CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9433|Reply: 49

Besut Oh Besut; masih tak bersyukur ke

[Copy link]
Post time 12-3-2009 08:28 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU 11 Mac - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menafikan tanggapan yang beliau mengabaikan pembangunan di daerah Besut selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, tanggapan itu tidak berasas memandangkan Besut menerima lebih RM800 juta daripada bajet negeri untuk tahun 2009 yang berjumlah hampir RM1.8 bilion untuk meneruskan projek pembangunan di daerah itu.

Beliau memberitahu, antara projek berkenaan ialah Taman Ilmu berjumlah RM410 juta, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) berjumlah RM250 juta, Jertih Souq (RM45 juta), Sekolah Imtiaz (RM145 juta) dan Masjid Hadhari.

''Meskipun ini projek lama tapi perlu diteruskan dan peruntukannya dimasukkan dalam Bajet Negeri 2009. Walaupun Taman Ilmu belum berjaya menarik sebuah universiti pun dan peruntukan Sekolah Imtiaz besar sedangkan ia bukan sebuah universiti, namun jika ditamatkan jadi cerita lain pula.

''Jadi, kalau kata saya ketepikan Besut, itu tidak betul. Jika tidak (Besut) tinggal begitu sajalah," katanya pada sidang akhbar menjelang setahun pentadbirannya sebagai Menteri Besar Terengganu hujung bulan ini di sini hari ini.

Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris selepas kemelut pemilihan yang berlanjutan kira-kira sebulan selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lepas.

Menurut Menteri Besar, daerah lain di negeri ini tidak menerima peruntukan sebesar Besut, malah Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri masih ketinggalan dari banyak segi.

''Saya sendiri malu dan sedih melihat keadaan Kuala Terengganu terutama semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lepas iaitu apabila saya masuk ke kampung tengok rumah-rumah robek sana-sini," katanya.

[ Last edited by  Leonarzi at 12-3-2009 08:29 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 08:55 AM | Show all posts
Tak tau nak tulis apa..............janji reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 09:13 AM | Show all posts
besut ni patut bersyukur....
kalau tak bersyukur gak, boleh berpisah dgn terengganu dan join kelantan semula....ehhehehehe...saje gurau2...jgn marah org besut
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:19 AM | Show all posts
konflik btol ler....org besut jd mb,org kemaman x pueh hati
org kemaman jd mb plak,org besut plak x pueh hati....senang2 bg jerk jwatan mb kat org kuala trg...abes cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:20 AM | Show all posts

Balas #3 Leonarzi\ catat

:@ :@ :@ :@ .....


aku org SETIU saja nak tikam kau
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:21 AM | Show all posts
sepatutnya setiu pun diberi lebih peruntukan la.aku rasa setiu la daerah paling mundur.maaf la orang setiu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2009 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-3-2009 09:19
konflik btol ler....org besut jd mb,org kemaman x pueh hati
org kemaman jd mb plak,org besut plak x pueh hati....senang2 bg jerk jwatan mb kat org kuala trg...abes cerita..


betul tu tat....
MB org marang ke Hulu terengganu ke, maju la skit daerah2 tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by cyclotron at 12-3-2009 09:21
sepatutnya setiu pun diberi lebih peruntukan la.aku rasa setiu la daerah paling mundur.maaf la orang setiu.


setiu ada tmpt org lumba kuda taraf donia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by cyclotron at 12-3-2009 09:21
sepatutnya setiu pun diberi lebih peruntukan la.aku rasa setiu la daerah paling mundur.maaf la orang setiu.


aper yang mundur....aku duk sini dari aku kecik sampai besar, tak ader pun kemunduran yang aku rasa....semua aku nak ader kat sini....


aku pun tak paham persepsi masyarakat bab2 kemunduran nih.....klu blh lah aku nak mintak pada sesiapa yang rasa diri dier berada ditempat yang maju, boleh tak ko org bagi definisi kemunduran dan kemajuan pada pandangan korang....

