CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42376|Reply: 108

The Mall (Yaohan) -

  [Copy link]
Post time 26-1-2009 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Kelesuan The Mall
Oleh AQMAR ALLADAD




PADA tahun 1980-an, The Mall ialah syurga membeli-belah kepada warga Kuala Lumpur. Sebut sahaja pasar raya The Mall, pastinya umum mengetahui betapa hebatnya gedung itu pada suatu ketika dahulu. Namun, kini ia juga bagaikan hilang seri apabila semakin kurang mendapat kunjungan ramai.

Lebih mengejutkan, apabila baru-baru ini para peniaga dan pengunjung The Mall dikejutkan dengan pengisytiharan jualan lelong yang diiklankan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 2 Januari lalu.

Deskripsi lelongan merangkumi harta di podium kompleks beli-belah yang dikenali sebagai The Mall, menara pejabat yang dikenali sebagai Putra Place (bermula dari tingkat 10 hingga 33) dan hotel (tingkat 11 hingga 21).

Ia juga melibatkan servis apartmen (tingkat 22 hingga 34), pangsapuri yang dikenali sebagai The Legend (34 hingga 35) serta 1,323 parkir kereta di tingkat bawah tanah 1 dan 2 serta tingkat lima hingga lapan.

Pengumuman lelong tersebut bakal menjejaskan peniaga di situ yang rata-rata tidak tahu mengenai status kompleks tersebut, manakala ada juga yang mendengarnya daripada pihak luar sahaja.

Baru-baru ini kami menghubungi pihak pengurusan kompleks terbabit untuk menanyakan kesahihan perkara itu, bagaimanapun wakilnya enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, perkara itu amat sensitif dan syarikat pengurusan belum bersedia untuk mengumumkan sebarang keputusan kepada pihak media.




Tinjauan kami ke kompleks tersebut hujung minggu lalu mendapati suasana di situ agak suram dan sepi tanpa kehadiran ramai pengunjung.

Seorang peniaga pakaian wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Cowlni, 45, tidak mengetahui sejauh mana kebenaran isu lelongan tersebut memandangkan pihak atasan belum mengeluarkan sebarang notis kepada para peniaga.

Katanya, dia hanya menyedari kekecohan itu setelah dikhabarkan oleh rakannya yang membaca pengisytiharan jualan tersebut yang diiklankan dalam akhbar.

"Saya memang ada dengar mengenai lelongan The Mall tetapi saya tidak tahu sama ada ia benar atau tidak dan bila akan dikuatkuasakan.

"Lagipun, para peniaga lain pun tidak pula bising dan cakap-cakap pasal hal ini," katanya.

Walaupun terletak di kawasan yang begitu strategik, The Mall merupakan perintis dan antara kompleks beli-belah moden terawal yang menjadi tarikan seluruh warga ibu kota serta pelancong sekitar 1980-an.

Bangunan yang mempunyai keluasan 17,988 meter persegi itu turut menempatkan sebuah pasar raya popular iaitu Yaohan.

Yaohan kemudian bertukar kepada jenama Aktif Lifestyle. Bagaimanapun, ia juga tidak bertahan lama setelah Parkson Grand mula mengambil alih premis itu pada 2004.

Adakah kemegahan pusat membeli-belah itu mula merudum setelah pembukaan pasar raya yang lebih gah seperti KLCC, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan Pavilion?

Meskipun kurang mendapat kunjungan orang ramai, The Mall masih selamat kerana mempunyai pengunjungnya sendiri iaitu para pelancong yang tinggal di dua hotel terkemuka, Hotel Pan Pacific dan Hotel The Legend.



KEMEGAHAN The Mall mungkin berakhir.

Bukan itu sahaja, The Mall mampu menarik orang ramai singgah ke kompleks itu kerana ia juga terletak berdekatan Hentian Putra.

"Dulu waktu kecil memang saya selalu datang ke sini sebab tak ada kompleks beli-belah yang istimewa selain The Mall.

"Tetapi sekarang saya hanya datang ke sini sekiranya ada kerja di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ataupun untuk naik bas di Hentian Putra. Nak datang suka-suka memang saya tak datang," jelas seorang pengunjung The Mall, Siti Fatimah Hassan, 26.

