View: 3512|Reply: 20
|
Mawi-Ekin akui sudah 'overexposed' tapi rela dieksploitasi
[Copy link]
|
|
Mawi-Ekin akui sudah 'overexposed' tapi rela dieksploitasi
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Mawi dan Ekin muncul sebagai tetamu jemputan dalam program bual bicara Sehati Sejiwa. Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI.
BUKAN mudah menjadi bintang popular, pelbagai cerita perludikongsi bersama peminat-peminat tersayang begitulah halnya denganpenyanyi popular Asmawi Ani, 27 dan Nora’ashikin Rahmat, 29.
Biarpun baru dua minggu melayari bahtera rumah tangga, ada sahajaisu yang dijadikan cerita mengenai bintang Akademi Fantasia musim ke-3ini.
Dari kisah dia dibayar oleh Astro RM5juta kerana mendapat hakeksklusif untuk membuat liputan sepanjang majlis perkahwinannyahinggalah kisah Ekin membomohkan dirinya semua seakan tidak menjadikudis buat anak jati, Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini.
Terbaru, kisah perkahwinannya terus menjadi perhatian, apabila adapihak mula mempertikaikan liputan yang diberikan kepada si pelantunlagu, Aduh Saliha ini dikatakan sudah berlebihan.
Ada pihak mendakwa ramai yang seakan sudah muak apabila isuperkahwinan Mawi dan Ekin terus diulang siar hampir saban hari dihampir semua stesen televisyen.
Paling baru, semalam pasangan merpati sejoli yang barudiijabkabulkan pada 21 Disember lalu muncul sebagai tetamu undanganpada episod pertama rancangan terbitan RTM, Sehati Sejiwa semalam.
Mawi yang ditemui sebaik rancangan berakhir mengakui perkara tersebut, namun dalam nada yang tenang dia berkata:
"Apa boleh saya buat, orang dah panggil kami. Takkan nak tolak tanpasebab. Memang betul dan kami akui berita perkahwinan kami dah jadi overexposed.
"Banyak pihak yang gunakan kesempatan untuk mempopularkan rancanganmasing-masing. Tapi pada masa yang sama saya dan Ekin sendiri ambil isuini sebagai satu yang tidak serius sangat. Lagi pun lama-lama orangakan senyap juga."
Sementara itu, Ekin di sisi turut mengakui apa yang diperkatakansuami tersayang, baginya ada pihak perlu faham mereka terikat dengankontrak dan apa yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Selagi tak ada yang memudaratkan kami terima kerana saya faham Mawiseorang selebriti. Apa sahaja cerita mengenai dia orang nak tahu dannak tengok," ujarnya ceria.
Tambah Ekim lagi, walaupun pasangan itu baru berkahwin, tidaksemestinya mereka tidak layak untuk berkongsi pengalaman bercinta danberkahwin dengan masyarakat.
"Satu rancangan yang bagus. Masyarakat yang boleh tahu maklumat dankisah mengenai seseorang selebriti atau personaliti," kata Ekin.
Rancangan bual bicara Sehati Sejiwa yang disiarkan selama satu jamyang diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa ini menekankan khusus mengenaikisah cinta dan kebahagian pasangan selebriti yang baru dan telah lamaberkahwin secara lebih mendalam.
"Jemputan kami tidak semestinya selebriti tetapi juga personalitisukan dan juga tokoh korporat," katanya ketika ditemui di Studio PusatPenyiaran Antarabangsa (IBC) di sini semalam.
Haliza juga berkata program ini juga akan diserikan dengan pengisianklip video artis jemputan, sesi temubual berkaitan rumah tangga,keistimewaan pasangan masingmasing, aktiviti masa lapang serta kegiatanseni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.
Antara aksi lucu dan selamba, juara AF3, Mawi bercerita mengenai kisah cintanya bersama Ekin.
Bagi pelakon muda, Scha Al-Yahya, ketika ditemui berkata peluangmengacarakan rancangan itu merupakan satu penghormatan baginyamemandangkan ia adalah pengalaman pertama beliau bergelar pengacara.
"Tentunya saya berasa teruja kerana ini adalah kali pertama sayamenjadi pengacara dan berasa gementar pada mulanya kerana ia dibuatsecara langsung," katanya yang turut mengharap penonton dapat menerimadan menyokongnya dalam bidang pengacaraan ini.
Menekankan tema cinta, rancangan yang berbentuk bual bicara santaiini bersiaran sebanyak 13 siri untuk musim pertama dan akan menampilkanbeberapa pasangan selebriti undangan seperti Nora dan Johan Nawawiserta Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Mawi dan Ekin terima apa jua cabaran yang melanda bahtera perkahwinan mereka.
