CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18428|Reply: 13

Legasi Kampung Morten: Perkampungan Melayu - "Muzium Hidup" -

[Copy link]
Post time 7-1-2009 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Kampung Morten

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka , adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.




Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Ramai pelancong yang melawat Kampung Morten menganggap kampung tradisional Melayu ini sebagai 'muzium hidup'.

Ini tidak menghairankan kerana ramai penduduk kampung yang terletak di tengah bandar raya bersejarah ini masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah di samping mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka.

Kampung Morten, sempena nama Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 rumahtermasuk 52 rumah tradisional Melaka.

Morten dipercayai memainkan peranan membina kampung ini pada 1920-an sementara pengasasnya dikatakan Allahyarham Othman Mohd Noh.

Kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah, di pinggir Sungai Melaka.

Kampung Morten satu-satunya kampung Melayu di bandar bersejarah ini yang masih memiliki identiti tersendiri walaupun melewati beberapa zaman seperti reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu berciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.

Tangga batu antara ciri utama di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa dan berupaya menarik pelancong dalam dan luar negara.

Pengunjung akan berpeluang melihat semua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali kepada zaman kerajaan Melayu Melaka.

Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.

Kini perkampungan ini dikelilingi bangunan moden dan aliran air sungai Melaka yang semakin bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindah oleh kerajaan negeri.

Mereka yang menaiki Melaka River Cruise, perkhidmatan bot untuk menyusuri kira-kira empat kilometer sungai berkenaan, tentunya terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung ini.

Sekali imbas jika melihat deretan rumah tradisional Melayu Melaka di kampung ini, tiada siapa menyangka pada deretan rumah berkenaan terdapat sebuah rumah yang menyimpan dengan baik khazanah Melayu Melaka berusia lebih setengah abad.

Khazanah ini tersimpan di Vila Sentosa dan tidak lengkap lawatan seseorang pelancong ke kampung ini jika tidak singgah di situ.

Vila Sentosa yang terletak di pinggir Sungai Melaka dibina Othman ketika beliau membuka kampung berkenaan pada 1920.

Kini, selepas sembilan generasinya menduduki kediaman itu, ia masih lagi mengekalkan tradisi yang ditinggalkan dan penghuninya akan terus menjaga warisan berkenaan.


[ Last edited by  dexa at 30-1-2009 06:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 12:48 AM | Show all posts

Balas #1 dexa\ catat

eh kampung aku...

lorg tun ali 4....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 12:54 AM | Show all posts

Reply #2 airfilterbersih's post

eh.. whoaa.. --- ye ke....
ha - cerita la sikit apa yang airfilter tahu pasal kampung ni

kita nak belajar juga sikit pasal kg morten ni -

dulu masa kecil sebut morten aje.. saya ingat tu yang macam
ridsect or sheltox tu.. yang bunuh nyamuk tu --
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:55 AM | Show all posts

Balas #3 dexa\ catat

nk cte pasal pe???
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:56 AM | Show all posts
kampung kt ngah bndr mlk...

tpi sungai mlk...
klau spe yg naik bot lalu la kmpg sye tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 03:57 AM | Show all posts
mmmm....lama nya x gi melaka......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 09:26 AM | Show all posts
lorr.. saudara airfilterbersih rupanya orang Melaka.. hurmm.. nice..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by airfilterbersih at 7-1-2009 12:56 AM
kampung kt ngah bndr mlk...

tpi sungai mlk...
klau spe yg naik bot lalu la kmpg sye tu....


yg ada pelancong leh naik bot melalui sungai tu, pastu ada satu kampung kt tengah2 ala2 pulau tu..yg tu ke?

baru p..pastu ternmpak ada satu bot utk pelncong round the village..adakah kampung itu yg dimaksudkan?

kalau ya..wah...sgt shantek!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2009 06:41 AM | Show all posts
Legasi Kampung Morten

Kampung tradisional Melayu ini seperti muzium hidup.





