CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: karambunai

Swimming

  [Copy link]
Post time 12-8-2008 09:31 AM | Show all posts
Phelps tambah koleksi emas






KUARTET emas Amerika, dari kiri, Cullen Jones, Lezak, Phelps dan Garrett Weber-Gale buktikan kehebatan dalam acara 4x100m gaya bebas.



BEIJING - Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps berada di landasan terbaik bagi merealisasikan impiannya merangkul lapan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik XXIX.

Semalam, Phelps mengesahkan pingat emas keduanya selepas membantu kuartet Amerika Syarika memenangi acara 4x100 meter gaya bebas.

Kejayaan itu hadir menerusi aksi luar biasa yang dipamerkan perenang terakhir Amerika, Jason Lezak yang berjaya memintas perenang sensasi Perancis, Alain Bernard pada penghujung perlumbaan.

Lebih menarik lagi, Phelps menerusi gandi- ngannya bersama Lezak, Garrett Weber-Gale dan Cullen Jones turut mencatat rekod baru dunia dalam acara itu selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 3 minit dan 8.24s.

"Sangat luar biasa," jelas Phelps merujuk kepada kejayaan Lezak yang berjaya menewaskan Bernard di saat-saat akhir.

"Lezak berjaya mempamerkan renangan terbaik untuk menamatkan perlumbaan ini dan ia jauh berbeza dengan prestasi asalnya."

Pingat perak acara ini dimenangi kuartet Perancis dengan masa 3:08.32s sambil Australia berkedudukan gangsa selepas menamat- kan perlumbaan dengan masa 3:09.91s.

Kelmarin Phelps telah memenangi satu emas menerusi kejayaannya dalam acara 400m individu rampaian.

Dalam acara tersebut dia melakar rekod baru dunia dengan catatan masa 4:3.84s.


- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2008 09:35 AM | Show all posts
Adlington ketepikan cabaran Hoff





ADLINGTON (kiri) dan Jackson sumbang pingat emas dan gangsa buat Britain dalam acara 400 gaya bebas wanita.


BEIJING - Rebecca Ad- ling ton menghadiahkan pingat emas pertama buat Britain dalam acara renang individu wanita pada Sukan Olimpik XXIX selepas mengungguli acara 400 meter gaya bebas semalam.

Perenang berusia 19 tahun yang membuat penampilan pertamanya di pentas Olimpik berjaya mengetepikan cabaran perenang pilihan dari Amerika Syarikat, Katie Hoff selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa empat minit dan 3.22 saat.

Hoff sebelum itu berpeluang untuk meraih emas apabila selesa mendahului sebelum Adlington berjaya memintasnya pada jarak 50m terakhir.

Joanne Jackson melengkapkan penguasaan Britain dalam acara itu apabila meraih gangsa dengan masa 4:03.52s.

"Kami sangat gembira dan bangga untuk menghadiahkan kemenangan ini kepada Britain," jelas Adlington.

"Apabila dua gadis Britain berdiri di atas podium dalam satu masa, apa lagi yang boleh kamu katakan. Jadi, kami cukup berpuas hati dengan kejayaan ini."

Pada aksi akhir semalam, Adlington turun beraksi selaku perenang bukan pilihan berdasarkan catatan masanya di peringkat saringan.

Namun, dia berjaya melakar kejutan apabila turun menewaskan pemegang rekod dunia dari Itali, Federica Pellegrini yang menduduki tempat kelima dan juara dunia dari Perancis, Laure Manaudou yang sekadar berada di kedudukan kelapan.


- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 09:40 AM | Show all posts
Daniel gagal teruskan rentak







DANIEL gagal mempamerkan rentak cemerlang dalam acara 200m kuak kupu-kupu.


BEIJING - Selepas cemerlang dengan catatan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter gaya bebas kelmarin, jaguh renang negara, Daniel Bego gagal meneruskan rentaknya itu ketika beraksi dalam acara 200m kuak kupu-kupu semalam.

Perenang kelahiran Sarawak itu yang memegang rekod kebangsaan 200m kuak kupu-kupu dengan catatan satu minit 59.40 saat sekadar mencatat 2:01.28s untuk berada di tempat ketujuh pada saringan ketiga di Pusat Akuatik Olimpik itu.

