View: 7610|Reply: 36
|
belasungkawa Al-Marhum Tuanku Jaafar (YDP negeri sembilan)
[Copy link]
|
|
27 Disember, 2008
| | Almarhum Tuanku Ja'afar Raja Berjiwa Rakyat
SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang kembali ke Rahmatullah hari ini, seorang raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat.
Menantu Almarhum, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, 59, berkata Almarhum seorang raja yang baik dan sentiasa memikirkan mengenai pembangunan Negeri Sembilan selain mempunyai minat mendalam terhadap bidang sukan dan sentiasa mahu melihat generasi muda bergiat aktif dalam bidang itu.
Sebagai seorang ketua keluarga, Almarhum sentiasa mengingatkan anak-anak baginda supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bekerja keras, kata Tengku Azlan yang juga Anggota Parlimen Jerantut dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan.
Beliau berkata Almarhum amat disenangi oleh rakyat dan orang di sekeliling baginda kerana sikap Almarhum yang penuh diplomasi dan tertib.
"Cara Almarhum berpakaian amat segak setiap masa dan amat jarang untuk melihat baginda murka. Memang saya merasakan kehilangan seorang yang saya kagum bukan sahaja sebagai seorang bapa mertua tetapi sebagai seorang raja, seorang bapa dan insan yang baik. Negeri Sembilan kehilangan seorang pemerintah yang hebat," katanya kepada Bernama di sini.
Tuanku Ja'afar, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira 11.45 pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
Tengku Azlan, yang dimaklumkan mengenai kemangkatan Almarhum oleh isterinya iaitu puteri kedua Almarhum, Tunku Puteri Jawahir, ketika sedang bersarapan, amat terkejut dengan berita itu memandangkan Almarhum selama ini kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda gering.
Sementara itu, bekas pengawal peribadi Almarhum, Ismail Maidin, 62, berkata Almarhum Tuanku Ja'afar seorang yang suka merendah diri walaupun menjadi pemerintah negeri.
Masih kekal dalam ingatan Ismail peristiwa ketika beliau mengiringi Almarhum ke London suatu masa dahulu apabila ada seorang wanita tua di situ menegur baginda.
"Sir, from your style (pakaian) you must be somebody, kata perempuan itu dan baginda menjawab, No, I'm only a train driver on holiday," katanya.
Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Tam berkata Almarhum sangat disegani kerana selalu berpakaian kemas dan menghormati sesiapa sahaja yang baginda temui.
"Almarhum sentiasa tersenyum dan bersalaman dengan semua rakyat jelata dan pemimpin negeri. Sangat merendah diri dan susah hendak marah orang lain.
"Kenangan saya bersama baginda yang sukar dilupakan ialah ketika saya melakukan kesilapan ketika bertugas, namun Almarhum dengan lembutnya berkata, jangan buat lagi, itu sahaja tahap kemarahannya," katanya yang bertugas bersama Almarhum dari 1984 hingga 2003.
Sambil menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat dan berbudi pekerti tinggi, Pak Tam berkata kali terakhir beliau menemui Almarhum ialah kira-kira dua minggu lepas sekembalinya Almarhum pulang bercuti dari luar negara.
"Ketika itu baginda kelihatan seperti biasa, sihat dan riang menemui kenalan dan rakyat jelata. Tiada tanda yang menunjukkan baginda sakit pun selama ini," katanya.
Bagi bekas pemandu Almarhum, Koperal (B) Mohd Isa Othman 56, Almarhum bukan sahaja seorang raja yang prihatin tetapi juga seorang yang amat dihormati oleh rakyat.
Mohd Isa yang berkhidmat dengan Almarhum dari tahun 1990 sehingga 1994 menyifatkan Almarhum bukan sahaja sebagai seorang raja tetapi juga seorang sahabat dan majikan yang prihatin tentang kebajikan pekerja.
"Saya selalu membawa Almarhum, adakalanya baginda akan memandu, untuk bersiar-siar dan saya akan duduk di sebelah baginda sambil bersembang mengenai kemajuan Negeri Sembilan," katanya.
Beliau berkata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila bapanya sakit dan Almarhum menyuruhnya membawa bapanya (bapa Mohd Isa) berjumpa dengan doktor peribadi Almarhum.
"Almarhum juga amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja. Almarhum pernah menyumbangkan bantuan untuk pendidikan anak-anak saya," katanya.