RAMAI pelancong yang melawat Kampung Morten menganggap kampung tradisional Melayu ini sebagai muzium hidup.


Ini tidak menghairankan kerana ramai penduduk kampung itu masih mengamalkan cara hidup lama, di samping mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka.

Kampung Morten yang diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 buah rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka.

Morten dipercayai memainkan peranan penting bagi membina kampung itu pada tahun 1920-an, sementara pengasasnya dikenali sebagai Allahyarham Othman Mohd Noh.

Kampung itu terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka.

Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung Melayu di bandar bersejarah Melaka yang masih memiliki identiti tersendiri. Antaranya reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.

Tangga batu merupakan ciri-ciri utama, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa dan berupaya menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.

Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.

Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindah oleh kerajaan negeri.

Mereka yang menaiki Melaka River Cruise, berpeluang menyusuri kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan, tentunya terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut.

Villa Sentosa


Sekali imbas jika melihat deretan rumah tradisional Melayu Melaka di kampung itu, tiada siapa menyangka terdapat sebuah rumah yang masih menyimpan khazanah Melayu Melaka yang berusia lebih setengah abad.



ORANG RAMAI dan pelancong menyusuri
Sungai Melaka dengan bot River Cruise.


Khazanah itu tersimpan di Villa Sentosa, dan tidak lengkap lawatan pelancong ke kampung ini, jika tidak singgah di Villa Sentosa.

Villa Sentosa yang terletak di pinggir Sungai Melaka dibina oleh Othman ketika beliau membuka kampung berkenaan pada tahun 1920.

Kini, setelah sembilan generasinya menduduki kediaman tersebut, ia masih lagi mengekalkan tradisi yang ditinggalkan dan penghuninya terus menjaga warisan berkenaan.

Villa Sentosa juga dikenali sebagai The Living Museum. Rumah itu diubahsuai menjadi muzium peribadi dan dirasmikan pembukaannya pada 11 Disember 1991. Villa Sentosa kini diuruskan oleh waris generasi itu, Abdul Rahim Hashim, 58.

Abdul Rahim berkata, Villa Sentosa memiliki reka bentuk rumah yang unik dan menghimpunkan pelbagai bahan sejarah seperti pakaian tradisional Melayu, alat muzik tradisional serta perabot antik.

Pengunjung juga berpeluang mengenali generasi Hashim Abdul Ghani iaitu bapa Abdul Rahim melalui gambar keluarga yang digantung di dalam bilik pengantin.

Menurut Abdul Rahim, bilik berkenaan digunakan untuk majlis perkahwinan oleh waris keluarganya. Di ruang hadapan Villa Sentosa tergantung sebuah lakaran carta salasilah keluarga sembilan generasi itu.

Selain itu, 14 tingkap di dalam villa berkenaan membolehkan udara segar sentiasa masuk sehingga kipas angin atau pendingin hawa tidak diperlukan.


RUMAH milik Abdul Rahim Hashim
di Kampung Morten dijadikan muzium.

Villa tersebut juga menyajikan himpunan piring hitam era 50-an, selain pameran senjata tradisional seperti tekpi yang berusia 100 tahun, pinggan mangkuk berusia 100 tahun dari China, England, Itali dan Perancis.

"Dalam usaha mempromosi Villa Sentosa, kami turut mengadakan persembahan kebudayaan, nyanyian dondang sayang dan joget lambak.

"Persembahan ini diadakan sekali setiap bulan," kata Abdul Rahim. Beliau berkata, pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan anggota keluarganya juga bersedia memberi penerangan kepada pengunjung.

"Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran, memadai dengan menderma untuk tabung keluarga ini bagi membantu kami membaiki dan menaik taraf Villa Sentosa," katanya.

