CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 30-11-2009 01:27 PM | Show all posts
nazrin ni buat jantung aku gugurla...
seb bek ko jd nk kawin dgn hani...
yabedabedu akulah manusia yg plg gembira
next...
mijot Post at 29-11-2009 22:10


dah gugur cantum balik dah jantung tu dbuatnye kann
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 02:19 PM | Show all posts
hahahahaha...nak lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:25 PM | Show all posts
1108# sang_arjuna

ajin ajin..pandai hang ya...kasi suspend dulu...jgn hani lak buat 180deg change dah ler...
kaypo Post at 30-11-2009 13:05


180 deg ok, leh u-turn lagi, parah la klu 360 deg...keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:42 PM | Show all posts
saja je...nazrin ini nak buat Hani tersedih sekejap..
masa ni lah nak bermanja-manja dengan Hani..

arjuna.. n3 lagi ya...  tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:47 PM | Show all posts
suspen jer nazrin nie...ingatkan tak nak kawin dengan hani....

sambung lagi..plz.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 03:18 PM | Show all posts
suspen jer nazrin nie...ingatkan tak nak kawin dengan hani....

sambung lagi..plz.....
zue_isma Post at 30-11-2009 14:47


MMG SUSPEN... HANTU TUL NAZRIN...
hati aku dah cuak...
ikut hati, biar Hani lari jauh2 biar Nazrin berputih mata....
dah si dara dtg menyerah lagi nak tjuk ego dia....
next... n3 memujuk sikekasih lak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2009 08:47 AM | Show all posts
hahaha... kak jaza... mmg la... emosional betul ye.... jangan marah ye... selamat hari raya aidiladha......
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 10:00 AM | Show all posts
tak sambung lagi ke nie...sambung la plzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 10:08 AM | Show all posts
salam smiley.....juliet jenguk ni nak n3 tau..!!


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:22 PM | Show all posts
salam smiley.....juliet jenguk ni nak n3 tau..!!



juliet80 Post at 1-12-2009 10:08


Mengekor juliet

Salam smiley @ sang arjuna ....kita dtg nak baca new n3
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:30 PM | Show all posts
zue pun sama...masuk sini nak baca n3 baru....bile n3 baru nak ade nie....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:41 PM | Show all posts
:pompom:...
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 01:51 PM | Show all posts
smiley..

nk n3 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:56 PM | Show all posts
lamanya pause....bila nak sambung ni??
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:58 PM | Show all posts
waaaaa.....cepat la hani kawen....wa......smiley....sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 05:16 PM | Show all posts
sweetnya Hani..macam tu le. jangan malu2 ajak si Ajin tu date..hehehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 05:18 PM | Show all posts
Ajin memang sengaja jer buat si Hani tu gelabah..ai like Ajin..

bang arjun..lama lagi ke nak ending..hehehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 07:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 1-12-2009 19:33

wokey.... kita kasi derang kahwin
sbb smiley dah tak larat nak tulis
panjang bebenor citer ni rasanya

.............................................................................................................

Kadi Ulu Langat mengenggam erat tangan Nazrin.
“ Aku terima nikahnya Hani binti Hishamudin dengan maskahwin RM120 tunai.”  Suaranya terang dan jelas.

“ Macam mana? Sah?” Tuan Kadi memandang kedua saksi.

“ Sah” jawab mereka sekaligus mencetus  kelegaan. Suasana tegang kembali reda

Nazrin melepaskan nafas lega.  Dah kali ketiga baru lepas. Susah juga nak lafaz akad rupanya. Walaupun dah prektis berkali kali tapi bila berdepan dengan Tok Kadi dan memikirkan tanggung jawab yang bakal di pikul, berpeluh aku. Nasib baiklah nama Hani short and sweet. Syukur Alhamdulilah. Bahagianya bila semua sudah selesai. Perasaannya tidak dapat di lakari. Gadis idaman kini sah menjadi milik ku.Tulang rusukku yang hilang telah ku jumpai.

Lafaz taklik di baca dan semua bersalaman, termasuklah semua pengunjung Rumah Tok Ali. Along memeluk ahli keluarganya yang baru.

“ Welcome to the family, bro. Take good care of her.” ucapnya dengan sebak. Kini Hani berpindah hakmilik. Adik kesayangannya dah jadi isteri orang. Mak, Abah… Along dah jalankan tanggungjawab Along sebaik mungkin.

