CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12551|Reply: 26

Benjamin Netanyahu - PM Israel

  [Copy link]
Post time 9-2-2009 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Netanyahu diramal PM Israel





SEORANG pekerja Parti Likud memegang poster
Netanyahu di Kampung Yarka, Israel semalam.



RAMALLAH - Penduduk Palestin meletakkan harapan mereka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bagi memastikan pelan damai Palestin-Israel tidak berkubur berikutan ramalan bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu (gambar) akan kembali menerajui negara Yahudi berkenaan.

Rata-rata, penduduk Palestin masih ingat bagaimana pemimpin parti Likud itu berusaha memusnahkan pemerintahan autonomi Palestin berdasarkan perjanjian Oslo pada penggal pertama pemerintahannya dari 1996 hingga 1999.

Tinjauan pendapat di Israel menjelang pilihan raya umum negara itu esok mendapati Netanyahu menentang penubuhan negara Palestin yang sedang dirunding antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ehud Olmert.

Perunding Palestin, Saeb Erakat mahu masyarakat antarabangsa terutamanya pentadbiran Obama bersikap tegas sekiranya kerajaan baru Israel di bawah Netanyahu enggan meneruskan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak.

"AS, Eropah, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menegaskan bahawa Israel tiada lagi peluang perdamaian jika ia menolak proses damai sekarang," katanya.

Keempat-empat pihak itu merupakan kuartet yang sedang mengusahakan proses damai antara Israel-Palestin.

Seorang pakar hubungan luar Palestin, Mahdi Abdul Hadi yakin bahawa kumpulan pelampau kanan Yahudi yang dipimpin oleh Netanyahu dan Avigdor Lieberman akan memenangi pilihan raya kali ini.

"Penduduk Palestin akan menanggung akibatnya," kata pakar tersebut. - AFP


***********************************************************************************

pelik juga dah.. dulu netanyahu yang nak cuba berdamai - buat perdamaian
masa yasser arafat hidup dulu.. - tak tahulah macamana sekarang kalau
dia pegang policy against penubuhan palestine -- sampai bila pun perang di gaza
akan berterusan -


[ Last edited by  dexa at 21-2-2009 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2009 10:46 AM | Show all posts
Pilihan raya Israel esok


DARI kiri, Benjamin Netanyahu, Tzipi Livni, Ehud Barak dan Avigdor Lieberman.

Netanyahu dijangka menang

BAITULMAQDIS: Rakyat Israel akan memilih kerajaan baru esok dalam pilihan raya umum yang dijangka mengembalikan kuasa kepada parti Likud pimpinan bekas perdana menteri, Benjamin Netanyahu.


Pilihan raya itu diadakan tiga tahun selepas pilihan raya lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri sekarang, Ehud Olmert mengambil alih parti Kadima, selepas pemimpinnya, Ariel Sharon diserang angin ahmar dan koma sehingga ke hari ini. Kadima kini dipimpin oleh Menteri Luar, Tzipi Livni.

Parti Likud mengalami kekalahan teruk dan tewas pada Kadima dalam pilihan raya pada Mac 2006, kini diramalkan akan menang antara 25 dan 27 kerusi bagi membolehkan Netanyahu kembali berkuasa.

Kadima pula diramalkan akan menang antara 23 dan 25 kerusi dalam Parlimen yang mempunyai 120 kerusi itu.

Sistem kompleks Israel dan bilangan pengundi yang belum membuat keputusan dijangka memberi peluang kepada calon lawan Netanyahu, Livni memperoleh kemenangan.

Namun, pertempuran di Gaza dan keadaan ekonomi meleset dijangka memberi kelebihan kepada Netanyahu dan calon lain yang lebih tegas dalam isu berkenaan.

Pertempuran selama 22 hari di Semenanjung Gaza bulan lalu menyebabkan Israel dikelilingi oleh musuh, walaupun calon sederhana seperti Livni dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak boleh mendakwa mendapat sokongan kerana melancarkan peperangan itu.

Laporan agensi juga menyatakan, pada masa ini, Netanyahu adalah calon paling sesuai untuk menjadi perdana menteri. Beliau dikatakan lebih cenderung berdepan dengan ancaman dan menjadikannya keutamaan nombor satu, berbanding usaha untuk berdamai dengan Palestin.

