CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Koleksi cerita seram, aneh, mistik, pelik ketika aktivi J & J

[Copy link]
 Author| Post time 6-3-2009 03:29 PM | Show all posts
Disapa Nenek Mukut penjaga gunung Tioman
Oleh Amran Abdullah

BUDIN banyak menyaksikan keindahan Pulau Tioman melalui kaca televisyen. Malah terdetik hatinya pada satu hari nanti untuk ke pulau itu.

Lebih menarik dan mengasyikkan lagi apabila Budin mengidamkan untuk memancing ikan bersaiz besar seperti rancangan pancing yang dilihatnya di peti televisyen itu.

揃esar ebek tu. Ikan tenggiri pun bersaiz XL,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2009 03:30 PM | Show all posts
Ular, suara misteri di air terjun Tengkil
Oleh Noh Ismail

SETIAP kali pergi memancing di hulu sungai atau kawasan air terjun, penulis pasti teringat peristiwa yang berlaku pada awal tahun lalu. Kejadian yang berlaku ketika penulis pergi memancing tengas di kawasan Air Terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak, tidak akan penulis lupakan sampai bila-bila.

Begini ceritanya. Pada satu pagi minggu, penulis bersama tiga orang rakan iaitu Aziz TNB, Che Mat dan anak saudaranya yang bernama Yusri berpakat untuk masuk ke hutan. Penulis cadangkan pergi ke Air Terjun Sungai Tengkil yang terletak di kaki Gunung Muntahak, kira-kira 20 kilometer dari tempat penulis di Bandar Tenggara. Kebetulan penulis sudah lama tidak ke situ. Mungkin ikan tengas daun yang banyak terdapat di situ sudah besar-besar disebabkan tempat itu jarang dimasuki orang.

Dalam kumpulan itu, cuma penulis dan Che Mat yang minat memancing. Aziz pula minat mencari dan mengumpul orkid hutan. Sementara Yusri minat dalam hal-hal fotografi. Kawasan Air Terjun Sungai Tengkil yang bertingkat-tingkat mempunyai pemandangan yang menarik untuk dirakamkan dalam kamera. Cadangan penulis dipersetujui, kerana selain penulis mereka bertiga memang tidak pernah pergi ke air terjun itu.

Selepas menyiapkan peralatan yang hendak dibawa dan membeli bekalan makanan, kami berempat pun bergerak ke destinasi dengan menaiki van kepunyaan Aziz. Selepas melalui jalan raya sejauh hampir 12km, van kemudian memasuki jalan lombong yang tak rata dan berlubang-lubang sejauh hampir 8km. Dulu kawasan ini adalah lombong bijih timah. Sekarang ia bertukar menjadi lombong pasir. Pada hari minggu, lombong pasir ini ditutup dan di penghujung jalan terdapat sebuah pagar besi yang berkunci. Jadi, kenderaan tidak boleh memasukinya kecuali motosikal. Pada hari biasa, berpuluh lori masuk ke kawasan lombong untuk mengambil pasir.

Tempat yang akan kami masuk tidak jauh lagi - lebih kurang 3km saja. Tetapi memandangkan jalan tidak boleh dilalui, kami memutuskan untuk berjalan kaki. Van diletakkan di tepi jalan bersebelahan pintu pagar. Kelihatan Gunung Muntahak berdiri megah di hadapan kami seolah-olah menyambut kedatangan kami. Untuk sampai ke kaki gunung, kami terpaksa meredah bekas lombong lama yang tidak berpokok. Bahang matahari terasa begitu panas sekali. Kami juga terpaksa meredah semak samun, resam tebal dan kawasan paya serta mengharung anak sungai sedalam paras pinggang.

Selepas sejam berjalan, kami akhirnya sampai di pinggir hutan. Bunyi air terjun jelas kedengaran. Sebelum itu, kami terpaksa meredah resam tebal untuk tiba di kawasan jeram. Penulis berjalan di hadapan sekali diikuti rakan lain. Tiba-tiba terdengar Aziz menjerit: 揕ari...! Lari...! Penyengat...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 03:30 PM | Show all posts
Gadis pengakap terjun dalam lombong
Oleh Mohd Aliff Fadhilah Mohd Ali

CERITA ini adalah daripada pengalaman adik ipar saya. Dia memang boleh digelar kaki pancing malah tahap hantu pancing dan sewaktu dengannya. Cakaplah di mana tempat pancing baru, semua dia nak pergi. Dalam hutan atau ke laut dalam; dia memang tidak kisah. Pergi pagi atau malam pun tidak menjadi hal. Pukul berapa pun, dia memang tak kisah. Ajak saja, dia pasti pergi.