Secara keseluruhannya, Daniel menghuni ranking ke-37 daripada 44 perenang yang beraksi dalam acara itu dan gagal mara ke pusingan seterusnya.

Begitupun, Daniel masih mempunyai peluang untuk memperbaiki pencapaiannya pada temasya Sukan Olimpik XXIX apabila akan turun beraksi dalam acara 100m kuak kupu-kupu esok.

Sementara itu, perenang wanita negara, Siow Yi Ting merekodkan masa terpantasnya tahun ini dalam acara 200m individu rampaian.

Semalam, Yi Ting mencatat masa 2:17.11s untuk berada di tempat ketujuh pada saringan kedua, iaitu catatan yang lebih baik berbanding catatan lamanya dengan 2:18.52s.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 12-8-2008 06:52 AM




karam dan jojo - tak masuk ke thread swimming di board olympic tu -
post kat sana kalau pasal olympic ye -


ok.. ada masuk gak... tp xsempat nk membalas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 11:11 AM | Show all posts
Phelps sebaris ikon Olimpik



BEIJING - Michael Phelps kini sebaris dengan ikon Olimpik seperti Paavo Nurmi, Carl Lewis, Mark Spitz dan Larysa Latynina sebagai atlet yang memenangi sembilan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.

Ia berikutan kejayaan perenang sensasi Amerika Syarikat itu memenangi pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas Sukan Olimpik XXIX semalam.

Ketika ini, Phelps dalam buruan untuk mengatasi rekod tujuh pingat emas yang dicipta bekas perenang Amerika, Mark Spitz dalam satu temasya Olimpik.

Dia merangkul pingat emas ketiganya di Beijing itu dengan catatan masa satu minit dan 42.96 saat, sekali gus memecah rekod dunia miliknya.

Ia satu lagi aksi mengagumkan daripada perenang berusia 23 tahun itu yang meninggalkan perenang Korea Selatan, Park Tae-Hwan yang memenangi pingat perak dengan masa 1:44.85s manakala seorang lagi perenang Amerika, Peter Vanderkaay memenangi gangsa (1:45.14s).

"Saya hanya mahu melakar kejayaan di atas usaha saya sendiri yang mana telah saya lakukan dengan memecah rekod 100 meter... itulah sasaran saya," kata Phelps.

"Saya berada di lorong yang luar yang mana agak sukar perenang lain mengawasi saya."

Phelps mengakui, dia agak risau dengan aksi Park, namun perenang Korea Selatan itu berkata, tiada apa yang mampu dilakukannya untuk menyekat Phelps.

"Phelps berenang dengan pantas sekali. Ia satu penghormatan bagi saya untuk bersaing dengannya."

Phelps memenangi pingat gangsa dalam acara 200 meter gaya bebas pada temasya di Athens empat tahun lalu apabila dia ketinggalan kepada perenang Australia, Ian Thorpe dan bintang Belanda, Pieter van den Hoogenband.



- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 11:13 AM | Show all posts
Coughlin tebus kecewa








BEIJING - Selepas rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter kuak lentang wanita dipecahkan Kirsty Coventry dari Zimbabwe kelmarin, perenang Amerika Syarikat, Natalie Coughlin (gambar) kembali menebus kekecewaannya itu pada Sukan Olimpik XXIX semalam.

Bukan itu sahaja, Coughlin muncul perenang wanita pertama berjaya mempertahan pingat emas Olimpik apabila dia menjuarai acara tersebut.

"Untuk memenangi pingat emas menerusi acara yang penuh dengan persaingan, saya berasa sangat bangga. Sebab itu, mengapa saya menangis seperti seorang bayi," kata Coughlin.

Juara dunia berusia 25 tahun itu mencatatkan masa 58.96 saat bagi mengatasi rekod dunia yang dilakar Coventry iaitu 58.77s pada saingan separuh akhir kelmarin.

"Saya fikir acara 100 meter kuak lentang ini cukup pantas berbanding dengan acara renang lain," tambah Coughlin.

Coughlin turut mengakui, dia tidak terkejut selepas menyaksikan Coventry memecah rekod dunia pada pusingan separuh akhir.

Bagaimanapun Coughlin berkata, dia lebih tertekan bagi mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada temasya di Athens empat tahun lalu.

"Saya benar-benar cemas sebelum saingan sebenar bermula," katanya.