"Kali terakhir saya memilih Barak dan kami cuba berbaik-baik dengan Arab, tetapi anda lihat apa yang kami dapat," kata penduduk Baitulmaqdis berusia 37 tahun, Elan Benaroush.

Tinjauan pendapat mendapati parti yang mempunyai kecenderungan ke kanan mungkin memperoleh majoriti kira-kira 65 kerusi dalam Knesset.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 07:53 PM | Show all posts
Parti Kadima, Likud bersaing sengit

BAITULMAQDIS 9 Feb. - Calon-calon pilihan raya Israel berebut-rebut mendapatkan sokongan pengundi ketika baki kira-kira 20 peratus pengundi masih belum menunaikan tanggungjawab mereka.

Keputusan terbaru pilihan raya itu yang disiarkan menyaksikan parti pemerintah Kadima ketinggalan beberapa kerusi berbanding parti pembangkang sayap kanan, Likud.

Ia menyaksikan Likud memperoleh antara 25 hingga 27 kerusi Parlimen, sementara Kadima antara 23 hingga 25 kerusi.

Dengan baki lagi 20 peratus pengundi yang masih belum mengundi, pemimpin kedua-dua parti itu sibuk melaksanakan strategi terakhir bagi meraih undi.

Menteri Luar merangkap Presiden Kadima, Tzipi Livni yang berhasrat menjadi Perdana Menteri wanita kedua Israel memberitahu sebuah stesen radio bahawa ''kejayaan berada dalam genggaman partinya''.

''Jika Kadima berjaya mendapat walaupun hanya satu mandat, kita layak membentuk satu kerajaan campuran, yang telah terbukti boleh menyatukan sayap kiri dan kanan,'' ujarnya.

Politik Israel menyaksikan individu yang dipilih sebagai Presiden bukanlah mereka yang memperoleh undian tertinggi tetapi mereka yang berjaya menyatukan 61 daripada 120 kerusi Parlimen.

Livni berharap jumlah undi yang diterima cukup untuk menarik parti-parti kecil untuk menyokong pihaknya, daripada menyokong parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu.

Menurut media tempatan, Netanyahu bimbang sokongan yang sedikit bakal membuatkan kerajaan pimpinannya hanya mampu bertahan setahun dua.

Bekas Perdana Menteri Israel itu yang mengadakan lawatan ke Golan Heights hari ini, berikrar tidak akan menyerahkan kawasan jajahan yang ditawan daripada Syria pada 1967 dan perjanjian satu pihak pada 1981 sebagai sebahagian usaha damai dengan Damsyik.

''Sesiapa yang mahukan saya sebagai Perdana Menteri perlu mengundi Likud. Jika tidak Kadima dan Livni akan berkuasa,'' katanya kepada media Israel. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 07:42 AM | Show all posts
Ramai penduduk Israel keluar mengundi



SEORANG wanita tua dibantu oleh seorang lelaki
di sebuah pusat pengundian di Baitulmaqdis semalam
.

BAITULMAQDIS - Pengundi-pengundi di Israel mengundi semalam bagi memilih seorang Perdana Menteri baru menggantikan Ehud Olmert
.

Sebanyak 23.4 peratus daripada hampir 5.3 juta pengundi keluar mengundi lima jam selepas pusat-pusat pengundian dibuka.

Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding pada 2006 bagi tempoh yang sama.

Calon Perdana Menteri dari Parti Kadima, Tzipi Livni yang diharapkan Olmert akan menggantikannya membeli 10,000 kaki payung untuk diberikan kepada pengundi.

"Hujan atau tidak, sejuk atau panas, anda mesti datang ke pusat pengundian," kata Livni selepas mengundi di Tel Aviv.

Sebelum ini, tinjauan pendapat menunjukkan calon daripada Parti Likud, Benjamin Netanyahu mendahului Livni bagi memenangi jawatan Perdana Menteri.

Keputusan awal pilihan raya itu akan diketahui pada hari ini.

Sementara itu, Netanyahu yang menjadi Perdana Menteri dari 1996 hingga 1999 berikrar akan melakukan perubahan jika menang pilihan raya.


