CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 2-6-2009 10:09 AM | Show all posts
tq....
rase mcm nak n3 g la...
xcukup n xpuas r......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2009 05:24 PM | Show all posts

Balas #71 qimi08\ catat

nak ..nak..nak

muchas gracias...jasa mu takkan ku lupa   

my emel : a_zafirah@hotmail.com
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:37 PM | Show all posts
besnya.. tapi abg ajin ni x patut betullah. suka-suki je nak marah(teremosilah pla:@)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 11:28 AM | Show all posts
Selang beberapa hari kemudian dua orang pemuda dari England, Danny dan Shaun tiba. Mereka cuti " backpacking" , bermula dari Thailand kemudian singgah di Malaysia untuk 3 malam sebelum ke Bali. Memandangkan keduanya boleh tahan kacak, Nadia terus ceria. Katanya seorang muka macam Zac Ephron dan seorang lagi macam Robert Pattison. Memang sah lah budak ni dah lama tak tengok dunia luar.  Sepanjang hari terserlah kegedikannya. Menyampah aku tengok. Kalau adik aku memang dah kena sebijik , getus Hani.

" Kak Hani, Nadia dengan Abang Ajin nak bawa Danny dengan Shaun pergi Putrajaya. Kak Hani nak ikut?" pelawa Nadia

" Tak payahlah. Kak Hani banyak kerja" jawab nya pendek sambil menonyoh kerak nasi lemak yang terlekat di periuk.  Dengar nama Nazrin saja dah gerun.

" Rugi...." Nadia tersengih. " Ok, Nadia nak pergi bersiap. Abang Ajin kata nak bertolak pukul 9 Er... Kak Hani rasa kalau Nadia pakai shorts okay tak?"

Hani memandang tepat pada Nadia. " Apa kelass pakai shorts , dek oi. Apa kata Nadia pakai baju kurung? Mesti Danny dan Shaun terpikat dengan keayuan gadis Melayu. Lemah lembut, pakaian sopan. Mana nak dapat kat UK?"

" Er... tapi panaslah kak. Nampak macam orang kampung kalau pakai baju kurung" Muka Nadia mula herot.

" Eh....  . Apa salahnya? Homestay ni pun konsep hidup cara kampung. Kak Hani rasa Danny dan Shaun mesti suka. Its something different. Guys matsalih ni dah muak tengok girls yg pakai baju tak cukup kain macam dalam E! channel, MTV tu semua. Tapi terpulanglah pada Nadia nak ikut cakap akak ke tidak. " Hani berkata menjongket bahu. Kena psiko sikit budak ni.

" Betul juga cakap Kak Hani" Nadia tersengih. " Okay, Nadia pergi tukar baju"

Selesai membilas pinggan mangkuk, Hani turun ke bilik basuhan di bawah yang dulunya bilik mandi rumah asal.  Isi mesin basuh di keluarkan. Dia mengangkat baldi yang penuh dengan  basuhan ke ampaian di belakang rumah. Sinaran mentari pagi mula bercambah. Sambil menyidai sarung kusyen dan alas meja, dia menyanyi kecil di iringi kicauan burung. Macam penyanyi latar aku, he he!

Adakah perasaan benci ini
Sebenarnya cinta
Yang masih
Bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
Kau juga
Merindui aku

Nazrin tertawa senyap mendengar Hani " menyumbangkan" lagu Yuna

" Sedapnya suara"

Malu nya!Bila pula Mat Cengil ni menyelinap ke sini. Sejak kejadian hari itu, dia dan Nazrin tak pernah bertembung. Kata Nadia, abangnya  ke KL untuk temuduga kerja. Kepala angin macam tu , ada kah majikan nak ambil dia bekerja, desis Hani dalam hati.

" Dah breakfast?" tanya Nazrin. Tak ada jawapan.  "Eh... jadi bisu pula. Tadi bukan main lagi melalak. Petang ni mesti hujan lebat"

Hani membatu. Lebih selamat. Silap haribulan aku kena tengking lagi. Pakcik ni punya mood swing mengalahkan perempuan. Setelah tidak mendapat respons dari Hani, Nazrin terus berjalan menuju keretanya. Lega rasa Hani bila teringat yang Nazrin akan  membawa Danny dan Shaun bersiar siar ke Putrajaya. Tak payah tengok muka mamat tu seharian.

