|
Mari kita mengetahui sedikit sebanyak ttg Kashmir.......Ini peta Kashmir:
Sungguhpun Pakistan dan India berpisah dan merdeka pada 1947, Kashmir telah di beri peluang untuk bersama dgn Pakistan atau India. Oleh kerana kebanyakan penduduk Kashmir adalah berugama Islam, disangkakan mereka akan bersama Pakistan. Malangnya selepas British undur Maharaja Kashmir gagal membuat keputusan, orang2 Islam dari daerah2 Pakistan yang berdekatan bersama orang2 Pushtun telah memasuki Kashmir. Jadi Maharaja telah meminta bantuan British. British pula telah memaksa Maharaja untuk mersama India sebelum bantuan diberi!.
Selepas sahaja perjangian dimenterikan askar2 Indiapun masuk ke Kashmir dan mereka berjaya mengusir hampir kesemua mereka yang telah didalangi Pakistan untuk memasuki Kashmir. PBB telah diminta menjadi orang tengah dalam perbalahan ini. PBB meminta agar hasrat orang2 Kashmir sendiri ditanya. India pula enggan mengadakan referandum selagi semua orang2 Pakistan masih berada disana. Hasrat PBB tidak dilakukan sehingga tercetus 2 peperangan 1965 dan 1999 dengan berkesudahan India kontrol 2/3(oren) dan Pakistan 1/3 (hijau) daerah Kashmir - daerah yang kurang populasi kerana kesukaran keadaan semulajadi daerah itu. Jadi daerah itu amatlah tiada banyak kemajuanpun. Kebanyakan populasi berada di bahagian yang dikontrol oleh India. Daerah disebelah timur dikontrol oleh Cina pula............ |
|
|
|
|
|
|
| |
|