Azman memang kaki pancing. Sampai emak dia sendiri pun naik bimbang dengan perangainya. Lebih-lebih lagi kalau dia pergi memancing dengan kawannya pada tengah malam. Pernah emak dia tegur, tak takut kalau-kalau terserempak hantu jembalang dalam hutan. Sebaliknya, Azman menjawab memang dia hendak berjumpa sangat dengan hantu. Mengucap panjang kami bila mendengarnya.

Kami kalau boleh tidak mahu berjumpa benda-benda macam itu. Tetapi Azman, dia berharap sangat hendak bersemuka. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, kata Azman dia sudah bosan melayan ikan tilapia, baung, haruan dan sepat. Kali ini, dia hendak merasa layanan ikan toman.

Hari itu Azman, Mat dan Ajai sudah bersedia untuk meneruskan misi mereka mahu merasakan tentangan 慽kan toman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 03:32 PM | Show all posts
Penunggu pindahkan pemancing dalam lubuk
Oleh Nuri Angkasa

"HATI-HATI... lubuk itu ada penunggu. Jangan buat tak menentu, cakap jangan lepas," demikian pesan Pak Dolmat kepada kumpulan pemancing yang singgah mengisi perut di warungnya sebelum bergerak ke Lubuk Bujang Jantan di hulu Sungai Kelantan.

Menaiki tiga buah motosikal, mereka berlima orang meninggalkan Kuala Balah menuju ke lokasi, cerita Faizal kepada penulis yang berada di Dabong dalam satu temu janji yang di buat melalui telefon, baru-baru ini. Dabong satu daerah di Hulu Kelantan yang sudah membangun berbanding pada tahun 1950-an. Ketika itu penulis berada di sana dalam D Kompeni Batalion Ke-3 Askar Melayu DiRaja untuk menjalankan tugas operasi dalam kawasan berkenaan.

Lubuk Bujang Jantan adalah satu lubuk besar di hulu Sungai Kelantan. Lubuk itu terkenal dengan ikan baung, patin dan kelah selain lampam, sebarau, tengas dan jelawat. Lokasi itu tidak selalu dikunjungi pemancing kerana kedudukannya agak jauh dan keras (ada penunggu). Faizal anak jati Dabong tetapi sudah bekerja di Kuala Lumpur. Sebaik mengambil cuti panjang, beliau mengumpulkan rakan pancing lamanya untuk pergi memancing di Lubuk Bujang Jantan.

Melalui jalan yang sudah tidak begitu sukar dari Kuala Balah yang mengambil masa hampir dua jam, mereka selamat sampai di lokasi. Lubuk kelihatan tenang tetapi sesekali dikejutkan dengan lompatan ikan sebarau dan lampam. Mereka tidak terus memancing kerana khemah perlu didirikan terlebih dulu.

Kamal diberi tugas memasang kerana beliau adalah anggota tentera yang sedang bercuti. Sebaik selepas makan tengahari. Yazid dan Daud paling awal mencari kedudukan di tebing sungai berlubuk itu. Tiada pemancing lain pada ketika itu. Ini sedikit mengusik hati kecil mereka. Tetapi keberanian dan semangat yang ada pada ketika itu membuatkan mereka dapat bertahan hingga malam yang mula didatangi perubahan.

Sesekali bertiup desiran angin yang datang tidak menentu, sesekali ada bunyi air lubuk bagaikan dilambung ke udara. Sesekali juga berbunyi suara nyaring dan halus. Kamal yang bersikap garang dan berani itu bersuara agak kuat: 揓anganlah kacau, kami datang nak mencari rezeki, kami tak ganggu siapa pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 03:33 PM | Show all posts
Iblis siat kulit pokok terap
Oleh Sabaruddin Abd Ghani

DALAM perjalanan menaiki sampan dari Kuala Ketil menuju ke lubuk Batu Berarak di Sungai Sedim dekat Kampung Sidam, perasaan Wahab agak gugup. Fikirannya terbayang kisah yang menyeramkan pernah berlaku di kawasan lubuk berkenaan.

Bukan dia takut kepada gangguan iblis dan syaitan tetapi hakikatnya gangguan tegar yang di luar dugaan boleh membuatkan seseorang, terutama yang lemah semangat dirasuk atau kena histeria.

Dia membayangkan apa akan terjadi sekiranya seorang daripada mereka yang tengah asyik memancing tiba-tiba dirasuk dan terjun sungai! Musibah menunggu mereka. Tapah di lubuk itu pula dikatakan rakus membaham tanpa mengenal mangsa.

揂wat diam saja ni? Kurang sihat atau takut?,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 03:33 PM | Show all posts
Wan Man bergendang di kampung bunian
Oleh Amran Abdullah

SUNGAI Rompin bukan saja tersohor dengan udang galah dan puluhan spesies ikan air tawar tetapi menempatkan pelbagai spesies hidupan bercengkerang seperti kepah, kupang dan siput.

