|
KELICAP JANTUNG BUKIT
Grey-breasted Spiderhunter
FAMILI: Nectariniini
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera affinis
CIRI-CIRI
Individu dewasa bagi spesies ini mempunyai gabungan warna hijau cerah pada ba-
hagian atas badan serta bahagian bawah badan yang berwarna hijau kekelabuan.
Pada bahagian rengkong dan dada terdapat jalur-jalur berwarna gelap. Bagi individu
juvenil pula, bahagian bawah badan tidak berjalur.
SAIZ
Panjang keseluruhan individu dewasa adalah 18.0 sm. Berat 14-21 g.
MAKANAN
Serangga-serangga kecil, labah-labah dan nektar. Kadangkala ianya dijumpai me-
makan buah-buahan seperti buah pisang.
HABITAT
Hutan dipterokap, hutan sekunder, di pinggir kawasan hutan serta di taman, pada
ketinggian sehingga ke 1,130 m dari aras laut.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi yang kasar dan berulang-ulang chititick dan kadang-
kala ia mengeluarkan kicauan bunyi yang tinggi tchitititew dan tchew-tew-tew se-
kiranya dalam keadaan terancam.
PEMBIAKAN
Musim membiak adalah pada bulan April hingga Julai di mana sarang dibina berben-
tuk seperti cawan yang memanjang pada bahagian daun pokok yang lebar. Telur
yang dihasilkan adalah sebanyak 2 biji berwarna coklat kehijauan yang gelap dan
kadangkala terdapat bintik-bintik ataupun jalur berwarna hitam pada bahagian hu-
jungnya yang lebar. Telur ini mempunyai ukuran kira-kira 21 X 15 mm.
STATUS:
Akta 76/72, tidak disenaraikan.
KELICAP JANTUNG
Little Spiderhunter
FAMILI: Nectariniidae
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera
crassirostris
Individu dewasa bagi spesies ini mempunyai bahagian paruh yang panjang serta meleng-
kung ke bawah manakala bahagian kepala pula berwarna kelabu di mana garisan pada
bahagian paruh ke bahagian mata berwarna putih. Panjang keseluruhan individu dewasa
adalah 16.0-16.5 sm. Berat 17-19 g.
MAKANAN
Serangga-serangga kecil, labah-labah dan nektar.
HABITAT
Hutan dipterokap, hutan sekunder, di pinggir kawasan hutan serta di kawasan semak dan
belukar, pada ketinggian sehingga ke 1,670 m dari aras laut.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan fasa bunyi tunggal yang panjang dan berulang-ulang wit-wit-wit-
wit-wit-wit. Ini termasuklah bunyi itch atau bunyi chit yang tajam dan tinggi.
PEMBIAKAN
Musim membiak adalah pada bulan Disember hingga Oktober di mana sarang dibina di se-
balik bahagian daun pokok dalam struktur yang memanjang serta terdapat ruang seperti
pintu untuk masuk ke bahagian dalam. Spesies ini menghasilkan telur sebanyak 2-3 biji ber-
warna putih ke merah jambu serta terdapat bintik-bintik tang berwarna kuning langsat
kemerahan ke coklat kemerahan serta berukuran kira-kira 18.4 X 13.1 mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.
KELICAP KELABU
Plain Sunbird
FAMILI: Nectarinidae
NAMA SAINTIFIK: Anthreptes simplex
CIRI-CIRI
Spesies ini hampir sama dengan spesies Kelicap yang lain di mana paruhnya lurus serta
pendek, mempunyai bahagian badan yang berwarna kuning pudar dan bahagian dahi
terdapat tompokan yang berwarna hijau kebiruan. Bahagian atas badan berwarna hijau
zaitun, bahagian bawah badan berwarna kelabu zaitun yang agak lusuh dan ekor
berwarna coklat. Bagi burung betina, warna di bahagian dahi agak lusuh.
SAIZ
Panjang keseluruhan burung dewasa adalah 13.0 sm.
MAKANAN
Serangga dan buah-buahan.
HABITAT
Hutan sekunder, pinggir-pinggir hutan dan jarang ditemui di hutan paya bakau. Spesies
ini boleh dijumpai sehingga ketinggian 915 m dari aras laut.