Hani duduk bersimpuh di atas ciur warna merah hati tekat benang emas di satu sudut ruang tamu. Berbaju kurung Johor putih dan berkerudung warna sama, wajahnya di tunduk. Jari jemarinya yang berinai di tenung. Maintain ayu ala gadis pingitan zaman dulu kala. Sesuai dengan konsep perkahwinan – Retro kampung. Ini semua idea Puan Nuraishah. Majlis perkahwinan anaknya sekaligus memperkenalkan budaya Melayu pada tetamu homestay.  Seluruh kampung bergotong royong. Semuanya hasil titik peluh mereka dari hantaran hinggalah bunga telur dan masakan untuk kenduri. Memang meriah lah Rumah Tok Ali sejak awal minggu ini.

Hati Hani macam paluan kompang  bila tiba waktu membatalkan air sembahyang. Dia mengenggam jari Kak Ina yang duduk di sebelahnya. Sejak Nazrin menerima lamarannya  beberapa minggu sudah, mereka tak di benarkan berjumpa. Terpaksa ikut petua orang tua  tua. Takut hilang seri kata mereka. Namun Hani rasa lega. Kalau jumpa mesti nak bertikam lidah. Silap haribulan tak jadi kahwin pula. Lagipun masing masing sibuk. Nazrin kembali ke kampus UDR yang lama di tinggalkan, Hani dengan sibuk menghabiskan internshipnya yang tinggal dua minggu lagi. Shopping untuk barang hantaran pun di serah pada Acik Mah dan Puan Nuraishah. Dia cuma pergi ukur baju saja. Senang cerita.

Kepala Hani terus “ kosong” bila Nazrin mendekatinya. Peluh sejuk merembes dari setiap pori. Gementar teramat saat cincin berlian solitaire di sarung ke jari manis. Bagai robot dia mengikut segala arahan Mak Andam. Cium tangan, tadahkan muka  untuk Nazrin cium dahi. Dan berakhir lah sudah zaman anak daranya. Hani bagai terkejut dari mimpi bila tetamu bangsa asing bertepuk tangan.  Matanya terkebil kebil. Sedar sedar Nazrin bersila di sebelahnya dan sesi bergambar pun bermula.

“ You look absolutely stunning. Untung I. ” bisik Nazrin sambil merapatkan tubuhnya pada Hani. Apa tunggu lagi,  dah halal.

Hani diam tak berkutik. Otaknya masih mencerna segala peristiwa yang berlaku. Bagaikan flashback wayang. Dari saat pertama dia berjumpa Nazrin yang "menyimbah" nya dengan air lopak tepi jalan hingga detik ini. Aku Hani Hishamudin isteri Nazrin Hj Ariff. Macam mimpi.

“ Apasal pucat ni?Takut? ”

“ I takut? Memanglah takut. Macamlah dia tu tak takut? Sampai tiga kali lafaz akad. Macam tak ikhlas saja nak kahwin” Hani menjeling pada Nazrin. Tadi tak berani nak tengok, takut pengsan. Segak habis pakcik ni. Sekarang bila dah tengok tak dapat nak alihkan mata pula.

“ I lafaz tiga kali sebab nak make sure tajwid betul bila sebut nama you. Takut terkahwin orang lain.”

“ Huk eleh…”  Hani mencebik


“  Ajin! Hani! Cuba duduk diam diam. Katup mulut tu. Lepas ni ada banyak masa hangpa nak bercerita” tegur Tok Putih. Wajah tua nya berseri. Senyuman tak putus di bibir. Geraknya tangkas ke hulu ke hilir memastikan semuanya berjalan lancar. Hajatnya dengan arwah Mak Tok si Hani tercapai sudah. Sampai juga jodoh Hani dengan Nazrin. Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh mereka ke akhir hayat dan kurniakanlah mereka anak anak yang soleh..
…………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 07:14 PM | Show all posts
Hani meregang tubuh sambil menguap. Huh… Penat! Rambutnya di rungkaikan dari sanggul dan disisir. Mekap yang masih bersisa di tanggalkan. Dari awal pagi sampai ke malam asyik di solek dan di dandan. Mulanya nikah kemudian bersanding. Nasib tak ada istiadat berinai sebab kesuntukan masa. Kalau tak dah melepek aku. Tak terkira ramainya orang menepung tawar. Seronok betul pelancung Rumah Tok Ali dapat mengambil bahagian dalam perkahwinan Melayu. Mulutnya letih menghadiahkan senyuman sepanjang hari. Sendinya lenguh. Berdiri, duduk, bersimpuh.

Dia merenung wajahnya dalam cermin. Malam sudah melabuhkan tirai pada hari yang bersejarah dalam hidup aku. Kini aku bergelar isteri, aku sah menjadi milik Nazrin. Dia bagaikan pohon rimbun untuk aku berteduh, dahan untuk aku berpaut, pelampung kalau aku lemas. Kini aku ada seseorang untuk berkongsi suka duka.  Apa yang patut aku rasa sekarang? Gembira? Lega?  Risau? Jawapannya kesemua di atas. Perjalanan hidup sebagai isteri baru bermula. Mudah mudahan aku tak terbabas dari landasan.

