CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31754|Reply: 59

Koleksi cerita seram, aneh, mistik, pelik ketika aktivi J & J

[Copy link]
Post time 14-1-2009 02:36 PM | Show all posts |Read mode
wa suspek..mesti CEO banyak citer ala2 tserempak hantu ke apa ke
ketika aktivit tangkap ikan, pancing ikan..atau pun mungkin aktiviti sampingan
mcm ngendap orang kat sungai...


so..berharapla CEO ke, atau kaki2 pancing yang lain sudi share citer.



[ Last edited by  Syd at 31-1-2009 09:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 02:46 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

ni cerita CEO pegi memancing kat bawah jambatan pulau indah, klang

pada sesiapa yang pernah pegi memancing kat sana sekitar tahun 1999..kalau nak memancing kat bawah jambatan betul2 kat tengah2 sungai tu..mesti naik ke laluan yang dibuat betul2 bawah jambatan tu...

biasanya aktiviti memancing CEO ni akan start pukul 9.00 keatas..masa tu CEO dah rakan baik CEO selalu pegi pancing..kitaorang pegi le kat tengah2 sunagi tu...biasa mancing kat tepi je...saje nak test pancing tengah2 sungai...

dalam sekitar jam 12 malam ler kalau tak silap...ader suatu keganjilan berlaku...time tu air baru pasang...so, air laut mula masuk ler ..

so, nak jadi cerita..rakan CEO tu ternampak ler lilin semayang penganut india kat dalam air tu..dia pada mulanya takde le cerita kat CEO pun...sampai kat umah baru dia cerita...tapi yg herannya CEO tak nampak pun..(maybe hantu tengok muka CEO pun hantu cabut lari kot... )

esok CEO pegi lagi tapi member nampak lagi..last2 kitaorang tukar port ke westport plak...masa tu westport masih dalam pembinaan..

banyak gak dapat ikang kat sana antaranya ikang sembilang..kalau kat bawah jambatan pulau indah tu cuma dapat ikang gelama sebesar dua jari jer...hampeh tul la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 02:49 PM | Show all posts

Reply #2 Ceo-Of-Cari's post

mula2 mcm nak amek mood suspen seram gitu

sampai yang last part..terus pecah gelak aku hahahahaahahah

ikan gelama dua jari

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:45 AM | Show all posts
Pemancing udang berpaut di belakang buaya
Oleh Nuri Angkasa



PADA mulanya beliau tidak menyangka sebatang kayu balak sebesar batang kelapa dan panjangnya hampir dua meter menyelamatkannya daripada dihanyutkan arus deras ketika memancing udang galah di kuala Sungai Baruh (bukan nama sebenar), beberapa tahun lalu.

Ini adalah pengalaman seorang anak muda bernama Sudin daripada keluarga petani yang sering ke sungai berkenaan untuk memburu udang galah sepit biru yang lazat rasanya. Sudin dan Daud, rakan pancing paling rapat bagaikan kembar siam. Selain hobi yang sama memancing udang galah di sungai, mereka adalah pemancing laut yang lasak dan berpengalaman.

Sungai Baruh yang sederhana lebarnya mengalirkan air antara keruh dan jernih ke lubuk serta tebing yang dipenuhi pokok pandan jejawi serta nipah tempat udang galah paling selesa bermain.

Justeru, di situlah pemancing udang galah berpesta dan ini tidak terkecuali dua pemancing yang sinonim dengan sungai berkenaan.

Cerita Sudin baru-baru ini bahawa pengalaman hari itu dianggap misteri antara hidup dan mati walaupun beliau biasa dengan sungai itu.

Pada hari berkenaan, beliau turun memancing berseorangan kerana Daud menghantar ibunya ke hospital. Keadaan cuaca sangat baik. Kesempatan itu beliau ambil dan tidak dapat menunggu Daud pulang.

Berbekalkan makanan ringan dan air minum yang mencukupi, beliau meninggalkan jeti kayu yang menjadi pangkalan sampan pemancing.

Hari itu tidak ramai pemancing yang turun ke sungai. Cuma ada beberapa sampan yang kelihatan berlabuh di lubuk yang sudah dikenal pasti. Sudin mencari lubuk paling jauh ke hulu. Beliau menggelarkan lubuk itu Telaga Emas kerana udang galah di situ bersaiz besar dan dagingnya sedap berbanding udang di kawasan lain.