Coventry memenangi pingat perak dengan mencatatkan masa 59.19s sementara seorang lagi perenang Amerika Syarikat, Margaret Hoelzer meraih gangsa (59.34s).


- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2008 11:25 AM | Show all posts
Manaudou sedia 'angkat kaki'






BEIJING - Dua kegagalan yang mengecewakan dalam tempoh dua hari telah memaksa bekas juara, Laure Manaudou (gambar) memikirkan semula sama ada dia patut menarik diri dalam baki acara renang yang disertainya pada Sukan Olimpik XXIX.

"Saya telah bertanya pada diri sendiri sama ada masih berbaloikah untuk saya meneruskan saingan di sini?

"Saya sudah tidak mempunyai keinginan lagi untuk berenang.

"Amat sukar sekali biarpun untuk menduduki tempat ketujuh atau kelapan," kata Manaudou selepas menduduki tempat ketujuh dalam acara 100 meter kuak lentang wanita semalam.

Isnin lalu Manaudou menduduki tempat kelapan (terakhir) dalam acara 400 meter gaya bebas, lebih lapan saat di belakang pemenang pingat emas dari Britain, Rebecca Adlington.

"Sukar sekali untuk bangkit selepas apa yang berlaku semalam," kata perenang Perancis itu.

Manaudou masih mempunyai dua lagi acara iaitu 200 meter kuak lentang yang akan berlangsung esok dan 400 meter rampaian Jumaat ini.

"Saya fikir dia akan bangkit semula pada acara 200 meter kuak lentang.

"Saya akan cuba mengembalikan semula semangatnya dengan menerapkan mentaliti sebagai juara," kata jurulatih peribadi Manaudou, Lionel Horter.

Pada temasya di Athens empat tahun lalu, Manaudou yang ketika itu berusia 17 tahun telah menghadiahkan Perancis pingat emas pertama dari kolam renang sejak Jean Boiteux melakukannya pada edisi 1952 dalam acara 400 meter gaya bebas.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 01:10 PM | Show all posts
Phelps terus cemerlang



BEIJING - Michael Phelps terus membuktikan kehebatannya sebagai jaguh Sukan Olimpik sepanjang zaman apabila memenangi dua lagi pingat emas semalam.

Kejayaan itu menyaksikan jaguh renang dari Amerika Syarikat itu mengumpul koleksi 11 pingat emas pada temasya Olimpik sekali gus satu pencapaian yang sukar untuk diatasi perenang dunia yang lain.

Ketika beberapa lagi rekod dunia tercipta di kolam renang, Phelps kini semakin menghampiri buruannya untuk menjadi atlet pertama memenangi lapan pingat emas dalam satu temasya apabila memenangi acara 200 meter kuak kupu-kupu dan membantu kuartet Amerika memenangi acara 4x200 meter gaya bebas.

Selain itu, Phelps juga kini berjaya mencatat rekod baru dunia dalam semua lima acara yang disertainya.

Namun, dalam aksi kuak kupu-kupu semalam, Phelps mengakui telah menghadapi kesukaran untuk melihat apabila pelindung matanya dimasuki air.

"Air semakin banyak masuk sepanjang perlumbaan itu dan saya menghadapi kesukaran untuk melihat dinding itu sebenarnya.

"Saya mahu mencatat masa 1 minit 51 saat atau bawah daripada itu, tapi dengan situasi sukar yang dihadapi itu, saya rasa ia tetap bagus."

Phelps terpaksa berpuas hati dengan masa 1:52.03s, hanya 0.06 saat lebih pantas daripada rekod yang diciptanya tahun lepas, manakala kuartet renangnya pula mencatat kepantasan 4.48 saat untuk catatan rekod baru dunia, 6:58.56s.


- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2008 01:12 PM | Show all posts
Rice lengkapkan koleksi emas



BEIJING - Perenang Australia, Stephanie Rice melengkapkan pingat emas keduanya selepas memenangi acara 200 meter inividu rampaian akhir wanita dengan rekod baru dunia pada Sukan Olimpik XXIX Beijing semalam.

Rice, 20, mengulangi catatan rekod dunia yang dilakukannya dalam acara 400m rampaian Ahad lalu apabila bangkit daripada ketinggalan di belakang perenang Zimbabwe, Kirsty Coventry sebelum mencatat rekod dunia yang baru dengan masa masa dua minit 8.45 saat.





