CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3374|Reply: 0

Forensic: rekod pergigian jadi bukti!!

[Copy link]
Post time 1-3-2009 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Rekod pergigian jadi bukti

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Kaedah forensik elak penjenayah kembar seiras terlepas hukuman



SAINTIS di seluruh dunia masih lagi bingung mengenai
persamaan tingkah laku antara pasangan kembar yang
berpotensi melakukan jenayah. - Gambar hiasan

LELAKI kembar seiras R. Sathis Raj dan R. Sabarish Raj sungguh bernasib baik kerana kedua-duanya terlepas daripada hukuman gantung sampai mati kerana mengedah dadah.

Sebelum itu, kedua-duanya didakwa atas tuduhan pindaan bersama abang mereka yang sudah meninggal dunia, R. Deva Raj, kerana mengedar kanabis seberat 166,366 gram.

Mereka juga didakwa mengedar candu seberat 1,762 gram lima tahun lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 192 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Realitinya, hukuman mati menjadi igauan ngeri setiap penjenayah jika dibuktikan bersalah di mahkamah.

"Kes ini agak unik kerana kedua-duanya kembar seiras, malah sukar untuk dicamkan. Ujian DNA juga tidak boleh dilakukan kerana mereka nyata mempunyai hubungan kekeluargaan.

"Seorang daripada mereka ada pemilikan dalam kawalan dadah itu, tetapi persoalannya yang mana satu?" tanya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaharah Ibrahim baru-baru ini.

Justeru, pada 6 Februari lalu, beliau membebaskan dua beradik itu kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kembar yang mana pemilik sebenar dadah yang dijumpai.

"Tugas saya yang dikehendaki undang-undang adalah untuk menentukan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Saya tidak boleh tersalah orang untuk menjalankan hukuman mati," katanya.

Mengulas isu ini, seorang pakar genetik Amerika Syarikat memberitahu, walaupun dibantu teknologi canggih, polis masih menghadapi masalah mengenal pasti kembar melakukan kesalahan.

"Cuma kadangkala polis bernasib baik. Seperti dalam satu kes di Boston, suspek dikenali kerana ada tatu yang tidak dimiliki kembarnya," ujar Dr. Barry Starr dari Universiti Stanford, California.



PERSAMAAN wajah dan perangai menyukarkan detektif
polis membezakan antara pesalah kembar. - Gambar hiasan




Beliau menambah, ujian melalui cap jari juga dapat dilakukan untuk membuktikan kesalahan seseorang kerana cap jari setiap manusia dibentuk oleh gen unik meskipun kembar seiras.

"Semasa membesar pada usia enam hingga 13 minggu dalam kandungan ibu, kita menyentuh sejenis kimia amniotik yang menjadikan corak cap jari berbeza dengan pasangan.

"Namun jika tiada cap jari dikenal pasti, kaedah saksi juga dapat membantu. Kini, saintis sedang berusaha memajukan lagi ujian identiti asid deoksiribonukleik (DNA).

"Seperti cap jari, persekitaran dapat merubah struktur DNA seseorang selain faktor pemakanan. Malah sinaran matahari boleh merosakkan DNA dan memungkinkan kesilapan identiti.

"Realitinya semua orang ada 100 mutasi baru dalam DNA tetapi terpecah kepada tiga bilion sel kerana kita bermula dengan satu sel dan berakhir dengan 50 hingga 100 trilion sel baru," ujar Barry.

Untuk menjadikan kaedah itu berfungsi dengan berkesan, begitu banyak ujian DNA perlu dilakukan untuk mengenal pasti sel dan tisu yang membezakan pasangan kembar seiras.

Penganalisis jenayah tempatan, Kamal Affandi Hashim ketika dihubungi memberitahu, pengecaman awal dapat membantu dalam siasatan kes jenayah.

"Ujian DNA dan pengesanan cap jari juga membantu tetapi pengesanan awal seperti tahi lalat, pakaian yang dipakai selain bukti lain juga memudahkan siasatan pihak polis.

"Namun mungkin kita juga boleh mengenal pasti individu sebenar melalui struktur giginya. Ini kerana bentuk fizikal gigi setiap manusia berbeza antara satu sama lain," katanya.





dulu masa kecik2 mmg aku minat pasai  forensic sumer nih.. tapi  bila dah masuk college lain lak peginyer.... tapi  csi punyer citer memang tak tinggal !!  interesting mate!!!

aku ada visit forensic building kat PJ... ekceli sbb contract kat situ  so dapat ler kenal ngan few yg kerja sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list