Sudin seperti biasa menyimbah umpan di lubuk itu sambil berehat. Minum dan menjamah roti canai yang dibawa sebelum turun memancing. Kawasan redup yang tidak jauh dari tebing sungai yang berjurai dengan akar-akar pokok jejawi rendang membuatkan Sudin amat selesa.

Lima batang joran dipasang serentak sambil didahului dengan kalimat Bismillah yang menjadi amalannya selama ini. Lubuk yang sudah dikenali beberapa tahun lalu tidak menghampakan.

Tiga daripada lima batang joran sudah ada sentuhan. Dengan pengalaman yang ada, beliau berjaya mendaratkan tiga ekor udang galah bersepit biru. Sambil itu dua batang joran turut beraksi dalam henjutan yang agak ganas. Sudin berhati-hati melayan batang joran yang dianggap mangsa yang agak besar.

Dalam keadaan berhati-hati mengawal joran beliau merasakan ada yang tidak kena. Sampannya tidak stabil. Tali yang diikat pada dahan pokok jejawi terlucut. Sampan kian kuat bergoyang lalu terbalik dengan tidak dapat dikawal.

Sudin sudah berada dalam air. Dalam keadaan yang kelam kabut itu kakinya tiba-tiba kejang. Seekor buaya timbul lalu menuju ke arahnya, Sudin cemas kerana tidak dapat berenang. Dalam keadaan kritikal itu, beliau sempat berpaut pada sebatang kayu hanyut lalu berpapah naik ke atasnya.

Buaya ganas itu bagaimanapun tidak mengejarnya tetapi bola matanya yang merah itu menampakkan ada menyimpan dendam. Batang kayu menghanyutkan Sudin ke tebing sungai yang rata lagi cetek airnya. Sudin melompat naik dalam keadaan kaki yang masih sakit. Batang kayu berkenaan terus tenggelam sambil melibaskan ekornya sebaik saja Sudin selamat berada di tebing.

Melihat keadaan itu Sudin terpinga-pinga dan terkejut kerana batang kayu tempat beliau bergantung menyelamatkan diri sebentar tadi adalah seekor buaya. Hasil pertolongan itu menyebabkan beliau dapat menyelamatkannya daripada dibaham oleh seekor buaya lain dari lubuk berkenaan.

Sudin masih tercegat di tebing sungai memikirkan seperti dalam satu mimpi atau apa yang pernah dibaca dalam banyak bahan bacaan sebelum ini. Dalam keadaan itu, tiba-tiba buaya besar itu berkenaan muncul kembali dan perlahan-lahan berenang menuju ke lubuk di hulu sungai.

Sudin bersyukur kepada Allah dan menganggap peristiwa itu satu misteri paling cemas dan pelik dalam hidupnya. Beliau tidak dapat membayangkan apakah jenis buaya itu sambil terfikir spesies yang dianggap ganas itu ada kalanya dapat menolong. Sudin menarik nafas panjang dan menamatkan cerita.

sumber - Joran Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 11:38 AM | Show all posts
pengalaman bab buaya ni hb ct pernah citer masa dia memancing 2 tahun lepas masa tu takde bot sendiri lagi, memancing tepi sungai kelantan, kan masa tu hebah cerita buaya bidas ngan ekor, err.. bidas ke ape ek org panggil, bidas ekor dia org tgh ambik air smayang tepi sungai kelantan kan, jadi dalam selang 2 hari pas tu dia memancing tepi sungai utk cerahkan sekitar pakai lew pelita kabat tu,bukannya nampak terang sgt kan, dia mancing dlm 4 org, sebelah sinun pun ada org jugak

jadi sedang mancing tu, tetiba ada balak yg menentang arus sepatutnya balak hanyut kena ikut arus kan, kekawang dan dia ingat kan biasa je lah tu balak, tp pelik menentang arus, jarak dalam beberapa meter kot.. jadi kawan dia bangun suluh kasi dekat sikit, kawan dia bgtau jerit ke atas selow dlm bahsa english " crocodile.. crocodile.." pakcik2 lain mana le paham, buat derk jer, sekali hb dan kawan dia bangun tanda faham, angkat joran memasing, buaya tu menyelam lupppppp ke dasar sampai mcm berombak berolak air mcm kucah ombak gitu, saiz anggaran panjang dalam sepanjang kereta kancil, selang dalam 2 hari lepas tu, masuk dalam kosmo ke metro lupa,dah tertangkap, buaya tu berjemur atas pasir, perhilitan tangkap, dengar citer sungai kelantan ni ada 5 sekawan buaya, kalau banjir anak buaya pun sempat masuk ke kawasan sekitar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 03:40 PM | Show all posts
Elak berjalan seorang diri waktu malam


