CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40114|Reply: 84

Maksud / Kupasan Lirik Lagu / Perkataan

[Copy link]
Post time 19-5-2009 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dealova_fan at 31-12-2009 12:21

salam.

actually selalu dgr lagu yang melodi best, layan
plus lirik yang mencabar minda gitu

actually banyak yang tak paham maksud sesetengah perkataan tu

so, bukak thread nih dgn harapan..

boleh letak lirik lagu, dan bincang apa ekceli lirik lagu tu maksudkan, cerita pasal apa etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2008 05:37 PM | Show all posts

Maksud / Kupasan Lirik Lagu / Perkataan

Post Last Edit by dealova_fan at 31-12-2009 12:20

Assalamualaikum dan salam cinta !

Mulai hari ini ...
saya akan cuba mengupas lagu-lagu Melayu yang mempunyai lirik2 yg tersirat ...
pada yg lain nak tumpang sekaki mengupas pun boleh ... !

Saya mulakan dengan lagu "Aduh Saliha"



[ Last edited by  Fairuz_Hafeez at 10-1-2009 11:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:38 PM | Show all posts

Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha

Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi

Komposer :
M. Nasir

Penulis Lirik :
Rosli Khamis

ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalanku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah sekadar disandar bukan dikandar ?)
tak mungkin padam cahaya
// kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan

// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiatdan hedonisme berleluasa)
barulah ku sedar,fairuzhafeez.com
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca

// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya. Banyak benda-benda yang haram dan syubahah kita anggap halal dan baik. Benda yang sebenarnya memudaratkan kita tetapi kerana nafsu dan godaan syaitan kita lalai dan alpa.
Sesudah berdarah
barulah ku sedar

// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/ musibah baru kita tersedar dari angan (mungkin bala itu akan menimpa kepada seluruh masyarakat)
jiwa ku tercalar ohhh..sakitnya
bukan kepalang

// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saleha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?)
Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saleha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saleha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:38 PM | Show all posts

Interpretasi : Lirik Jentayu - Tongkat Warrant

Satu Interpretasi : Jentayu
Salamsemua, saya akan cuba mengupas apakah yang ingin dinyatakan dari laguJentayu ini. Ini adalah interpretasi saya untuk semua dari satukelainan pentafsiran, demi cinta untuk semua !

Lagu : Johan Nawawi
Lirik : Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant)
Penyanyi : Shiela Majid & Nora
Penerbit (Published by): Musicworks
Produksi (Produced by) : Roslan Aziz Production


Jentayu

\\Saya belum menggoogle sepenuhnya tentang burung Jentayu. Bila di”mabuk”kan fikiran, saya mendapat tiga tafsiran “karut-kerut” iaitu : Jentayu = Jentera Melayu, Jentera Ayu (Pejuang Wanita) dan Jeneral T’Akhir Melayu.

Di paruhmu kemilauan sinar
\\ Senjata yang digunakan baik mata pedang ataupun mata pena berdasarkan prinsip berprinsip yang “Haq” atau benar
Menyepuhi sejuta rasa
\\ Memulihkan jiwa semua


Kemuliaan di hatimu
\\ Niat dan perbuatan yang ikhlas : Kerana Allah
Bening budi terdampar di jagat raya
\\ Apa yang dilakukan masih belum terlihat sepenuhnya oleh mereka yang tidak mampu memandangnya
Di sayap taufan kau jelajahi
\\ Berani untuk berjuang walau dalam pentas / gelanggang pertarungan yang amat kejam

Awan gemawan membawa rindu
\\ Mereka yang dapat melihat ditafsirkan sebagai awan kerana sifatnya yang meneduhkan dan menangiskan hujan rahmat. Mereka ini adalah para-para solehin & solehah yang bibir tidak pernah kering melafazkan doa untuk perjuangan pejuang-pejuang Islam. Tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W juga salah satunya dikaitkan dengan awan yang memayungi baginda.

Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan
\\Cintanya para pejuang demi untuk mempertahankan bangsa dan agama. Mereka melawan segala bentuk kezaliman (baca : ketidak adilan dalam membuat sesuatu keputusan = berat sebelah =meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya yang sepatutnya)


( korus )
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
\\ Sayap : Jasad seluruhnya terutama kudrat 4 kerat (tangan dan kaki)
\\ Paruh : Kata-kata / tulisan / karya seni sepenuh ikhlas


Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
\\ Siku : Kudrat empat kerat yang masih tersisa

Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
\\ Dagu :
Kata-kata / tulisan / karya seni yang masih berbisa

Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
\\ Kuku :Istiqamah hati. Senjata yang paling terakhir (juga paling ampuh : kuku adalah penting untuk spesies burung memantau dengan mencengkami dahan yang atas), maka apabila menggunakan kuku maka jasad Jentayu pasti telah mencecah tanah setelah bertarung di udara bebas penuh ikhlas.

\\Uniknya lirik ini mempunyai frasa “Tongkat” seperti mana Nurbisa a.k.a. Loloq untuk lagu Berikan Nurbisa. Seperti lagu ini bagai mencerminkan perjuangan mereka berdua !

\\Tafsiran Korus Secara Pukal : Pejuang yang sebenar tidak akan gentar dan mengaku kalah, mempertahankan yang haq (untuk yang layak). Pejuang sebenar (terpilih) pasti dikurniakan ilham sejuta cara. Akhirnya jika ditakdirkan menitiskan darah terakhir, maka cintanya telah dijulang kelangit diraikan dan diiringkan oleh para malaikat bersama tasbih tiada tara.


Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua
\\ Semoga sejarah pejuang yang tiada ataumasih ada akan melahirkan pejuang-pejuang lain yang lebih hebat. “Fussion Reaction” / Rantaian Teori Domino.

( ulang korus 2X )

Pinjamkanlah syahdumu
\\Bisakah kita merasai nikmatnya perjuangan mereka ? Tiada syahdu yanglebih agung dan damai di hati selain dari perjuangan kerana Allah S.A.W! Syahdukan dirimu dengan ingatan yang sentiasa “echo” akan kasih sifat-sifat-Nya. Pelajarilah sifat 20 & carilah guru yang MURSYID.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Usman Awang & semua  muslim yang hidup dan telah  meninggalkan kita.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan permata, cuma perludigilap : pada mata kita agar terang menyaksikan keindahan permata itu. Mata nilai Permata”

Fairuz Hafeez
Mentafsir Demi Cinta


Nota : Masih belum diedit sepenuhnya, sikit lagi, harap maklum !


[ Last edited by  Fairuz_Hafeez at 23-7-2008 03:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:39 PM | Show all posts

Interpretasi : Lirik Jentayu – Tongkat Warrant

Interpretasi ini (versi yang sebelum ini, iaitu versi 1.0) juga dipaparkan di blog RoslanMukhlis :
http://roslanmukhlis.blogspot.com/2008/07/sebalik-lagu-haring-yang-nyaring-ali.html
IKAN HARING
Umur: 37 hingga 54 juta tahun
Lokasi: Kemmerer, Wyoming
Formasi: Sungai Hijau
Zaman: Eosen
Ikan-ikan Haring dari masa 54 hingga 73 juta tahun silam tidak berbeda dengan yang hidup hari ini. Ini menyangkal pernyataan-pernyataan para evolusionis dan sekali lagi menegaskan fakta bahwa makhluk-makhluk hidup diciptakan Allah.Sumber info & gambar : www.harunyahya.com
Assalaamua'laikum & Salam cinta...
Pernah dengar lagu "Haring" atau Kenal tak aLi ? Pernah dengar dan kenal nampak ? Kalau tak tahu biasalah ... aLi ni tak perlu gosip-gosip untuk popular. Tapi kalau sebut Roslan Aziz kenal tak ? Komposer yang menaikkan nama Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi. Bekas pengetua Akademi Fantasia. A ah .... yang mana telah diperdebatkan tentang satu "quote" darinya yang agak kontroversi baru-baru ini. Alaa ... kat Tranungkite.net pun kecoh ari tu. Perkara ini juga diceritakan di Blog R.A.P. (Blog Roslan Aziz Productions)
Baik, selepas mengupas "Aduh Saleha" dan "Jentayu", kedua-dua karya daripada pelirik "penulis lirik" yang telah meninggalkan kita, maka, dengan beraninya saya akan mengupas lirik lagu kumpulan aLi (duo Roslan Aziz & Mukhlis Nor) iaitu Haring yang liriknya ditulis oleh Mukhlis Nor (Lagu "Hijau" nyanyian Zainal Abidin juga di tulis olehnya).
Menggunakan genre muzik yang masih "aneh" pada segolongan orang di Malaysia, lagu ini pada saya berjaya memberi satu ideologi baru ke dalam dunia seni tanah air. Saya pasti lagu ini tak akan mengungguli carta radio kerana pendengar lebih sukakan melankolik dari artistik & realistik. Walaupun ia bukan muzik metamorfosis yang sepenuhnya namun ia pasti membuat anda ingin berayun-ayunan. Karya ini bagi saya bukan sekadar "Hiburan yang bermesej" tetapi "Mesej yang menghiburkan".
Silakan hayati, tasiran "Haring" :
http://www.youtube.com/watch?v=E0BSLU5RCsc

