CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4373|Reply: 2

Teknologi Fotofit -

[Copy link]
Post time 3-3-2009 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Cantum mata, mulut, hidung

Oleh JULIA ISMAIL


Teknik fotofit telah lama dipraktikkan dalam usaha menjejakpenjenayah. Jika dahulu lakaran dilakukan secara lukisan tangan, sejaktahun 1985 teknologi komputer mula diperkenalkan. Apakah kelebihansistem FACE yang digunakan PDRM?






APABILA sesuatu jenayah dilaporkan dan tiada bahan-bahan bukti yangkukuh, satu lakaran fotofit bagi mendiskripsikan wajah penjenayah perludilakukan mengikut ingatan mangsa atau pun saksi.

Lakaran fotofit penjenayah telah mula dipraktikkan sejak dahulu laginamun, sebelum tahun 1985, setiap lakaran adalah adalah secara manualiaitu dengan lukisan tangan pegawai polis.

Selepas tahun 1985, pihak polis telah menggunakan sistem Pentroseiaitu pencantuman secara manual dan apabila teknologi semakin menguasaidunia, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membeli sistem Sirchiedaripada Amerika Syarikat (AS) dan menggunakannya pada tahun 1994.


INILAH fotofit terbaru dikeluarkan PDRM sehingga berjaya membawa kepada penangkapan  suspek kes rogol baru-baru ini.

Namun, sistem itu kurang praktikal digunakan di Malaysia kerana perbezaan kaum etnik di negara ini.
Menurut Ketua Unit Fotofit Bukit Aman, Sarjan Mejar Ali PushpalingamAbdullah, sistem Sirchie yang dibeli dari AS hanya terhad kepadakomponen-komponen tertentu.

"Di Malaysia terdapat pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, Indiadan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bagi lakaran fotofit,jurufotofit memerlukan lebih banyak komponen bagi menepati ciripenjenayah.



SARJAN Kamaruzaman Arifin  mengendalikan program  fotofit dengan  di Bukit Aman.

"Untuk menambah kumpulan etnik di dalam sistem tersebut, pengguna(PDRM) perlu membayar sejumlah bayaran kerana mereka tidak membekalkankita dengan teknologi itu," katanya ketika ditemui.

Kerana itu pada tahun 1997, Malaysia telah membeli sistem FACE (Facial Automated Composition and Editing)dari Australia pada harga RM60,000. Dengan sistem FACE PDRM bolehmenambah kumpulan etnik tanpa perlu bayaran tambahan seperti sistemSirchie.

FACE menyimpan beratus-ratus malah, beribu-ribu rekod jenis bentukimej hidung, mata, bibir dan sebagainya yang menjadi wajah selepasdikombinasi dengan tona warna kulit sekata. Kombinasi itu membentuksatu wajah unik milik suspek yang dicari.

"Sistem FACE ini telah digunakan sehingga sekarang dan telahmembantu menyelesaikan pelbagai kes antaranya kes samun, rogol dan jugabunuh.
"Setakat ini, terdapat 184 sistem FACE di Pejabat Polis Daerah (IPD)dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) seluruh negara kecuali lapan IPDiaitu tujuh di Sarawak dan satu di Johor," katanya sambil memberitahu,Malaysia adalah negara yang mempunyai paling banyak pangkalan datakomponen dalam sistem kerana terdiri daripada pelbagai etnik termasukdi Sabah dan Sarawak.


SM Ali Pushpalingam Abdullahmenunjukkan bagaimana wajah seseorang
boleh diubah dalam pelbagaiposisi fotofit di Bukit Aman baru-baru ini.


Bukan semua anggota polis boleh menjadi jurufotofit kerana untukmelayakkan menjadi jurufotofit, mereka perlu menghadiri kursus selamalima hari di Bukit Aman.

"Jurufotofit bukan sahaja diajar untuk melakar dan menggunakansistem FACE membuat lakaran bagi menangkap penjenayah bahkan anggotajuga diberi latihan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mendekat danmemujuk mangsa yang kebiasaannya akan trauma selepas kejadian yangberlaku.

"Kebiasaannya mangsa rogol atau pun saksi yang baru melihat kejadianpembunuhan akan mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyukarkanmereka untuk memberi kerjasama," katanya.



SISTEM FACE lebih sesuai digunakandi Malaysia kerana mampu
menyediakan pelbagai bentuk imej wajahtermasuk etnik di Sabah dan Sarawak.


Setiap IPD atau IPK mempunyai sekurang-kurangnya dua jurufotofit iaitu seorang anggota lelaki dan seorang wanita.
"Jurufotofit wanita bagi memudahkan tugas sekiranya mangsa adalah wanita.

"Jika tiada jurufotofit wanita, maka ahli keluarga terdekat mangsaakan diminta untuk hadir bersama sepanjang proses melakar fotofitdijalankan," kata Ali lagi.


KONSTABEL Mohd Noor Azam Zainal Abidin tekun mengendalikan sistem fotofit.

Tambahnya, proses melakar fotofit bukan sahaja dibuat di balai,proses lakaran juga boleh dibuat di hospital atau pun di rumah mangsaatau pun saksi.

Kebiasaannya jika mangsa dalam keadaan stabil proses lakaran boleh mangambil masa sekitar setengah jam sahaja.

Walaupun lakaran fotofit tidaklah 100 peratus tepat kerana ia hanyaberdasarkan ingatan pengadu, tetapi lakaran itu amat membantu dalammencari suspek yang terlibat.

"Lakaran tidak semestinya tepat untuk membolehkan ia membantu pihak polis mengesan penjenayah.
"Walaupun lakaran hanya 30 peratus menyamai penjenayah sebenar, iaamat membantu terutama apabila pengadu mengingati tanda-tanda tertentupada wajah penjenayah," katanya.