SETIAP pemancing perlu memastikan keselamatan apabila berjalan malam seorang diri untuk ke lokasi memancing di tasik, sungai, paya atau lombong tinggal yang jauh dari perkampungan. Perlu diingatkan bahawa setiap perjalanan itu diintai oleh beberapa makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru, apabila memulakan perjalanan yang walaupun tidak jauh lokasinya jika kita lupa membaca ‘Bismillah’ sebelum mula melangkah meninggalkan rumah untuk berserah kepada Allah bagi mengelak apa juga gangguan.

Kadang-kadang deria rasa kita akan merasakan sesuatu yang mengiringi kita berjalan. Kita boleh merasa bagaikan ada ‘sesuatu’mengekori di belakang atau terasa ada sentuhan tangan atau dengusan nafas yang agak kuat dari arah sebelah kiri dan kanan. Kadang-kala ranting patah seperti dipijak.

Menyedari hakikat ini, anda ( kaki pancing) perlu menguatkan semangat jika menyedari anda sedang diperhatikan makhluk halus sama ada dari kalangan yang baik atau jahat.

Anda dinasihatkan supaya membaca ayat suci al-Quran terutama ayat Qursi yang terlalu banyak hikmatnya. Baca berulang kali sehingga anda dapat merasakan bahawa makhluk yang mengikuti anda sudah menghilangkan diri.

Pada hemat Pak Nuri adalah lebih baik anda sentiasa berteman walaupun seorang rakan pancing lain untuk turun memancing walaupun lokasinya dekat dan dapat dilihat cahaya lampu perkampungan. Kita tidak mengetahui bahawa di luar rumah yang dianggap selamat rupa-rupanya ada yang ‘menunggu’ untuk diajak berteman.

Walaupun dalam apa juga ikhtiar untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus anda perlu mendekati Allah dengan membaca ayat suci al-Quran dan sentiasa ingat bahawa berjalan seorang itu adalah perjalanan mati, berdua itu berteman, apabila bertiga berwaspadalah kerana antara dua ada satu yang bukan teman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 07:18 PM | Show all posts


xnk la p ikut mancing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:50 PM | Show all posts
ni ada banyak artikel citer hantu seram kuntilanak buaya ntah apa lagi

nak tepek ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 08:51 PM | Show all posts
tepek je...depa leh baca...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:53 PM | Show all posts

Reply #7 seroja23's post

klau camtu pi mancing kat pasar je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:58 PM | Show all posts

Reply #10 k_rul's post

yg tu dh semestinya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:13 PM | Show all posts

Reply #9 seroja23's post

kekadang orang mcm aku yang tak penah lalui tu semua
rasa mcm baca buku citer hantu je

tapi aku rasa elok gak aku tepek kan

sbb orang2 yang penah alami dan yang melakukan aktiviti mancing mjala ke apa nih
dorang lebih tahu

citer tu betul ke atau sekadar garapan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 11:30 PM | Show all posts
masa CEO kecik2 dulu...masa kat kampung di Terengganu..selalu gak redah hutan ngan kawan2 satu skolah cari lubuk memancing...ada suatu ketika tu masa menyusur laluan lori balak..laluan tu betul2 ikut aliran sungai...CEO ngan rakan (bertiga) terjumper le tapak harimau...masih baru lagi tapak tu

Ingat lagi orang tua2 kat kampun selalu cakap...kalau jumpe tapak harimau yg masih baru...terus je balik..tak yah gi mancing lagi...so, kami bertiga kecut perut jugka lah masa tu...tapak rimua pun dah sebesar tapak tangan orang dewasa...mana tak gerunnya...last2 kitaorang patah balik n then pegi cari nenas kat kebun orang...

memancing tak dapat....dapat makang nenas pun jadik la...miahahahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:42 AM | Show all posts