"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka akan membuat pemilihan," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:55 PM | Show all posts
Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS: Penduduk Israel mengundi semalam dalam apa yang disifatkan sebagai persaingan sengit antara bekas Perdana Menteri wilayah Yahudi itu, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Luarnya, Tzipi Livni, dengan parti berhaluan kanan yang dipimpin Netanyahu dijangka menang.


Undian dibuka pada jam 7.00 pagi waktu tempatan dan ditutup 15 jam kemudian, dengan lebih 5.2 juta pengundi layak membuang undi di 9,263 pusat pembuangan undi di seluruh wilayah itu. Hujan lebat dan angin kencang dijangka menjejaskan peratus yang keluar mengundi.

Selama beberapa minggu, tinjauan pendapat memberikan kemenangan kepada Netanyahu, pemimpin Parti Likud berhaluan kanan yang mesra media tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, Livni semakin mendapat tempat walaupun Parti Kadima masih belum pulih sepenuhnya dari siri skandal rasuah yang memaksa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, meletak jawatan.

Kejutan besar dalam kempen ialah kemunculan Avigdor Lieberman, pendatang Soviet bermulut celupar yang semakin mendapat sokongan menjelang serangan ke atas Gaza ketika berikrar akan memusnahkan musuh Zionis.

Dengan tinjauan pendapat menunjukkan parti Lieberman, Yisrael Beitenu, menggantikan Parti Buruh di tempat ketiga, Lieberman kelihatan berkemungkinan memainkan peranan penting dalam kerajaan yang pembentukannya amat penting dalam menentukan nasib usaha damai di Asia Barat.

Tiada satu pun parti dijangka memperoleh lebih satu pertiga kerusi dalam Knesset yang mempunyai 120 kerusi, 120 kerusi Parlimen dan rundingan kerajaan gabungan menjanjikan tugas sukar. - AFP




mmg ben akan menang punyer.... dia ada good history ngan israel ni.... apa2 pung aku harap bila dia jadi PM..rundingan damai akan diteruskan... dah dah lerrrrr  serang gaza tu weyyyyyyyyy  
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:12 PM | Show all posts
The Region

Middle East

AP
It will be up to President Shimon Peres to decide, after hearing recommendations from political parties, whether to ask Livni or Netanyahu to try to put together an administration.
Livni, Netanyahu both claim election victory

Agencies
Published: February 11, 2009, 08:19

Occupied Jerusalem: Israel on Wednesday faces what could be weeks of political uncertainty after an election that ended with clashing claims of victory by centrist Foreign Minister Tzipi Livni and hawkish rival Benjamin Netanyahu.

With nearly complete final results giving Livni's Kadima party a slim edge of one or two seats over Netanyahu's right-wing Likud in the 120-member parliament, she pledged to lead a new government and invited him to join.

Netanyahu, pointing to what he called a large "nationalist camp" in parliament, said he would become prime minister and establish a governing coalition with rightist parties.

"With God's help I will lead the next government," Netanyahu, 59, told Likud supporters after exit polls on Tuesday gave Kadima a slim lead and right-wing parties some 64 parliamentary seats.

Addressing cheering Kadima activists, Livni, 50, said: "The Israeli public can smile again when we form the government." She would become Israel's first woman prime minister since Golda Meir governed in the 1970s.

It will be up to President Shimon Peres to decide, after hearing recommendations from political parties, whether to ask Livni, a relative newcomer to politics, or Netanyahu, a former prime minister, to try to put together an administration.

The overall rightward shift in the Knesset will, in any case, dent hopes in US President Barack Obama's administration for an Israeli coalition that can move towards peace with the Palestinians and other Arab neighbours after last month's war in the Gaza Strip.

Peres's discussions with Knesset factions could take about a week and subsequent coalition negotiations could drag on for more than a month.

Ehud Olmert of Kadima, who resigned in September in a corruption scandal but stayed on as caretaker prime minister, will remain in the post until a government is in place.

Olmert will oversee processes such as the consolidation of a truce that ended the recent Gaza war against Hamas militants and preparations for any showdown over Iran's nuclear programme.

Whoever Peres chooses will have up to 42 days to try to put together a government. Israel's president traditionally picks the leader of the party that wins the most votes, but he is not legally bound to do so.

Far-right kingmaker

Avigdor Lieberman, whose far-right Yisrael Beiteinu party, surged into third place on its anti-Arab rhetoric, emerged as a potential kingmaker.