Mencari hidupan ini sebagai mata pencarian atau dijadikan lauk nasi bukan saja digemari penduduk setempat, sebaliknya mengundang orang luar.

Hujung minggu, Sungai Rompin dikunjungi pengunjung sejauh Labis, Johor Bahru, Melaka, Seremban dan Negeri Sembilan semata-mata mencari spesies hidupan yang boleh dimakan.

揔au tak pernah ke sana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-3-2009 03:33 PM | Show all posts
Pontianak berang dilontar batu
Oleh Zahar Ali

RAMAI pemancing pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian dan pengalaman sepanjang mereka menceburkan diri sebagai pemancing sama ada suka, duka dan kadang-kadang aneh serta tidak kurang yang kelakar.

Ini adalah satu pengalaman penulis yang tidak dapat dilupakan apabila terserempak dengan makhluk Allah yang lain ini ketika memancing di Sungai Pulau Kerengga, dekat Marang, Terengganu pada 2000.

Ceburan air di suatu sudut penghujung sungai betul-betul mengejutkan penulis yang sedang berjalan merentasi jambatan untuk menghantar pesanan makanan yang dipinta oleh tetamu di resort tempat penulis mencari rezeki. Terdetik di kepala penulis betapa rakusnya pemangsa meragut enak anak ikan di permukaan air. Jelas sekali-sekala kelibat merah sisiknya. Penulis pasti itu ikan siakap merah.

Sungai yang menghubungkan Kuala Merchang ini dinamakan Sungai Pulau Kerengga. Oleh kerana terbinanya resort yang terkenal dengan gelaran Marang Resort & Safari maka sungai ini diberi nama jolokan Sungai Safari.

Selesai menjalankan tugas harian, penulis menyusun rancangan untuk menduga penghuni sungai itu bersama rakan sekerja iaitu Man Rimau dan Jeri yang sememang kedua-duanya pemancing tegar. Jam 3 petang, penulis terus pulang ke rumah dan bersiap untuk mencari umpan yang ketika itu amat mudah dicari berikutan hujan sering melanda kawasan itu beberapa hari sebelumnya.

Tiga kali tangguk, Man Rimau berjaya mengisi balang kosong dengan lebih kurang empat puluh ekor anak ikan sepat. Kami tersenyum puas. Umpan sudah tersedia. Kami pulang ke rumah untuk berehat sementara menunggu air pasang petang kira-kira jam 7 malam. Tepat 6.30 petang, penulis sampai ke tebing sungai sementara menunggu rakan lain. Penulis mencuba teknik casting menggunakan gewang. Balingan pertama disambar dengan kuat seekor ibu toman yang akhirnya tewas selepas pertarungan selama 20 minit. Tujuh kilogram lebih, itulah berat yang dicatat. Teriakan rakan penulis memecah sunyi petang di sungai itu.

揜imau kau! Tak tunggu aku pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 03:34 PM | Show all posts
Teratai terkuak ditabur nasi kunyit
Oleh Sabaruddin Abdul Ghani

TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.

Apabila terjaga, beliau terasa tangan kanannya seakan-akan menggenggam sesuatu tetapi tiada apa-apa yang digenggam kecuali berbau hanyir seperti bau ikan. Beliau termanggu seketika dan segera memberitahu bapa saudaranya yang baru selesai menunaikan solat Subuh, demikian kata Wak Mashud (bukan nama sebenar) membuka cerita.

Berkerut dahi bapa saudaranya apabila mendengar kisah mimpi yang diceritakan itu. Berkali-kali lelaki itu bertanya benarkah apa yang dikatakan itu. Maklumlah ketika itu Wak Mashud baru berusia 12 tahun. Orang tua itu kurang percaya kalau-kalau beliau berbohong, cerita Wak Mashud lagi mengimbau kisah lama sekitar 1950-an.

揝eminggu sebelum itu, bapa saudara wak memberitahu hasratnya untuk memancing di Lubuk Lela di Sungai Lipis, Pahang. Musim kemarau panjang ketika itu menyebabkan air sungai berkenaan surut dan cetek. Memang sesuai untuk memancing.

揕ubuk itu menjadi idaman nelayan sungai dan kaki pancing untuk mendapatkan ikan baung tetapi tidak berani kerana banyak mainan makhluk halus seolah-olah tidak suka kehadiran manusia di situ,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2009 03:35 PM | Show all posts
Terserempak bunian rai kenduri kahwin
Oleh Sabaruddin Abd Ghani

BUKAN mudah untuk menuntut ilmu daripada Tok Ngah Awang. Setakat minat belum tentu diterima menjadi anak muridnya. Perkara paling penting baginya ialah pengisian pendidikan agama Islam dan peribadi mereka yang ingin mempelajari ilmunya.