Reply #13 Ceo-Of-Cari's post

ketegaq sokmo

dari muda sampai tua

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 05:52 PM | Show all posts
hmmm sebab tu laa aku selalu g teman hubby p memancing.  Bkan apa, takut laaa....buatnya jatuh kaa, pitam kaa...sorang2.  Ada aku tu, boleh gak tolong2.  Benda nak jadi, bukan kita leh pasti.  Apa pun kekadang mai letih tu, geram gak.  Dah laa baik keja, penat...ajak gi mancing.       Sabar je sayang punya pasal... aku tak mancing tapi teman sambil baca novel..... so upahnya kena beli novel laaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 09:48 PM | Show all posts
Burung camar tunjuk lubuk ikan
Oleh Nuri Angkasa

HAMPIR tiga bulan kumpulan yang menggelarkan dirinya Naga Sari yang rata-rata kalangan kaki pancing dari Kota Tinggi, Sempang Renggam dan kawasan sekitarnya.

Kumpulan ini sering menempuh pelbagai peristiwa suka duka sama ada di laut, sungai, kolam dan tasik. Justeru, pengalaman mereka menjadi tebal dan sebati dalam jiwa mereka.

Badrul (bukan nama sebenar) anak jati Sempang Renggam mengetuai ekspedisi tiga hari dua malam di perairan Pulau Tokong Burung bersama lapan rakan pancing dari Kota Tinggi dan tanah rancangan Felda Nitar.

Bertitik tolak 20 tahun berlalu, tetapi cerita aneh mengheret misteri hingga sekarang ini. Namun Badrul yang ini sudah berusia 50 tahun masih mengingati detik-detik yang dikaitkan antara percaya dengan tidak. Tetapi hakikatnya peristiwa itu adalah satu kebenaran yang nyata dan berlaku di hadapan mata.

Hari itu adalah hari penentu arah tuju kumpulan mereka memancing di lokasi Tokong Burung kerana sudah hampir tiga bulan berulang alik di lokasi memancing yang sama tetapi hasilnya tidak berbaloi. Kami sudah cukup bosan dan kecewa, cerita Badrul lagi sambil memberi ingat kepada tekong bahawa ini adalah trip terakhir bagi mereka menggunakan khidmat tekong itu.

Kumpulan Naga Sari (kini sudah tidak wujud lagi) berlepas dari jeti nelayan di Penyabong, Endau dekat Mersing, awal pagi. Tekong Imran kini kena berhati-hati mencari lubuk atau tukun kerana hatinya juga terpanggil untuk memberi kepuasan kepada pemancing Kumpulan Naga Sari yang masih belum bertemu dengan rezeki tangkapan yang lumayan.

Lokasi kapal karam dan unjam tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Ada saja alasan yang menghalang.
Malam itu, mereka berehat. Semua kaki pancing menggantung joran. Tiada seorang pun yang memancing walaupun lokasi itu adalah tukun karang semula jadi yang menjadi tempat kerapu berumah kekal di situ.

Tekong Imran bersama pembantunya terpaksa membuat sesuatu. Sebelum menjelang subuh esoknya, bot Imran merapati ke Pulau Tokong Burung sekali lagi.

Kali ini tekong Imran berdiri di haluan botnya lalu memandang ke langit. Muka dan kepalanya penuh dengan tahi burung camar laut yang begitu banyak mendiami Tokong Burung.

Mereka yang sudah terjaga agak hairan melihat kelakuan tekong Imran, tambah Badrul lagi dan bangun membasuh muka.

Seekor burung camar laut yang berwarna putih kelabu bertenggek atas kepala tekong Imran dan kemudian terbang menghala satu arah ke timur lubuk kapal karam.

Burung camar laut berpatah balik dan terbang mengelilingi bot mereka dan terbang semula. Lalu bot tekong Imran mengikut burung itu. Sauh dilabuhkan di tempat burung camar menjunam ke laut beberapa kali dan terbang hilang menuju ke Pulau Tokong Burung.

Di lokasi itu, mereka bertarung dengan ikan jemuduk. Mereka tidak cukup tangan apabila seekor demi seekor ikan didaratkan hingga tidak sampai beberapa jam mereka sudah mengumpul tangkapan lebih dua tong merah.