He said he was leaving his options open, indicating he could choose to join a Likud or a Kadima-led government.

Defence Minister Ehud Barak's long-dominant, centre-left Labour party was cut down to fourth place behind Kadima, Likud and Yisrael Beiteinu, an upstart ultranationalist party catering mainly to immigrants from the former Soviet Union.

Netanyahu was cruising to victory until Olmert's centre-left coalition launched a three-week offensive in Gaza. It won massive popular support in Israel despite international outcry over the 1,300 Palestinians killed in the Hamas-ruled enclave.

Some political analysts said Netanyahu had been too complacent, enabling Kadima to catch up and Livni, a former Mossad spy and corporate lawyer, to gain in popularity.

Livni led peace talks with the Palestinians on a two-state solution, which stalled last year but which US President Barack Obama wants to resume. Netanyahu is cooler on ceding occupied territory to Palestinians and is more likely to resist US demands to curb settlement expansion in the West Bank.

During his three years in office to 1999, the US-educated Netanyahu had strained relations with the last Democratic president, Bill Clinton, and Washington analysts believe a Livni administration would be favoured by the White House. However, her hands would still be tied by right-wing parties.

Though accustomed to breakneck electoral successions thanks to a fragmented parliamentary systems, even veteran Israeli observers were flummoxed by the Livni-Netanyahu impasse.

"This has, without a doubt, been one of the strangest election nights we have known," said Yaacov Elon, news anchor for Israel's Channel Ten television.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2009 09:57 PM | Show all posts
xkesah la sapa pun jadi PM kekdahnya palestin tetap jadi mangsa gituh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:38 AM | Show all posts
bkn ker pompuan menteri luar dier tur yg jadikk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 9-2-2009 09:52 AM
Netanyahu diramal PM Israel

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0209/Kosmo/Dunia/du_03.2.jpg


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0209/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg
SEORANG pekerja Parti  ...




walau sapapun jadi PM, semuanya perangai sama jer..semua keturunan Yahudi Zionis
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 01:27 AM | Show all posts
sape2 pun jd pm dia mmg x leh pakai........:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:27 PM | Show all posts
aku harap diorang sumer mampos cecepat...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:37 PM | Show all posts
Netanyahu in pole position to become Israel PM


Hawkish Likud leader Benjamin Netanyahu on Thursday gained pole position to become Israel's next prime minister as ultra-nationalist Avigdor Lieberman backed his bid to form a government.

The support from Lieberman's Yisrael Beitenu party means Netanyahu, a former premier popularly known as Bibi, can count on the support of 65 of the 120 members of parliament, pundits said.


"To govern the country, we need a government with the three largest parties, Likud, Kadima and Yisrael Beitenu," said Lieberman, a Soviet immigrant whose party displaced Labour as the third largest parliamentary faction in last week's elections.

"Those that want to join (the coalition) can do so later," Lieberman added.

But the governing Kadima's response was lukewarm at best.

"Kadima must serve the people on the opposition benches," said Finance Minister Roni Bar-on.

Foreign Minister and party leader Tzipi Livni, for her part insisted "Kadima will not support a paralysed government. Kadima and I will continue on the track we have taken to push forward the peace process and fight against terrorism."

Lieberman, on the other hand, stressed he did not consider the Middle East peace talks the most pressing for Israel.

"The Israeli-Palestinian conflict is not a priority," he said in a speech expected to raise further concerns over the future of the already hobbled process.

"Our biggest threat comes from Iran, with its nuclear programme and its proxies like Hamas and Hezbollah," Lieberman said at a conference of US Jewish organisations in Jerusalem.

Peres met with Likud and Kadima representatives on Wednesday and was holding talks with the other 10 factions on Thursday.

Kadima had suggested a power-sharing deal with Netanyahu similar to the one Israel had in 1984 after another close ballot, when the two leading parties each held the post of prime minister for two years.

But Lieberman said that "Livni must give up the idea of a rotation as such a solution would cause instability."

Netanyahu has also rejected the rotating premiership option and made it clear he favours a broad coalition including Kadima, rather than an alliance with parties to the right of his own.

Kadima won 28 parliamentary seats in the February 10 election, just one more than the Likud, but has far fewer potential coalition allies than its right-wing rival.