Ilmu agamanya cukup tinggi. Dengar cerita, dia pernah memondok (belajar agama) di Sumatera dan bertapa di sebuah gunung di Johor. Ketika darurat, dia menjadi tempat penduduk berlindung daripada menjadi mangsa keganasan komunis, demikian pembuka Abang Sahak (bukan nama sebenar) kepada penulis ketika mengunjungi di rumahnya di Yan, Kedah, baru-baru ini.

Abang Sahak pernah merantau di Pahang. Dia kenal benar dengan Tok Ngah dan pernah tinggal di kampung orang tua itu iaitu Kampung Kemahang. Sepanjang mengenali Tok Ngah, banyak pengalaman menarik pernah dialaminya.

Cerita Abang Sahak lagi, pada suatu hari, Tok Ngah yang ketika itu berusia 70 tahun tetapi masih sihat dan kuat mengajaknya pergi memancing di tasik bekas lombong emas di Kampung Kuala Kemahang. Dua anak muridnya, Iman Golek dan Mus Montel turut serta.

Seminggu sebelum itu, Tok Ngah pergi ke kaki Bukit Raya. Apabila pulang, dia memberi tahu Abang Sahak yang ekspedisi memancing kali ini amat menarik. Pengalaman berharga akan Abang Sahak alami, kata Tok Ngah.

Terbayang di kepala Abang Sahak, Iman Golek dan Mus Montel keadaan destinasi yang akan dikunjungi. Hutan tebal tempat jin bertendang dan bekas lombong yang kebiasaannya menyedut mangsa menambahkan kerisauan di hati.

揇iam saja, biar mereka berkicau. Ada mata tengok, ada telinga dengar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 05:18 PM | Show all posts
Gangguan pontianak, buaya di Lubuk Cawan
Oleh Nuri Angkasa

DUA jam menongkah arus, mereka masih belum tiba di Lubuk Cawan. Sepatutnya mereka sudah berada di lokasi berkenaan.

Malah mereka sepatutnya sudah mula mendaratkan udang galah bersepit biru atau ikan baung bermisai panjang di situ, cerita Nathan kepada penulis sebaik bertemu dengannya di warung Rajis di pekan kecil Lubuk Paku dekat Maran, Pahang, baru-baru ini.

Nathan yang dibesarkan dalam perkampungan Melayu dikenali namanya sebagai Nathan. Dia fasih bercakap Melayu dan berkawan dengan masyarakat Melayu serta mengamalkan budaya Melayu.

Menceritakan pengalaman mencari Lubuk Cawan yang hilang ketika turun memancing di hulu sungai Pahang beberapa tahun lalu, Nathan masih terngiang-ngiang suara halus nyaring mengilai ketika melalui kawasan yang dianggap keras itu. Tetapi Panjang Andak yang berdarah keturunan Orang Asli, terkenal dengan berani malah sanggup bertindak dalam apa jua keadaan jika tercabar.

Saat-saat yang melahirkan misteri yang masih kekal tersimpan dalam ingatan mereka ialah pertarungan Panjang Andak dengan seekor buaya besar yang kononnya cuba menghalang perjalanan mereka ke Lubuk Cawan.

Pertarungan yang menakutkan itu mengambil masa hampir dua jam tetapi ternyata Panjang Andak terus memeluk badan buaya yang sentiasa membawanya ke dasar sungai.

Tanpa menggunakan sebarang senjata, Panjang Andak timbul di permukaan sungai seorang diri lalu naik semula dalam sampan sambil membuang bajunya yang sudah koyak rabak ketika bergelut dengan buaya.

揔ami berpandangan dengan dua rakan pancing yang lain,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 05:18 PM | Show all posts
Dollah, Ali lemas dalam satu lubuk
Oleh Nuri Angkasa

PEMERGIAN Dollah yang lemas di laut ketika memancing menjadikan lubuk itu dikatakan berhantu. Tetapi kumpulan pemancing lain terus menerus menganggap lubuk itu paling banyak dihuni ikan kerapu dan pari. Hanya pemancing kumpulan Dollah yang menganggap lubuk itu keras kerana mengambil rakannya pada satu peristiwa paling menghiris hati rakan karibnya, Ali.

Ali masih terus mendiamkan diri. Dia tidak banyak bercakap. Berkawan pun jarang-jarang. Dia sesekali masih menyebut peristiwa yang meragut nyawa Dollah. Malah, dia tetap yakin Dollah masih hidup dan ada di kawasan berkenaan walaupun dia sendiri tahu jenazah Dollah sudah selamat dikebumikan.

Sesekali dia menangis kerana pemergian Dollah yang begitu cepat meninggalkan rakan pancingnya yang bercadang untuk menubuhkan Kelab Pancing Daerah Pantai di kawasan perkampungan mereka. Dia juga kadang-kadang mengakui pemergian Dollah adalah penentuan Allah. Cuma, kesangsiannya ialah kenapa di laut ajalnya terjadi.