揥oi! Berbaloi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2009 09:50 PM | Show all posts
Memancing di tasik, muncul di lautan
Oleh Nuri Angkasa

MISTERI hilang daripada kumpulan masih mengisi halaman misteri kali ini. Semuanya mengaitkan peristiwa kaki pancing di tasik yang jauh dari perkampungan. Lokasi terpencil seperti itulah yang menjadi kegilaan sebahagian pemancing lasak.

Kumpulan yang diberi nama Pemburu dianggotai enam pemancing diketuai seorang anak ketua kampung. Rafiq, berusia 25 tahun masih bujang dan bersemangat waja dan lasak. Beliau tidak menghadapi masalah untuk turun memancing walau di mana saja dan akan bersama kumpulan enam orang.

Kumpulan anak muda sekampung yang berkawan sejak kecil itu dianggap kumpulan pemancing dermawan. Ini kerana setiap kali mereka pulang memancing sebahagian hasil tangkapan akan diagihkan kepada jiran terdekat dan saudara mara yang biasanya akan menunggu kepulangan mereka.

Tasik Lembah Buaya sering dikaitkan dengan penunggu. Namun kumpulan berkenaan tidak mengendahkan langsung cerita penduduk kampung terutama ketua kumpulan itu, Rafiq. Beliau tetap berpegang kepada kekuasaan Allah dan bukan kuasa lain tetapi beliau tidak pernah celupar mulut atau mencabar sesiapa.

Lokasi tasik itu jarang dikunjungi pemancing selain jauh dari perkampungan. Tempat itu selalu diganggu pelbagai makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi nyata ada lembaga yang berkeliaran di kawasan tasik berkenaan.

Ketika memancing beberapa jam saja di tasik itu, mereka berjaya mendaratkan 15 patin bunga dan lampam sebesar pinggan.

Bagaimanapun Rafiq cuma mendaratkan dua ikan baung sebesar lengan. Kerana patah semangat, beliau berehat di bawah pokok jejawi rendang di tepi tasik itu. Tiba-tiba Rafiq dibawa oleh seorang rakannya bernama Azizul.

Mereka meninggalkan tasik itu untuk bertemu satu kumpulan pemancing lain terdiri daripada empat orang anak muda kacak yang sudah bersedia untuk turun memancing di laut. Rafiq dan Azizul dipelawa untuk turun sama dengan menaiki bot mewah berwarna putih yang lengkap dengan radar, pengesan GPS dan sonar.

Rafiq dan Azizul tidak menolak pelawaan itu lalu turun bersama memancing di laut yang dalamnya hampir mencecah 90 meter. Rafiq dan Azizul diberi pinjam sebatang joran dan kekili setiap seorang. Mereka bertarung dengan ikan bersaiz XL daripada jenis ikan tenggiri dan belitung yang berat mencecah 15 kilogram. Umpan ikan tamban hidup yang dibawa khas dari darat paling digemari oleh spesies ikan di laut berkenaan.

Kehilangan Rafiq yang tadinya berehat di perdu pokok jejawi disedari oleh rakan sekumpulannya, Azizul lalu melakukan operasi mencari di seluruh kawasan berkenaan.

Aktiviti memancing sudah dilupakan sama sekali. Rafiq mesti dicari atau pulang minta pertolongan sambil itu mereka mohon pertolongan Allah supaya Rafiq dapat ditemukan semula. Tindakan mereka masih belum berhasil dan harapan bertambah tipis kerana ribut petir serta hujan lebat datang tiba-tiba.

Keadaan bertambah kelam kabut. Mereka mendapat semangat baru apabila melihat Ketua Kampung, Pak Misran ayah kepada Rafiq datang seorang diri menaiki motosikal tetapi aneh pakaiannya tidak basah.

揜afiq hilang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 09:55 PM | Show all posts
Lembaga seperti pelajar di Hutan Royal Belum
Oleh Abdul Hanif Hadis

PADA pertengahan 2004, seramai 33 pelajar lelaki yang mendaftar mengikuti perkhemahan bina semangat tiba di Masjid Bandar Baru Sentul. Masing-masing siap dengan pakaian, makanan dan peralatan perkhemahan yang dijangka empat hari tiga malam di kaki gunung Hutan Royal Belom, Perak.

Tiga ustaz dan dua pegawai lain akan menyertai perkhemahan itu. Mereka awal-awal lagi sudah tiba di masjid siap dengan senarai nama peserta. Seorang demi seorang pelajar tiba. Ada yang dihantar oleh keluarga dan datang menaiki teksi.