" Hani, jom kita pergi. Mr Frank dan bini dia dah tunggu dalam kereta" kata Pak Samad yang menjenguk dari tingkap dapur.

Ya Allah, macam mana aku boleh lupa? Aku dah janji dengan Frank dan Sarah untuk temankan mereka shopping sebelum mereka pulang ke US hari ini.  Hani menyimpan baldi kosong dan  berlari anak ke biliknya. Dengan gopoh baju T dan cargo pants di sarung ke tubuh. Beg sandangnya di capai sebelum bergegas  menaiki Naza Kia yang di pandu Pak Samad.  

Destinasi pertama ialah Pasar Seni untuk membeli cenderahati. Kemudian Frank dan Sarah ke Petaling Street untuk membeli jam dan  VCD ciplak . Tak sangka pula matsalih yang mampu bercuti ke merata pelusuk dunia nak beli barang tiruan. Kata Sarah dia suka  tawar menawar dalam suasana riuh rendah. Ha! Ha! Nasib baik tak ada serbuan  polis atau DBKL ketika mereka di situ. Akhir sekali mereka ke KLCC untuk makan tengahari dan shopping lagi. Banyak juga pakaian yang di beli, terutamanya kemeja dan pareo batik. Lebih se jam mereka tawaf KLCC sebelum ke KLIA.

" Hani, thank you so much for taking care of us. We will miss you. Please keep in touch, dear" Kata  Sarah sambil memeluk Hani. Mereka bertukar alamat email.  

" This is for you. To remember us. Please  look us up if you come to the States" pinta Frank. Sebuah kotak empat persegi kecil yang di balut kemas di serahkan padanya.

Terbesit rasa sedih di hati Hani. Walaupun cuma beberapa hari mengenali mereka, tapi kemesraan yang terjalin tak mudah di lupakan. Bila lah aku nak pergi US?  Ulu Selangor mungkinlah ada peluang. Hani tersenyum hambar. Dia terus melambai hingga Frank dan Sarah turun ke aras bawah yang menempatkan pegawai imigresen. Jiwanya yang dahagakan kasih sayang ibu dan bapa mula terasa kosong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 11:31 AM | Show all posts
Sebaik sampai ke Rumah Tok Ali, Hani terus ke bilik. Tubuhnya di lempar ke katil. Tangan dan kaki di regangkan sambil menguap.  Alahai letihnya.... dari pagi lagi dia menapak keliling kota. Kalau di ikutkan hati ingin saja dia melelapkan mata tapi di gagahkan dirinya ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Usai solat Asar, dia teringat hadiah yang di berikan Frank dan Sarah tadi. Di selongkar beg sandang nya. Haa... tak sabarnya aku! Kertas pembalut di carik. Kotak berwarna biru lembut berlogo Tiffany & Co menyapa matanya. Mak oiii... ini mesti mahal! Loket berbentuk hati di padankan dengan rantai dari emas putih di beleknya dengan girang. Cute sangat .... Pakcik dan makcik ni pandai mengagak taste aku.

" Eh.. Hani dah balik? Acik tak perasan pun. Dah hantar Frank dengan Sarah ke airport?" tanya Acik Mah sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.

" Dah. Tengok ni Acik. Dia orang bagi hadiah loket kat Hani. Cantik kan?" Sungguh teruja Hani.
" A'ah... cantik. Barang Tiffany ni walaupun emas putih tapi mahal bukan main. Sayang betul Frank dengan Sarah kat hang. Kalau dia orang ada anak lelaki bujang mesti dia dah pinang Hani jadi menantu. " Acik Mah ketawa panjang melihat muka Hani.

" Alaa.. Acik Mah ni teruklah. Ada pula cakap macam tu. " gumam Hani. Dia membelek kembali cenderahati yang diterima. Jarang sekali dia mendapat hadiah berharga. Arwah ibunya pun tak suka  barang kemas, apatah lagi nak hadiahkan pada Hani. Membazir katanya. Kalau harijadi , ibu lebih suka memberi hadiah novel, terutamanya novel klasik.