Villa Sentosa dibuka kepada pengunjung pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali Jumaat dibuka pada pukul 2 hingga 6 petang. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:06 PM | Show all posts
kampung ni pernah dilanda banjir pada 22 disember 2006. waktu tu banyak area kat melaka tenggelam. pada masa yang sama banjir besar juga berlaku di Johor dan Pahang.



Caption: MELAKA - 22 Disember 2006 - Sebahagian penduduk perkampungan Melayu, Kampung Morten masih menunggu bantuan anggota penyelamat di Melaka semalam.

Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : PIX ONLY


Caption: MELAKA - 22 Disember 2006 - Beginilah keadaan Kampung Morten, perkampungan Melayu dilanda banjir di pusat bandar di Melaka semalam.

Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : PIX ONLY

Caption: MELAKA - 22 Disember 2006 - Seorang kanak - kanak kelihatan seronok bermain dengan air sungai Melaka yang melimpah menyebabkan sebahagian perkampungan Melayu, Kampung Morten hampir tenggelam di Melaka semalam.

Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : PIX ONLY


Caption: MELAKA - 22 Disember 2006 - Keadaan sebuah rumah tradisional Melayu di Kampung Morten yang dilanda banjir akibat limpahan sungai Melaka di Melaka semalam.

Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : PIX ONLY


Caption: MELAKA - 22 Disember 2006 - Keadaan sebahagian perkampungan Melayu, Kampung Morten yang hampir ditenggelami air sungai yang melimpah di Melaka semalam.

Gambar : GAIE UCHEL / Pemberita : PIX ONLY

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 10:36 PM | Show all posts
Emow Emow Emow...
wah macam kampung air kat sabah tue
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 07:10 AM | Show all posts
Bak sebuah muzium hidup

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

Kampung Morten yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka memiliki pemandangan yang indah dan menyimpan sejarah serta tarikan tersendiri.





PINTU gerbang yang tertera tulisan Kampung Morten, Kampung Ku Indah sudah cukup membuatkan orang yang melaluinya terpesona.

Tarikan itu bukan sekadar kerana tulisan tersebut, sebaliknya pemandangan kampung yang bersih dan kedudukannya seolah-olah ia terletak di atas sebuah pulau dengan keistimewaan tersendiri. Pemandangan dari kaki lima kampung pula dihiasi dengan deruan bot-bot siar sungai yang tidak pernah bosan membelah Sungai Melaka yang mengalir lesu.

Itulah aura Kampung Morten yang terletak di pinggir Sungai Melaka. Ia berdiri gah walaupun dikelilingi bangunan tinggi di setiap penjurunya.

Kampung itu boleh dikatakan sebagai sebuah muzium besar yang hidup. Ini kerana setiap penghuni deretan rumah berwarna terang yang tinggal di sana menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Penghuninya 100 peratus masyarakat Melayu. Mereka masih mengamalkan cara hidup Melayu, selain mengekalkan bentuk rumah kampung negeri Melaka.

Pinjam wang


Menurut sejarah, Kampung Morten seluas 5.02 hektar itu dibuka pada tahun 1922. Ia menempatkan 100 buah rumah dengan anggaran 600 orang penduduk.

Mengikut cerita, kampung unik itu mendapat nama Kampung Morten selepas salah seorang penduduk ketika itu berjumpa dengan seorang pegawai daerah bernama J.F Morten untuk meminjam wang.


NIZAN Misni meluangkan masa melihat gambar aktiviti belia-belia Kampung Morten.

Ketika itu kampung tersebut dimiliki oleh dua orang lelaki iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Sementara pengasasnya ialah Datuk Othman Md. Nor.

Disebabkan terlalu kepinginkan kampung tersebut, salah seorang penduduk kemudian bertindak berani dengan meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada pegawai Inggeris itu.

Hasrat penduduk kampung itu tertunai apabila pegawai daerah terbabit menghulurkan wang yang diminta untuk membeli kampung itu. Dua orang lelaki yang merupakan tuan tanah itu bersetuju untuk menjualkan tanahnya kepada penduduk kampung.