adakah sesuatu tempat tuh mundur jika tiada panggung wayang ataupun bowling alley.......adakah maju sesuatu tempat itu sekiranya kos sara hidup tinggi, sampaikan nak cari nasik berlauk pagi yang harga RM3 sebungkus pun susah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 12-3-2009 09:24


setiu ada tmpt org lumba kuda taraf donia


pe pekdohnye ke rakyat jelate?dok leh ke salurkan gas pipeline dari kertih tu pas ke setiu.situ banyak tanah lagi.sesuai sangat kalu dibangun jadi kawan industri beloh utara ganu.ni. banyak peluang kerja boleh buat., dari wat pipeline pas ke gurun kedah tu wat nape,walhal kilang baja sutir je buat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:28 AM | Show all posts

Reply #4 t@t's post

Lagu tu......setiap daerah hantar wakil MB sorang....ada berani?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by sagiman91 at 12-3-2009 09:27


aper yang mundur....aku duk sini dari aku kecik sampai besar, tak ader pun kemunduran yang aku rasa....semua aku nak ader kat sini....


aku pun tak paham persepsi masyarakat bab2 kemundur ...


ilek ah geng.aku bukan nok ngutuk,aku pun orang ganu gok,aku pun ngundi untuk parlimen setiu gok.tapi kita kena perjuang hak kita gok,kita pun rakyat ganu gok.acu tengok tu, besut hok rata-rata dok ngaku orang ganu pun dapat peruntukan lebih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by cyclotron at 12-3-2009 09:28


pe pekdohnye ke rakyat jelate?dok leh ke salurkan gas pipeline dari kertih tu pas ke setiu.situ banyak tanah lagi.sesuai sangat kalu dibangun jadi kawan industri beloh utara ganu.ni. banyak p ...


tukang tgk org berlumba
dan makcik2 penjual kepok lekor dan nasik dagang menikmati keuntungan berganda hasil kedatangan orang luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by cyclotron at 12-3-2009 09:31


ilek ah geng.aku bukan nok ngutuk,aku pun orang ganu gok,aku pun ngundi untuk parlimen setiu gok.tapi kita kena perjuang hak kita gok,kita pun rakyat ganu gok.acu tengok tu, besut hok rata-rata dok ngaku orang ganu pun dapat peruntukan lebih.


aku pun penah kenal beberapa org2 besut yg tak mengaku org terengganu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 12-3-2009 09:41


tukang tgk org berlumba
dan makcik2 penjual kepok lekor dan nasik dagang menikmati keuntungan berganda hasil kedatangan orang luar


dok nafi,supe tu ler gok ngan moonsun cup tu.tapi masa tu je la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:10 AM | Show all posts
pembangunan secara menyeluruh boleh dibuat dengan duit yang ada...bangunkan kawasan industri kt setiap daerah bukan sekadar retorik...projek animasi yg duk megahkan dulu dah sikit masa lagi nak berkubur...kemajuan patutnya seiring ngan penduduk...sebab penduduk perlukan ilmu untuk mengadaptasi nilai pembangunan yg masuk ke kawasan dorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by palmolive at 12-3-2009 10:10
pembangunan secara menyeluruh boleh dibuat dengan duit yang ada...bangunkan kawasan industri kt setiap daerah bukan sekadar retorik...projek animasi yg duk megahkan dulu dah sikit masa lagi nak b ...


aku masih sangsi.dengarnya duit royalti selama wan moktar dulu mb (1974-1999) dikatakan berjumlah RM 12b. tapi rakyat ganu anda boleh nilai apa hok ada di ganu sehingga 1999.ke sume duit-duit tu atas kertas je?sebagai rakyat, ada hak kita persoalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by cyclotron at 12-3-2009 10:26


aku masih sangsi.dengarnya duit royalti selama wan moktar dulu mb (1974-1999) dikatakan berjumlah RM 12b. tapi rakyat ganu anda boleh nilai apa hok ada di ganu sehingga 1999.ke sume duit-duit ...


syabas cyclo....anda pandai utk guna akal fikiran..... ini yg sebabkan org marah sgt dgn bn
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-3-2009 10:33


syabas cyclo....anda pandai utk guna akal fikiran..... ini yg sebabkan org marah sgt dgn bn


tu la tat.sekarang ni diorang nak kita lupakan,nak kita tutup mata dengan alasan kemajuan yang tak seberapa zaman era derih jusoh.opss dah terpolitik pulok.maaf mod.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:16 AM | Show all posts

Balas #17 cyclotron\ catat

maka timbul la istilah...negeri kaya, rakyat still miskin...padahal ngan duit tu teganu leh naik melebihi kl lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.081697 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list