View: 14300|Reply: 36
|
Taman Reakrasi Ulu Bendul (TRUB)
[Copy link]
|
|
Kolam buatan jadi tumpuan
Teks dan gambar Aminuddin Ismail
[email protected]
PERJALANAN sukar disebabkan jalan raya bengkang-bengkok yang terpaksa ditempuh penulis berbaloi apabila tiba ke Taman Reakrasi Ulu Bendul (TRUB), dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, TRUB menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur.
Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke destinasi ini.
Kebanyakan tertarik dengan keluasan kolamman di buatan yang boleh memuatkan 100 pengunjung. Ia menarik perhatian pengunjung terutama mereka yang pertama kali datang ke sini.
Ada yang datang bersama ahli keluarga berendam seharian. kerana ia seperti menyediakan kolam mandi percuma kepada pelancong.
Selain itu, kolam mandi yang lebih selamat untuk kanak-kanak disediakan berhampiran kolam utama sesuai untuk golongan cilik.
Pembinaan kolam berasingan ini memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi anak mereka.
Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi itu.
Di sini orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin dan manakala paras airnya lebih dalam.
TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan mereka antaranya mendaki bukit, meredah hutan, memancing dan menikmati keindahan flora dan fauna.
Selepas puas melakukan pelbagai aktiviti, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di gerai di parkir taman rekreasi itu.
Jika mahu makan, mereka boleh menikmati pelbagai juadah di gerai makan berhampiran pintu masuk taman.
Seorang pengunjung, Julia Abdullah, 25, berkata dia yang datang dari Seremban menganggap TRUB sebuah taman rekreasi yang indah dan sesuai untuk semua.
[ Last edited by Syd at 18-6-2009 17:17 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni kolam buatan tu |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak gi kat area kolam tu..
biasanya as park kete kat atas..
nnt leh arr bawak bebudak gi area kolam tu..
dh byk perubahan nmpknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Asdira's post
last pegi sana
time sekolah dedulu
curi2 pegi sana
ngan kawan2 satu hostel
|
|
|
|
|
|
|
|
Python Park hopes to attract more visitors
By C.S. Nathan
Metro, 16 May 2008
Thirteen offspring were born to a green anaconda at the Python Park in Ulu Bendul, Kuala Pilah |
|
|
|
|
|
|
|
aku teringin nak pi ... tp x sampai2 juga..
dorg kata mmg best sini.....x la jauh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
aku teringin gak nak pegi.... tapi ada orang penakut ular tak bagi pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
last akak pi UB 16thn yg lalu..
anak2 akak x pernah pun menjejak kaki lg kat UB..
blk pilah tiap2 bulan tp blm plk teringin nak singgah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kolam buatan jadi tumpuan
Teks dan gambar Aminuddin Ismail
[email protected]
PERJALANAN sukar disebabkan jalan raya bengkang-bengkok yang terpaksa ditempuh penulis berbaloi apabila tiba ke ...
....."Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah"......
Syd Post at 18-6-2009 17:12
Ni mano punyo reporter songal buek laporan ni, ado ko ulu bondol 5km dari pilah & 25km dari somban.... songal tul lah, buek malu orang pilah yo...
hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
12# sulan01
reporter metro tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tul tak gi sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Hutan Rekreasi Ulu Bendol dinaik taraf
SEREMBAN 20 Jan. - Kerajaan negeri memberi jaminan akan meningkatkan kemudahan di kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah dalam usaha menjadikannya satu lagi destinasi pelancongan yang popular.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, sebanyak RM13 juta akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan hutan rekreasi berkenaan.
''Ketika ini kawasan rekreasi itu telah menjadi tumpuan kepada orang ramai untuk beriadah terutamanya pada hujung minggu.
''Dengan adanya beberapa calet, kerajaan bercadang memajukan lagi kawasan rekreasi itu dengan mewujudkan taman burung dan taman orkid," katanya di sini hari ini.
Malah katanya, kerajaan juga akan mewujudkan gerai kraftangan di kawasan berhampiran untuk memberi peluang kepada pelancong mendapatkan produk hasil pengusaha tempatan.
''Oleh kerana bangunan untuk kraftangan itu dibina di seberang jalan dekat hutan rekreasi, kerajaan merancang membina jejantas yang boleh menghubungkan pengunjung dengan lokasi pusat jualan.
''Ini akan memudahkan pelancong untuk melintas jalan, lebih-lebih lagi dengan keadaan laluan yang akan dinaik taraf tidak lama lagi," ujar Mohammad Razi.
Menurutnya, beberapa aktiviti sukan lasak juga akan diatur di kawasan itu selain tarikan keunikan dan khazanah alam serta flora yang cukup bernilai.
Berdekatan hutan lipur itu juga terdapat Gunung Angsi, Jeram Kak Lang, aliran sungai yang sejuk dan nyaman serta banyak lagi.
Hutan lipur itu terletak di Kilometer 20 di Jalan Seremban-Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi.
Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban dan terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi.
Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.
Pada 28 Disember lalu, akhbar ini melaporkan kawasan hutan rekreasi itu tidak terurus termasuklah infrastruktur yang kurang memuaskan, selain keadaan kolam mandian yang kotor dan berlumut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mano punyo reporter songal buek laporan ni, ado ko ulu bondol 5km dari pilah & 25km dari somban.... songal tul lah, buek malu orang pilah yo...
hehehe.....
sulan01 Post at 21-6-2009 20:07
Sepatutnya berapa km? |
|
|
|
|
|
|
|
16# sadiq_segaraga
takdo lah jauh sangat, ada la dalam 14-15 kilometer dr kolo pilah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca intro pun sebut kena lalu jln "mcm ular"...
Tu yg x lalu tu...
X meraso lah den nk poi sano.... |
|
|
|
|
|
|
|
la nie jlan dah lurus...sonang bona dah onghang somban nak pi...10 minit dah sampai...yang pi ikut jln lamo tue apasal |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya berapa km?
sadiq_segaraga Post at 21-1-2010 11:58
Tak lah jauh sangat.... 20km dari Pilah & 19km dari Seremban. Kat sebelah bus stop depan Ulu Bendul tu ada batu tanda jalan yg tulis.... S'ban 19 & Pilah 20.... kiranya lebih kurang tengah-tengah antara pilah/somban. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|