CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Siti Murni Abdul Aziz-Penyampai RTM

[Copy link]
Post time 25-6-2009 03:42 PM | Show all posts
cantik dia nih.. tapi dok hartihem.... kurang menyerlah lah bakat dia... kalo nak join tb3 at least kena ada diploma kan?...
seroja1 Post at 18-6-2009 08:54

DIA PUN ADE DIP GAK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2009 05:06 AM | Show all posts
http://4.bp.blogspot.com/_rtfKUd4CwWA/SJHnkE9w5FI/AAAAAAAAALU/0yH6cFfWZmE/s1600-h/norhaslina.jpg http://4.bp.blogspot.com/_rtfKUd4CwWA/SJHnkE9w5FI/AAAAAAAAALU/0yH6cFfWZmE/s320/norhaslina.jpg



s ...
girlphg Post at 25-6-2009 14:27



pengacara rtm kan keja Pengurus Komunikasi kat Puncak Niaga Shah Alam .
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 09:53 AM | Show all posts
prasan gak dia neh skali skala tgok rtm..tapi aku rasa ada lagi sorg awek btudung baca brita gak..kiut orgnya..ada lesung pipit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 10:04 AM | Show all posts
kepala hotak berjambul tul la pembukak thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 10:08 AM | Show all posts
tua sebelum waktunya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 03:44 PM | Show all posts
x kenal la minah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2009 09:47 PM | Show all posts
orangnya cantik, lesung pipitnya manis sekali.. mudah2an takde la gosip2 tak baik tentang dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 11:47 AM | Show all posts
hahaha...apedah korang...stakat nk minat biase2 bolehla..
ni isteri member gua ni...diorg duduk kat area bkt antarabangsa,,opis husband dia depan opis norman hakim...

disinidisinun Post at 17-6-2009 23:41



soheh ke dia ni dah kawen atau dah berstatus mak jan? abis berita dalam metro hari ni camna pulak..?

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SitiMurnipilihHisham/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 11:56 AM | Show all posts
x kenal pongg... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:05 PM | Show all posts
siti murni ni bkn duludh kawin ke ?? aku rs cam dh ada ank je dia ni .....  ingt hisham dgn ank yusni hamid tu si hani pengacara spm tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:21 PM | Show all posts


cantik dia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:29 PM | Show all posts
22 ke????mude nye...tp muke dia nampak matured....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:47 PM | Show all posts
sape tahu mengenai pengacara ni...? dia pun rtm gak....
girlphg Post at 25-6-2009 14:27



    pengacara nie nama die Norhaslina Ibrahim.. selalu gak tengok die baca berita di tv1.. bes la die baca berita jelas je.. owang nya pun cantik.. sekarang nie pengacara RTM semua nya cantik2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:51 PM | Show all posts
tahniah buat Siti Murni n Hisham Salleh.. pasangan sepadan.. memang dulu sah2 pikir Hisham nie ngan Hanie anak Dato Yusni Hamid tue.. nampak cam serasi jer,tapi akhir nya die pilih Siti Murni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:06 PM | Show all posts
dia ni...org kota bharu,kelantan.lahir tahun 1986
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:07 PM | Show all posts
Siti Murni pilih Hisham
Oleh Adam Salleh
adam@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PADA ketika personaliti TV3, seorang demi seorang mengumumkan berita pertunangan mereka, tanpa kecoh personaliti RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang tidak kurang cantiknya, Siti Murni Abdul Aziz, 25, mengambil keputusan untuk bernikah dengan rakan seperjuangan.

Sejak menceburi bidang penyiaran enam tahun lalu, Siti Murni yang mesra dipanggil Uni tidak sunyi cuba didekati pelbagai golongan lelaki termasuklah kalangan ahli perniagaan dan VIP, namun pembaca berita Wilayah dan Parlimen itu, tidak memberi kata putus.

“Di peringkat awal bertugas, sukar saya menidakkan, ada yang mahu melamar saya tetapi saya belum bersedia.

“Bidang penyiaran adalah bidang yang saya minati sejak bersekolah, tentu saja tidak wajar jika saya membuat keputusan tergesa-gesa untuk berkahwin.


“Berilah saya masa untuk betul-betul bersedia dan saya kira inilah masa yang sesuai bagi memulakan episod baru hidup saya,” katanya.


Siti Murni juga pembaca Berita Nasional memilih pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Hisham Salleh juga pengacara Biz Malaysia setiap jam 6 petang di RTM sebagai pasangan hidup.

Mereka akan bernikah pada 7 Mei (Sabtu) ini di rumah kakak Siti Murni di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Resepsi diadakan keesokannya di restoran terkenal di Bangsar, untuk keluarga dan sahabat handai terdekat.

Menurut Siti Murni, hakikatnya dia sendiri tidak menyangka hatinya terbuka memilih Hisham sebagai suami.

“Ikutkan Hisham sama seperti rakan media saya yang lain di RTM. Kami sarapan dan makan tengahari bersama. Cuma dua tahun kebelakangan ini ada tanda-tanda serius perhatian diberi Hisham kepada saya.

“Sehinggalah pada hujung tahun lalu, Hisham meluahkan hasrat melamar, saya nampak dia bersungguh-sungguh. Ciri-ciri penyayang dan tegas yang ada pada Hisham itu menarik minat saya, jadi mengapa tidak, saya menerimanya,” katanya.

Selama berkawan dengan Hisham, Siti Murni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, belum pernah mengajak Hisham balik ke kampung.

Sementara itu, Hisham ketika dihubungi berkata, kali pertama dia memperkenalkan Siti Murni pada keluarganya pada pertengahan tahun lalu.

Hisham berasal dari Miri, Sarawak, menyifatkan Siti Murni adalah wanita yang menepati ciri-ciri isteri yang dicarinya.

“Kebetulan kami dari zodiak yang sama, Virgo, dan sama-sama minat melancong. Saya ini jika di televisyen banyak bercakap tetapi hakikatnya bila tiba bab peribadi begini senyap sikit.

“Justeru keputusan yang saya buat memilih Siti Murni juga ada juga bersandarkan pandangan daripada ahli keluarga saya ketika kali pertama memperkenalkan Siti Murni pada mereka.

“Walaupun kali pertama bertemu, saya dapati Siti Murni dapat menyesuaikan dirinya untuk kami duduk dalam satu famili. Saya mengharapkan doa dari keluarga, rakan taulan serta penonton SPM dan RTM sendiri agar majlis pernikahan kami Sabtu ini diberkati dan berjalan lancar,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 01:09 PM | Show all posts
ni ke hisham salleh bakal suami?

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:12 PM | Show all posts
sori TT tak kenal langsung!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:25 PM | Show all posts
mudanya 22 thn je..ada kelulusan x ni?bg ku dia tak cantik tp menarik
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:26 PM | Show all posts
mudanya 22 thn je..ada kelulusan x ni?bg ku dia tak cantik tp menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.217972 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list