CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5309|Reply: 9

Kangaroo -

[Copy link]
Post time 12-1-2009 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Kanggaru spesies terancam lahir anak


IMEJ eksklusif Zoo Kanak-Kanak Lincoln menunjukkan kanggaru pokok
Matschie, Milla yang melahirkan anak kembar di Nebraska baru-baru ini.



OMAHA - Para penjaga sebuah zoo di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) teruja berikutan kelahiran kembar spesies kanggaru pokok Matschie yang sangat jarang ditemui.

Dua anak kanggaru tersebut ditemui dalam kantung pasangan kanggaru Milla dan Noru di Zoo Kanak-Kanak Lincoln pada bulan lalu.

Kelahiran tersebut menjadikan empat ekor anak kanggaru jenis berkenaan dilahirkan pada tahun lalu.

Penjaga Zoo Bandar Raya Kansas, Jacque Blessington berkata, terdapat 50 daripada haiwan itu masih wujud di Amerika Utara.

Katanya, kanggaru pokok Matschie hidup liar di hutan hujan di timur laut Papua New Guinea.

"Anak kanggaru itu hanya sebesar kacang ketika lahir. Haiwan itu dijangka keluar dari kantung ibunya pada Mei ini," kata Blessington. - AP

**********************************************************************************************


mod... untuk kangaroo dan species2nya.. saya letak kat sini aje ye...
saya suka kangaroo....  dan suka juga daging dia..
masa kat melbourne hari tu... makan grilled kanga...
sedap -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 08:56 AM | Show all posts

Balas #1 dexa\ catat

comeynya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:09 AM | Show all posts
nampak mcm teddy bear jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:43 AM | Show all posts
boleh makan ke??
kat mana ada halal?
bulan feb ni cecco nak gi melb. wee~
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:57 AM | Show all posts
korang neh citer nak g australia cam nak g kedai runcit depan umah jek.... neh mesti geng poket tebal neh...









lariiiikkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:06 PM | Show all posts

Reply #5 QAX's post

bapak cecco yg bpoket tebal. cecco tak huhuhuu..

kangaroo ni tak dikategorikan sbg haiwan ancaman kan?
yelah, kangaroo bnyk kat australia je. mcm sikit je kat dunia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 09:59 AM | Show all posts
Makanlah kanggaru

Saintis di Australia menggalakkan penduduk negara itu memakan daging kanggaru dan unta. Mengapa?



SAINTIS percaya dengan memakan daging kanggaru masalah alam sekitar dapat dikurangkan dan kini masakan daging kanggaru semakin diterima oleh penduduk Australia.

DENGAN hasil kajian dan bukti sains, para saintis di Australia mengemukakan cadangan untuk memasak makanan daripada daging kanggaru dan unta. Idea itu lahir daripada usaha yang telah dijalankan untuk mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan tersebut terhadap alam sekitar.

Kanggaru dipercayai mampu menggantikan makanan ruji daging lembu yang dinikmati oleh kebanyakan keluarga di Australia termasuk daging biri-biri. Haiwan-haiwan ternakan yang dibiak dikatakan tidak baik untuk alam sekitar. Ini kerana haiwan ternakan menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau di negara tersebut melalui sendawa dan kentut manakala kanggaru mengeluarkan gas metanol dalam jumlah yang kecil.

Dalam erti kata lain, saintis menyarankan supaya bilangan kanggaru ditingkatkan daripada haiwan ternakan lain.

"Mengikut sejarah Australia, kira-kira 60,000 tahun lalu daging kanggaru adalah sumber protein utama kepada penduduk asal benua itu," ujar seorang penasihat tertinggi mengenai cuaca, Profesor Ross Garnaut dalam satu laporan isu pemanasan global baru-baru ini.

"Besar kemungkinan daging kanggaru akan memainkan peranan penting dalam diet penduduk Australia tidak lama lagi," katanya.

Unta pula dilihat oleh para saintis sebagai sumber makanan yang boleh membantu mengurangkan kawanan liar yang kerap kali mengamuk dalam kitaran ekosistem.

"Makanlah daging unta hari ini. Saya sudah pun makan," kata Garnaut yang merupakan penulis bersama sebuah kajian tentang haiwan tersebut selama tiga tahun.

Dalam setiap kes yang dibentangkan, para saintis mengakui menghadapi cabaran mengubah tabiat makan warga Australia tetapi yakin dengan keperluan untuk mengurangkan bilangan kambing biri-biri, lembu dan unta secara beransur-ansur. Kajian Garnaut menyimpulkan bahawa menjelang tahun 2020, bilangan lembu dan biri-biri akan dikurangkan masing-masing kepada tujuh juta dan 36 juta sekali gus memberi laluan kepada peningkatan jumlah kanggaru kepada 240 juta ekor pada tahun yang sama. Buat masa ini, bilangan kanggaru terhad kepada 34 juta ekor sahaja.

UNTA dibawa ke Australia pada abad ke-19 dan bilangan haiwan itu kini berkembang kepada sejuta ekor.