" Sayangnya nak pakai"

" Pakailah. Takkan nak simpan saja. Meh, Acik pakaikan. Angkat sikit rambut tu"

Hani berlari anak ke cermin panjang di meja solek. Terpana dia melihat loket yang klasik tapi trendy di lehernya yang jinjang. Sweet! Sangat ngam dengan aku. Mesti Aina pun jealous kalau tengok. He he... perasannya aku!

" Lupa pula Acik. Hani tolong hantarkan tuala bersih ke chalet Ajin. Acik terlupa." kata Acik Mah sambil menuju bilik air.

Haaa? Tak ada kerja lagi senang ke nak suruh aku? Bersihkan kolam ikan ker? Cangkul tanah buat batas untuk tanam sayur kah? Hilang terus mood ceria.

" Er.. seganlah Acik. Hani perempuan. Tak elok pergi chalet lelaki. Suruhlah Pak Samad "

" Isshhh... budak ni! Yang semalam Hani hantar makanan kat Danny dengan Shaun, okay pula? Bukannya Hani kena masuk dalam pun. Tinggal saja tuala bersih atas meja kat beranda tu."

Oh- oh macam mana ni? Hani menarik muka seposen. Kalau boleh aku tak nak pergi lebih dekat dari jarak 50 meter dari Nazrin. Tiba tiba dia teringat. Ala.. apa nak takut? Nazrin dengan Nadia pergi  Putrajaya. Bodohnya aku.

"Cepatlah. Hari dah redup macam nak hujan aje" Kelibat Acik Mah terus hilang di balik pintu bilik air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 11:36 AM | Show all posts
Nazrin menanggalkan pakaiannya dan menyarungkan T shirt dan seluar pendek. Panas nya hari ini! Dari pagi sampai pukul 3 petang dia menjadi pemandu pelancong tak bertauliah. Nasib baiklah Nadia  pernah ke Putrajaya. Kalau tidak, besar kemungkinan dia dengan matsalih dua orang tu sesat sampai ke Seremban.

Dia menolak pintu bilik air. Mana tuala bersih? Tak mungkin Auntie Rosmah terlupa. Mesti ada pekerja yang mengelat. Entah entah si Hani yang lupa. Hmm... ada peluang aku nak " basuh" dia. Setiap kali memandang wajah gadis berlesung pipit itu, perasaan nya libang libur. Sudah setahun dia putus dengan Fifi dan hatinya yang hancur disangkanya sudah pulih. Tapi kenapa dia jadi tak keruan bila melihat Hani? Pertama kali mata mereka bertentangan ketika Hani sedang menyapu, macam ada sesuatu yang menusuk terus ke jiwa lelakinya. Dia lemah seketika. TIDAK!! Aku tak akan biarkan  seorang perempuan menguasai diri aku lagi. Cukuplah sekali aku tersungkur. Kalau aku nak kahwin, biar Mama yang cari calonnya. Akan aku terima seadanya... no questions asked.

Nazrin merebahkan badannya di katil. Matanya merenung kipas siling yang berputar ligat. Matanya semakin berat. Panas yang berbahang tadi hilang di ganti udara nyaman. Langsir tingkap menari nari di tiup bayu yang berpuput. Hari makin redup. Titis titis hujan menyusul. Nazrin bangun untuk menutup tingkap. Ahh...ada sesuatu mencuri tumpuannya.
......................................................................................


Hani ke bilik stor yang menyimpan semua keperluan tetamu dari sabun mandi hingga ke bantal dan selimut. Dia mencapai dua helai tuala berwarna putih, satu tuala mandi dan satu tuala kecil untuk muka. Langkahnya di percepatkan. Langit petang di kelabui awan gelap yang sarat dengan titisan hujan. Sampai saja di chalet Nazrin, hujan mencurah turun. Hani meletak tuala di meja kayu kecil. Macam mana aku nak balik?

Deruan angin menempiaskan hujan ke ruang beranda. Hani memeluk tubuh menahan sejuk. Kerusi dan meja di tolak ke belakang. Takut tuala yang baru di bawa jadi basah. Sedang dia membongkok, pintu chalet tiba tiba terbuka.

" Apa kau buat di sini?"