Sementara itu, seorang jurujual di sebuah butik, Ika Walandare, 18, menyifatkan pihak pengurusan The Mall sepatutnya merancang inisiatif baru untuk mengembalikan semula kegemilangan kompleks itu supaya lebih ceria.

Ini kerana pengunjung hanya akan datang ke pusat beli-belah tersebut sekiranya ia menawarkan pelbagai tawaran menarik dan butik yang memenuhi cita rasa masyarakat masa kini.

"The Mall perlu melakukan sesuatu supaya keadaannya tidak berterusan seperti hari ini," katanya.

Tambah Ika, sekiranya benar The Mall akan dilelong, sepatutnya ia perlu dimaklumkan terlebih awal kepada para peniaga supaya mereka dapat bersiap sedia jika berlaku sebarang masalah.

"Kami berniaga macam biasa tak ada lagi wakil daripada pihak pengurusan mengedarkan notis," jelasnya.

Dalam pernyataan pengisytiharan lelong itu, Commerce International Merchant Bankers Bhd. disebut sebagai plaintif sementara Metroplex Holdings Sdn. Bhd. bertindak sebagai defendan.

Metroplex ialah pemilik berdaftar dan bertindak menguruskan sepenuhnya bangunan tersebut yang terletak di Putra Place, 100 Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan lelong itu juga menyatakan mereka yang berminat boleh membuat bidaan pada harga permulaan RM634.5 juta. Bagaimanapun, pihak yang membeli aset itu terikat kepada peraturan dan syarat yang digariskan dalam pengisytiharan tersebut.

"Kesemua pembida dikehendaki mendeposit sebanyak 10 peratus nilai lelongan awam dan baki wang pembelian akan dibayar oleh pembeli dalam tempoh 90 hari dari tarikh jualan kepada CIMB Investment Bank Bhd.," menurut pengisytiharan tersebut.



PEMANDANGAN ruang niaga dan ruang makan
kompleks beli-belah The Mall semakin hambar.


Segelintir peniaga juga berpendapat, mereka tidak kisah untuk berurusan dengan pengurusan baru dan pada masa yang sama berharap berlaku kelonggaran polisi dari segi harga sewaan yang pada ketika ini begitu membebankan.

"Saya bekerja sebagai jurujual di ruang tengah kompleks ini hampir empat tahun. Sewa yang dikenakan agak tinggi iaitu RM250 sehari bagi satu petak.

"Ia agak membebankan kerana pengunjung tidak ramai dan sambutan hanya hangat sekiranya PWTC mempunyai program pameran dan persidangan," keluh jurujual, Liana Jamaluddin, 20.

*******************************************************************************

actually early this year ada buka thread di CI tentang The Mall yang
akan di lelong ini --

buka sini untuk sama2 kita reminiscence kenangan2 kita - pada sesiapa
yang sokmo lepak kat sana  especially in the 80s - masa dia betul2
tengah popular - ada macam2 permainan dalam tu... food court
medan hang tuah yang popular dengan macam2 lauk tradisional etc -

banyak memories dan kenangan -   masa cuti2 sekolah - beli tingkap
kat the mall; jumpa kawan2..sanggup jalan kaki panas2 buta dari chow kit
balik tution dari  ming institute ke yaohan. sebab nak jalan2 cari makan
kat dalam yaohan -

ada juga masa dulu main yang indoor them park 'ark' tu.. memang gayat
tapi interesting  kalau naik tu ishhh bising dok jerit2 semua macam
kambing.. ---  - what a thrill - masa tu la -

*panggil yaohan pun sebab dulu yaohan mall kat situ - now digantikan
dengan parkson grand -- cuma dah biasa dengan yaohan tu yang sampai
sekarang kalau nak refer the mall - mesti sebut yaohan the mall gak - -
walaupun dah tak ada pun yaohan tu lagi -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2009 10:23 AM | Show all posts
kat situ kan banyak broker....takkan takder org beli punya.....tuh..kt gerai no 5 tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 11:04 AM | Show all posts
susah nk parking le situ. nk naik lrt mls. kdg2 je aku p sana tue
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 11:09 AM | Show all posts
aku suka pegi monkey bar situ...waitress dier cantek..boleh bawak tidur skali RM100 semalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 11:10 AM | Show all posts
aku suka pegi monkey bar situ...waitress dier cantek..boleh bawak tidur skali RM100 semalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 11:41 AM | Show all posts
dah nak tutup dah... tak lama lg jd sejarah la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2009 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by baksamakmu at 26-1-2009 11:10 AM
aku suka pegi monkey bar situ...waitress dier cantek..boleh bawak tidur skali RM100 semalam



erkkkkk

apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 01:47 PM | Show all posts