Kegembiraan pelajar terserlah apabila tiba di perkarangan masjid itu. Selepas bersalaman dengan ustaz dan pegawai yang akan mengiringi, mereka berkenalan antara satu sama lain sambil menunjukkan beberapa peralatan yang dibawa sesuai dengan perkhemahan dalam hutan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Perkhemahan itu dianjurkan selaras dengan tema survival bagi meningkatkan semangat individu dan berpasukan pelajar yang kebanyakan belajar di tingkatan empat dari beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Selepas solat Zuhur, mereka tolak selepas seorang ustaz membaca doa supaya selamat pergi dan kembali serta dijauhkan segala musibah. Bas yang membawa 37 peserta itu bergerak dari Bandar Baru Sentul melalui Gombak menyusuri MRR2 ke Sungai Buloh kemudian memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan menuju Ipoh, Perak.

Perjalanan di lebuh raya pastinya menyenangkan. Walaupun banyak kenderaan bertali arus tetapi suasana sangat menggembirakan. Sesekali pelajar bersorak apabila ada antara mereka yang membuka cerita kelakar. Perjalanan yang hampir empat jam tidak terasa kerana terhibur dengan pelbagai kerenah masing-masing.

Bas kami tiba hampir Maghrib, pelajar turun dan berkumpul di kawasan perkhemahan kaki bukit Hutan Belom. Kawasan itu memang terkenal sebagai antara pusat perkhemahan musim panas dan pusat seminar.

Setelah taklimat ringkas, pelajar memasuki khemah masing-masing. Mereka diminta berkumpul semula untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau.

Pelajar yang memang begitu bersemangat sebaik saja meletak beg dan barang masing-masing segera tukar pakaian dan mengambil wuduk di tepi anak sungai berhampiran.

Malam itu mereka mengisi masa dengan mendengar ceramah agama selepas makan dan tidur kira-kira jam 10.30 malam.

Walaupun berada di kaki Hutan Belom di Banjaran Titiwangsa suasananya amat sejuk bagaikan berada di negara Barat. Kabus pagi yang tebal menyebabkan pelajar liat bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. Ada antara mereka lambat datang ke surau untuk berjemaah. Bagaimanapun disebabkan semangat yang ditanam oleh ustaz yang membimbing malam itu menyebabkan mereka tetap berada di surau berjemaah dan mendengar kuliah subuh penuh khusyuk.

Sebelah siang hari kedua dipenuhi pelbagai aktiviti berpasukan selain beberapa ceramah motivasi supaya cintakan pelajaran. Mereka menerima segala aktiviti dengan penuh dedikasi dan memberi tumpuan khas kepada ceramah.

Selepas solat Asar, ustaz yang mengendalikan perkhemahan itu membuat program memancing di hulu sungai kira-kira satu jam perjalanan dari tapak perkhemahan. Pelajar bersorak gembira kerana sebahagian besar membawa joran.

Bagaimanapun ustaz memberitahu, dua orang daripada mereka tidak dapat pergi memancing untuk menjaga khemah bagi mengelakkan daripada dicerobohi terutama binatang buas seperti babi hutan dan kera.

Akhirnya dua pelajar dipilih. Walaupun rasa kecewa tetapi mereka akur perintah itu dan sedia menjaga khemah. Selepas solat Maghrib, kumpulan pelajar dan pegawai bergerak ke hulu sungai untuk memancing seperti dirancang.

Kira-kira setengah jam kumpulan itu bergerak dari khemah, dua pelajar yang diarah menjaga khemah rasa agak bosan dan berpakat untuk memancing di hilir sungai. Mereka berdua meninggalkan khemah dan memancing pada jarak kira-kira 30 minit perjalanan dari khemah itu.

Sedang kumpulan di hulu sungai asyik memancing, seorang daripada ustaz yang mengiringi kumpulan itu ternampak dua pelajar yang diarah menjaga khemah juga asyik memancing bersama pelajar lain.

Ustaz memanggil pelajar berkenaan dan memarahinya sekali gus meminta mereka pulang semula ke khemah semula. Dua pelajar itu bagaimanapun diam dan menjauhi kumpulan berkenaan kemudian lesap dalam gelap.