PEMBIAKAN
Musim pembiakan adalah Mac-Mei. Sarang berbentuk bujur. Burung betina boleh
menghasilkan 2 biji telur pada setiap kali ianya bertelur. Warna telur adalah putih ke
merah jambu keunguan dan anggaran saiz adalah 17.3 hingga 17.8 x 17.8 hingga 12.7
mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELICAP RIMBA
Purple-naped
Sunbird
FAMILI: Nectariniidae
NAMA SAINTIFIK: Hypogramma hypogrammicum
CIRI-CIRI
Mempunyai saiz yang agak besar jika dibandingkan dengan spesiesnya yang lain. Bagi
burung jantan, ia mempunyai warna kehijauan buah zaitun di bahagian atas badan
dengan warna ungu kebiruan yang terang di tengkuk, tongkeng dan di bahagian atas
ekor. Terdapat jalur-jalur berwarna hitam di bahagian bawah badannya. Bagi burung
betina, warna ungu kebiruan di bahagian atas ekor agak pudar jika dibandingkan den-
gan burung jantan.
SAIZ
Panjang keseluruhan burung ini adalah di antara 14.0 - 15.0 sm.
MAKANAN
Serangga kecil dan juga nektar.
HABITAT
Kawasan hutan dipterokap, hutan tanah pamah dan boleh dijumpai sehingga keting-
gian 1,160 m dari aras laut.
BUNYI
Bunyi yang pendek dan cepat chip atau tchu berulang ulang kali.
PEMBIAKAN
Membina sarang berbentuk bujur dan melekat pada daun, sehingga 6 m dari aras
tanah. Musim membiak bagi burung ini adalah sepanjang tahun kecuali pada bulan
November. Burung betina menghasilkan 2-3 biji telur. Saiz telur adalah 18.0 X 13.2 mm dan
telur adalah berwarna kelabu pudar dan terdapat beberapa tompok berwarna ungu
kehitaman pada telur tersebut.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.
KELICAP BELUKAR
Ruby-cheeked Sunbird
FAMILI: Nectariniinae
NAMA SAINTIFIK: Anthreptes singalensis
CIRI-CIRI
Bahagian atas badan berwarna hijau gelap, bahagian telinga pula berwarna merah
tembaga manakala bahagian tekak dan atas dada berwarna oren kemerahan pudar.
Bahagian perut dan bawah tongkeng berwarna kuning. Bagi burung betina pula, ba-
hagian atas badan hampir semuanya berwarna buah zaitun kehijauan manakala ba-
hagian bawah badan agak sama dengan burung jantan.
SAIZ
Panjang keseluruhan burung dewasa adalah 10.5-1.0 sm.
MAKANAN
Serangga, buah-buahan dan juga nektar.
HABITAT
Hutan sekunder, paya bakau, pinggiran hutan dan kadang kala di taman-taman. Spesies
ini boleh dijumpai sehingga ketinggian 1,370 m dari aras laut.
BUNYI
Bunyi yang berulang, bernada tinggi iaitu switi-ti-chi-chu tusi-tit swit-swit switi-ti-chi-chu
switi-ti-chi-chu. Bunyi yang lain termasuklah bunyi swiiii yang langsing, kadangkala diikuti
dengan swit-si-swiiii, atau tit-swit-swi dan twee-twee.
PEMBIAKAN
Musim pembiakan adalah Februari-Ogos. Sarang berbentuk loket atau buah pear yang
tergantung pada ranting-ranting pokok. Ketinggian sarang adalah 1.2-4.5 m dari aras
tanah. Burung betina boleh menghasilkan 2 biji telur berwarna putih dengan bintik-bintik
berwarna kelabu keunguan. Anggaran saiz telur adalah 16.9 x 12 mm.
STATUS
Akta 76/72 , diperlindungi.
KELICAP JANTUNG BESAR
Spectacled Spiderhunter
FAMILI: Nectariniidae
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera flavigaster
CIRI-CIRI
Spesies ini mempunyai warna dan corak yang hampir sama dengan Kelicap Jantung
Telinga Kuning, A. chrysogenys. Walaubagaimanapun, saiznya lebih besar. Burung de-
wasa mempunyai bahagian atas badan yang berwarna kehijauan manakala bahagian
bawah badan berwarna kuning. Satu ciri jelas yang dapat membezakan spesies ini den-
gan spesies kelicap yang lain ialah lingkaran di sekeliling mata dan telinga yang ber-
warna kuning.
SAIZ
Panjang keseluruhan bagi individu dewasa adalah antara 21.5 - 22.0 sm.
MAKANAN
Nektar, serangga dan labah-labah.