HaringPeringatan : Ini hanyalah interpretasi saya dan mungkin tidak melambangkan maksud sebenar penulis lirik ini. Interpretasi ini juga tidak boleh dikaitkan secara terus dengan mana-mana kejadian sehingga ada bukti kukuh yang menyokongnya.Ku usik kenangan lama
\\ Membuka kembali lembaran sejarah
Bermusim yang hujan dan kering
\\ Semasa senang dan susah
Helang seraya membisik kepadanya
\\ Ketua lanun memberikan arahan kepada orang bawahannya (Identiti Ketua lanun masih lagi tidak diketahui)
Adapun ini khabar yang penting
\\ Tugasan ini amat penting untuk keterusan kelanunan kita
Kemuning berbunga
\\ Kemuning adalah sejenis pokok herba untuk mengubat penyakit kelamin & lain-lain. Bunganya tidak digunakan untuk perubatan, mungkin hanya untuk hiasan. Cuma perlu diingat, tanpa bunga tidak dapat dibuat proses pendebungaan dan seterusnya pensenyawaan.
Di musim dedaunnya kering
\\ Sinis menyindir bagaimana boleh berbunga (dapat duit) sedangkan orang lain yang dilanuni teraniaya, merempat dan sengsara.
Helah ku bertanya tetapi mengah
\\ Ada suara protes tetapi sesiapa yang bersuara jelas pasti akan dicantas pantas dan untuk dapat bertanya perlu berhempas pulas kerana banyaka halangan dan prosedurnya.
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Terbau akan penipuan/penganiayaan/kezaliman yang berlaku (Haring juga adalah nama burung pemangsa)
Lain ayunan
\\ Ayunan adalah benda yang selalu diulang-ulangkan. Bila selalu diulang-ulangkan, orang ramai biasanya akan terpesona. Boleh juga dikira sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri-sendiri. Perlu diingat, sesuatu yang berayun juga sukar dipastikan "apokobondonyo" kerana mata kasar manusia sukar untuk melihatnya secara jelas (tidak statik).
Terjadi lagi
\\
Plot dan strategi yang sama dipergunakan lagi.

