CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164153|Reply: 262

Tragedi Salmah.

  [Copy link]
Post time 13-3-2009 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 5-12-2011 11:22

salam,

aku ada baca satu buku dulu tentang tragedi salmah yang terjadi kat kampung muhibah di batu pahat..
tapi aku x ingat kisahnya.. yang aku ingat, salmah dan teman lelakinya dah bunuh  2 orang budak dan mayatnya di letak di belakang rumah.

kes ni masuk mahkamah, dan salmah mengaku buat seks ngan teman lelakinya tu dan membunuh 2 orang budak tersebut utk menutup rahsia. masa tu jadi kecoh sebab teman lelakinya tu tak mengaku dan menuduh salmah mereka semua cerita.

buku log pekerja teman lelakinya pun di dapati berubah masa dan tarikh dan xder bukti kukuh untuk mensabitkan teman lelakinya terlibat dal;am kes tu..

aku mohon jasa baik saper2 yang tau pasal kisah nie, pasal salmah nie sanggup ketepikan maruah dier mengaku melakukan seks dan terlibat membunuh tapi x dapat kerjasama dari lelaki keparat tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 10:00 PM | Show all posts

Balas #1 anak_gayong\ catat

terkejut aku tetiba ade cerita ni...aku amat kenal rapat dgn salmah ni..masa aku kecik dia jaga aku kat umah arwah atuk aku...atuk aku amik dia jd anak angkat..tp masa tu aku kecik lagi umor 6 tahun aku rasa...bila dah besar sedara mara ade cerita kat aku pasal salmah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:04 PM | Show all posts
klu ngko nak tahu mmg salmah yg bunuh budak tu bukan teman lelaki dia klu tak silap aku nama dia samser..ni maklumat dari sedara mara aku sendiri ...salmah sendiri yg mengaku kat arwah atuk aku..samser jd kambing hitam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:06 PM | Show all posts

Balas #1 anak_gayong\ catat

salmah tu sape? ni tragedi tahun bape nih?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:11 PM | Show all posts
tahu awal2 80an ni aku rasa..83-84 kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:13 PM | Show all posts

Balas #5 camprofile\ catat

citer lg bro psl kesah ni..aku pnah denga kesah ni..ape jd skg ngn salmah? kene jel ke? ke kne gantung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2009 10:16 PM | Show all posts

Balas #5 camprofile\ catat

oo..ye ke? aku br je lahir time tu pasai la tak penah dengor   tp citer ko ni agak seram la..takut juga aku membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:30 PM | Show all posts
interesting....please elaborate more....   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 10:44 PM | Show all posts
wah menarik ni....

minta campro cerita lagi, nak buat iktibar
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:11 PM | Show all posts
aku pun x berapa nak igt sbb masa tu kecik lagi...tp bf dia si samser tu kena penjara seumur hidup aku rasa....bapak aku kenal si samser tu dia sekampung dgn budah tu kat simpang lima aku rasa...samser tu org baik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by mayraa at 13-3-2009 22:06
salmah tu sape? ni tragedi tahun bape nih?


kan kes nie penah kecoh taun 80an klu x silap aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by camprofile at 13-3-2009 22:00
terkejut aku tetiba ade cerita ni...aku amat kenal rapat dgn salmah ni..masa aku kecik dia jaga aku kat umah arwah atuk aku...atuk aku amik dia jd anak angkat..tp masa tu aku kecik lagi umor 6 ta ...


mungkin ko boleh bg in4, boleh kita share sesama kita. bukan nak mengaibkan, tapi nak buat pengajaran. aku ada beli buku nie dulu, tapi dah ilang tah kemana.

klu samser jadi kambing itam, takkan salmah yang kaum pompuan tu pulak yang sanggup membunuh. mesti ada arahan daripada sesiapa nie.. dan rekod2 kad kerja samser, aku dengar berbeza dengan masa tragedi nie berlaku. camaner kertas catatan kehadiran dier kat tempat kerja buleh ilang camtu saja..?!

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by anak_gayong at 13-3-2009 23:38


mungkin ko boleh bg in4, boleh kita share sesama kita. bukan nak mengaibkan, tapi nak buat pengajaran. aku ada beli buku nie dulu, tapi dah ilang tah kemana.

klu samser jadi kambing itam, ...



rasanya ngko baca cerita dlm buku.....aku punya sources adalah di alam nyata...mmg salmah sendiri menceritakan cara dia bunuh budak2 tu kat family aku...tp dia tak didakwa sbb samser yg di tuduh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 03:43 PM | Show all posts

Reply #11 anak_gayong's post

aku tak tau pasai aku pun br dilahirkan ke dunia pd thn 1983  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 03:44 PM | Show all posts

Reply #13 camprofile's post

so cemana dgn samser skg? kat penjara ke atau dihukum gantung smpi mati?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 06:15 PM | Show all posts
aku rase dah ade.cube selak2.kalo sape2 ade leh cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 06:26 PM | Show all posts
Fail Jenayah: Dua beradik dibenam dalam lubang tandas
...akibat melihat hubungan terkutuk
Oleh Ziauddin Sharuddin

MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuannya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. Cara pembunuhan dua beradik ini menggambarkan perwatakan pembunuhnya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimanapun jenayah kejam itu terbongkar juga...

FAKTA KES

Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahirannya).
Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.
Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang
Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambela: GF Nelson.
Tempoh perbicraan: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsung selama 20 hari.
Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.

PEMANDANGAN Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenangan.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudaraan. Hubungan erat ini menyebabkan ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaskan anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang. Jika tidak, berbiratlah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar.. Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimanapun mengocak suasana keharmonian itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbangan mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayangan, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengaran.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu.

Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutnya, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan.

Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.

Berdasarkan persamaan tali rapia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai, Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulalah pendedahan demi pendedahan menggemparkan bukan saja mengenai pembunuhan itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.

Keghairahan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser menyebabkan kes itu dilabelkan sebagai `perbicaraan mayat dalam lubang najis
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:13 PM | Show all posts
mizz blom lahir ag taun tu..xtau pape..tp bile bce thread ni cm berminat lak nk tau..spe ade info share la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:33 PM | Show all posts
Sila berikan iktibar kisah ini.....mudah-mudahan jadi pedoman
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:27 PM | Show all posts
seram sejuk aku dgr citer nie,,,,
sekurang2nya blh dijadikan panduan &pengajaran dimasa dpn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.120879 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list