-- BERNAMA
banyak gak citer pasal tuanku jaafar ni... kuarga diraja nogori sembilan ni memang femes.... baru meninggal kelmarin.. anak2 sebok celebrate kismes kat oversea sumer...
ni dah mangkat.. mungkin leh citer yg baik2 pasal dia nih... nanti aku carik lagi citer pasal almarhum nih... kalu sapa2 ada leh share2 wokeyyy
[ Last edited by amazed at 28-12-2008 03:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ruler sensitive to needs of others
Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman travelling to Kuala Lumpur
in a special train with his grandchildren in 1994.[size=+0]
|
KUALA LUMPUR: The fourth Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, will be remembered as a monarch who was sensitive to the needs of others.
[table=200][/table]
Respected by his brother rulers as well as local and foreign leaders and loved by his people for his wisdom, sincerity and dedication, Tuanku Ja'afar was the son of the country's first king, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, whose portrait is on our ringgit notes.
During the 40 years years as ruler of Negri Sembilan, Tuanku Ja'afar focused on the problems faced by the people and the administration of the state.
Tuanku Ja'afar gave special attention to industry and public housing so that the people's living standards could be improved.
As a result, several new housing areas were developed including Taman Tuanku Ja'afar, which includes an industrial area and a world-class golf course, Taman Tuanku Ampuan Najihah in Sungai Gadut and the Mambau housing project.
Tuanku Ja'afar was born on July 19, 1922.
He wanted Negri Sembilan to remain a peaceful and prosperous state where the various races could live in peace and harmony.
In his efforts to eradicate poverty among the people, Tuanku Ja'afar created more employment opportunities.
He wanted to ensure that all levels of society benefited from the state's economic progress.
Tuanku Ja'afar will be missed by the golf fraternity as he was a regular participant at national and international golf tournaments.
He also improved the standard of the sport in Negri Sembilan by upgrading golf courses and facilities, especially those of the International Golf Club of Seremban.
This passion for sports runs deep in the royal family of Negri Sembilan.
In fact, the royal family is known as the "Royal Family of Sports".
Members of the royal family have shown great interest in various sports, including cricket, squash, tennis, badminton, hockey and golf.
Tuanku Ja'afar's son Tunku Imran is the president of the Olympic Council of Malaysia.
Tunku Imran was also the president of the World Squash Federation for seven years.
Tuanku Ja'afar became the chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia on April 16, 1976.
He was a strong advocate for education and pushed for the improvement of Malaysia's standard of education.
He was awarded honorary doctorates of law by the University of the Philippines (July 27, 1990), University of Nottingham (July, 21 1995), University of Santiago, Chile (Sept 28, 1995) and University of Brunei Darussalam (Sept 11, 1996).
During the Japanese occupation of Malaya, Tuanku Ja'afar served at the Land Office of Seremban. He also served as the Rembau district officer from 1946 to 1947.
Upon his return from Britain in 1952, Tuanku Ja'afar held several posts in the civil service, including that of assistant state secretary of Perak, assistant district officer of Parit, Perak, and district officer of Tampin.
In 1957 he took up a special course for diplomatic services in London for one year.
His first appointment was as charge d'affaires in Washington DC, followed by first secretary of the Permanent Mission to the United Nations in New York, consular and deputy high commissioner at the High Commission of Malaya in London.
Tuanku Ja'afar was later appointed the Malaysian ambassador to Egypt and then the high commissioner to Nigeria and Ghana. |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah..
tapi,kenapa almarhum yg baru mangkat ni lama beno nak dikebumikan...
isnin..
lama btul.. |
|
|
|
|
|
|
|
balasungkawa ..apa maknanya ek//
cam balasundram
dari mana perkataan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah...kan tunggu anak al-marhum blk dari oversea...2 yg dkebumikan ari isnin.... |
|
|
|
|
|
|
|
belasungkawa: Pemerintahan Tuanku Ja'afar sentiasa dikenangi
Oleh Nazura Ngah
TUANKU JA'AFAR bersalaman dengan rakyat ketika tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir di Seri Menanti, Kuala Pilah.
|
Yang di-Pertuan Besar NS aktif sukan, berpengalaman luas dalam pentadbiran
ANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat semalam, dalam usia 86 tahun sangat dikasihi rakyat kerana kebijaksanaan, ketulusan hati dan sifat dedikasi baginda.
Baginda yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan memerintah selama 41 tahun itu mangkat pada 11.45 pagi semalam di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Ja'afar sangat dikagumi dan dihormati oleh Raja-Raja Melayu yang lain dan pemimpin dari dalam dan luar negara.
Baginda yang diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor adalah putera kedua Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad.