Orang bulan, orang tepi jalan
\\ Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal soleh
\\ Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan. (Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)
Dapat memahami keadaan ini
\\ Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar? Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga pula selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.
Ku usik kenangan lama
Bermusim yang hujan dan kering
Helang seraya membisik kepadanya
Adapun ini khabar yang penting
Kemuning berbunga
Di musim dedaunnya kering
Helah ku bertanya tetapi mengah
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Haring juga merujuk pada ikan Haring yang ditemui fosilnya puluhan juta tahun yang silam tetapi tidak pernah berevolusi. Maka nyatalah Teori Darwin hanyalah sampah (aLi menyindir teori ini melalui grafik manusia beruk pada kulit album terawalnya).
\\ Juga terbukti DNA tidak pernah berubah walau berjuta tahun berlalu kerana saintis telah mengkaji DNA dinasour menggunakan DNA dari fosil yang pastinya berusia jutaan tahun.
Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
\\ Korus yang sama diulang kerana menekankan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat menggunakan hati dan akal mereka untuk keadilan.
\\ Dan oleh kerana ia menceritakan ayun-ayunan makan mestilah diulang-ulang. Err... agak-agak bosan tak ? Cubalah dengar lagunya atau lebih baik terus beli secara online atau dapatkan di kedai (dilancarkan pada 08.08.08)
\\ Oleh kerana ia panas maka ayun di sini mungkin disalahertikan menjadi "mangkuk tingkat"...  Oopss .. "mangkuk hayun".. He he ..
S & J : Orang bulan itu Sheikh Muzaffar ke ? Bukan .. "Ultraman & Superman" ! "Sheikh Muzaffar tu pelancong angkasa .." kata kawan saya.
Nota I : Berminat untuk membeli "Haring" secara on-line ? Tak mahal $ 0.75 - $ 0.99 sahaja ! Sila ke blog aLi the album untuk membeli <klik>
Nota II : Pentafsiran versi 2.0 pada 22hb. Ogos 2008.
Nota III : Silakan juga menggali apa yang diutarakan di dalam lagu "Nonterro" yang menceritakan kisah "lubang" di blog RoslanMukhlis (Jumpa tak profile Anwar kat sana ?). Kalau ada permintaan-permintaan yang mendorong, insya-Allah saya akan kupaskan pula Nonterro. <klik>
Haring - Satu Kelainan Penafsiran (versi 2.0) oleh :
www.fairuzhafeez.com
Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum.
Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit.
Last edited by Fairuz_Hafeez on 15-11-2013 01:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:39 PM | Show all posts

Interpretasi Lirik Lagu Apokalips – M. Nasir / Loloq

Interpretasi Lirik Lagu Apokalips – M. Nasir / Loloq
[size=3em]12
[size=3em]11
[size=1.4em]2013
Apokalips
Credit : http://carolinacobra.carowinds.com
Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq banyak menghasilkan karya-karya seni yang berunsur dakwah. Lirik-lirik seperti Aduh Saleha (Mawi) – Ragu ? Sila baca artikel mengenai dakwah lirik lagu ini di SINI, Irama Marakas (Amy Search) – juga lirik yang paling menyentuh hati penyanyinya, Tanya Sama Itu Hud-Hud (M. Nasir) merupakan karya-karya dakwah secara tersurat & tersirat.
Apokalips
Penyanyi : M. Nasir
Lirik : Loloq
Lagu : M. Nasir
// An apocalypse (Ancient Greek: &#7936;ποκ&#940;λυψι&#962;apocálypsis, from &#7936;π&#972; and καλ&#973;πτωmeaning ‘un-covering’), translated literally from Greek, is a disclosure of knowledge, i.e., a lifting of the veil or revelation, although this sense did not enter English until the 14th century.[1] In religious contexts it is usually a disclosure of something hidden.
// Today, it is commonly used in reference to any prophetic revelation or so-called End Time scenario, or to the end of the worldin general. Source – WikiPedia (Please refer Islamic Eschatology on Wikipedia too at HERE)
1 2 3 Do Re Mi
// Kita manusia selalu berfikir tentang duit & hiburan
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
// Kita meminggirkan al-Quran dan juga ilmu yang bermanfaat
Apa nak jadi
Akan terjadi
// Qada & qada
Hujan pasti berhenti
// Alam mengikut peredaran yang telah ditentukan
// Hujan sebagai lambang rahmat yang pasti ada penamatnya
Ada masanya aku suka berteman
// Solat berjemaah & segala aktiviti bermasyarakat
Ada masanya aku suka bersendiri
// Solat tahajud, solat taubat, muhasabah diri
Ada masanya aku suka berjalan
// Menziarahi & bergerak mencari ilmu / rezeki / sahabat / hiburan
Ada masanya aku suka berehat
// Rehat dan tidur – itulah had kita sebagai makhluk yang pasti penat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
// Kita semua sama, “bebas” melakukan apa yang kita suka dengan izin Allah.
Hidup dan nasib roler koster
// Roler koster – permainan yang mengujakan, kadang kita rasa takut, kedang kita rasa seronok. Begitu juga aras kebahagian dan rezeki kita, kadang ada, kadang tiada. Jika mahu thrill yg lebih menguja silakan pilih roler koster yg lebih mencabar, jika tidak pilih saja yg layaknya untuk kanak-kanak.
Susah dan senang bersilih ganti
// Alif Laam Miim,[1]. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, ayat 1 & 2
Bila-bila boleh naik dan turun
// Kita tidak tau apa nasib kita maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Apokalips x 4
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka
————————————————————————————
Untuk Renungan Bersama (tambahan pengajaran) : -
Terjemahan Surah al-Muddatstsir (Ayat 32 – 47)

