CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jejaka#Macho

Kenapa Lelaki Berpoligami?

[Copy link]
Post time 31-12-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #20 audioslavefan's post

paham maksud dia..

tapi "kelemahan" yg macamana yg dia maksudkan tuh

lemah syawat ker...lemah iman ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #20 audioslavefan's post

bab kemaluan ni pun sy dr dulu duk pikir2 gak..

kalo start dr zaman dulu or dr zaman batu

org2 pd zaman tu menutup kepala lutut mereka dan tmpat itu mereka tafsirkan sebagai kemaluan bg mereka

mungkin skang ni org akan pakai spender kat kepala lutut kot utk menutup "kemaluan" tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:01 PM | Show all posts
anyway saye pompuan..and boleh jawab kan coz lelaki yg nak berpoligami nie gatal bawah rasenyerrr kannn
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:22 PM | Show all posts

Reply #23 choolakaw's post

bukan ikut sunnah nabi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #24 audioslavefan's post

dah sunnah lain taknak ikut..at least ada la jugak sunnah yg ramai nak mengikutnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #25 TanSriJess's post

btul tuh.. laju jek tansri ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #26 audioslavefan's post

kena slowkan nampaknya nih



[ Last edited by  TanSriJess at 31-12-2008 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #27 TanSriJess's post

ala mana aci tansri editt tak sempat nk bc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 31-12-2008 12:56 PM
ala mana aci tansri editt tak sempat nk bc


ahahahhahaha....

tiba2 ubah fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:04 PM | Show all posts

Reply #28 audioslavefan's post

jgan la nanges...buruk sgt nampaknya tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:06 PM | Show all posts
Saya akan menulis menggunakan akal dan mengenepikan hati/perasaan (tau2 ajerlah bab poligami ni utk kami org perempuan mmg la sensitif)


"Poligami naluri semula jadi lelaki"

1) Merujuk kepada artikel 'Untungnya poligami' (istilah yg lebih tepat ialah polygyny - satu suami ramai isteri) dikatakan sifat semulajadi lelaki ialah 'polygamous'. Iaitu suka kepada lebih dari satu pasangan. Sebenarnya bukan manusia lelaki sahaja berperangai begini. Haiwan jantan pun suka mngadakan hubungan kelamin dgn berbilang pasangan, bertujuan untuk membanyakkan zuriat. Tak percaya cuba lihat documentari2 di National Geographic. 'Alpha Male' (ketua) sesuatu kumpulan haiwan contohnya babbon dgn sesuka hati nya akan 'menaburkan benih2nya' kepada babbon2 betina yang ada dalam kumpulannya. Persoalannya sekarang, manusia dijadikan oleh Allah sebagai sebaik2 makhluk, diberikan Allah akal fikiran untuk mengawal 'naluri haiwan' tersebut. Jadi adakah patut kita  menggunakan alasan 'lelaki nafsunya besar' untuk menyokong poligami? Harus diingat yg poligami Rasulullah is NEVER about s3x!!


Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur. Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang
haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi.


Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas semula.

Bukanlah dalam Islam dianjurkan BERPUASA untuk mengekang nafsu2 liar? (Contoh dlm kes org yg mahu berkahwin tapi tak cukup wang). Utk lelaki yg menggunakan alasan 'nafsu besar' untuk berkahwin.. korang dah cuba berpuasa? Puasa sunat Isnin Khamis, Puasa 6. Untuk lelaki2 yg puasa wajib pun tak cukup tu mintak maaf la saya cakap... korang TAK LAYAK nak berpoligami.

2) Tentang 'jemu' pula. Jangan kata lelaki, perempuan pun laaaaaaagi la jemu makan lauk gulai asam pedas hari2. Kaum wanita ni ramai yg 'bernafsu besar' cuma nya diaorg malu nak cakap. Tak puas di tempat tidur pun kami diam ajer sebab nak jaga 'ego' lelaki. Jadi tolong jgn gunakan alasan begini (apa tu... Variety is the spice of life???) untuk berpoligami.

3) Tentang poligami sebagai alat utk dpt byk pahala... Wah wah wah... part2 camni la kaum lelaki baru terfikir pasal 'ibadah' 'pahala' dsbg, Dalam Quran tu cuma satu dua tempat je yg sebut pasal poligami, tapi yg sebut pasal sembahyang jemaah, sembahyang malam, melambak2. tu sume tarbiah lah tu, apsal tanak memperjuangkan benda2 tu sume?

4) Tentang poligami memberi isteri peluang utk 'melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan'. Tahukah anda yg tanpa muhrim, isteri tak boleh keluar rumah sesuka hatinya? Makna nya tanggungjawab membangunkan masyarakat tidak terletak di pundak isteri. Cuba fikir balik, kalau isteri2nya keluar menabur bakti pada masyarakat, suami yg berpoligami pulak?? Apa kerja mereka? Menabur bakti (benih? haha) pada isteri2... Surely bila ada isteri lebih dari satu diaorg dah penat utk keluar campur dgn masyarakat kan? Dah terbalik ker?? Suami duduk dlm bilik atas katil, wife keluar bermasyarakat??