Rakan pancing lain terus berusaha memulihkan semangat Ali yang masih dalam keadaan tidak menentu supaya kembali normal seperti sebelum peristiwa itu dan mahu mengajak turun semula ke laut memancing.

Sesuatu yang agak sukar untuk dipercayai kadang-kadang keadaannya tiba-tiba pulih mendadak dengan ingatan tidak terjejas dan mahu turun semula ke laut memancing bersama rakan pancingnya walau tidak bersama Dollah.

Apabila ingatannya normal, Ali tetap serius dan berkata: 揧ang pergi dah tentu perginya. Tapi kita yang tinggal takkan terus mati sama,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 05:19 PM | Show all posts
Tekong muda dirasuk cahaya lampu
Oleh Nuri Angkasa

KALI ini, kita mencungkil pengalaman seorang tekong veteran nelayan laut dalam di Kuala Terengganu yang cuma mahu dikenali sebagai Tok Wan yang kini sudah berusia 72 tahun. Beliau cuma sesekali saja turun ke laut untuk mengisi masa lapang.

Menurutnya ketika ditemui di Jeti Pulau Kambing, Kuala Terengganu, baru-baru ini Tok Wan masih terus percaya bahawa beberapa tempat di sekitar perairan pulau di sini terdapat kawasan keras (ada penunggu) yang kita tidak tahu atau tidak dapat melihat makhluk halus yang mendiami kawasan berkenaan.

Ceritanya sebaik saja menghabiskan sebungkus nasi dagang dari warung Mek Yam, bahawa satu rombongan pemancing dari Temerloh, Pahang yang diketuai oleh Haji Salim yang dibesarkan dalam keluarga nelayan di Sungai Pahang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 45 tahun. Namun kedewasaan beliau sudah dapat memberikan kepercayaan oleh rakan pancing untuk melantiknya sebagai ketua kumpulan itu.

Kumpulan sepuluh orang itu dianggap sebagai team lasak di laut mahupun di sungai, tasik atau lombong tinggal di hutan belantara. Ekspedisi tiga hari dua malam kali itu menggunakan khidmat tekong muda berpengalaman luas di laut sebelah sini. Lokasi bakal diteroka ialah di Pulau Bidong tapi pilihan bukan di situ saja kerana karang atau unjam yang berselerak pastinya menjadi pilihan untuk memburu spesies ikan gred A.

Mereka meninggalkan Jeti Pulau Kambing selepas solat Jumaat dengan membawa bekal sotong segar yang dibeli dari nelayan pukat jerut yang baru pulang dari laut. Namun sotong yang disauk atau dicandat pada waktu malam tetap umpan paling digemari oleh spesies ikan di laut sebelah sini.

Selepas dua jam perjalanan, unjam pertama ditemui. Pancing apollo diturunkan untuk mendapatkan ikan segar sebagai umpan. Tekong Wan Nik Su turut membantu dengan menggunakan apollo 50 mata. Dalam tempoh yang singkat, tong nelayan berwarna merah sudah hampir setengah penuh isi ikan umpan. Mereka kemudian berpindah ke kawasan karang semula jadi untuk memancing ikan kerapu dan tambak.

Malam itu cuaca gelap. Bintang tidak ada di langit. Angin bertiup lembut tetapi sesekali bagaikan terdengar bunyi suara berlagu nyaring di kejauhan. Sambil itu keadaan sekitar kawasan itu bagaikan ada pesta dengan lampu berkelip sana-sini.

揥ah! Kita dah ada kawan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 05:22 PM | Show all posts
Hujan panas bawa petanda buruk
Oleh Nuri Angkasa

ANAK muda ini kelahiran Tanjung Tualang, Perak, tetapi dibesarkan dalam kumpulan rakan muda darah petani di Sabak Bernam. Beliau kuat kepada pegangan agama hingga dapat gelaran Ustaz Durani tetapi itu tidak menjadi hal pada anak muda yang peramah dan suka berjenaka itu.

Durani tidak minat memancing sama ada memancing di laut mahu pun sungai. Beliau tidak seperti rakannya yang lain yang sudah menganggap joran pancing adalah rakan kedua mereka.

Hari itu hari minggu. Darus, Ramli dan Roslan mengajak Durani pergi ke hulu Sungai Bernam untuk berjumpa rakan lama yang masih menetap sebagai pemancing udang galah. Durani bagaikan terpanggil untuk ke hulu Sungai Bernam, walau pun rakan di sana belum dikenalinya.

Menaiki tiga buah motosikal mereka menuju ke lokasi, cerita Darus yang turut sama dalam kumpulan itu. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam itu mereka merempuh hujan panas dan petanda ini kurang menyenangkan hati Durani.