&#1603;&#1614;&#1604;&#1575;&#1614;&#1617; &#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1618;&#1602;&#1614;&#1605;&#1614;&#1585;&#1616;
32. Sekali-kali tidak[3], demi bulan,
&#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1604;&#1614;&#1617;&#1610;&#1618;&#1604;&#1616; &#1573;&#1616;&#1584;&#1618; &#1571;&#1614;&#1583;&#1618;&#1576;&#1614;&#1585;&#1614;

33. dan malam ketika telah berlalu,
&#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1589;&#1615;&#1617;&#1576;&#1618;&#1581;&#1616; &#1573;&#1616;&#1584;&#1614;&#1575; &#1571;&#1614;&#1587;&#1618;&#1601;&#1614;&#1585;&#1614;

34. dan subuh apabila mulai terang.

&#1573;&#1616;&#1606;&#1614;&#1617;&#1607;&#1614;&#1575; &#1604;&#1614;&#1573;&#1616;&#1581;&#1618;&#1583;&#1614;&#1609; &#1575;&#1604;&#1618;&#1603;&#1615;&#1576;&#1614;&#1585;&#1616;

35. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar,
&#1606;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610;&#1585;&#1611;&#1575; &#1604;&#1616;&#1617;&#1604;&#1618;&#1576;&#1614;&#1588;&#1614;&#1585;&#1616;

36. sebagai ancaman bagi manusia.

&#1604;&#1616;&#1605;&#1614;&#1606; &#1588;&#1614;&#1570;&#1569;&#1614; &#1605;&#1616;&#1606;&#1603;&#1615;&#1605;&#1618; &#1571;&#1614;&#1606; &#1610;&#1614;&#1578;&#1614;&#1602;&#1614;&#1583;&#1614;&#1617;&#1605;&#1614; &#1571;&#1614;&#1608;&#1618; &#1610;&#1614;&#1578;&#1614;&#1571;&#1614;&#1582;&#1614;&#1617;&#1585;&#1614;

37. (yaitu) bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur[4].

&#1603;&#1615;&#1604;&#1615;&#1617; &#1606;&#1614;&#1601;&#1618;&#1587;&#1613; &#1576;&#1616;&#1605;&#1614;&#1575; &#1603;&#1614;&#1587;&#1614;&#1576;&#1614;&#1578;&#1618; &#1585;&#1614;&#1607;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;&#1577;&#1612;
38. Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,

&#1573;&#1616;&#1604;&#1575;&#1614;&#1617; &#1571;&#1614;&#1589;&#1618;&#1581;&#1614;&#1575;&#1576;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1610;&#1614;&#1605;&#1616;&#1610;&#1606;&#1616;
39. kecuali golongan kanan,

&#1601;&#1616;&#1610; &#1580;&#1614;&#1606;&#1614;&#1617;&#1575;&#1578;&#1613; &#1610;&#1614;&#1578;&#1614;&#1587;&#1614;&#1570;&#1569;&#1614;&#1604;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614;
40. berada di dalam surga, mereka tanya menanya,

&#1593;&#1614;&#1606;&#1616; &#1575;&#1604;&#1618;&#1605;&#1615;&#1580;&#1618;&#1585;&#1616;&#1605;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;
41. tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa,

&#1605;&#1614;&#1575; &#1587;&#1614;&#1604;&#1614;&#1603;&#1614;&#1603;&#1615;&#1605;&#1618; &#1601;&#1616;&#1610; &#1587;&#1614;&#1602;&#1614;&#1585;&#1614;
42. “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?”