RICE bangga menunjukkan pingat emas yang diraih dalam acara 200m individual rampaian semalam.


Coventry meraih pingat perak selepas berjaya memecahkan rekod Afrika, 2:08.59s diikuti atlet Amerika Syarikat, Natalie Coughlin yang mencatat masa 2:10.34s.

"Saya rasa bangga. Sebelum ini, saya merasakan kesakitan, saya telah menamatkan cabaran dan telah melakukan yang terbaik untuk diri saya," jelas Rice.

"Ia sesuatu yang saya impikan untuk diri saya dan ia juga adalah matlamat akhir. Saya sudah meletakkan banyak persediaan untuk perlumbaan ini."

Kejayaan itu menjadikan Rice perenang pertama Australia yang memenangi 200m dan 400m rampaian pada satu Sukan Olimpik.

Ia juga merupakan pingat emas keempat bagi Australia dalam sukan renang pada temasya di Beijing kali ini.


- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 08:40 PM | Show all posts
dah jadi thread olympic... erk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 11:33 PM | Show all posts
hmmm...bila laa dpt aku tgk phelps diklhkan di final.....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 02:28 AM | Show all posts

Reply #1962 sukanduniaaku's post

susah la nak beat dia at this time... probaly dia ni currently da best swimmer at this time.. mcm thorpedo gak dulu... ada naik ada turun.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 01:14 PM | Show all posts
Phelps semakin sukar dicabar







PHELPS kini telah memiliki enam pingat emas di Beijing.



BEIJING - Michael Phelps memenangi pingat emas keenamnya pada temasya Sukan Olimpik XXIX semalam, sekali gus mencatat rekod baru dunia buat kali keenam.

Begitupun, kejayaan perenang Amerika Syarikat itu dicemari dengan skandal dadah apabila penembak Korea Utara, Kim Jong-Su ditarik balik pingat gangsa yang dimenanginya kerana positif dadah.

Ia insiden pertama melibat- kan atlet Olimpik XXIX sejak temasya di Beijing itu berlangsung seminggu lalu.

Dengan tersebarnya berita terbaru itu, Phelps memberi- tahu bahawa pencapaian mengagumkan yang yang diciptanya setakat ini adalah tanpa bantuan bahan perangsang tersebut.

"Sesiapa saja boleh kata apa yang mereka mahu, tetapi bagi saya, saya tahu saya bersih," katanya selepas memperbaiki rekod dunianya dengan catatan 1 minit dan 54.23 saat bagi memenangi emas acara 200 meter indi- vidu rampaian semalam.

Kejayaan Phelps mengutip enam pingat emas ketika ini sekali gus menyamai pencapaian yang dibuatnya pada temasya 2004 di Athens.

Phelps kini dilihat semakin hampir dengan misinya mengatasi rekod lapan pingat emas yang diraih bekas pere- nang Amerika, Mark Spitz dalam beberapa hari lagi.

"Dua acara lagi selepas ini adalah amat penting," kata Phelps yang sebelum ini mencatat masa 1:54.80s dalam acara 200m individu rampaian.

"Saya perlu menyimpan sebanyak mungkin tenaga bagi mengharungi perlumbaan seterusnya."



- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 01:17 PM | Show all posts
Steffen tidak jangka kaut emas








GELAGAT Steffen (kiri) serta Coughlin selepas masing-masing meraih emas dan perak acara 100 meter gaya bebas wanita semalam.



BEIJING - Perenang Jerman, Britta Steffen berjaya menewaskan pemegang rekod dunia, Libby Trickett ketika memenangi pingat emas acara 100 meter gaya bebas wanita Sukan Olimpik XXIX semalam.

Steffen, bekas pemegang rekod dunia, mula dibayangi dengan kejayaan Trickett yang mencipta beberapa rekod dunia sejak dua tahun lalu.

Namun, kali ini dia akan pulang dari Beijing sebagai pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

Juara dunia, Trickett dilihat mampu muncul juara apabila mendahului perenang lain sejak awal saingan sebelum dipintas Steffen di saat-saat akhir.

Steffen mencatatkan masa 53.12 saat, hanya lebih 0.24 saat daripada rekod dunia milik Trickett iaitu 52.88s.