Almarhum mendapat jolokan 'The Malaysian Prince of Sports' kerana minat mendalam dalam pelbagai jenis sukan termasuk golf, kriket, tenis dan bola sepak.
| GAMBAR Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar pada 1982. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan sudah memerintah selama 41 tahun.
| Tuanku Ja'afar yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 mengahwini Tuanku Ampuan Najihah Tuanku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1942.
Pasangan Diraja ini dikurniakan tiga putera dan tiga puteri, iaitu Tuanku Dara Naquiah, Tuanku Laksamana Naquiyuddin, Tuanku Muda Imran, Tuanku Jawahir, Tuanku Irinah dan Tuanku Nadzaruddin.
Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah bermula 1928 hingga 1933 sebelum melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemudian, baginda melanjutkan pelajarannya ke Raffles College Singapura pada 1941, tetapi terganggu kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Ketika pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban. Pada 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau. Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan ketiga di Ipoh dan Pegawai Daerah Tampin.
| TUANKU JA'AFAR juga turut minat melukis. Selama menduduki takhta kerajaan Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar membawa perubahan ketara dalam pembangunan sosioekonomi negeri itu. | Baginda meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-Undang (LLB) di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 1951.
Baginda mengambil peluang ketika berada di negara itu untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.
Pada 1952, baginda mengikuti Kursus Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics. Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negara, antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat.
Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York selama dua tahun bermula 1957, selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kaunselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di London dan kemudian pada 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.
Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir yang beribu pejabat di Kaherah dari 1963 hingga 1965, kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari 1965 hingga 1967.
Pada 18 April 1967, Almarhum menaiki takhta Kerajaan Negeri Sembilan selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.
Selama menduduki takhta kerajaan Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar membawa perubahan yang ketara dalam pembangunan sosioekonomi negeri itu. Di bawah pemerintahan baginda, rakyat dan setiap lapisan masyarakat kini menikmati hasil pembangunan dan kemajuan.
Pada 10 Jun 1979, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda pernah menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong pada 29 November 1979 hingga 29 Disember 1979. Baginda dipilih semula oleh Raja-Raja Melayu sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 April 1989 untuk selama lima tahun sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1994 hingga 25 April 1999.
Di samping itu, Almarhum menunjukkan minat dan bakat secara mendalam dalam bidang sukan sejak zaman persekolahan. Bekas Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu pernah muncul johan dalam pertandingan tenis, badminton dan skuasy ketika menuntut di MCKK dan di Universiti Nottingham, United Kingdom.
Ketika menuntut di England, baginda pernah mewakili pasukan Universiti Nottingham dalam perlawanan tenis, skuasy dan badminton. Sementara di Oxford pula, Tuanku Ja'afar pernah menerajui pasukan badminton. Baginda juga pernah mewakili Perak dan Negeri Sembilan dalam perlawanan kriket dan tenis.
Disebabkan minat mendalam terhadap golf, Tuanku Ja'afar sering mengambil bahagian dalam pertandingan di dalam dan luar negara. Baginda membantu meningkatkan taraf sukan golf di Negeri Sembilan dengan mempelopori usaha untuk meningkatkan taraf padang golf dan kemudahannya, terutama di Kelab Golf Antarabangsa di Seremban.
Baginda dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran serta penghormatan seperti D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.N. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the Order of the White Rose (Finland) pada 25 Januari 1995.
Collar of the Civil Merit (Sepanyol) pada 4 April 1995, Order of Sikatuna (Filipina) pada 21 Jun 1995, Collar De La Order Almerito De Chile (Chile) pada 27 September 1995, National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil) pada 18 Disember 1995, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden) pada 12 Mac 1996, dan Grand Cordon (Uruguay) pada 3 Julai 1996.
Almarhum yang begitu komited dalam usaha menggalakkan peningkatan mutu dan taraf pendidikan negara menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, sejak 16 April 1976.
Pada 27 Julai 1990, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Ohio Universiti. Pada 22 Jun 1995, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Filipina.
Sebulan selepas itu, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Nottingham. Baginda juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh University of Santiago, Chile pada 28 September 1995 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 11 September 1996. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yosh at 28-12-2008 02:57 PM
Al-Fatihah...kan tunggu anak al-marhum blk dari oversea...2 yg dkebumikan ari isnin....
tau..but,seelok-eloknya..
jenazah jgn lewat dikebumikan
x elok lbih 1ari..
e.g:meninggal zuhur rabu,kebumi b4 zuhur esoknya...
dulu kwn sawi dok perak,ayah dia kat jb,tapi dia x dpt tiket bas,bila dia smpai jb,
ayah dia da dikebumikan,blum smpi 24jam..'