Keriuhan di luar menggamit Hani. Jendela di kuis sedikit. Tetamu masih berlegar walaupun majlis sudah lama tamat. Band yang di anggotai remaja kampung sedang melagukan Lagu Cinta Lagu Jiwa. Hani tersengih melihat aksi spontan para pengunjung yang rancak berjoget lambak di bawah tenda.  Macam macam stail ada.
Mata Hani mencari kelibat Aina, satu satunya kawan yang di jemput. Mana boleh tak jemput best friend merangkap penasihat dan jururunding aku. Aina rancak menari dengan seorang pelancung Jepun. Berbaju kebaya lace ketat dengan kain batik berbelah, rambut di sanggul tinggi, memang sebiji jelmaan seniwati zaman 60an. Ramai pelancong mengambil peluang bergambar dengan Aina. Macam selebriti pula kawan aku tu.

“ Intai siapa tu?” Hani hampir melompat bila tangan Nazrin melingkari pinggangnya. Bila masa dia keluar dari bilik air?

“ Hissh…Terkejut orang!” Matanya masih di tala ke luar. Mukanya mula terasa pijar. Jendela di genggam.

“ Tak baik tau. Intai lelaki lain sampai tak sedar Abang dah berdiri di belakang you.  Abang dapat dosa kering saja”

“ Taklah. Mana ada intai lelaki? I tengok Aina. Makcik tu tengah enjoy sakan.”

Nazrin menopang dagunya di bahu Hani. “ You teringin dah join dia kah?”

Hani menggeleng. Mulutnya terkunci. Nafas Nazrin lembut menyapa rambut membuat Hani tak keruan.

“ Manalah tahu. You muda lagi, mesti nak enjoy kan. Kesian pula. Umur baru 23 dah jadi bini orang.”

“ Jangan cakap camtu. I yang paksa you kahwin cepat cepat” Suara Hani bergetar.

“ A’ah lah. Abang lupa pula. Tak sabar sabar lagi you ni, kan” Terkekeh tawa Nazrin. Hidung Hani di tarik. Muka Hani tertunduk menahan malu. Ciss.. pakcik ni. Mesti seumur hidup dia akan sakat aku. Silap besar lah aku.

Nazrin memegang kedua belah pipi Hani dan mendongakkan mukanya agar mata mereka bertentangan. “ It’s a joke lah sayang. You tak tahu macam mana happynya I malam tu. Abang saja pura pura marah. Actually, kalau you tak ajak  Abang kahwin malam tu, Abang dah ada Plan B. “

“ Apa benda plan B tu?”

“ Adalah… Abang dah komplot dengan Along. Dia bawa you datang sini. Kononnya Mama buat kenduri doa selamat. Tok Kadi dah standby. Ataupun Plan C. Abang ajak Hani keluar pastu Along panggil JAIS cekup kita. Tapi bukan JAIS betul lah. Ha ha! Luckily I didn’t have to resort to that.  Kita tetap kahwin hari ini juga. Whether you like it or not dah tertulis di Loh Mahfuz.”

“ Oh.. jadi malam tu you berlakun baik punyalah.” Hani mencekak pinggang. Memang nak kena siku lah Nazrin ni. Cuma aku tak nak jadi isteri derhaka.

“ Tapi you berlakun watak penggoda lagi best. Siap main mata. Buatlah  lagi.”  

“ Please lah. I don't want to hear that. Jangan sebut lagi. So embarassing!” Hani menekup mukanya dengan kedua belah tangan. Malunya makk!

“ Nanti bila anak kita dah besar, Abang nak cerita macam mana……. Oww!” Cubitan Hani hinggap di lengan suaminya. Nasib baik aku tak libas capoeira sekali.

Nazrin pantas menangkap tangan Hani dan membawanya ke bibir.  Kucupan hangat membuat lutut Hani lemah.

“ I love you” bisiknya. Matanya redup memandang isterinya. “ You tak nak salin pakaian kah? Takkan nak tidur pakai baju songket”

Muka Hani bertukar dari merah cair ke merah pekat. Ni part yang aku paling seriau.

“ I nak sembahyang Isya” Hani pantas mencapai tuala dan pakaian malam kemudian terus menghilang ke bilik air. Minta mintalah pakcik tu dah tidur bila aku keluar. Puh kanan …puh kiri…berkat doa baginda Ali
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 07:15 PM | Show all posts
thanks juna but tis is not the grand finale right????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057097 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list