Melompat Hani bila mendengar suara Nazrin. Hampir gugur jantung di buatnya. Mati mati aku ingat dia masih di Putrajaya. Bila masa mamat ni pulang? Terkebil kebil Hani melihat Nazrin yang ber T shirt dan berseluar pendek. Muka macam baru bangun tidur.

" Acik... auntie Rosmah suruh hantar tuala. Nah"

Nazrin menyambut tuala dari tangan yang menggeletar. Dia tersenyum sinis. Matanya tertancap pada wajah mulus yang kebingungan. Otak Hani berserabut memikirkan cara untuk pulang. Hujan makin lebat.

" Awak ada payung?" dia bertanya. Nazrin menggeleng.

" Hujan lebat macam ni pakai payung pun tak guna. Mesti basah kuyup. Itulah... siapa suruh awak melalak macam katak panggil hujan pagi tadi. Kan dah hujan. Sekarang siapa yang susah?"

Mulut Hani muncung sedepa. Otaknya ligat memikir jawapan untuk " smash" Mat Cengil bin Kurang Asam. Tapi dia blur. Angin dingin menyusup ke tulang sumsum.

"Baik awak masuk dulu" pelawa Nazrin. Kesian pula melihat gadis itu menahan kesejukan sambil cuba mengelak tempias.

Biar betul pakcik ni? Nak suruh aku duduk berdua dengan dia? Chalet ni ada satu bilik tidur dan bilik air saja. Cisss.... mazhab mana lah dia ni?

" Woi... aku tak buat apa apa lah dengan kau. Jangan nak perasan. Nak masuk ke tidak?" tanya Nazrin sambil melebarkan daun pintu .

Sakitnya hati! Mata Hani mencerlung memandang muka Nazrin. Muka yang dulunya iras Farid Kamil tiada lagi seri di matanya . A Galak pun lagi hensem.

" Tak payahlah" Hani menggeleng. Terus memalingkan muka " Aku pun tak selera nak masuk. Mesti bilik dia bau busuk macam tuan dia" gumamnya perlahan.

" Hey! Kau ingat aku pekak ke? Kau kata aku busuk? Meh sini, aku bagi kau cium. Busuk ke tidak?" Nazrin menerpa ke arah nya dengan tangan terdepang. Saja acah. Tengok apa reaksi minah mulut celupar ni.

" TAK NAK!!" Hani  melompat turun ketiga tiga anak tangga sekaligus. Tidak di pedulikan hujan lebat dan tanah yang lecak. Dia terus membuka langkah seribu.

[ Last edited by  sang_arjuna at 4-6-2009 11:38 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2009 12:42 PM | Show all posts
  " TAK NAK!!" Hani  melompat turun ketiga tiga anak tangga sekaligus. Tidak di pedulikan hujan lebat dan tanah yang lecak. Dia terus membuka langkah seribu.

lepas ni... tentu hani terus demam agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 01:14 PM | Show all posts

Balas #86 sang_arjuna\ catat

  naik lunguh mulut den ketawo dgn hanni melompat .....


psst ...smiley kita dah email  enovel tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2009 03:25 PM | Show all posts

Reply #88 qimi08's post

awak, mummy pun nak e novel tu....hantar ler kat mummy sama....mummyfateeha@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 04:17 PM | Show all posts

Balas #88 qimi08\ catat

wei akak..enovel apa tu..jgn lupa daku...

adoi..haniii..awat lompat gitu sekali...nasibbaik ler tak terpelot kaki..kalo tak..mamat busuk dokong free jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 09:48 PM | Show all posts
adoi..lawak2
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 10:16 PM | Show all posts

Reply #86 sang_arjuna's post

TKKK Sang Arjuna...Mcm selalulah...nko punya cite mmg x menghampakan... Terhibur... dan penuh lawak selamba..  Hani...oohhh...Hani...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 09:26 AM | Show all posts
padan la dgn tajuknye 'hani ohh hani'............
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 12:51 PM | Show all posts
hihihihihiihihih
lawakkkkkkkkkk gilerrrrrrrrrrrr sehhhhhhhh.....
hahahahhahaha

anyway nak n3 g....
syokkkkkkk la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2009 03:10 PM | Show all posts
Puan Nuraishah  menghirup perlahan kopi O  yang masih berasap tipis. Malam sejuk begini memang sedap  pekena kopi kampung. Sampai saja  di LCCT dari Langkawi, dia terus bergegas ke Ulu Langat untuk menemui anak anaknya. Rindu  ibu pada anak susah di bendung, walaupun yang seorang tu dah layak bergelar bapa orang. Tentang chalet dia tak risau,  Acik Mah boleh di harap.