&#1602;&#1614;&#1575;&#1604;&#1615;&#1608;&#1575; &#1604;&#1614;&#1605;&#1618; &#1606;&#1614;&#1603;&#1615; &#1605;&#1616;&#1606;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1605;&#1615;&#1589;&#1614;&#1604;&#1616;&#1617;&#1610;&#1606;&#1614;
43. Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,

&#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1605;&#1618; &#1606;&#1614;&#1603;&#1615; &#1606;&#1615;&#1591;&#1618;&#1593;&#1616;&#1605;&#1615; &#1575;&#1604;&#1618;&#1605;&#1616;&#1587;&#1618;&#1603;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;
44. dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,

&#1608;&#1614;&#1603;&#1615;&#1606;&#1614;&#1617;&#1575; &#1606;&#1614;&#1582;&#1615;&#1608;&#1590;&#1615; &#1605;&#1614;&#1593;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1582;&#1614;&#1575;&#1574;&#1616;&#1590;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;
45. dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,

&#1608;&#1614;&#1603;&#1615;&#1606;&#1614;&#1617;&#1575; &#1606;&#1615;&#1603;&#1614;&#1584;&#1616;&#1617;&#1576;&#1615; &#1576;&#1616;&#1610;&#1614;&#1608;&#1618;&#1605;&#1616; &#1575;&#1604;&#1583;&#1616;&#1617;&#1610;&#1606;&#1616;
46. dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,

&#1581;&#1614;&#1578;&#1614;&#1617;&#1609; &#1571;&#1614;&#1578;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614;&#1575; &#1575;&#1604;&#1618;&#1610;&#1614;&#1602;&#1616;&#1610;&#1606;&#1615;
47. hingga datang kepada kami kematian”.

Sumber Terjemahan Surah al-Muddatstsir :
abihumaid.wodpress.com
————————————————————————————
Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :
Artikel asal oleh : Fairuz Hafeez – www.fairuzhafeez.net(Perkongsian dialu-alukan, Sila sertakan kredit ini jika ingin dikongsi diblog/laman web/e-mel)

Last edited by Fairuz_Hafeez on 15-11-2013 02:00 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2008 05:39 PM | Show all posts
reserved kupasan "Titian Perjalanan"
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:40 PM | Show all posts
reserved kupasan "Umpama Mimpi dalam Mimpi""
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2008 05:40 PM | Show all posts
Elyana - Cahaya Gelita

Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun
// Telah lama x berbalas surat, dia menangis dan akhirnya kasih pun tidak seperti dulu.

Sendiri di ambang kasih
// Cinta bertepuk sebelah tangan (dulu 2 belah)
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah
// Semakin kuat menangis ni

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan
// Payahnya dan sukarnya penderitaan sukar nak diberitahu

(Korus 1)
Cinta umpama bayang datang dan menghilang
// Cinta yang bersandarkan "mata" biasa begitu
Menurut keadaan dan musim
// Tengah kaya suka, tengah dia tension perlu perhatian.
Orang yg mencintainya hanya dijadikan penawar dukanya sahaja.
Selalu saja berpihak pada yang dipuja
// Yelah ... selalu dapat hadiah.
Tak menguntungkan mereka yang setia
// Kopak la duit asyik belanja makan.

Sehelai daun sehelai
Lembaran haru ku gugur
Di mamah gerhana yang singgah
// Sedih kerana peristiwa yang mendukacitakan itu

Terpaksa pujuk hati
Menahan bisikan dusta
Gelita katakan cahaya
// Hati parah menderita, tapi senyum je,
malas nak bagitau orang masalah kita.

Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 2)
Cinta umpama cahaya sinaran rembulan
Menurut cepat lambatnya malam
// Malam dilambangkan sebagai keadaan memerlukan
// Bila dah nak siang dah ada cahaya matahari so bulan x diperlukan lagi
Selalu sahaja berpihak pada yang dipuja
Tak pernah menguntungkan mereka setia

(Ulang korus 1 & 2)

Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah
// Rasanya cam tak tepat aku kupas ni ... Aku just cuba yg termampu je ...

Terkupas oleh www.FairuzHafeez.com
Republish boleh, tp klu berbahasa letaklah kredit ye ..