Terharu dengan pinjaman tersebut selain gembira kerana berjaya memiliki kampung itu, sebagai mengenang jasa JFMorten penduduk kampung sepakat menamakan kampung itu sebagai Kampung Morten sehingga hari ini.


SIAR kaki di tepi Sungai Melaka dan Kampung Morten yang menjadi
tempat riadah orang ramai pada waktu petang.

Mengelilingi kampung tersebut, sudah pasti sebuah rumah yang diberi nama Villa Sentosa menjadi lokasi wajib disinggahi.
Lebih menarik, struktur kediaman tersebut masih kekal seperti asal walaupun ia telah dibina pada suku pertama abad ke-20.

Sangat fasih berbahasa Inggeris dan boleh bertutur dalam bahasa Jepun, pemiliknya, Abdul Rahim Hashim, 74, memberitahu, segala perkakasan di dalam rumah keluarganya itu merupakan barang-barang asli dan langsung tidak diubah.


VILLA Sentosa lokasi yang wajib dikunjungi jika anda singgah ke Kampung Morten.

"Dari ruang tamu hinggalah meja makan semuanya asli mengikut adat budaya zaman dahulu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Antaranya ialah gong, kamera, keris dan sundang yang menjangkau usia lebih 100 tahun. Itu belum termasuk ayat-ayat suci al-Quran yang digantung di dinding yang berusia 200 tahun.

Nilai sejarah


Rumah yang mengenengahkan konsep binaan rumah Melayu asli itu turut menempatkan pelamin bagi pasangan Melayu bersanding dan dihias dengan begitu unik tanpa menghilangkan nilai-nilai sejarahnya.

Tarikan Villa Sentosa bukan sahaja pada barang antiknya, bahkan reka bentuk rumah itu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu bertatahkan jubin pelbagai warna.


SALAH sebuah rumah tradisional Melaka yang terdapat di Kampung Morten.

Sebelum beredar, Abduk Rahim sempat membacakan serangkap pantun kepada kami.

Villa Sentosa nama rumahnya,
Telah dibina berdekatan Sungai Melaka,
Jika anda sudi melawatinya,
Anda tidak akan lupa selama-lamanya.


SEORANG pengunjung memukul gong yang berusia 200 tahun yang terdapat di Villa Sentosa.

Lupakan sebentar reka bentuk rumahnya, kami menyelami pula budaya mereka. Umum mengetahui walaupun dihimpit pembangunan, masyarakat setempat masih mengamalkan cara hidup kampung.

Bagi Nizam Misni, 41, dia tidak pernah merasa sukar untuk tinggal di kampung itu walaupun berada di tengah-tengah bandar.

"Kami penduduk kampung yang masih mengamalkan 100 peratus adat budaya orang Melayu. Misalnya bertukar-tukar juadah, bertarawih secara jemaah di surau pada bulan Ramadan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Melayu di kawasan pedalaman," katanya.


VILLA Sentosa sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana
mempunyai pelbagai barangan antik dan bersejarah.

Bukan itu sahaja, suasana menjadi lebih meriah ketika Hari Raya Aidilfitri. Para penduduk kampung sibuk beraya dari rumah ke rumah dengan masing-masing melaram baju Melayu dan baju kurung baru.

Menurut Nizam, pada sambutan Hari Raya Aidiladha aktiviti lembu korban juga dijalankan. Sukar untuk membayangkan betapa meriahnya suasana ketika itu.




"Tidak pernah terfikir pun untuk berpindah ke mana-mana. Biarlah sampai bila-bila pun saya tetap berada di kampung ini, anak jati Kampung Morten," katanya menutup bicara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 09:19 PM | Show all posts
besttnyer kampung dieewaktu raya confirm bestt...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 02:33 PM | Show all posts
wah best gila kampung ni.... kalo datang melawat masa hr raya sure lg best kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.171808 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list