Mereka berdua  berbual panjang di dapur. Puan Nuraishah bercerita tentang strategi untuk memantapkan perniagaan nya. Selain homestay ini, dia dan suaminya juga  mempunyai syarikat courier yang beroperasi di Lembah Klang. Acik Mah pula rancak bercerita tentang tempahan yang di perolehi sejak seminggu lalu. Idea Nazrin untuk membuat laman web Rumah Tok Ali sudah membuahkan hasil. Ada tempahan yang terpaksa di tolak sebab semua bilik penuh pada bulan December nanti.

"Kalau ada modal, aku ingat nak tambahkan satu dua lagi chalet. Masa kursus aku ada jumpa beberapa orang pegawai bank.  Dia orang kata boleh minta pinjaman dari Bank SME. Tapi yang lecehnya kita kena buat proposal" Muka Puan Nuraishah berkerut. Setakat ini dia tidak pernah berhutang dengan mana mana pihak. Semua perbelanjaan untuk membangunkan resort ini dari wang kepunyaan dia dan suami.

" Apa susahnya? Ajin boleh tolong. Dia kan pakar dalam hal kewangan ni." tukas Acik Mah.

" A'ah... tak terfikir pula. Dari dia duduk melangut tak kerja, buang masa. Nanti aku diskus dengan dia"

Di ruang tamu Nadia, Nazrin serta dua tetamu dari UK sedang menonton perlawanan bolasepak liga Inggeris di TV. Sekali sekala terdengar sorakkan dan jeritan yang bingit di susuli " 4 letter word"  yang kena  TETT kalau di TV.  Astaghfirullah. Rumah tak masuk malaikat lah macam ni. Puan Nuraishah dan Acik Mah menggeleng kepala.

Puan Nuraishah memperlahankan suara , walaupun hakikatnya tiada siapa yang mencuri dengar perbualan nya dengan Acik Mah. Mereka berempat di luar makin rancak bertempik.

" Apa cerita anak teruna aku tu? Hari tu Nadia mengadu dekat aku. "

" Entahlah Kak Cah. Aku tengok dia tu suka buat hal sendiri. Kadang kadang rajin juga dia menolong. Tapi bila time angin dia mai... hmmmm. Hang tanya lah kat Nadia" Serba salah nak kritik anak kesayangan sahabatnya. Padahal dah lali telinganya mendengar komplen dari Nadia. Si Hani pun dah pernah kena tengking dengan Nazrin , cuma Hani tak pernah bercerita. Nadia yang jadi penyampai kalau abangnya buat hal.

" Aku kesian kat dia. Tapi kadang kadang naik meluat pun ada. Orang lain pun putus cinta, putus tunang, cerai berai. Tapi taklah sampai tak mau kerja, tak mau campur orang. Apalah nak jadi..." keluh Puan Nuraishah.

" Susah kot dia nak lupa. Fifi tu girlfriend Ajin sejak sekolah Menengah. Dah elok bertunang ,  tengok tengok Fifi jumpa orang lain." sambung Acik Mah. Walaupun tak mengenali Fifi secara dekat tapi dia pernah berjumpa gadis pujaan Nazrin  di rumah Puan Nuraishah. Nampak tertib dan baik, walaupun berpakaian seksi. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana.

" Eh, mana Hani? Dia dah makan? Aku tak nampak dia pun sejak aku sampai. "  soal Puan Nuraishah, hairan. Tak sedar pula yang Hani tak ada waktu makan tadi. Masa Nadia menelefon dia bercerita yang rupa Hani mirip Fifi. Itu lah agaknya yang membuat angin pus pus Nazrin kembali melanda.