PELATIH perlu menjalani kursus  sebelum ditugaskan sebagai jurufotofit.




Menurut Ali, kejayaan seorang jurufotofit diambil kira apabilaterdapat tangkapan dan mereka akan dianugerahkan dengan sijilpenghargaan.

Dalam pada itu, menurut Ketua Cawangan Fotografi, IPD Sepang, SarjanKamaruzaman Arifin, kejayaan sebenar seorang jurufotofit apabilaberjaya melakar wajah suspek sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

"Di Sepang, majoriti lakaran fotofit adalah bagi jenayah samun bersenjata, ragut dan juga mencuri.
"Apabila suspek berjaya ditangkap mengikut lakaran fotofit yangdibuat, ia umpama satu kepuasan kerana usaha, kesabaran dan titik peluhkita mendatangkan hasil," katanya.

Menurut Kamaruzaman, terdapat lima komponen yang paling pentingdalam lakaran fotofit iaitu mata, hidung, dahi/rambut/telinga, mulutdan dagu.

"Jika mangsa mengingati hanya mata, hidung atau pun mulut ia sudah mencukupi," katanya.

Mengikut statistik, sepanjang tahun 2008, sebanyak 2,607 fotofitdilaporkan seluruh Malaysia dan kebanyakannya bagi jenayah, samun,jenayah komersial dan bunuh. Dari jumlah tersebut 29 suspek jenayahberjaya ditahan.


************************************************************************

saya ni banyak juga terpengaruh dengan cerita2 thriller pasal homicide semua ni -
so selalu tengok kat TV profiler... - ada orang yang boleh buat profile tentang criminals -
pastu..well sokmonya tertangkapla  criminals tu...

yang best part - macamana dia profiled kan... interesting -
lagi satu  saya baca buku john sandford   - pasal lucas davenport -
ha - dia pun pandai profile kan  penjenayah kambing ni.... -
but of course - bukan 'luc' yang profiled kan.. tapi  author tu la kan -
sandford banyak membaca - so dia boleh tulis tentang profile criminal ni

interesting macamana depa boleh came out - rambut camana... tinggi dia

perempuan ke lelaki ke..  in fact boleh buat even tak ada witness - tapi based
on the crime itself --  interesting juga -
kalau ada witness atau mangsa tu sendiri - lagi jelas profile tu  - (kalau depa boleh
describe kan..)


[ Last edited by  dexa at 3-3-2009 07:37 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 12:50 PM | Show all posts
kalau tadak saksi/fotofit - besenya deme bwat analisa berdasarkan bukti aa kan?

kalau tengok dalam movie atau baca kat dalam komik pon besenya camtu gak aa
(lelebih lagi kalau komik detektif atau komik polis polis)

cam dulu orang pernah baca dalam komik - camne deme cari orang jahat tu berdasarkan bukti yg dia tinggalkan
siap bleh tau yg orang jahat tu kidal, keje apa, dia tinggal ngan sape, pakai kete apa, rumah jenis apa ..
memang agak2 kagum aa camne deme bleh bwat analisa camtuh berdasarkan bukti - cuma sekeping kertas je!

tapi pasal fotofit ni .. bleh percaya 100% ke?
sbb kalau mangsa tuh dalam keadaan trauma, tak ke cam bercelaru sket deme nye pemikiran/ingatan?


p/s : tingat plak pasal lakaran 'lelaki kucing' tuh bleh 'iras2' ngan farid kamil .. ngahahaha! adehhhh~
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:47 AM | Show all posts
Lakaran wajah suspek disiarkan

LAKARAN wajah empat suspek yang dikeluarkan oleh polis Pakistan, semalam. - REUTERS

LAHORE 5 Mac - Pakistan hari ini menyiarkan lakaran gambar empat suspek yang disyaki terlibat dalam serangan ke atas pasukan kriket kebangsaan Sri Lanka dan turut menayangkan babak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kumpulan bersenjata itu melarikan diri.

Lukisan wajah empat lelaki dengan rambut pendek dan anak mata berwarna hitam, dipaparkan di kaca televisyen dan ditampal di sekitar bandar di timur Pakistan ini.

" Polis telah menyediakan lakaran empat suspek dengan bantuan rakaman CCTV dan ia disiarkan dalam usaha menjejaki dalang serangan," kata Ketua Polis Lahore, Habib-ur Rehman kepada pemberita.

Dua daripada suspek dilakar dengan misai, satu tanpa misai dan janggut sementara yang terakhir mempunyai sedikit kumis.

Seramai 12 lelaki bersenjatakan bom, pelancar roket dan senjata automatik melancarkan serangan yang menyebabkan enam orang polis dan dua orang awam maut serta mencederakan tujuh pemain kriket Sri Lanka.
Rakaman CCTV menunjukkan kumpulan penyerang itu melarikan diri dengan berlari, menggunakan beca dan motosikal di celah-celah jalan raya Lahore.

"enyiasat sedang bertungkus-lumus menjejaki dalang dan pengganas serangan ini. Serbuan telah dilakukan dan petunjuk yang ada sedang dijejaki. Kami sedang melakukan yang terbaik untuk mendedahkan konspirasi ini," katanya. - AFP



hah!! ni pun dari fotofit ler nih... nak tangkap suspects serangan kat pasukan kriket sri lanka hari tu!!  
aikkkkkkk.....  ada macam iras2 sahabat aku si beskot ler pulak.... tapi yg tu misai banyak sangat.... beskot ni misai/kumis dia nipis sikit..... hensem tak hengat...(dia ler kata... bukan aku... tee hee ; tu yg ada hati kat hidayah tuh... cisssssss :@  ; aku rasa aku lagi sesuai ngan beri... kira macho-comey .. )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.585442 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list