Mawi dan Ekin akan disandingkan buat kali ketiga di Palace of TheGolden Horses pada 11 Januari ini dengan mengetengahkan konsep ‘TimurTengah’.
Dijangka 1500 tetamu VVIP dan rakan artis dijangka hadir pada majlisresepsi gilang-gemilang pasangan selebriti ini yang akan disiarkansecara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula pada jam 7:30 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn dorang yg mintak seme tu pn..
da org nk bg kn, kalo tolak anti kang ckp jual mahal plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ehemm..
nampak manis je pasangan ni..
semuga berkekalan hingga ke surga..... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berbahagialah hendaknya...
pandai2lah melayari hidup berumah tangga.... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt2 dorang tgh bahagia.. semoga berkekalan. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.....bahaya kawin grand2 ni...harap2 sampai akhir hayat... |
|
|
|
|
|
|
|
astro asyik tayang siaran ulangan jek persandingan mawi..mana org tak jelak... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mawi cam tembam aaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syami at 8-1-2009 02:50 PM
bkn dorang yg mintak seme tu pn..
da org nk bg kn, kalo tolak anti kang ckp jual mahal plak.. betul.. rezeki tgh murah ni,baik amik |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa lerrr......biar jer lerr dia.....dah rezeki.....mn2 yg kata busan tuh......baik jgn tgk terus....kan terus busan.....(ker tengok jugak hahahahahahaha....) doa kan jer lerr semoga berkekalan hingga ke akhirat...... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 AkU75\ catat
betullah tu....dah buhsan tak yah tengok and buat komen....
kutuk2 pun pahala dapat kat depa....kite nganga aje....
tp kan...sy tak penah lagi tengok siaran majlis perkahwinan mawi & ekin nih....gambar2 cuma tengok kat cari jer dan paper skit2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AkU75 at 8-1-2009 03:50 PM
aku rasa lerrr......biar jer lerr dia.....dah rezeki.....mn2 yg kata busan tuh......baik jgn tgk terus....kan terus busan.....(ker tengok jugak hahahahahahaha....) doa kan jer lerr semoga berkeka ...
betul tu
buat mcm aku.. kurangkan tengok tv
|
|
|
|
|
|
|
|
Mawi ralat tak sertai AJLOleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
ARTIS-ARTIS yang akan berentap dalam AJL 23 pada 18 Januari depan.
TIDAK berpeluang menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) bagi menyanyikan lagu Doa Dalam Lagu bersama Heliza membuatkan Mawi mengakui dia menyimpan rasa terkilan.
Kekesalan Mawi jelas terlihat apabila dia tanpa berselindung menjelaskan perkara yang berlaku itu tidak disengajakan, juga bukan dilakukan dengan niat tertentu.
"Sedih jugalah kerana saya tidak dapat bersama-sama Heliza menyertai AJL 23 nanti," tutur Mawi ringkas yang tempatnya digantikan rakan seperjuangannya, Zahid AF2.
Umum mengetahui Mawi tidak berpeluang memijakkan kaki di pentas gah AJL 23 kerana waktu itu dia sedang berbulan madu dan bercuti panjang setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Ekin pada 20 Disember lalu.
"Sekalipun, saya memang tidak dapat sertai AJL 23 tetapi saya gembira kerana pengganti saya, Zahid pernah menyanyikan lagu ini.
"Saya cukup yakin dengan kemampuan Zahid untuk menyampaikan lagu Doa Dalam Lagu bersama Heliza.
"Saya tahu Zahid dan Heliza pasti boleh buat. Harap-harap lagu ini bakal memenangi AJL 23," tambah Mawi mendoakan kejayaan lagu ciptaan Ajai itu pada final 18 Januari nanti.
Penarikan diri penyanyi berusia 27 itu daripada beraksi di AJL 23 bersama rakan duetnya, Heliza bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang masalah meskipun pihak penerbitan hanya tahu mengenainya pada saat-saat akhir.
Biarpun begitu, seluruh tenaga produksi AJL 23 mengaku tidak menghadapi kesulitan, malah menghormati keputusan yang dibuat penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor itu.
Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin berkata, Mawi sendiri ada meminta maaf kerana lewat memberitahu tidak dapat menyertai AJL 23.
"Lagipun Mawi sendiri tidak mengetahui perancangan itu dan semua perkara berlaku di saat-saat akhir.
"Jika tidak, sudah pasti awal-awal lagi dia tidak akan terlibat di peringkat separuh akhir tempoh hari," jelasnya ketika ditemui pada sidang media AJL 23 dan cabutan giliran untuk persembahan di Sri Pentas TV3 Selasa lepas.