Kira-kira jam 11.30 malam kumpulan yang memancing di hulu sungai tiba semula ke tapak perkhemahan. Ustaz dengan segera memanggil dua pelajar yang diarah menjaga khemah. Pelajar itu tergamam apabila dimarahi ustaz.

Dua pelajar itu cuba menerangkan kepada ustaz bahawa mereka tidak mengikuti kumpulan ke hulu sungai tetapi memancing di hilir sungai. Sebagai bukti mereka menunjukkan ikan yang dipancing.

Ustaz terdiam seketika dan memikirkan alasan yang diberikan oleh dua pelajar berkenaan. Akhirnya seorang daripada ustaz yang sentiasa memberi ceramah agama tersenyum dan meminta kes itu ditutup.

Bagaimanapun dua pelajar itu tetap dihukum memasak makanan kepada pelajar lain kerana meninggalkan khemah.

Ketika perjalanan pulang, seorang ustaz bertanyakan ketua perkhemahan berkenaan bagaimanapun dua pelajar itu boleh berada di dua tempat berasingan dalam masa yang sama.

Misteri itu walaupun belum ada jawapannya tetapi tetap segar dalam ingatan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 10:34 PM | Show all posts
Hamparan indah di puncak Bukit Pelangi
Oleh Abdul Hanif Hadis

AIR terjun Bukit Pelangi di Sungai Lembing, Pahang, dikatakan sangat terkenal kerana keindahannya. Air terjun yang tingginya melebihi 50 meter itu dan terpaksa meredah bukit yang licin serta sukar memang menjadi tumpuan peminat alam semula jadi. Saban bulan ada saja kumpulan yang meredah hutan untuk melihat kemunculan pelangi pada waktu pagi apabila air terjun disinari matahari.

Kami dua kumpulan satu daripada syarikat akhbar manakala satu kumpulan lagi dari satu bank terkemuka di negara ini semua seramai 24 peserta dengan lapan kereta berlepas dari Kuala Lumpur menuju Kuantan kemudian menuju Sungai Lembing yang sebelum ini memang terkenal sebagai pekan lombong bijih timah dalam tanah yang terbesar di Asia. Bagaimanapun sejak lombong berkenaan ditutup kerana dianggap tidak menguntungkan Pekan Sungai Lembing semakin ditinggalkan dan aktiviti ekonomi bertukar kepada perladangan dan pertanian.

Kira-kira jam 12 tengah hari kami bertolak dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Karak (waktu itu lebuh raya Karak-Kuantan belum dibina), kami menyusuli Bandar Karak, kemudian Temerloh. Rakan-rakan minta berhenti sekejap untuk makan tengah hari di Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak. Memang menyelerakan kami makan sekenyang-kenyangnya, peniaga gerai di situ senyum memanjang melihat kami makan seolah-olah tidak ada hari esok.

Selepas makan lapan kereta bergerak semula terus ke Kuantan dan menyusuli laluan ke Pekan Sungai Lembing. Dari Sungai Lembing kami terus menyusuli jalan kecil tanah merah ke satu kawasan yang sudah dijanjikan oleh pemandu pelancong. Apabila kami tiba di satu kawasan tempat pengumpulan balak pemandu pelancong meminta kami menyusun kereta di satu kawasan khas yang dikawal penduduk tempatan. Semua peserta ekspedisi itu diminta turun dan menaiki traktor kerana kawasan air terjun berkenaan kira-kira dua jam menaiki traktor dari kawasan kami meletak kereta.

Pemandu pelancong itu memberitahu disebabkan jalan terlalu buruk semua kenderaan tidak dibenarkan masuk dan peserta ekspedisi terpaksa menaiki kenderaan yang disediakan. Mereka tidak ada pilihan hanya traktor saja yang ada jika tidak ekspedisi itu akan dibatalkan. Akhirnya semua peserta akur dan menganggap ini satu pengalaman yang perlu ditempuh.

Disebabkan traktor hanya ada dua unit kumpulan kami diangkut berkumpulan. Kumpulan pertama 12 orang dari kumpulan kakitangan bank perlu masuk dulu kemudian 12 lagi kumpulan kami dari syarikat akhbar menyusuli kemudian yang akan diambil oleh kenderaan yang sama. Selepas dua jam menunggu akhirnya giliran kami tiba untuk menaiki traktor untuk menuju kaki bukit kawasan air terjun.