" Dia selsema. Kena hujan tadi. Lepas makan ubat dia terus tidur" Acik Mah hairan macam mana Hani boleh basah lencun. Main hujan ke budak ni? Takkan tak reti pakai payung? Panjang leteran nya pada Hani.

" Ya kah? Kesiannya. Dia dah makan ubat? Aku nak pi jengok dia " Puan Nuraishah terus bangun menuju ke bilik tidur yang di kongsi Acik Mah dan Hani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2009 03:20 PM | Show all posts
Pintu bilik di ketuk beberapa kali tapi tiada jawapan. Mungkin Hani sudah tidur. Apapun Puan Nuraishah memulas tombol dan menguak sedikit pintu. Kecut perutnya bila terpandang tubuh Hani terjelopok di lantai tepi katil.

" Ya Allah! Mah! Hani .... Hani....!" jerit Puan Nuraishah. Nafasnya sesak. Silap haribulan aku yang kong dulu! Kepala Hani di pangkunya. Gadis itu masih bernafas tapi badan nya panas berbahang.

Acik Mah meluru masuk sebaik terdengar jeritan Puan Nuraishah.
" Apa jadi?" Dia tergamam melihat Hani. " Astaghfirullah.."

Hani cuba membuka matanya. Kepala nya terasa bagai di hentam dengan tukul. Hidungnya tersumbat. Sendinya rasa macam nak patah.
" Acik... " suaranya tak bermaya. Matanya kembali tertutup.

" Pi panggil Pak Samad. Kita bawa Hani ke hospital" perintah Puan Nuraishah. Belas hatinya melihat Hani mengerekotkan badan sambil menggigil. Dadanya berombak. Penyakit apa pula yang serang budak ni?

Acik Mah berlari anak ke depan rumah . Selpar di tepi pintu di sarung ke kaki. Rumah Pak Samad cuma di seberang jalan. Budak berempat yang menonton TV tadi sudah tiada. Mungkin balik ke chalet masing masing.  Alahai... kalau tak boleh suruh Nazrin bawa kereta.

" Auntie nak pergi mana malam malam ni?" tiba tiba Nazrin menjelma dari hujung beranda, mengejutkan Acik Mah.

" Kenapa Ajin duduk dalam gelap ni? Terkejut Auntie" Acik Mah mengomel sambil mengurut dada. " Hani sakit kuat. Auntie nak panggil Pak Samad , suruh bawa dia ke hospital"

Nazrin terkedu dengan seribu tanda tanya. Siang tadi nampak sihat saja.  Ini semua silap aku ke?
" Tak payah panggil Pak Samad. Biar Ajin yang drive. " Dia bergegas mengambil  kunci kereta Naza Kia dari laci meja reception.

Tubuh Hani yang longlai di papah  masuk ke dalam kereta oleh Acik Mah dan Puan Nuraishah. Sweater biru gelap di sarungkan atas baju tidurnya.  Nazrin sudah memanaskan enjin kereta. Kereta di pecut menghala ke Hospital Ulu Langat yang terletak 5 kilometer dari Rumah Tok Ali. Sekali sekala terdengar suara Hani mengerang.

" Maaakkk. Hani nak mak" Lemah dan menyayat hati. Nazrin makin tak keruan. Rasa bersalah menghuni setiap penjuru hati. Kenapalah aku usik dia. Tak sangka pula yang dia sanggup lari dalam hujan. Kalau  apa apa jadi kat Hani.... aarghhh!
...............................................................................................................................

Wajah Hani di tenungnya. Comel sungguh Hani dengan pyjama warna pink dengan polka dot putih. Walaupun masih pucat tapi tidurnya tenang setelah di beri suntikan. Kata Dr Murugiah, Hani  cuma demam panas tapi perlu di tahan sehari dua di hospital. Takut kalau ada penyakit yang lebih merbahaya seperti denggi  atau Chikungya.