Lantaran itu, syarikat rakaman yang bertindak mengendalikan perjalanan kerjaya seni Mawi iaitu Maestro Talent And Management mengambil Zahid untuk menggantikan tempat Mawi di AJL 23 kelak.
Ketiadaan Mawi dalam AJL 23 dilihat tidak akan menggugat rating program itu, apatah lagi fokus AJL adalah tentang lagu-lagu terbaik yang dipertandingkan.
Tidak dinafikan debaran AJL 23 makin dirasai di kalangan komposer, penulis lirik dan penyanyi bagi 14 buah lagu yang dipertandingkan menerusi tiga kategori: Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.
Tiga buah lagu dipertandingkan dalam kategori Etnik Kreatif, enam menerusi Balada manakala lima lagu menerusi kategori Pop Rock yang bakal berentap di pentas sama untuk merangkul gelaran Juara AJL 23 sekali gus bakal membawa pulang wang tunai RM25,000.
Bertemakan Iluminasi Muzik bagi menerapkan sinaran dan keajaiban untuk perjalanan acara gemilang AJL 23, malam kemuncak itu akan dimeriahkan dengan gandingan tiga hos iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.
Mengulas lebih lanjut tentang persiapan menjelang acara berprestij itu, Amrin berkata, pihak penerbitan sedang membuat persediaan rapi bagi memastikan kelicinan perjalanan acara tersebut pada malam itu.
"Tekanan memang ada apatah lagi AJL sering memperoleh rating tinggi. Sudah tentu jangkaan penonton semakin tinggi.
"Apa yang pasti, kandungan dan intipati AJL pada tahun ini tetap akan menampilkan sedikit kelainan.
"Dari segi pentas dan juga persembahan pembukaan ia cukup menarik. Kita akan menampilkan penonton sesuatu yang berbeza dan unik.
"Begitulah juga dengan konsep Iluminasi Muzik yang menjadi tema kali ini. Elemen cahaya yang akan kami ketengahkan pada malam itu dilihat selari dengan tagline TV3, Inspirasi Hidup," kata Amrin.
Bercakap soal penjurian pula, proses itu akan berlangsung pada minggu hadapan. Kriteria penjurian juga akan dibincangkan sebelum bermulanya proses tersebut.
Pemilihan juri juga sama seperti tahun-tahun terdahulu yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang hiburan.
Penjurian kali ini mungkin akan dibuat dalam tempoh sehari atau dua hari sebelum berlangsung AJL.
| Mawi dan isterinya, Ekin.
|
Perkara itu dibuat pada saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang masalah seperti isu berat sebelah timbul di kalangan juri.
Walaupun ada pihak yang beranggapan terdapat kebarangkalian berlakunya isu berat sebelah disebabkan dua artis terbabit dalam AJL 23, Faizal Tahir dan Ayu, merupakan kelahiran program stesen televisyen Media Prima, ia tidak langsung menjadi faktor utama penjurian.
Sesuai dengan jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan, program anjuran TV3 itu hanya menjulang karya terbaik sepanjang tahun dan memberikan trofi serta wang tunai berjumlah RM25,000 kepada juara AJL 23.
Sementara, trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000 ditawarkan mengikut kategori masing-masing. Persembahan dan vokal terbaik masing-masing bakal memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.
AJL 23 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari ini bermula pukul 9 malam.
Tidak seperti kebiasaannya, acara karpet merah hanya akan ditayangkan di laman web www.tv3.com.my pada pukul 7.30 malam manakala penonton juga berpeluang mendapatkan cerita eksklusif di belakang tabir AJL 23 di www.gua.com.my.
Kepada peminat yang mahu merasai kehangatan AJL 23, anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket percuma yang boleh diperoleh di Balai Pengawal, Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya mulai 10 Januari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 niy's post
yg ni eksploitasi jugak
citer pasal AJL.. tapi citer mawi yg join byk
siap gamba somi isteri lagi
baju kikin ni elok sikit
kurang sikit sakit mata aku..
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kepoci at 8-1-2009 03:25 PM
astro asyik tayang siaran ulangan jek persandingan mawi..mana org tak jelak...
selalu sgt diulang tayang
dah tak nampak kat mana lagi prestijnye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AkU75's post
adik aku nak tengok siap suruh tukar channel lagi sebab aku tak nak tengok, nak jaga lidah
tapi mmg tak boleh elak ler kalau pasal wedding mawi ni, ramai plak org sekeliling dok cite psl wedding mutaks tu, terpaksa tahan dari menyampuk sebab nak jaga lidah |
|
|
|
|
|
|
| |
|