CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9683|Reply: 28

Misteri Lata Kinjang

[Copy link]
Post time 8-1-2009 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama "Kinjang" hingga kekal namanya sampai sekarang. Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik.
Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.
Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi  batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.
Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai " Puteri Bunian " yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu. Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu  oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang. Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja. Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja. Encik Haslam memberitahu, " Puteri Bunian " muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya.
Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk dijadikan ubat untuk memerdukan suaranya. Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 02:29 PM | Show all posts
ko dh penah pegi ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 05:26 PM | Show all posts
erm...donggeng ja ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 05:27 PM | Show all posts
ni kg nenek aku daaa...
aku dgr citer lain la plak..
malasla r nk citer...
br2 ni g aku ngn anak aku demam panas lepas blk dr situ..
hampeh tul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 08:18 PM | Show all posts
citer la kongsi2kn pengalaman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by selipar_hijau at 8-1-2009 02:29 PM
ko dh penah pegi ke?  




:victory: xda la dh pegi... saja nk kongsi crita.. nape? xbley ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2009 11:54 PM | Show all posts
aku pernah camping situ .....aku naik smp atas sekali...mmg best laa...tido bersama percikan air terjun...huhuhuhu...mcm alam lain je rasa...2nd nite tu  ujan lebat..abis kitorang basah..seb baik khemah tak terbang tp air terjun dia besh woo...so far tade kena kaco laks
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 08:02 AM | Show all posts
aku ada la gak pegi lata kinjang tu 3-4 kali..
best mandi kt situ..tp xde la pulak dgr citer2 camtu..
aku naik smpi yg ada jmbtn gantung tu je kalau p mandi sana..
lata kinjang nih ke yg bleh nmpk dr hiway tu ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 10:15 AM | Show all posts
aku ada plan nak pegi, mcm best jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:16 AM | Show all posts
dulu ada gak g sana best tmpat mandi dier
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by ^^langkasuka^^ at 8-1-2009 02:23 PM
Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat ...

wa berminat dgn lagenda bunian..penah ada cita-cita nak jumpa nenek kebayan bagai tp tak kesampaian
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:56 AM | Show all posts

Balas #8 fariepari\ catat

ya btul tu..yg bleh nmpak dr highway tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by fariepari at 9-1-2009 08:02 AM
aku ada la gak pegi lata kinjang tu 3-4 kali..
best mandi kt situ..tp xde la pulak dgr citer2 camtu..
aku naik smpi yg ada jmbtn gantung tu je kalau p mandi sana..
lata kinjang nih ke yg bleh  ...


titi gantung tu dah reput skang ni..
dorang dah pagarkan tak kasi org naik..
tapi bru2 ni masa cuti umum awal muharam saya pergi bukan main lagi cina2 melepak kat tgh2 titi gantung tue..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:50 PM | Show all posts
baru nak gi sane...
  x jadi ar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by raudah at 9-1-2009 10:20 AM

wa berminat dgn lagenda bunian..penah ada cita-cita nak jumpa nenek kebayan bagai tp tak kesampaian


...
   ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:02 PM | Show all posts

Reply #11 raudah's post

apa yg best jumpa org bunian??
sat gi, diaorg bwk ko gi alam bunian camno??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 01:26 PM | Show all posts
i penah pegi tapi masa sekolah dulu...memang best waterfall dia...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:41 PM | Show all posts
member aku dah g dgn awek...kononromentik la g dua...last2 kene cekop dgn org kg citu sebab berduo-duoan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 03:26 PM | Show all posts
masa aku blajaq dulu pernah gak pegi..camping kat cni. masa aku tgh syok2 mandi ngan member, ada benda yg paling ngeri dah berlaku. skali aku jumpa bangkai............ayam. siyol jer....tapi kat cni memang syok....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 03:40 PM | Show all posts
aku x pernah p sana..xpe la tunggu la bb aku besar dulu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.070645 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list