Right-wing parties made dramatic gains overall in the election, which was held in the wake of Israel's deadly 22-day offensive on the Hamas-ruled Gaza Strip and was dominated by security concerns.

Under Israeli law, the task of forming a government does not automatically go to the party that garnered the most votes but to the one most likely to be able to form a majority coalition.

Peres is to announce his decision on Sunday or Monday, his spokeswoman Ayelet Frish said.

The Kadima delegation on Wednesday pressed the president, who is himself drawn from Livni's centrist faction, to give the party the first go at attempting to forge a governing coalition, but the Likud insisted that Netanyahu was better placed to lead a new government.

The person tasked by Peres to form a government will have 28 days to put together a coalition. If necessary Peres can extend the deadline by 14 days.

The election was called after Prime Minister Ehud Olmert handed in his resignation in September after being questioned by police over a series of graft scandals. He has stayed on as acting premier.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 06:11 AM | Show all posts
Peluang Netanyahu jadi PM kian cerah



BAITULMAQDIS - Pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam memperoleh bilangan kerusi yang selesa untuk membentuk kerajaan setelah mendapat sokongan pemimpin Parti Yisrael Beiteinu, Avigdor Lieberman.

Sokongan Lieberman itu sekali gus membolehkan Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri setelah beliau memperoleh 65 kerusi daripada 120 kerusi di parlimen.

Ketika bertemu Presiden Shimon Peres, Liberman berkata beliau akan menemui parti-parti berkenaan sebelum membentuk kerajaan campuran.

"Kami tidak bercakap mengenai kerajaan yang mempunyai majoriti terhad. Kami memerlukan tiga parti iaitu Likud, Kadima dan Yisrael Beitenu untuk mentadbir negara," kata pendatang dari bekas Kesatuan Soviet tersebut.

Peres mengadakan perbincangan dengan pemimpin Likud dan Parti Kadima yang dipimpin Menteri Luar, Tzipi Livni kelmarin manakala pertemuan dengan 10 parti kecil diadakan lewat semalam.

"Netanyahu akan menjadi Perdana Menteri yang turut diserai Livni," kata Lieberman.

Tambahnya, Livni harus melupakan hasratnya untuk mewujudkan sistem Perdana Menteri giliran kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan. - AFP


***************************************************************************************


memang ramai yang nak netanyahu jadi PM - masa first election
short of 1 kerusi.. - kalau dah nak dia jadi PM tak faham kenapa masih
buat election ni.. - tapi tak kiralah sapa pun jadi PM israel ni - kalau
depa masih lagi nak buat serangan atas palestine - akan ditentang habis2an -
cuma, kita harap bila netanyahu jadi pm ni - dia akan participate usaha
untuk ceasefire dan usaha untuk berdamai yang egypt initiated tu - -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 08:51 AM | Show all posts
Netanyahu PM baru Israel



Benjamin Netanyahu

BAITUL MAQDIS 20 Feb. - Presiden Israel, Shimon Peres hari ini menamakan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri negara rejim Zionis itu untuk membentuk kerajaan baru, selepas keputusan pilihan raya yang tidak memberi kemenangan mutlak kepada mana-mana parti yang bertanding.

Dengan berpegang kepada prinsip 'peperangan adalah perdamaian' Netanyahu kembali untuk menerajui rejim Zionis Israel, selepas Parti Likud pimpinannya tewas pada pilihan raya tiga tahun lalu.

Pada pilihan raya kali ini yang berlangsung pada 10 Februari lalu, Parti Likud hanya memenangi 27 kerusi Parlimen, kurang satu kerusi daripada Parti Kadima pimpinan Menteri Luar, Tzipi Livni.

Namun, disebabkan jeneral 'perang' itu mendapat sokongan kuat daripada pemimpin parti-parti kecil yang lain, dia kembali dipilih untuk menyandang jawatan paling tertinggi dalam kerajaan rejim Zionis itu.

Berusia 59, yang pernah menjadi panglima 'perang' ini adalah tokoh termuda pernah menjadi Perdana Menteri Israel ketika berumur 45 tahun.