5) Tentang isteri yg tak berpoligami mementingkan suami dari tuhan, and polygamy ubat plg mujarab nak bagi kita ingat tuhan. Rasulullah ada cakap lah, something like this lah, sorry if im wrong, ‘sebaik-baik peringatan ialah mengingati mati’ bukan sebaik2 peringatan nak ingat tuhan, dengan bagi suami KAWIN LAIN kan?


"Poligami itu untung"

Poligami itu halal dalam Islam. Itu saya tak boleh sangkal. Sampai negara kita maju macam Jepun pun, ia akan sentiasa halal. Ia bukanlah hukum kuno yg lapuk ditelan zaman. Betapa indahnya syariat Islam sesuai untuk sepanjang zaman. Cuma org2 yg mengamalkannya lah yg menjadikan kita 'meluat' dgr perkataan 'poligami'.

Sebenarnya amatlah susah berpoligami ini. Hanya org2 yg layak sahaja mampu berlaku adil. Layak bukan setakat dari segi harta sahaja, tetapi dari segi iman dan ketaatan kepada Allah. Sebab itu mmg benar rasul2 dan nabi2 juga para sahabat ramai yg berkahwin lebih dari satu tapi cuba korang tengok niat, kepentingan dan cara perlaksanaan poligami mereka. Dan cuba cermin dulu diri sendiri.

Begini:

Rasulullah berpoligami sebab nak membantu janda2 yg susah dan utk setiap isterinya ada cerita disebalik perkahwinan itu. Hanya Saidatina Aisyah sahaja yg dikahwini semasa anak dara. Isteri2nya yg lain itu merupakan janda. Sanggupkah anda berkahwin dengan janda miskin berusia 45 tahun dengan anak 5 orang dengan niat membantu?? Huh... jangan harap lah. Yg selalu kita dengar anak dara umur 23 lepasan universiti laa yg ramai nak 'dibantu' oleh lelaki2 yg dah berkahwin ni.. Ikut sunnah Rasulullah ke macam tu??

Poligami kalau dipraktikkan dgn betul mmg untung. Contohnya kalau suami dan isteri merupakan pendakwah yg mengabdikan diri kepada perjuangan Islam, jadi isteri nak kongsi beban jaga suami dgn org lain.. Tapi ini maksudnya si suami merupakan seorang yg really superb dari segi taqwa nya, dari segi komitmen kepada perjuagan Islam, bukan sembarangan orang. Ini kita, jangan kata nak berjuang di jalan Allah, nak berjuang bangun solat Subuh pun tak larat, layak kah anda berpoligami? Tolong cermin diri sikit.

Tentang adil terhadap isteri2 pula. Bukan hanya yg bersangkutan dgn wang dan masa, tapi haruslah berlaku adil dan memastikan kedua2 isteri mendapat tarbiah Islam yg cukup. Kalau isteri yg pertama pun pakai tudung bila balik rumah mertua ajer, solat maghrib mengadap Tv tengok cerita Indon. Dgn bakal isteri kedua pun dah
'terlanjur' jangan mimpi lah nak ber poligami. Satu isteri pun anda tak mampu nak tarbiah, tolonglah jangan seksa diri ketika dihisab di Hari Perhitungan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by TanSriJess at 31-12-2008 11:03 AM
har har har har

takde org ndak...camana nak tambah


tak kan tak dek awek2 model cun yg minat
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:05 PM | Show all posts

Reply #24 audioslavefan's post

sunnah nabi lerrr sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 06:42 PM | Show all posts

Reply #33 choolakaw's post

Ala dik..llki ni..bab poligami je nak ikut sunnah..
yg lain,xde lak..
padahal byk lagi sunnah Nabi yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by sawi_bayam at 29-12-2008 03:04 PM


yup...dats true
abih,hang ada hati ka nak pasang 2,3,4?


daku mmg berrhasrat utk brpoligami....tapi belum berjaya lagi!! ....bukan kerana aku takut pada isteri ....tapi isteriku tidak takut pada aku!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 01:38 AM | Show all posts

Reply #35 haliem's post

La..ade niat ke...??
adeh..
kalau wife die tau nieh,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 03:06 AM | Show all posts

Reply #1 Jejaka#Macho's post

my friend ,since not married her husband want 10 children.
and he already told, if they not get 10 child, he will marry again
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by Jejaka#Macho at 29-12-2008 12:38 PM
2 hari lepas saya ada pergi dengar satu ceramah agama. dan berkebetulan pada masa tu ialah tentang munakahat dan tajuknya ialah Poligami.

banyak gak isu-isu yang telah dikupas oleh ustaz terse ...



macam biasa...

yang jawab tu orang lelaki yg dah poligami ke?  atau yang jurucakap jer?   
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 02:51 PM | Show all posts
malaysia patut mengharamkan poligami - SIS
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 05:13 PM | Show all posts

Reply #39 PEPPERMAN's post

Nape nak haramkan ape yg dihalalkan Allah??
bukan ke dah bertentangan ngn hukum Allah tu...
sis..sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.252704 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list