Apabila kumpulan kami tiba di kaki bukit air terjun berkenaan, kumpulan pertama yang sepatutnya menunggu kami sudah tidak sabar dan terus naik ke puncak bukit kawasan air terjun yang menjadi tujuan ekspedisi. Pada mulanya semua peserta akan bergerak bersama dan tiba di kemuncak serta berkhemah sehingga esok dan turun bersama selepas melihat pelangi air terjun berkenaan.

Ketika kami tiba di kaki bukit berkenaan hari sudah lewat petang, kumpulan kami terpaksa meredah hutan dan memanjat bukit untuk ke tempat tujuan. Kami bergerak dengan satu pemandu pelancong penduduk tempatan yang memang mahir di kawasan itu. Dalam perjalanan pemandu berkenaan bercerita ada kumpulan yang terpaksa pulang kosong kerana mempunyai niat tidak baik. Beliau berharap semua peserta tidak terlalu celupar ketika berkhemah atau melihat sesuatu di kawasan puncak air terjun.

Kira-kira lebih satu jam kami mendaki tiba-tiba terdengar suara kumpulan yang pertama tadi menuruni bukit. Ketika kami berselisih mereka bercerita tidak dapat melihat apa pun di puncak air terjun selain hutan tebal. Apatah lagi untuk mendirikan khemah jadi mereka mengambil keputusan untuk turun semula dan berkhemah di kaki bukit.

Kami sedar ini ada sesuatu yang tidak kena terhadap kumpulan berkenaan, pemandu pelancong bertanya kami sama ada ingin terus atau berpatah balik. Kumpulan kami menjawab serentak ingin terus dan kalau boleh berkhemah di puncak bukit. Akhirnya kumpulan pertama menuruni bukit manakala kumpulan kami terus mendaki.

Kira-kira satu jam mendaki akhirnya kami terdengar deruan air terjun dan di situlah tujuan asal kami. Setiba kami di kawasan berkenaan kami melihat satu kawasan lapang seperti hamparan permaidani berwarna hijau dan suasananya sangat nyaman dan sejuk. Terfikir oleh ahli kumpulan kami kenapa kumpulan yang pertama tadi tidak melihat suasana ini dan terpaksa berpatah balik kerana tidak ada kawasan langsung untuk berkhemah.

Malam itu kami berkhemah, selepas makan malam dengan hidangan yang dibawa kami sempat melihat keindahan alam pada waktu malam ketika berada di puncak bukit. Bintang-bintang bertaburan menyebabkan keadaan malam sungguh indah dan damai. Malam itu kami dapat pula memancing udang di air terjun ada di antara kami pula bertanya dari mana datangnya udang ini semua tidak menjawab hanya sekadar diam.

Keesokan pagi selepas solat subuh, kami berkumpul di satu sudut menghala ke tengah kawasan air terjun menunggu terbitnya matahari. Daripada pancaran matahari itu terbentuklah pelangi yang sangat indah. Berjam-jam lamanya kami menikmati keindahan itu dan sempat mengambil gambar sebagai kenangan. akhirnya menjelang tengah hari apabila matahari meninggi pelangi hampir hilang dari pandangan kami pun berangkat untuk pulang dengan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Setibanya di kaki bukit kumpulan pertama yang berkhemah di situ bertanya kami bagaimana kumpulan kami tidur dan mereka terpinga-pinga apabila kami menceritakan apa yang dapat kami lihat dan rasakan.

Selain itu kami juga sempat merakamkan pelangi di air terjun berkenaan dan gambarnya disimpan sehingga ke hari ini.

Pemandu pelancong yang membawa kaki ke puncak bukit pelangi itu hanya tersenyum kerana sebelum ini pun perkara berkenaan pernah berlaku. Apa yang penting untuk memastikan setiap tujuan kita mencapai matlamat, niat kita perlu jujur dan sentiasa muafakat dalam semua hal.

Kumpulan kami pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh kegembiraan manakala rakan kumpulan satu lagi merasa kesal kerana terlalu gelojoh dalam setiap tindakan sehingga lupa bahawa mereka datang bersama dan sepatutnya pulang bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 11:39 PM | Show all posts
Pengalaman pelik di Endau-Rompin

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my




KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.118974 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list