View: 2436|Reply: 39
|
Ayah barah otak, 3 anak diserah kat kawan sbb tak mampu..
[Copy link]
|
|
Serah 3 anak kepada rakan kerana miskin Oleh Rashidi Karim
[email protected]
KANGAR:Seorang buruh yang menghidap barah otak di Lorong Bahagia, KampungBakong, Arau, dekat sini, terpaksa menyerahkan tiga anak lelakinyakepada tiga rakan kerana masalah kemiskinan.
Sakidan Ahmad, 37, dikesan menghidap barah otak sejak duatahun lalu dan enggan menjalani pembedahan seperti disyorkan pegawaiperubatan selepas dimaklumkan mengenai risiko kehilangan nyawa.
"Saya terpaksa mengetepikan nasihat doktor dan tidakmenjalani pembedahan kerana memikirkan masa depan serta makan minumisteri, Nurul Natrah Abdullah serta lima anak yang masih kecil danmemerlukan pembelaan sewajarnya.
"Sejak menghidap penyakit itu saya sering sakitkepala dan lemah badan hingga tidak dapat melakukan kerja harian. Dalamsebulan, saya mampu bekerja dua atau tiga hari saja," katanya ketikaditemui di rumahnya, semalam.
Sakidan dan Nurul Natrah, 29, mempunyai tiga anak lelakiiaitu Mohd Alif Iskandar, 9; Mohd Noor Aiman, 8 dan Mohd Nor Adam, 7.
Mereka itu diserahkan kepada rakan di Alor Setar, Kedah; Pulau Pinang dan Perak bagi membolehkan mereka hidup lebih baik.Dua lagi anak mereka, Nurul Nadia, 4, dan Mohd Haikal Danial, 2,menetap bersama pasangan terbabit yang tinggal di rumah yang diperbuatdaripada kayu terbuang sejak lima tahun lalu di Kampung Bakong.
Nurul Natrah adalah saudara baru yang sejak kecil dibesarkandi rumah anak yatim di Pulau Pinang dan berpindah selepas berkahwindengan Sakidan sejak 10 tahun lalu.
Sakidan berkata, jika boleh beliau tidak mahu berpisah dengan anaknya, tetapi desakan kehidupan memaksanya berbuat demikian.
"Saya bergantung kepada ubat berharga RM1 sebungkus yangdibeli di sebuah kedai runcit selepas menolak rawatan HTF. Pegawaiperubatan memaklumkan penyakit saya serius dan pembedahan bolehmenyebabkan kehilangan nyawa," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kehidupan keluarga terbabit amatmenyedihkan kerana rumah didiami mereka seluas kontena yangberlantaikan tanah, bumbung berlubang tanpa bekalan air dan elektrik.
Nurul Natrah berkata, keseluruhan rumah akan basah apabilahujan dan beliau ada kalanya terpaksa menyelimut dua anaknya yang masihkecil itu dengan plastik bagi mengelak daripada kesejukan.
Katanya, beliau pernah memohon bantuan Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM) dengan mengepilkan surat pengesahan doktor berhubungstatus penyakit suami dan tidak mampu bekerja, pertengahan tahun lalu.
"Saya kecewa apabila dirujuk semula status permohonan,pegawai JKM mendakwa surat pengesahan doktor hilang dan saya perlumembuat permohonan semula menyebabkan bantuan hingga kini belumditerima," katanya sambil berlinangan air mata.
Beliau berkata, oleh kerana suami tidak berupaya bekerja,beliau terpaksa menjual daun pisang, kelapa dan buah-buahan untukmenyara kehidupan harian.
HTF menerusi Pegawai Perubatan, Jabatan Otorinolaringologi,Dr Hema Apparau, mengeluarkan surat pengesahan status Sakidan yangmengalami telinga bernanah, jangkitan mastoid dan pengumpulan nanah diotak dan beliau menolak semua jenis rawatan daripada HTF, pada 26Februari lalu.
dari bharian online harini...
