teka-teki ini, anda akan berasa sangat gembira. Selepas itu, daripada kiub 3x3, anda ingin pula mencuba kiub 4x4 dan 5x5. Setiap jenis kiub yang berjaya diselesaikan, otak akan terus berfikir mengenai kaedah lain untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat sekali gus mencabar diri daripada aspek masa dan tahap kerumitan kiub."
SHAHRIMAN dan rakan-rakannya akan kerap mengadakan
perjumpaan untuk berkongsi idea tentang kiub Rubik.
Sebelum mengakhiri perbualan, Shahriman memberitahu, lebih banyak demo-demo jalanan seperti berkumpul di mana-mana lokasi yang sesuai sambil bermain kiub Rubik akan diusahakan pada tahun hadapan.
"Jika ada peluang, kami ingin menganjurkan pertandingan Rubik's Cube Malaysia yang pertama," katanya.
aku mmg minat giler dgn kiub rubik nih!!! :victory: .. dari jaman aku sekolah lagi!! cisssssss sampai sekarang kalu boring ajer kat depan tv... aku sambar ajer kiub rubik aku..... lag... kalu buat family gathering MOSTI main dgn brader2 aku... sampai anak2 menakan aku pun memang handal gak... walau tak ler pantas sangat mcm pro.... tapi kalu setakat nak dapat 3x3 4x4 sumer tu.. no hal... 3x3 tu aku buat dalam seminit ajer.. tapi tu kira lama ler tu... tapi mmg fun main kiub rubik nih.... kalu ko boring2 tunggu giliran kat bank ker... hah!! masa ni ler ko main ajer kiub rubik... MOSTI masa berlalu cepat ajer.... ... aku tak ler obses mana pun.... main sbb suker ajer dan fun... nak join2 club tu... tarak masa ler aku...
siyesly.. kalu ko cepat dgn kiub rubik ni mcm aku... MOSTI gf ko suker.... sbb jari2 ko pantas... tee hee
[ Last edited by amazed at 26-12-2008 08:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wow memang menarik... i like play this thing.. tapi tak tau lak banyak lak jenis nyer sampai ader number... |
|
|
|
|
|
|
|
The Rubik's Cube is a mechanical puzzle invented in 1974 by Hungarian sculptor and professor of architecture Ernő Rubik. Originally called the "Magic Cube", the puzzle was licensed by Rubik to be sold by the Ideal Toys in 1980 and won the German Game of the Year special award for Best Puzzle that year.
It is said to be the world's best-selling toy, with over 300,000,000 Rubik's Cubes being sold worldwide by 2005.
In a classic Rubik's Cube, each of the six faces is covered by 9 stickers, among six solid colours (traditionally white, red, blue, orange, green, and yellow). A pivot mechanism enables each face to turn independently, thus mixing up the colours. For the puzzle to be solved, each face must be a solid colour.
Packaging of Rubik's Cube,
Toy of the year 1980- Ideal
Toy Corp 1980, Made in Hungary.
Rubik's Cube partially disassembled.
Rubik's Cube in a scrambled state.
A classic Rubik's Cube, solved.
Record times
The current world record
for single time on a 3x3x3 Rubik's Cube was set by Erik Akkersdijk in 2008, who had a best time of 7.08 seconds at the Czech Open 2008. He also holds the record for 4x4x4 cube. The world record average solve is by Yu Nakajima, when he set a world record average of 11.28 seconds at the Kashiwa Open on May 4, 2008.
Variations of Rubik's Cubes, clockwise from
upper left: V-Cube 7, Professor's Cube,
Pocket Cube, Rubik's Revenge
[ Last edited by amazed at 26-12-2008 08:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kubik yang ada dua kombinasi warna dan gambar lagi susah untuk disusun...smpi skrng aku tak boleh nak susun.. |
|
|
|
|
|
|
|
last yg aku tahu...
paling cepat org utk solve kan rubik kiub ni org thai...
1/2 jam...
so sapa2 ada rekod terbaru... |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. terdetik hati nak cuba.. baru nak cuba..
jangan tak sampai seminggu jadik hiasan sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba la,
ada byk trick dlm susunan rubik ni...
aku lebih sukan panggil step to align...
dulu ada la simpan step2 ni
skang dah ilang..
baper hebat ko nye imaginasi utk align kan 2,3 paksi rubik kiub ini utk dpt align warna yg sama
dan bape step/pusingan kedepan ko leh nmpk utk dptkan warna2 ni align...
selain chess, aku rasa ni satu objek mekanikal yg simple utk mencabar minda
utk berpikir 2,3,4,5 step ke hadapan....
secara simple, mencabar tahap pemikiran korg dan mencabar minda...
saiz = 6x6 cm. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 silver_nano59\ catat
aku pernah tengok kawan aku solve cubic 3x3 tak sampai 1 minit... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku punya PB 16.34sec dengan average kurang lebih 22sec.Kalau nak main benda ni x perlu memiliki otak yg genius yg penting rajin menghafal algos dan latihan fingerings termasuk mind set yg sentiasa ingin kepantasan.... sekurang2nya 100 kiub sehari dengan kiub diy yg telah dilubricate dan diadjust screwnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|