Mereka singgah di sebuah warung apabila hujan semakin lebat. Di warung itu mereka memesan minuman panas dan nasi lemak. Perempuan tua yang menguruskan warung berkenaan tertarik dengan tingkah laku Durani yang sentiasa menghormati orang tua berbanding dengan rakannya yang lain.

揂nak ni nak ke mana,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 05:23 PM | Show all posts
Pulau Aur, Tioman ghaib ketika siang
Oleh Nuri Angkasa

INI cerita seorang teman pemancing lasak yang sering ke perairan Mersing bersama sekumpulan lapan pemancing dari Kota Tinggi dan Kluang, Johor. Mat Salleh bercerita kepada penulis mengenai Pulau Aur yang lesap ketika satu ekspedisi tiga hari dua malam beberapa tahun lalu. Kisah itu masih menjadi satu misteri yang tidak berjawab hingga hari ini.

Menggunakan khidmat tekong lama yang penuh dengan pengalaman, rombongan lapan orang yang diketuai oleh Mat Salleh sendiri bergegas meninggalkan jeti Mersing seawal subuh hari berkenaan.

Destinasi utama kali ini ialah sekitar perairan Pulau Aur yang ketika itu musim spesies ikan bergigi tajam (tenggiri). Jarak perjalanan agak jauh. Justeru, Mat Salleh dan rakan menyambung tidur yang terusik beberapa jam ketika berada di jeti Mersing.

Beliau bersama tekong berbual panjang, cerita Mat Salleh lagi sambil menghirup teh tarik di warung.

Wajah Pulau Aur di sebelah timur sudah berbalam dalam samar-samar cahaya matahari pagi yang bakal berbakti sepanjang siang. Tiba-tiba pulau itu hilang daripada pandangan tetapi pada sonar dan GPS masih jelas lokasinya.

Menggunakan pengalaman tekong yang mahu dikenali sebagai Adi Komando, mereka masih juga gagal mencari pulau berkenaan walaupun waktu sudah jam 11 pagi. Pulau Dayang turut hilang. Namun Adi Komando tidak mahu mendedahkan kehilangan berkenaan demi mengawal keadaan supaya tidak panik. Cuma Mat Salleh dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada ekspedisi kali itu.

Rakan pancing lain yang sudah mula sedar daripada tidur yang panjang. Masing-masing mula membuat persediaan untuk melakukan aktiviti memancing dengan cara masing-masing. Sementara itu, tekong Adi Komando terus mencari jejak pulau yang masih belum kelihatan.

Alat pengesan GPS dan sonar sudah tepat menunjuk arah tetapi wajah Pulau Aur tidak kelihatan, cerita Mat Salleh lagi. Lantas tekong memutuskan pendirian untuk berpindah ke Pulau Pemanggil saja kerana daripada firasatnya sendiri ada yang melarangnya memancing di kawasan berkenaan.

Lima jam berada di sekitar Pulau Pemanggil, sebuah bot nelayan bergegas mendapatkan bot tekong Adi Komando sambil berteriak kuat.

揚ulau Aur dilanda ribut besar dengan tiba-tiba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 07:29 AM | Show all posts
Benda pelik di Sungai Belat - Pemancing sesat di kawasan sama tiga kali dalam masa dua tahun

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my



AHMAD Nazri menyuapkan makanan ke mulut Razali yang masih lemah di HTAA, Kuantan semalam selepas sesat empat hari di Sungai Belat.

KUANTAN - Penduduk Kampung Belat, dekat sini ada alasan tersendiri yang mendorong mereka memberanikan diri memancing di sebuah sungai di situ walaupun ramai mengakui kawasan itu 'keras' dan 'tidak selamat'.

Puncanya, saiz udang galah di Sungai Belat dikatakan besar.

Namun tidak semua berjaya membawa pulang udang galah. Inilah yang berlaku kepada seorang pemancing berpengalaman, Razali Jaafar, 58. Dia pengsan dan ditemui terdampar di tepi sungai itu oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas sesat sejak empat hari lalu selepas memancing udang galah di sungai itu.

Ini kali ketiga Razali sesat di kawasan hutan nipah itu selepas dua insiden sama sejak dua tahun lalu.

Cerita Razali, dia sedang memancing dalam keadaan lapar di tepi sungai itu pada pukul 7 pagi Isnin lalu sebelum terlihat seekor kambing gurun putih bersama seorang wanita.

Dia mendakwa wanita itu membawa banyak makanan dan mengekorinya sehingga ke hilir sungai.

"Sedar tak sedar, hari dah gelap. Saya cukup lesu lalu rebah. Bila sedar dari pengsan, saya dah terbaring di tebing sungai,''ceritanya semasa ditemui di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam.

Razali terperangkap apabila air begitu cepat pasang melepasi paras kepala sehingga memaksa dia bermalam di situ.