[ Last edited by  Fairuz_Hafeez at 10-1-2009 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 06:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 07:09 PM | Show all posts
kupaskan lagu kupu2malam-peterpan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:27 AM | Show all posts
Ada pulak boleh reserve2 ye....    
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 05:55 AM | Show all posts
jom kupas lirik lagu adam - hai

Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja
Berjalan seharian 8 jam sampai 10 malam
Haha inilah cerita orang muda
Dengarkanlah

Seminit lamanya mataku tak terkelip
Sekilas terpandang sejelita di sana
Sambil menjeling mata dia begitu juga
Lalu ku bersedia untuk berjumpanya
Setapak ku kedepan serta keyakinan
Akan ku berani kenalkan diri
Walau tak dikenali

c/o
Sungguh menawan hati tertawan
Lalu mengejar lantas ku ke depan ku kata
Hai siapa nama boleh kenal
Atau pun tidak duduk kat mana
Dengan siapa ada handphone
Apa nombornya bolehkah kita bersama

Yeah yeah
Cikeboom cikeboom hoh..2x

Seminggu termenung asyik terbayang-bayang
Wajahnya yang manis buat fikiran melayang
Setelah perkenalan biar pun dah berkenan
Biar kukenalkan dia yang rupawan
Budak melayu juga mat salleh siapa namanya
Jadi pujaan setiap lelaki
Bila bertemu dengannya

Yeah yeah!

Ini pula ikutilah kisah sambungan cerita
Anak muda lagi sesak memang gempak ku tersentak
Secara tiba-tiba kami terserempak
Mata bertentang mata tanda tanya di minda
Siapakah yang di sana
Degupannya semakin laju bilaku bertemu kamu
Pasti kita sudah ditakdirkan kita berkenalan

Siapa nama
Bolehkah tidak
Tunggu kat mana
Dengan siapa
Hai..hai&#8230;

kupas jgn xkupas
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 22-7-2008 05:55 AM
jom kupas lirik lagu adam - hai

Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja
Berjalan seharian 8 jam sampai  ...

senang je,..lagu ni kisah dia jumpa juliana evans ,pelakon kami tuh pastu couple..skrg dah break
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #13 kupu2siang's post

senangnya kupasan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by kupu2siang at 23-7-2008 02:05 PM

senang je,..lagu ni kisah dia jumpa juliana evans ,pelakon kami tuh pastu couple..skrg dah break


ha ha ! lagu ni susah nak cari yg tersirat ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 22-7-2008 05:55 AM
Yeah yeah
Cikeboom cikeboom hoh..2x



sila kupas baris ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 22-7-2008 05:55 AM
jom kupas lirik lagu adam - hai


Baik..

jom kupas lirik lagu adam - hai

Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja
Berjalan seharian 8 jam sampai 10 malam
Haha inilah cerita orang muda
Dengarkanlah
\\ Hari minggu semua nak lepas sebab dah tension kerja selama 6 hari. Nak jumpa awek / balak. Nak tgk filem terbaru dan macam-macam la. Ada yang naik turun tangga maknanya mungkin ada yg nak skodeng. Jadi jaga2 siapa pakai skirt pendek ! \\ Wa ha ha ! Jika berjalan selama 8 jam, dan balik pukul 10 malam maknanya ... Ishhh soalan math ni .. susahnya ... 22.00 hours minus 8.00 hours = 14.00 hours ... aaaaa... dapat pun .. maknnya remaja ni keluar selepas sembahyang Zohor iaitu pukul 2 pm.
\\ Rangkap ini juga menceritakan KLCC tu mmg famous dah off course sewa kedai dia mahal.

Seminit lamanya mataku tak terkelip
\\ Bahaya ni kalau seminit tak berkelip. Lama tu. Kena jumpa doktor ni.
Sekilas terpandang si jelita di sana
Sambil menjeling mata dia begitu juga
Lalu ku bersedia untuk berjumpanya
Setapak ku kedepan serta keyakinan
Akan ku berani kenalkan diri
Walau tak dikenali
\\ Jejaka ni langkah setapak je ke depan maknanya jauh dia dari awek tu hanyalah 3 meter +-
Jejaka ni juga x konfiden tackle awek sebab dia tgu awek jeling / bg isyarat baru nak tackle.

c/o
Sungguh menawan hati tertawan
Lalu mengejar lantas ku ke depan ku kata
Hai siapa nama boleh kenal
// Budak ni lupa bagi salam. Patutnya nak kenal org bagus bagi salam.
Atau pun tidak duduk kat mana
Dengan siapa ada handphone
Apa nombornya bolehkah kita bersama
// Minta nombor hp tu cara lama, patutnya minta e-mail, ms @ fs address ataupun CARI ID !