Reputasi Netanyahu jatuh ketika rejim Zionis itu tewas kepada Hizbullah dalam perang Lebanon pada tahun 2006 diikuti dengan skandal rasuah dan kegagalan membendung serangan roket pejuang Palestin dari Genting Gaza ke wilayah Israel. - AFP

********************************************************************************

memang dah tahu mesti netanyahu yang akan jadi PM israel... tapi tu la.. -
dulu dia into  perdamaian masa arafat hidup lagi tu - tak tahu la nak expect apa sekarang
just harap kuasa2 besar buat something dan dapat rundingan untuk cease fire sepenuhnya dan
bagi palestinian balik  hak2 mereka -
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 08:33 AM | Show all posts

Reply #14 dexa's post

Dengan berpegang kepada prinsip 'peperangan adalah perdamaian' Netanyahu kembali untuk menerajui rejim Zionis Israel, selepas Parti Likud pimpinannya tewas pada pilihan raya tiga tahun lalu.


peperangan=perdamaian
memang tak betul dah otak depa ni

tapi dia ni menang tipis je.
pilihanraya israel memangg selalu berakhir dgn kerajaan campuran sebab
pengaruh parti parti politik depa disokong rakyat secara sama rata
(separuh haluan kiri separuh haluan kanan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2009 06:20 AM | Show all posts
Originally posted by nanat87 at 22-2-2009 08:33 AM


peperangan=perdamaian
memang tak betul dah otak depa ni

tapi dia ni menang tipis je.
pilihanraya israel memangg selalu berakhir dgn kerajaan campuran sebab
pe ...


dah kalah 1 kerusi actually -
tapi orang israel tak boleh terima
nak juga dia --- so dia jadi juga PM...

tu yang saya fikir - buat apa buat pilihanraya
bila dah tahu sapa yang depa nak --
kalah pun -- even 1 kerusi -- kira kalah -
tapi... netanyahu ni senior kat parlimen israel
tu yang depa lantik dia juga -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2009 06:21 AM | Show all posts
Netanyahu kian hilang sabar

BAITULMAQDIS - Pemimpin Parti Likud, Binyamin Netanyahu semakin hilang sabar terhadap Parti Kadima dan Parti Buruh yang berdolak-dalik bagi menyertai pembentukan kerajaan baru pimpinannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Netanyahu yang dalam satu majlis terbuka kelmarin bagaimanapun berikrar untuk mengadakan langkah terbaik bagi membentuk satu kerajaan campuran bersama Kadima atau Parti Buruh.

Bakal Perdana Menteri itu memberi taklimat kepada anggota parti Likud setelah beberapa mesyuarat bersama pemimpin Kadima, Tzipi Livni Ahad lalu dan pemimpin Buruh, Ehud Barak kelmarin menemui jalan buntu.

Mesyuarat pertama itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perbezaan antara Livni dan Netanyahu berhubung isu-isu diplomatik.

Isu kedua yang dibincangkan banyak menyentuh mengenai keselamatan dan politik.

Bagaimanapun, mesyuarat itu gagal membawa kepada pembentukan kerajaan campuran.

Parti Kadima memperoleh kelebihan satu kerusi berbanding Parti Likud dalam pilihan raya Israel yang diadakan pada 10 Februari lalu. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 06:24 AM | Show all posts
seperti dijangka, puak2 babi yahudi akan memilih pemimpin yg paling jahat utk menjadi pemimpin mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 07:41 AM | Show all posts
Looks like the Middle East peace process is heading for difficult times with the hawk Bibi as PM. Livni is just too principled to sell out to the far right and is now unwilling to capitulate and join Bibi either. Good for her but bad for the region. As always, the ones willing to make deals and cut corners become the political masters and those who are upright can expect to be bullied out of the playground. All too familiar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 07:45 AM | Show all posts

Reply #16 dexa's post

Memang dia kalah satu kerusi. Lepas keputusan keluar, Parti Kadima yang menang lebih satu kerusi itu tak sanggup menubuhkan kerajaan campuran dengan parti-parti yang terlalu berlainan haluan dengan mereka (kebanyakannya parti berhaluan kanan dan Yahudi ortodoks yang menuntut macam-macam konsesi). Kalau Livni dari Kadima sanggup menjual partinya, awal-awal lagi boleh jadi PM. Malang sekali bagi Timur Tengah kerana Livni, bekas ahli Likud, adalah calon yang paling condong ke arah keamanan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat walaupun tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan Yahudi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.218335 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list