[ Last edited by emera at 17-4-2009 09:27 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku jerlah anak dia. Tapi tengok cute ker tak lah. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi baik try daripada tak try... kalo camni pon susah... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kena berpisah dgn anak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian gak baca ni...kengkadang masalah birokrasi yg sebabkan org2 yg memerlukan tak dapat perhatian and bantuan yg sepatutnya...
tapi JKKKKKKK kg dia takde tolong ker? atau buat tak tau jer sbb bukan kaum kerabat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
9 tahun, 8 tahun, 7 tahun.....sedihnya...tak dapt sama2 dengan mak dan adik beradik lain......so young and yet have to face the harsh reality of life...... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih baca citer camnie.timbul rasa kesyukuran dlm hati.apa p.m baru wt.. |
|
|
|
|
|
|
|
maknya mualaf & besar kat rumah anak yatim.... tak layak dpt zakat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
alahai kesian nye
mana pegi ADUN dia yg setiap kali nak election dok canang nak bela rakyat nih..
tido ke buta mata ke sesaja x nampak
org JKM pun tido ke apa nih
surat doktor pun leh ilang |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..dah le ayah sakit, anak2 lak ramai, wife lak mualaf, kesian hidup mereka |
|
|
|
|
|
|
|
dah hidup cam tu punye daif.. JKM nak berkira lagik ke nak luluskan permohonan die nehhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 17-4-2009 09:15
Bagi aku jerlah anak dia. Tapi tengok cute ker tak lah.
tak kisahlah kiut ker tak kiut ker ataupun cacat ker tapi kalau yg berkemampuan apalah salahnya jaga. Kesiankan budak2 umur cam tu mcm anak2 kita patutnya jalani hidupan yg sempurna. Pada sesiapa yg berkemampuan apalah salahnya membantu. Tak semestinya kita kena jaga duduk sekali dengan kita tapi cukup sekadar kalau bagi bantuan kewangan setiap bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emera at 17-4-2009 09:14
Serah 3 anak kepada rakan kerana miskin Oleh Rashidi Karim
[email protected]
KANGAR:Seorang buruh yang menghidap barah otak di Lorong Bahagia, KampungBak ...
ngape tak beritau kat TV3 supaya bolih dimasukkan dalam rancangan "bersama mu" mudah2an wakil rakyat datang jengok dan memberi kasih sayang....JKKK bukan bolih harap..hanya untuk buncitkan peruk2 mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
xde ke pihak2 yg nk hulur? hadiah ABP tu sampai beribu2 juta..AF, sehati berdansa..nasib rakyat? kesiannn.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak operate MMG PASTI mati...kalu operate MUNGKIN akan mati...kenapa degil sgt? |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya kecewa apabila dirujuk semula status permohonan,pegawai JKM mendakwa surat pengesahan doktor hilang dan saya perlumembuat permohonan semula menyebabkan bantuan hingga kini belumditerima," katanya sambil berlinangan air mata."
JKM buat kerja ke tidak?
b/m surat pengesahan doktor boleh hilang? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 star_annise's post
kalau masuk TV baru la semua jkkkkkkk kampung tu terhegeh-hegeh dengan bantuan tak ikhlas mereka tu...
biasa lah.. nak glemer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hzln at 17-4-2009 09:48
kalau tak operate MMG PASTI mati...kalu operate MUNGKIN akan mati...kenapa degil sgt?
agaknya dia tak mampu nak biaya belanja perubatan... mungkin bagi dia.. daripada membebankan keluarga dia nak tanggung biaya pembedahan tu.. lebih baik duit yang ada dibuat belanja anak isteri dia..
at least.. kalau dia dah tak de .. tak ada la keluarga dia nak tanggung beban bayar hutang pembedahan ... lainlah kalau ada pihak lain yang sanggup tanggung belanja pembedahan dan perubatan semua tu...
Agaknya lah... kita tak tahu kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|