Bila di teliti, muka Hani dengan Fifi ada perbezaan. Fifi berkulit putih kemerahan, Hani kuning langsat. Dagu Hani lebih runcing, hidung Hani tak semancung hidung Fifi. Lesung pipit Hani lebih dalam. Fifi lebih jelita  tapi Hani manis dan ayu. Mata Nazrin terpaku pada rantai dan loket di lehernya. Dia meraup muka. Mana Hani dapat rantai dan loket itu?  Mana mungkin dia lupa loket dan rantai Tiffany yang di beri pada Fifi tiga tahun dulu sempena Valentine's Day. Hampir separuh gajinya  melayang. Akhirnya apa dia dapat? Habuk pun tarak.  Mungkinkah Hani kenal Fifi? Ada pertaliankah antara keduanya? Berbagai soalan bermain di  benak fikirannya.

" Ehemm" Acik Mah yang baru keluar dari bilik air berdehem. Hatinya gusar melihat Nazrin di sisi Hani. Budak ni bukan betul sangat. Buatnya di terkam anak buah aku tu ...  heiii! Aku gulaikan kau , Ajin.

Alamak, kantoi ! Nazrin menoleh dengan senyum sipu.
" Auntie, loket yang Hani pakai tu.....er, mana dia dapat?" Nazrin menggaru dagu nya yang tak gatal.

Mata Acik Mah tertancap pada anak buahnya yang sedang nyenyak di buai mimpi. Dia membetulkan leher baju Hani yang sedikit terlondeh. Tengok loket konon, macam lah aku tak tahu.

" Frank dengan Sarah bagi sebelum mereka pulang ke US. Untuk kenang kenangan." jawab Acik Mah " Kenapa?"

" Er...tak ada apa. Sebab sama dengan loket ....er... Fifi" balas Nazrin perlahan.

Acik Mah rasa bersalah. Tak baik aku fikir yang bukan bukan. Kesian pula si Ajin. Susah betul dia nak lupakan  Fifi.

" Ajin, tolong Auntie. Auntie tertinggal kad pelajar dan IC Hani di tempat pendaftaran. Ajin tolong ambilkan ya" pinta Acik Mah sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Hani. Keletihan melanda. Sudah hampir dua jam dia menemani Hani di hospital. Nanti tak pasal pasal aku pula yang jatuh sakit.

" Okay, no problem" Macam lah aku tak tahu Acik Mah nak suruh aku blah.  Dia ingat aku nak si Hani tu? Tolong sikit... tak selera aku. Ek eleh... tak selera konon, tadi siapa yang gabra bila Hani demam kuat.  

Dia melangkah gontai ke kaunter pendaftaran yang terletak dekat pintu masuk bahagian Kecemasan. Lampu yang tadi terang benderang sudah di malapkan. Jam dinding menunjukkan pukul  11.20. Tiada seorang pun berada di situ kecuali jururawat syif malam yang bertugas . Wanita sebaya ibunya itu menguap dengan mulut terbuka seluas luasnya.  Buruk betul... sampai nampak anak tekak.

" Kak, saya nak ambil IC dan kad pelajar pesakit yang baru masuk tadi" kata Nazrin.  Muka jururawat itu mencuka. Seolah Nazrin menganggu waktu senggangnya.

" Siapa nama pesakit? Ramai pesakit yang masuk hari ni"

" Hani" tutur Nazrin. My honey... macam sesuai saja. Ishh... aku ni mamai kah? Merapu tengah tengah malam.

Jururawat yang memakai tag nama Khatijah itu mengomel perlahan sambil membuka satu persatu laci. Nazrin menopang dagu di kaunter. Suasana sepi . Cuma bunyi gersik kertas kedengaran.

" Ha.. ni dia" Kedua kad itu di letak kaunter

" Terimakasih Kak"

Mykad Hani di beleknya. Hahaha... toya nya muka. Dia memandang kad pelajar Hani.

Masyaallah! Universiti Darul Ridzuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2009 04:03 PM | Show all posts
wah...best....best... tq smiley. nanti2 taruk n3 lagi ye

emm.. universiti darul ridzuan?? ni saspens ni. sure hani ada kene mengena ngan fifi kot. ni yg buat x sabar nk tunggu cite seterusnyer nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 04:14 PM | Show all posts

Balas #97 hh_hs\ catat

mcm suspen lak kann
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 04:34 PM | Show all posts

Reply #98 juliet80's post

tu ler pasalnyer. ni yg aku x sabar nk tunggu cite selanjutnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 10:55 PM | Show all posts
universiti darul ridzuan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066287 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list