dia mnangis2,
tapi imam kata x elok jenazah lewat dikebumikan
itu yg cheq tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sepiITUindah at 28-12-2008 02:55 PM
balasungkawa ..apa maknanya ek//
cam balasundram
dari mana perkataan ni
ekceli ejaannya belasungkawa... berasal dari perkataan jawa maksud : turut berasa dukacita atau takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sepiITUindah at 28-12-2008 02:55 PM
balasungkawa ..apa maknanya ek//
cam balasundram
dari mana perkataan ni
FYI:
KAMUS DEWAN EDISI KE-3
belasungkawa:Jw pernyataan turut berdukacita,(ucapa)takziah
sawi taip n buka kamus ni lg tau...
sbb nak ko tau..
ia berasal dari jawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sawi_bayam at 28-12-2008 03:04 PM
tau..but,seelok-eloknya..
jenazah jgn lewat dikebumikan
x elok lbih 1ari..
e.g:meninggal zuhur rabu,kebumi b4 zuhur esoknya...
dulu kwn sawi dok perak,ayah dia kat jb,tapi dia x dpt t ...
betul... tak patut dilewatkan... dalam 24 jam... melainkan kalu emergency darurat mcm kat oversea ker kena bawak balik sumer.. atau sebab kena buat autopsy lama sikit.. nak carik peluru ye lorrrr ada sbb2 yg tertentu... tapi secara umum mmg kena percepatkan pengkebumian tuh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 28-12-2008 03:08 PM
betul... tak patut dilewatkan... dalam 24 jam... melainkan kalu emergency darurat mcm kat oversea ker kena bawak balik sumer.. atau sebab kena buat autopsy lama sikit.. nak carik peluru ...
ok..sawi bukan apa..
ada lah bbrapa org yg kecoh pasal bnda ni...
sbb,permaisuri perlis yg mangkat aritu pun cpat..
ntah..sawi tak tau..
sbb sawi bukannya kerabat raja..
dats just my opinion |
|
|
|
|
|
|
|
ko perasan tak muka dia macam salleh kamil yg selalu berlakon jahat masa citer2 melayu dulu.....
Tuanku Jaafar
Salleh Kamil |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 28-12-2008 03:20 PM
ko perasan tak muka dia macam salleh kamil yg selalu berlakon jahat masa citer2 melayu dulu.....
http://www.bharian.com.my/Sunday/Rencana/20081227235633/mainpix2
Tuanku Jaafar
http://ww ...
tak nampak gambo punnn |
|
|
|
|
|
|
|
sapa punya idea la suh kebumi lewat2 nieyh... sapa yg kat obersi tuh x leh blk segera ke... sempat x sempat belakang kire laaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sosimple at 28-12-2008 03:33 PM
sapa punya idea la suh kebumi lewat2 nieyh... sapa yg kat obersi tuh x leh blk segera ke... sempat x sempat belakang kire laaaaaaa
aku stuju....
aku pun plik,nape kbumi lmbat sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sawi_bayam at 28-12-2008 03:41 PM
aku stuju....
aku pun plik,nape kbumi lmbat sgt...
ada gambaq tu... aku nampak lak....
lambat tu mmg tak patut.... tingat almarhum sultan idris perak... 5 hari!!!! baru kebumi dan kawan aku cakap tu pun kebumi senyap2 satu malam tu sbb 'susah' nak tanam.... wallahua'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 28-12-2008 03:46 PM
ada gambaq tu... aku nampak lak....
lambat tu mmg tak patut.... tingat almarhum sultan idris perak... 5 hari!!!! baru kebumi dan kawan aku cakap tu pun kebumi senyap2 satu malam t ...
ok2
nampak dah pic tu...lebih kurang sama lah
mmmm....sebab tu lah aku kata aku x tau krabat diraja punya stail..
waallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
org2 beso..biasa la..
tp kalu sultan je ninggal..
msti akn ttulis kat surat kabar..
ermm..
"BAGINDA RAJA BERJIWA RAKYAT"
bukan sorg..tp sumer..ermmm..musykil2..
nmpk sgt sorat kabar pnipu..pgampu..takut kene saman..
padahal mcm la org taktau prgai sultan2 kat malaysia..
mlahan bukan kat malaysia je..
kat dunia skali pon..
mostly sume khayal ngn dunia..
arak..ppuan..zina..mistress bukan nya asing la bg mereka..
ape2 pon..
moga Allah SWT cucuri RAHMAT kepada Tuanku Jaafar..dan jga yg sultan2 yg telah mninggal dunia(mangkat).. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 cronicle86's post
|
|
|
|
|
|
| |
|