HABITAT
Hutan dipterokarp, kawasan pinggir hutan, hutan sekunder dan hutan tanah pamah dan
kadang kala boleh mencapai sehingga 610 m dari aras laut.
BUNYI
Spesies ini biasanya mengeluarkan bunyi chit抜t atau chut抲t yang kuat dan dalam khusus-
nya semasa terbang.
PEMBIAKAN
Musim pembiakan bagi spesies ini adalah di antara bulan Februari hingga Mac dan sa-
rang biasanya berbentuk bujur dan dibina di bawah daun atau pada ranting dengan
pintu pada bahagian tepi. Ketinggian sarang boleh mencapai sehingga 7.6 m dari ta-
nah.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELICAP JANTUNG GUNUNG
Streaked Spiderhunter
FAMILI: Nectariniidae
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera magna
CIRI-CIRI
Individu dewasa bagi spesies ini mempunyai jalur-jalur yang ketara pada bahagian
kepala dan badan serta bahagian kaki yang berwarna jingga. Bahagian bawah atas
badan individu ini berwarna hijau kekuningan. Bagi individu juvenil pula, jalur-jalur ini
adalah kurang jelas kelihatan. Individu dewasa bagi spesies ini empunyai saiz di antara
17 sm-20.5 sm.
MAKANAN
Makanan utama spesies ini terdiri daripada serangga-serangga kecil, labah-labah dan
nektar.
HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di kawasan hutan dipterokap, hutan sekunder serta di kawa-
san hutan campuran pada ketingian sehingga ke 1,830 m dari aras laut.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan kicauan bunyi yang sama. Semasa terbang ia mengeluarkan
bunyi chit-ik yang kuat.
PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Mac hingga Oktober di mana
sarang dibina berbentuk seperti kubah pada bahagian daun pokok yang lebar. Telur
yang dihasilkan adalah sebanyak 2-3 biji berwarna coklat gelap serta terdapat jalur
seperti cincin pada bahagian hujungnya. Telur ini berukuran kira-kira 22.7 X 15,9 mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.
KELICAP JANTUNG TELINGA KUNING
Yellow-eared Spiderhunter
FAMILI: NEctariniidae
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera chrysogenys
CIRI-CIRI
Bagi burung dewasa bersaiz lebih kecil dengan paruh yang sedikit tebal dan panjang.
Terdapat bentuk cincin berwarna kuning pada sekitar mata yang lebih rapat dengan
mata dan tompok berwarna kuning pada bulu penutup telinga yang lebih besar. Bagi
burung juvenil, ia lebih lusuh manakala tompok kuning pada bulu penutup telinga
adalah agak kecil atau langsung tidak kelihatan.
SAIZ
Panjang keseluruhan adalah 18.0 sm.
MAKANAN
Nektar, serangga, labah-labah, dan lain-lain lagi.
HABITAT
Hutan dipterokap, pinggiran hutan, kawasan hutan sekunder, taman-taman, hingga ke
ketinggian 1,830 m dari aras laut (kebiasaannya di hutan tanah pamah).
BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi siulan tchick yang agak kasar.
PEMBIAKAN
Musim membiak adalah daripada bulan April hingga Julai dan dari bulan November
hingga Disember setiap tahun dengan burung betina menghasilkan 2 biji telur bagi
setiap eraman di dalam sarang yang terletak 1.5 m-12 m dari aras tanah.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak ade thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 adnilsa's post
ni utk adnilsa n diablo nak kenal burung hehehhe
ade byk lagi jenis burung... nanti aku masukkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takor Leher Emas
Golden-throated Barbet
Famili: Megalaimidae
NAMA SAINTIFIK:
Megalaima franklinii
This species has a large range, with an estimated global Extent of Occurrence of 1,000,000-10,000,000 km |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku kecik2 dulu hafal le jenis burung sbb x pernah lekat rumah hehe musti pegang lastik pastu masuk utan. tp da beso aku rase cam da pupus gak la spesis cam punai gan raja udang tu da x pernah jumpe kat kg aku ni huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
TAKOR DAHAN
Brown Barbet
FAMILI : Megalaimidae
NAMA SAINTIFIK: Calorhamphus fuliginosus
CIRI-CIRI
Burung dewasa mempunyai keseluruhan badan berwarna coklat dengan warna di
bahagian dada sehingga bawah tongkeng agak putih. Bahagian kaki berwarna
merah jambu-oren. Bagi burung juvenil, ia seakan-akan sama dengan burung dewasa.