Bagaimanapun, dia mengakui wujud masalah lain termasuk isu pengurusan ternakan, keengganan pengguna membeli kerana tidak mahu kehilangan cita rasa terhadap apa yang biasa mereka makan. Idea untuk menternak kanggaru mula dicetuskan apabila ia dilihat sebagai satu menu makanan yang baik untuk kesihatan. Ramai orang Australia turut meminati kelazatannya.

"Ia rendah lemak dan tinggi protein. Ia juga cukup bersih," kata Peter Ampt dari bahagian kajian alam sekitar di Universiti New South Wales. Perbincangan yang sama dibahaskan tidak lama dulu bagi mengubah stail pemakanan orang Australia. Dalam kajian selama tiga tahun itu, ia mendedahkan bahawa banyak unta liar memusnahkan kawasan padang pasir sambil mengganggu ekosistem, bekalan air, tumbuhan liar serta haiwan lain.

Pusat Kajian Kerjasama Pengetahuan Padang Pasir yang menghasilkan laporan tersebut untuk kerajaan memberi cadangan supaya menangani masalah tersebut dengan memakan haiwan-haiwan itu. "Dagingnya sedap, sama seperti daging lembu. Ia lembut dan baik untuk kesihatan," jelasnya.

Berbanding dengan kanggaru yang merupakan habitat semula jadi, unta dibawa masuk ke Australia untuk mengangkat barang pada lewat abad ke-19. Namun, ia kemudian dibiarkan hidup di kawasan liar apabila pengangkutan kereta api dan daratan menjadi popular.

Dengan bilangan pemangsa yang sedikit dan kawasan habitat yang luas, populasi unta telah bertambah kepada sejuta ekor dan kini bilangannya meningkat sebanyak dua kali ganda dalam tempoh setiap sembilan tahun.

Walaupun menu unta akan mengurangkan bilangan populasinya, Ampt percaya idea itu tidak mampu mencapai objektif yang dikehendaki. Ini kerana apabila ratusan ribu unta dibawa keluar dari habitatnya, kemusnahan terhadap alam sekitar belum tentu dapat dikurangkan.

Sementara itu, pasaran tempatan menyatakan bahawa bekalan daging unta yang terhad mempunyai permintaan tinggi di negara luar. Cuma proses penghasilannya agak merumitkan. "Bagi kegunaan komersial, anda perlu memperoleh akses pembawaan yang selamat seperti kemudahan jalan raya dan cara pemprosesan sama ada menggunakan tenaga elektrik atau air." - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 07:45 PM | Show all posts
Guys,

Kalau di Australia mana ada terancamnya..Siap peladang2 di sana bunuh Kanggaroo sebab terlalu banyak n merosakkan tanah dan ladang dia org..

Saya pernah ada di sana in late 80s tapi masatu org sana pun mana ada makan Kanggaroo.Rasanya kalau disembelih cara Islam halal le..Kat MSia ni tak tahule ada yang import ke idak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2009 05:48 AM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 12-1-2009 11:43 AM
boleh makan ke??
kat mana ada halal?
bulan feb ni cecco nak gi melb. wee~



memang boleh makan -
sedap dagingnya -

well pergi sana - jumpa kawan2 muslim
yang study kat sana - depa beritahu nanti
mana nak dapat --

rasa dia sedap, macam daging rusa juga -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 07:33 AM | Show all posts
Kanggaru serang pejabat ahli psikologi

SYDNEY - Seorang ahli psikologi terpaksa diselamatkan dari pejabatnya sendiri selepas seekor kanggaru 'sesat' memecah masuk menerusi tingkap sebelum berlari sekeliling bilik.

Berikutan itu, Suzanne Habib meloncat-loncat di atas mejanya dalam pejabatnya di Atherton, Queensland, kata seorang rakannya, Tony Baddock.


SEEKOR kanggaru - Gambar hiasan.

"Suzanne hanya menjerit dan meloncat-loncat meminta pertolongan. Kanggaru itu berlari ke sana sini kerana ketakutan," kata Baddock.

Selepas enam mint, haiwan setinggi 1.5 meter itu meloncat ke bahagian utama.

Kata Baddock, dia terkejut mendapati haiwan itu berada di bandar kerana ia lebih suka mendiami kawasan belukar dan jauh daripada manusia.

Dalam kejadian lain pada Mac lalu, seorang tukang masak menjadi tajuk utama akhbar selepas dirakam bergusti dengan seekor kanggaru yang memecah masuk ke biliknya di Canberra.

Warga Switzerland, Beat Ettlin itu berkata, dia mengalami calar-calar di tangan dan punggung akibat bertarung dengan 'ninja gila' itu. - AFP


*************************************************************************************


mungkin kanga dah rasa threaten...tu yang jadi serang tempat orangramai tu -
funneh depa refer 'ninja gila' pula - kena find out kenapa haiwan yang tak serang
manusia ni  akan pergi tempat camtu.....   possibly habitat dia diceroboh etc --
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.320587 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list