Esoknya, dalam keadaan lesu, dia ternampak orang ramai termasuk yang memakai seragam anggota Bomba dan Penyelamat mencarinya tetapi jeritannya tidak didengari sesiapa.

Begitulah juga pada hari ketiga, Razali yang kelesuan cuba memanggil anggota penyelamat yang masih mencarinya tetapi suaranya sudah tidak keluar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2009 10:41 AM | Show all posts
Angkara hantu lelembut?

Oleh NURUL IZZA ROSLY dan SHAHRULNOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my



HANTU lelembut sedang memegang seekor ikan seperti yang digambarkan dalam buku 99 Jelmaan Makhlus Halus.

KUALA LUMPUR - Kehilangan seorang lelaki, Razali Jaafar, 58, yang memancing di Sungai Belat, Jalan Kuantan - Pekan selama empat hari mungkin angkara hantu lelembut.

Itu dakwa Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Al-Attas sambil menggambarkan lelembut merupakan jelmaan mahklus halus.

"Kes melibatkan lelembut sebenarnya sudah lama berlaku, kira-kira 150 tahun yang lalu dan pernah ditulis oleh Walter William Skeat dalam buku Malay Magic pada 1866.

"Lelembut ini dikatakan mirip bunian dan menyerupai perempuan dan hanya beberapa individu sahaja yang kononnya pernah terserempak dengan makhluk ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian mengulas insiden yang dialami Razali, yang hilang selama empat hari sejak Isnin lepas di Sungai Belat setelah mendakwa mengekori seorang wanita bersama seekor kambing gurun putih yang didakwanya membawa banyak makanan sehingga ke hilir sungai.

Akibat terlalu penat, Razali yang lesu terus rebah tidak sedarkan diri dan terbaring di tebing sungai sehinggalah dia dijumpai oleh anggota Bomba dan Penyelamat pukul 10 pagi kelmarin.

Dalam pada itu, Syed Abdullah menambah, lelembut jarang diperkatakan oleh masyarakat Melayu sebelum ini kerana ia bukan spesies hantu yang dibela.

Lelembut juga dakwanya lebih suka berkumpul sesama sendiri serta memilih persekitaran berair seperti kawasan tadahan air, empangan, tasik, laut, anak-anak sungai sebagai tempat bermastautin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2009 12:28 PM | Show all posts
Misteri: Makhluk halus tumpang menjala
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

Tetamu tidak diundang turut sama berkongsi kegembiraan melihat tangkapan dalam jala

SAIFUL sudah bersiap sedia sejak awal hari minggu itu dengan jala, joran dan umpan. Dia tidak mahu rancangannya bersama rakan-rakan untuk memancing atau menjala terbantut lagi. Sudah beberapa kali hasrat mereka tidak kesampaian kerana ada saja aral melintang.

Jika tidak kerana dia yang ada hal, rakan-rakan yang lain pula tidak dapat beri komitmen. Kesudahannya, hasrat mereka terpaksa dilupakan buat sementara.

Namun kali ini Saiful dan rakan-rakannya nekad. Sebarang masalah kecil diketepikan dulu demi melaksanakan hajat yang sudah dirancang sekian lama. Tambahan pula desakan meneruskan hobi memancing dan menjala itu bagai tidak dapat dibendung lagi.

Pada hari dijanjikan, Saiful dan empat rakannya bertolak ke tempat dipersetujui berhampiran pantai Penaga yang terletak di Seberang Perai Utara dengan harapan mendapat habuan lumayan.

Masing-masing tidak sabar untuk sampai berbekalkan matlamat yang satu - memperoleh banyak ikan tanpa menyedari mereka bakal berdepan pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Sesampai ke tempat yang dituju, rakan-rakannya bergegas mencari tempat berlabuh yang sesuai sebelum hari gelap. Sementara Saiful masih berlengah-lengah berhampiran kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Dia mundar-mandir di situ sehingga menimbulkan kehairanan rakan-rakannya.

Mereka menyangka Saiful tidak mahu tergesa-gesa kerana berdasarkan apa yang didengari, kawasan itu penuh dengan ikan tidak kira di mana pun joran dilemparkan. Malah, mengikut cerita penduduk, tiga atau empat kali menjala jika kena pada tempatnya sudah memadai untuk pulang dengan ikan yang banyak.

Apa yang mereka tidak ketahui ialah makhluk yang selama ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar sudah menampakkan kewujudannya kepada Saiful. Makhluk itu bertenggek di atas sebatang pokok berhampiran tempat yang dipilih rakan-rakannya untuk memancing.

Saiful nampak dengan jelas makhluk itu memerhatikan rakan-rakannya yang beriya-iya membentangkan tikar, berebut mencari tapak terbaik dan tidak sabar-sabar melemparkan joran masing-masing.