SAIZ
Panjang keseluruhan burung dewasa adalah 20.0 sm.
MAKANAN
Buah-buahan, bijian dan bunga.
HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di hutan dipterokap, hutan sekunder, semak di kawasan ter-
buka dan spesies ini boleh dijumpai sehingga ketinggian 1,065 m dari aras laut.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi pseeoo yang bernada tinggi.
PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah dari bulan Februari sehingga bulan September
pada sepanjang tahun. Sarang adalah pada rongga-rongga di bahagian pokok dan
ketinggian sarang adalah dari 2.5 m-20 m dari aras tanah. Burung betina boleh
menghasilkan 3 biji telur pada setiap kali ianya bertelur dan telur adalah berwarna
putih. Anggaran saiz telur adalah 26.2 x 20.1 mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.
TAKOR TEMBAGA
Coppersmith Barbet
FAMILI: Megalaimidar
NAMA SAINTIFIK: Megalaima haemacephala
CIRI-CIRI
Bagi individu dewasa, bahagian sisi kepala dan atas dada berwarna kuning. Pada ba-
hagian di antara dada dan perut, terdapat satu jalur melintang yang berwarna merah.
Bahagian jalur mata berwarna hitam dan bahagian bawah badan berwarna hijau pudar
di mana terdapat jalur-jalur halus yang berwarna hijau gelap. Bahagian hadapan mahkota
di atas kepala berwarna merah manakala bahagian belakang mahkota ini berwarna hi-
tam. Bagi individu juvenil pula, warna hitam pada bahagian mahkota adalah lebih pudar
di mana bahagian sisi kepala dan atas dada berwarna kuning pudar. Pada bahagian ha-
dapan mahkota kepala dan bahagian atas dada tidak terdapat garisan yang berwarna
merah. Burung ini bersaiz kecil dengan ukuran kira-kira 17 sm.
TABURAN
Burung ini merupakan spesies tempatan di kawasan Sumatera dan Kepulauan Borneo. Di
kawasan Asia Tenggara, burung ini merupakan spesies tempatan yang biasa ditemui
seperti di selatan Tenasserim, selatan Thailand dan Singapura.
MAKANAN
Ia bersifat frugivorous iaitu memakan buah-buahan.
HABITAT
Burung ini boleh dijumpai di kawasan pinggir hutan tebal, kawasan hutan paya bakau,
taman-taman permainan dan juga di kawasan pertanian pada ketinggian sehingga ke 915
m dari aras laut.
LOKASI DI MANA IA PERNAH DITEMUI
Di Semenanjung Malaysia, burung ini boleh dijumpai di kawasan hutan-hutan simpan dan
kawasan Taman Negara.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi tonk yang berulang-ulang dan bergetar untuk jangkamasa
yang agak lama.
PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Februari hingga Julai di mana burung
ini akan mengorek lubang pada bahagian pokok untuk dijadikan sarang. Telur yang
dihasilkan adalah sebanyak 2 hingga 4 biji yang berwarna putih dan berukuran 25.2 X 17.5
mm secara purata.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.
TAKOR API
Fire-tufted Barbet
FAMILI: Megalaimidae
NAMA SAINTIFIK: Psilopogon pyrolophus
CIRI-CIRI
Individu dewasa bagi spesies ini mempunyai paruh yang berwarna hijau kekuningan pudar
dengan terdapat jalur hitam menegak di bahagian tengah, bahagian telinga berwarna
kelabu dan di bahagian atas dada terdapat jalur-jalur yang berwarna kuning kehitaman.
Diperhatikan bahagian dahi berwarna hitam dengan jalur kemerahan sehingga ke ba-
hagian paruh, belakang kepala dan belakang tengkuk. Terdapat garisan putih merentasi
bahagian atas kepala dan juga garisan pendek berwarna hijau pudar di atas bahagian
mata. Bagi burung juvenil pula, warna di bahagian kepala adalah coklat hijau buah zaitun
pudar, garisan pendek di atas mata adalah agak pudar. Anggaran saiz bagi burung de-
wasa adalah 28 sm.
MAKANAN
Makanan utama spesies ini terdiri daripada buah buahan, bijian dan bunga.
HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di kawasan hutan dipterokap seperti hutan tanah tinggi dan
hutan tanah pamah. Spesies ini boleh dijumpai dari ketinggian 1,070-2,010 m dari aras laut.
BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi yang seakan-akan bunyi riang-riang, bermula dengan nada
yang berselang dan kemudiannya bunyi bertambah laju dan bernada tinggi.