Balas #3 sweet_charcoals\ catat

dekat ngn opis aku..so kalau pepetang kalau boring n nk minum2 ok lg la nk g sini..juz nek lrt je..for me..preserve it..byk kenangan n sentimental value nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2009 03:39 PM | Show all posts
Bila Ingat Yaohan teringat lak citer Drama Jepun '' Oshin ''
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by baksamakmu at 26-1-2009 11:10 AM
aku suka pegi monkey bar situ...waitress dier cantek..boleh bawak tidur skali RM100 semalam



sesuwai ler... monkey bar... waitress satu latut semalam... :victory:  

tapi samak.. cantik kalu... setakat satu latut satu malam.. ... tak cantek mana lor...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 26-1-2009 03:39 PM
Bila Ingat Yaohan teringat lak citer Drama Jepun '' Oshin ''


Haha.. betul2.
Masa yaohan ni bukak mmg seronok la. Time tu aku slalu gi ngan mak aku kt Supermarket Keramat skng dh xde lagi.. kenangan tu.. naik bas sri jaya no. 237.. hahha. masa yoahon ni bukak, naik bas sri jaya 237A smpai chow kit,, tiket bas tu klau kumpul 5 keping bleh redemm tisu.. mmg betul2 kenangan la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 12:37 AM | Show all posts
cashier dier...coba ko runding..awek philipine

[ Last edited by  baksamakmu at 27-1-2009 01:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 09:37 AM | Show all posts
Bior le terus beroperasi. Kan ke kalau ada Perhimpuan Agung UMNO ramai lah orangnya. Kesian makcik-makcik yang datang dari jauh nun. Mana la dia orang nak pergi nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by joey_mcintrye at 27-1-2009 09:37 AM
Bior le terus beroperasi. Kan ke kalau ada Perhimpuan Agung UMNO ramai lah orangnya. Kesian makcik-makcik yang datang dari jauh nun. Mana la dia orang nak pergi nanti...


Masalahnya ada lagi ke perhimpunan umno ni?umno pon dah nyawa2 ikan.Tu sebab the mall pon nyawa2 ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:42 AM | Show all posts
teringat zaman 90an dulu

masa tu, mid valley, klcc, pavillion, ou takde lagi .. maksud aku awal 90an til mid 90..

yaohan hari mgu, peghhh... crowd gile ngan org.. budak2 suka lepak kat atas sekali, ada tempat arcade game... aku pun kalau gi kl time tu, gi jalan2 cuti sekolah , mesti gi situ..

tak silap aku gak, first time aku makan kenny rogers pun kat situ gak, antara branch terawal yg bukak kat malaysia ni... kat yaohan la kot..

last aku pegi tahun 2001, masa tu dah suram je yaohan ...

still yg hidup lagi dalam kl , kompleks2 yang legend/tua2 nih pc, campbell, ampang park..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 01:11 AM | Show all posts
Aikss...... dah masuk kat dalam board sejarah ??????
belum mati lagi, jangan dihumban ke dalam kubur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 06:38 AM | Show all posts
masa 98 dulu, tingat lg shOpping hp kat sini.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by joey_mcintrye at 27-1-2009 09:37 AM
Bior le terus beroperasi. Kan ke kalau ada Perhimpuan Agung UMNO ramai lah orangnya. Kesian makcik-makcik yang datang dari jauh nun. Mana la dia orang nak pergi nanti...


hehe.. tu la passal.. pakcik2 umno sumer naik atas.. kengkonon gie beli kfc..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 11:10 AM | Show all posts
Food court kat tingkat paling atas tu okey apa? Masih one of the best in that area ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 28-1-2009 11:10 AM
Food court kat tingkat paling atas tu okey apa? Masih one of the best in that area ....


Food court tu makanan nya ok.Tapi lepas makan je,baju pon berbau kedai.Aku rasa xde sistem pengaliran asap dap[ur kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096230 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list