Yeah yeah
// Jejaka tu tiru amuk tp versi lembut tu ...
Cikeboom cikeboom hoh..2x
// Awek tu terkejut lantas tak dapat mengawal otot2. Akhirnya awek tu terkentut...


Seminggu termenung asyik terbayang-bayang
Wajahnya yang manis buat fikiran melayang
Setelah perkenalan biar pun dah berkenan
Biar kukenalkan dia yang rupawan
Budak melayu juga mat salleh siapa namanya
Jadi pujaan setiap lelaki
Bila bertemu dengannya
// Budak laki ni mungkin nak tunjuk dia kenal ngan awek lawa. Nak berbangga la ni.

Yeah yeah!

Ini pula ikutilah kisah sambungan cerita
Anak muda lagi sesak memang gempak ku tersentak
Secara tiba-tiba kami terserempak
Mata bertentang mata tanda tanya di minda
Siapakah yang di sana
Degupannya semakin laju bilaku bertemu kamu
Pasti kita sudah ditakdirkan kita berkenalan
//  Mmg KLCC ni port rasmi budak ni rupanya.

Siapa nama
Bolehkah tidak
Tunggu kat mana
Dengan siapa
Hai..hai…
// Bukan ke dah tanya hari tu ? Musykil pulak ni .. hu hu ...
// Di cadangkan jejeka yg nak ngorat awek lawa2 print bisnes kad, baru pro sikit. Tak pun u dah print surat cinta, buat lawa2. Buat banyak2 then bila jumpa awek lawa terus bagi jer ... Errr.. mungkin nama tu tinggalkan kosong, dah tau nama baru isi.

kupas jgn xkupas
// Mungkin budak ni dah jumpa mak awek tu then mak awek tu surh dia kupas bawang nak buat nasi minyak !

He he he he ........ (pelik pula ayat terakhir ni)






ps : Tau ! Saje je ..... Okey Beta !?

[ Last edited by  Fairuz_Hafeez at 23-7-2008 03:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by Fairuz_Hafeez at 23-7-2008 03:43 PM


Ada satu hujung minggu penuh sesak
Ramai yang di KLCC ulang-alik
Naik turun tangga cuci mata
Ikut suka hati remaja
Berjalan seharian 8 jam sampai 10 malam
Haha inilah cerita orang muda
Dengarkanlah
\\ Hari minggu semua nak lepas sebab dah tension kerja selama 6 hari. Nak jumpa awek / balak. Nak tgk filem terbaru dan macam-macam la. Ada yang naik turun tangga maknanya mungkin ada yg nak skodeng. Jadi jaga2 siapa pakai skirt pendek ! \\ Wa ha ha ! Jika berjalan selama 8 jam, dan balik pukul 10 malam maknanya ... Ishhh soalan math ni .. susahnya ... 22.00 hours minus 8.00 hours = 14.00 hours ... aaaaa... dapat pun .. maknnya remaja ni keluar selepas sembahyang Zohor iaitu pukul 2 pm.
\\ Rangkap ini juga menceritakan KLCC tu mmg famous dah off course sewa kedai dia mahal.



juga bermaksud diorg xsemayang asar dan maghrib berjemaah kat umah...mgkn diorg semayang berjemaah kat surau klcc
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 23-7-2008 03:46 PM



juga bermaksud diorg xsemayang asar dan maghrib berjemaah kat umah...mgkn diorg semayang berjemaah kat surau klcc


Beta ..  bagi la lagu mencabar sikit ..
Jangan bagi lagu tamil dah le ...

Errr .... yg ari tu aku gurau je ..
Ko fahamkan ... ?

Aku tgk siggy ko tu nampaknya ko ni jenis yg dapat hdiayah. Tu yang aku buat cam tu.

Maafkan aku ye ! :handshake:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list