PEMBIAKAN
Musim pembiakan bagi spesies ini adalah dari bulan Januari hingga April pada sepanjang
tahun dan sarangnya dibina di dalam lubang pada bahagian pokok. Lain-lain maklumat
tidak direkodkan.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TAKOR JAMBANG EMAS
Gold-whiskered Barbet
FAMILI: Megalaimidae
NAMA SAINTIFIK: Megalaima chrysopogon
CIRI-CIRI
Burung dewasa mempunyai saiz yang agak besar dan berwarna hijau pada bahagian
atas dan bawah badan. Ia mempunyai paruh hitam yang nampak padu, jalur yang
agak lebar berwarna hitam seperti bulu kening pada bahagian atas mata dan terdapat
tompok besar berwarna kuning pada bahagian sisi kepala. Selain itu, bahagian leher
berwarna kelabu pucat dan terdapat jalur halus berwarna biru pada bahagian sisi
badan antara leher dan dada serta berdekatan jalur hitam berhampiran mata. Pada
bahagian atas kepala pula, terdapat tompok kelabu pucat dan merah. Bagi juvenil pula,
tompok kuning, seperti yang terdapat pada burung dewasa berwarna agak pucat.
SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah 30.0 sm.
MAKANAN
Buah buahan, bijian dan bunga.
HABITAT
Takor Jambang Emas mendiami kawasan hutan dipterokap sehingga ke ketinggian 1,065
m dari aras laut. Pada kebiasaannya, ia boleh ditemui pada ketinggian 1,525 m dari aras
laut.
BUNYI
Burung jantan spesies ini mengeluarkan bunyi panggilan bagi tujuan kawalan kawasan
(territorial call) tehoop-tehoop-tehoop-tehoop-tehoop |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takor Raya
Red-throated Barbet
name sains
Megalaima mystacophanos
The Red-throated Barbet (Megalaima mystacophanos) is a species of bird in the Ramphastidae family. It is found in Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapore, and Thailand. Its natural habitats are subtropical or tropical moist lowland forests and subtropical or tropical swamps. It is threatened by habitat loss.
TAKOR ATAS KUNING
Yellow-crowned Barbet
FAMILI : Megalaimidae
NAMA SAINTIFIK: Megalaima henricii
CIRI-CIRI: Burung dewasa mempunyai saiz yang kecil, bahagian atas dan tepi kepala
berwarna kuning, bahagian tekak berwarna biru manakala bahagian di atas mata ber-
warna hitam. Bahagian tengah belakang kepala berwarna biru dan bahagian atas te-
kak dan tepi leher mempunyai tompokan yang berwarna merah. Bagi burung juvenil,
keseluruhan badan agak pudar dengan warna di bahagian kepala agak lusuh.
SAIZ: Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 22.0 - 23.0 sm.
MAKANAN: Buah-buahan, bijian dan bunga.
HABITAT: Spesies ini boleh dijumpai di hutan tanah pamah dan boleh dijumpai sehingga
ketinggian 975 m dari aras laut.
BUNYI: Burung ini mengeluarkan bunyi kawalan kawasan tok dari 4-6 kali dan diikuti den-
gan bunyi trrok卼ok-tok-tok-tok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 muor76's post
hehehe...tqvm |
|
|
|
|
|
|
|
burung candik nama saintifik dia apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 sekngucing's post
burung candik tu merbah jambul yerk?
merbah jambul lak ade 2 kalo tak silap
merbah jambul/red whisked bulbul
atau
merbah jambul hitam/black crested bulbul-Pycnonotus melanicterus
ko cek arr kat web perhilitan www.wildlife.gov.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni spesis burung ape nih.. kalu ade geng die mmg riuh pepagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 mizahanan's post
ni merbah kapur
family=Pycnonotidae
species=Pycnonotus goiavier
name omputeh=Yellow-vented Bulbul
dia makan buah serangga, nektar burung.. sarang dia kat kengkadang ade kat pokok renek..
burung ini tidak dilindungi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 muor76's post
tq muor..
burung merbah kapur ni selalu parking kt pokok nangka ku..
agaknye die asik tunggu je kot.. bile la nk berbuahnye nangka nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 mizahanan's post
rasenye merbah nih tak makan buah nangka...
yg aku pernah nampak.. dia makan jambu batu.. jambu mawar.. ceri... |
|
|
|
|
|
|
|
muor mane nk beli burung love bird?mahal tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|