CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9157|Reply: 53

JPJ Perkenal Tukar Milik Sementara Ke Used Car

[Copy link]
Post time 10-4-2009 06:57 PM | Show all posts |Read mode
JPJ laksana e-tukar milik interim

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem e-Tukar Milik Interim atau tukar milik sementara menjelang hujung tahun ini bagi melindungi pemilik kereta yang menjual kenderaan mereka kepada pengusaha kereta terpakai.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata sistem itu membolehkan kenderaan yang dijual pemilik asal ditukar nama sementara kepada syarikat kereta terpakai sebelum mendapat pembeli baru.

Beliau berkata, pengusaha kereta terpakai boleh didenda RM 2,000 bagi setiap kenderaan yang dibeli jika gagal menukar nama dalam tempoh seminggu selepas membelinya.

Katanya, sistem dibangunkan juga bagi mengelakkan timbul masalah dan melindungi pemilik asal daripada bertanggungjawab menerima saman jalanraya atau sabitan kes jenayah yang tidak dilakukannya berikutan kenderaan sudah dijual kepada kedai terpakai.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090410160235/Article/index_html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2009 06:58 PM | Show all posts
Bagus laaa....harap2 lps ni tak ada lagi jual/trade in kete kat Used Car tp kena Pedajal sbb tak tukar nama....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 07:12 PM | Show all posts
bagus gak,
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 07:13 PM | Show all posts
bende2 macam ni ler yg rakyat nak dengar.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 10-4-2009 19:13
bende2 macam ni ler yg rakyat nak dengar.....


patut nyer dah buat 25 tahun yg lepas dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 07:19 PM | Show all posts
nak buat camne... kajian tu mengambil masa 25 tahun.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2009 07:41 PM | Show all posts

Reply #6 JERONG_GERGASI's post

gilos lembap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:12 PM | Show all posts

Balas #5 t@t\ catat

....kabinet baru...kerjer rajin ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 10-4-2009 19:19
nak buat camne... kajian tu mengambil masa 25 tahun.....


Kajian yang sangat mendalam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:15 PM | Show all posts
ini agaknya diperkenalkan selepas saudara mara ketua JPJ kena tipu dengan penguhasa kereta terpakai..itu yang bengang terus perkenalkan...
tekaa aje..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:28 PM | Show all posts

Reply #1 t@t's post

Tapi rasanya penguatkuasaan amat penting supaya sistem yang ada menampakkan keberkesanan....

tapi RM 2000 tu macam murah sgt laa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 10-4-2009 07:57 PM
JPJ laksana e-tukar milik interim

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem e-Tukar Milik Interim atau tukar milik sementara menjelang hujung tahun ini bagi melindungi ...


aku pernah buat cadangan ini dalam satu daripada posting aku kat forun CnM ni tapi aku dah lupa dlm thread yg mana satu kaedah ni telah digunapakai lama dahulu di england...

[ Last edited by  zzcbr at 10-4-2009 22:59 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:06 PM | Show all posts
Better late than Never
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by KTMan at 10-4-2009 21:15
ini agaknya diperkenalkan selepas saudara mara ketua JPJ kena tipu dengan penguhasa kereta terpakai..itu yang bengang terus perkenalkan...
tekaa aje..


skali terkena batang idung sndiri laaa....baru terhegeh~hegeh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:53 PM | Show all posts

Balas #12 zzcbr\ catat

aku rasa spy datuk solah ade baca cadangan ko tu...
tu pasal la dia buat mende nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2009 06:58 AM | Show all posts
Dalam Berita kat TV mlm td Datuk Solah cakap idea ni datang nya daripada persatuan Used Car yg datang jumpa Jpj utk implement benda ni....


igtkan drp jpj td...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2009 07:02 AM | Show all posts
so bila nak start ni.....lg cepat lg elok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2009 07:37 AM | Show all posts
Full Article

Wajib tukar milik kereta terpakai
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]

Peraturan bagi lindungi pemilik asal kenderaan

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menukar sementara hak milik kenderaan yang dibeli bagi melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata syarikat terbabit boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap kereta yang dibeli jika gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu selepas kenderaan itu dibeli.

Beliau berkata, ketika ini syarikat kereta terpakai tidak menukar nama pemilik asal pada geran kenderaan yang dibeli sehingga mendapat pembeli baru kerana tidak mahu menanggung bayaran pertukaran hak milik berjumlah RM100 dan menjalani pemeriksaan Puspakom.

"Ini menimbulkan pelbagai masalah pada pemilik asal apabila kenderaan yang dipandu uji disaman atas kesalahan seperti meletak kenderaan, melebihi had laju, jenayah dan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Pengedar dan Penjual Kenderaan dan Syarikat Kewangan dan Insurans Zon Timur di sini, semalam.

Solah berkata, JPJ menerima lima aduan setiap bulan membabitkan kes saman atas nama pemilik asal, sedangkan kenderaan itu sudah dijual.

Berdasarkan rekod, 1.3 juta kenderaan ditukar nama setiap tahun, tetapi jumlah yang dipegang pengusaha kereta terpakai tanpa menukar hak milik dianggar melebihi angka itu.

Sehubungan itu, Solah berkata, JPJ akan memperkenalkan inisiatif baru dikenali e-Tukar Milik Sementara akhir tahun ini bagi mengurangkan beban syarikat kereta terbabit dan pada masa sama dapat melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

"Melalui sistem itu, bayaran yang dikenakan lebih rendah dan pertukaran milik sementara juga akan dilaksanakan secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ dan Puspakom," katanya.

Solah berkata, pengenalan sistem itu mendapat sokongan Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kereta Terpakai Malaysia yang juga turut mengemukakan cadangan kepada JPJ dan kementerian supaya sistem berkenaan dibangunkan.

Beliau juga berkata, JPJ berusaha meningkatkan sistem penyampaian tahun ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, termasuk usaha meningkatkan pendaftaran secara elektronik atau e-daftar.

"Dijangkakan menjelang 1 Julai depan, semua urusan pendaftaran kereta di Semenanjung akan dilaksanakan secara elektronik atau e-daftar dan bukan lagi secara manual. Ini akan diperluas ke Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

"Selain itu, kita ke arah membangunkan sistem pendaftaran tanpa sempadan, contohnya kenderaan plat Pahang boleh didaftarkan di Kuala Lumpur. Ketika ini JPJ sedang menanti keputusan tender penggantian komputer baru yang lebih canggih menelan kos RM400 juta," katanya.

Beliau berkata, JPJ juga menyediakan beberapa kemudahan termasuk pengeluaran perakuan pendaftaran kenderaan, bayaran balik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pindaan data enjin kenderaan dengan hanya mengisi satu borang.

"Kita juga menyediakan kemudahan pembaharuan cukai jalan secara online melalui MyEG, namun sejak dilancarkan pada April tahun lalu, hanya enam peratus menggunakannya, mungkin kerana orang ramai tidak tahu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 03:56 PM | Show all posts
pelik gak awat tunggu used car dealer association ni yg propose baru depa nak buat. mosykil mosykil :cf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2009 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by kroeGand at 11-4-2009 15:56
pelik gak awat tunggu used car dealer association ni yg propose baru depa nak buat. mosykil mosykil :cf:


depa tak terfikir kot ke arah itu seblom ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.301303 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list