Trickett pula mencatat masa 53.16s sementara perenang Amerika Syarikat, Natalie Coughlin mengutip pingat kelimanya untuk meraih pingat gangsa dengan masa 53.39s.

"Terlalu ramai perenang yang beraksi cemerlang. Saya hanya memberi tumpuan sepenuhnya tanpa sebarang tekanan," kata Steffen.

"Saya tidak menjangkakan sebarang pingat, hanya fokus kepada diri sendiri dan kadangkala hasilnya tidak seperti yang kamu jangkakan."

Steffen yang muncul perenang pertama Jerman memenangi acara tersebut sejak Kristin Otto memenanginya pada temasya 1988 di Seoul berkata, dia hanya mahu beraksi dengan Trickett pada perlumbaan akhir.

"Ia mungkin tidak sama jika dia (Trickett) tidak beraksi di final tadi, saya adalah bekas pemegang rekod yang kini dipegangnya dan kamu pastinya mahu membuktikan siapa yang lebih hebat," kata Steffen.

"Saya mungkin tidak akan menang tanpanya dan tidak akan tahu apa yang akan berlaku jika dia tidak memasuki final ini."



- AFP / Kosmo -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2008 06:52 PM | Show all posts
ayak... acara pecut2 dah abis.. tinggal swim maraton 20km je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 09:15 AM | Show all posts
phelps mmg giler lor..dlm tidor pun die mimpi pasal renang..  tp aku pun ada gak dulu terbawak2 dlm mimpi tapi x jadi cam phelps pun.. pelik gak ni.. huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2008 12:58 PM | Show all posts
bawak sampai mimpi.. wakakakaa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 02:32 PM | Show all posts
sekali-sekal beb mimpi basah..biasa la.. haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 08:30 PM | Show all posts
xkan le mimpi swim sampai basah2.. wakakaka... xmenahan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 09:48 AM | Show all posts
ASUM tidak berminat tukar jurulatih renang





KESATUAN Renang Amatur Malaysia (ASUM), tidak berhajat untuk mencari jurulatih baru bagi acara sukan renang dalam masa terdekat.

Naib Presiden ASUM, Zainal Othman berkata, pihaknya akan mengekalkan jurulatih dari Australia, Paul Thomas Birmingham untuk melatih perenang muda negara di Bukit Jalil.

Menurutnya, hubungan Birmingham dengan atlet negara cukup baik dan tidak wajar dia disingkirkan dan digantikan dengan yang baru.

"Kontrak dia (Birimingham) baru setahun dan dia akan terus dikekalkan serta kami sentiasa menghormatinya sebagai jurulatih.

"Kami juga belum merancang mengambil jurulatih baru dan kehadiran Birmingham sudah cukup.

"Apa yang saya lihat dia melakukan tugas dengan cukup baik, tidak nampak ada apa-apa masalah," katanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun Zainal berkata, keputusan mengenai masa depan jurulatih hanya diputuskan menerusi mesyuarat ASUM berdasarkan penilaian terhadap sumbangan mereka sepanjang menjadi jurulatih negara.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan mengadakan post mortem dalam masa terdekat bagi menilai serta mengkaji pencapaian pada Sukan Olimpik XXIX.

"Post mortem itu akan mengkaji pencapaian mereka serta memperbaiki segala kelemahan serta merancang program pada masa akan datang.

"Apa pun saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan atlet yang berkerja keras sepanjang temasya Olimpik XXIX di Beijing meskipun gagal mencipta kejutan," katanya.

Pada Sukan Olimpik XXIX baru-baru ini, perenang negara Daniel Bego berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 200 meter gaya bebas selepas mencatatkan masa 1 minit dan 50.92 saat berbanding 1:51.05s yang dicatatnya sebelum ke Beijing.

Manakala Siow Yi Ting mencatatkan rekod baru kebangsaan dalam acara 200 meter kuak lentang setelah mencatatkan masa 2:29.21s.

Sementara itu, bagi acara terjun, penerjun harapan Bryan Nickson Lomas gagal dalam misinya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 10 meter platform setelah sekadar menghuni tempat ke-26 daripada 30 penerjun bersaing pada saingan kelayakan.

Tiga lagi penerjun, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Elizabeth Jimie gagal melepasi pusingan kelayakan menerusi acara masing-masing.



- Kosmo -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.091553 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list