CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 7

minta pandangan

[Copy link]
Post time 27-1-2009 05:53 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum baru 2 ni adik saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ,aruah meninggalkan seorang anak dan isteri.jenazah aruah telah dibawa balik ke kg halaman kami kat kelantan semuanya atas keizinan isteri beliau.alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
   semua urusan menggunakan duit sumbangan serta sedekah dari orang yang datang melawat yang diserahkan pada isteri beliau serta mendapat keizinan darinya .dia mahu buat bacaan tahlil selama 7 hari.sebelum ni makcik saya sebagai tuan rumah telah berbincang dengar nya ,yang makcik tak mampu nak tanggung semua.isteri aruah dah bersetuju nak keluarkan perbelanjaan.
     masalah sekarang ada suara sumbang mengatakan sesiapa yang makan jamuan selepas tahlil itu seolah 2 makan duit haram iaitu duit anak yatim .itu yang saya muskil .sekarang ni saya rasa serba salah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 07:14 PM | Show all posts
raser2 nyer...yg bab duit anak yatim tu kalu2 mak pak nyer dah
takder....since mak nyer ader lagi......dan dah pun memberikan
keizinan.....why not...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 08:42 PM | Show all posts

Reply #2 ikutsukerjerk's post

Sha rase camtu gak..
kalau kes yg makan harta anak yatim tu..kalau mak ayah die xde kan..
then, org lain yg ambik duit tu..
Dlm hal ni, ibu die ade kan..
Ibu die pun izinkan..
bukan ke dlm harta tu,ade part utk ibunye skali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:59 PM | Show all posts
mintak nyampuk skit, walaupun agak lari dari topik persoalan, cume ada kait skit2 je pasal bab makan2 ni. pernah dengar satu kuliyah yang disampaikan oleh sorang Ustaz pasal  kenduri arwah ni.. ustaz tu ckp sebaik2nya x dibuat jamuan2 makan. nak wat pun, cukup  sekadar bertahlil... sepatutnya kita datang ke umah si mati untuk meringankan beban keluarga simati, bukan menyusahkan lagi keluarga dengan menyediakan makanan2 untuk org yang datang, sebab kita bukan wat majlis walimah.... adalah lebih baik kalau yang datang tu yang berikan sumbngan pada keluarga si mati..sumbangan berupa beras ke, gula ke etc.
tapi dah adat orang melayu mcm tu kan... tp my family memang x buat kenduri arwah.

nak tanye pada sesiapa yang arif pasal tahlil 7 hari tu.. is it bid'ah or not?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 11:34 AM | Show all posts
memang dah adat kg macam tu ,yang sedekah tu memang banyak beras ,gula dan duit, duit tulah yang digunakan .....tapi ada orang pertikai kan .upah gali kubur dan segala kos yang kami gunakan termasuk sumbangan adik beradik,kami bukan orang senang semua ada tanggungjawab sendiri.
   pasal kenduri tahlil 7 hari ni banyak pendapat yang berbeza ,ada yang kata tahlil ni bolih membantu aruah .kami cuma ikut permintaan isteri aruah je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2009 01:49 PM | Show all posts
Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda: "Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." - mks. _
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 08:41 PM | Show all posts
aku dengar benda ni dulu mase p kuliyah Dr Asri x-mufti perlis.. banyak tol bid'ah org melayu dalam bab orang meninggal ni.. dari awal sampai la ke bab talkin, bab kenduri... etc, ramai sangat lagi yang x didedahkan dengan perkara2 ni. termasuk la aku yang kurang ilmu ni...Tapi orang kampung payah nak terima...siap la nanti kata ajaran sesat mana lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.331125 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list