Dia memikirkan cara terbaik memberitahu rakan-rakannya mengenai kehadiran makhluk tidak diundang itu. Memang semua rakannya itu kuat semangat tetapi kehadiran makhluk halus perlu disampaikan dengan cara lembut supaya tiada yang terkejut dan mungkin ada yang bertempiaran lari.

Menyedari Saiful yang belum menyertai mereka, salah seorang rakannya, Ali, segera memanggil.

“Hoi! Tunggu apa lagi. Cepatlah ke sini,” Ali melaung selepas melemparkan jalanya ke dalam sungai, sambil melambai-lambai tangan kepada Saiful. Saiful tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak sempat dia memberi amaran, Ali sekali lagi memanggilnya menyertai mereka.

Apa yang pelik ialah makhluk halus yang sejak tadi bertenggek di atas pokok terlebih dulu menyahut panggilan Ali seolah-olah dia yang dipanggil. Dari kedudukannya, Saiful nampak dengan jelas dia terjun dari pokok dan berjalan ke arah rakan-rakannya dalam jelmaan hitam dan besar.

Lebih tidak masuk akal apabila makhluk itu turut menjenguk ke dalam jala yang dilemparkan Ali seolah-olah mahu sama-sama berkongsi kegembiraan dengannya yang mendapat ikan.

Kehadiran makhluk halus di sisi masih tidak disedari rakan-rakan Saiful yang semakin seronok selepas kail mereka diragut setiap kali umpan baru dipasang.

Dalam keghairahan Ali melemparkan jala, baru dia tersedar dengan kehadiran makhluk berkenaan.

Dia benar-benar terkejut dan sedikit melatah tetapi semangat lelakinya masih kental untuk dipersendakan makhluk berkenaan. Ternyata, makhluk halus itu suka menjala ikan.

Tanpa menghiraukan makhluk itu, Ali terus melemparkan jala cuma kali ini dengan sedikit berhati-hati kerana bimbang makhluk itu menolaknya ke dalam air. Mulutnya juga kelihatan berkumat-kamit seolah-olah sedang membaca sesuatu dan sekali sekali kelihatan dia seperti sedang menghembus sesuatu.

Makhluk itu akhirnya hilang sendiri selepas kehadirannya tidak dihiraukan Ali, manakala rakan-rakan yang lain seronok melayan ikan yang meragut umpan.

Sehingga hari ini, Saiful tidak dapat menjelaskan cerita mengenainya kepada rakan-rakan lain, selain Ali yang turut melihatnya. Sejak itu jugalah, Saiful tidak lagi ke tempat itu dan sering menolak jika diajak memancing oleh rakannya, lebih-lebih lagi jika dia ada mendengar cerita ‘ganjil’ mengenai kawasan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:56 PM | Show all posts
Mintak2 le time aku mancen x terjadi mende2 yg x diingini nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 10:45 PM | Show all posts
dlu aku duk raub last 2008, lps keje da xde watpe aku g la mancing sambil  tangguk anak udang utk stok mkanan ikan yg bela kt dlm akuarium, tempat yg aku maksud ni  jln ke felda krau 3, sebelum sampai ke felda tu, ada 2 lombong (kawasan berair )natural, besar juga. Stkt melayan baling pakai umpan bom leh jg. Ikan yg pernah melekat kt mata kail aku sprti lampam jawa,lee koh, anak kap rumput, aruan, sun hock (ketutu ubi). pendek kan cite. last day lepas aku dpt pindah ke KL. ari tu aku gi mancing sorang pasal gian tempat tu smpi kul 7 lebih dekat maghrib.. Aku pun leka mata memandang ujung rod...mana tau bergetar leh la tarik. Tp masa tu juga antara menumpu tumpuan, sesekali deruan angin sayu diikuti ayunan daun2 pkok melambai2. Aku ketika tu pun tak perasan yg aku ni duk kt semak tul2 sebelah pokok buluh yg tak berapa besar pokoknya. Lepas tu tiba2 bauan  wangian bunga yang amat harum sekali menusuk ke lubang hidung aku, jauh beza dengan minyak wangi. Jadi masa tu juga aku dapat rasa bulu tengkuk mula meremang dan aku terus  clearkan sumer yg ada terus balik. Baru la aku tau tempat tu , sebelum ni pun ada khabar2 angin mengatakan tempat aku mancing tu dulu, ada org cina pernah buang keranda kt dalam lombong tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 10:51 PM | Show all posts
ni satu lagi peringatan, sesekali bila kita pegi tempat mancing yg jauh macam hutan, kawasan semak yg dalam..lopak2 air semula jadi..bila kita hulur joran di makan ikan seperti mengalakkan aje, tak putus2 ikan makan...cukup la stkt 2 3 ekor..pastu balik esk leh mancing lagi. Jgn melayan nanti lain jadi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070739 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list