CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 2-12-2005 06:30 PM | Show all posts
taiaha .. patut kita beli, taruk kat kem yg dekat dgn bukit bukau dan gunung ganang ..

anyway, berapa ia punya range ? .. tgk pada GUn nyer tu, ouch .. that will hurt .. huge giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2005 10:55 AM | Show all posts
berita harian, selasa 6 dis 2005

[quote]Penceroboh ditembak


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ditembak di kaki oleh anggota tentera ketika menceroboh kem tentera bersama seorang rakannya selepas dipercayai mencuri kabel elektrik di Kem Wardieburn, Setapak, di sini awal pagi semalam.




Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku ketika anggota tentera berpangkat lans koperal bersama seorang rakannya yang sedang meronda terserempak dengan dua lelaki terbabit di kawasan larangan di dalam kem.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner A Thaiveegan, berkata lelaki yang dipercayai orang awam itu didapati sedang berjalan keluar dari sebuah stor peralatan senjata dengan membawa guni.

揇ua lelaki itu berjalan laju serta tidak menghiraukan arahan anggota tentera yang mengarahkan mereka berhenti.

揂nggota tentera itu kemudian melepaskan satu das tembakan amaran dan kedua-duanya melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang kem,
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 02:15 PM | Show all posts

ATM Hadkan Liputan Media Mengenai Pasukan Elit

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengehadkan liputan mengenai pasukan elitnya kerana bimbang liputan yang terlalu terperinci dan meluas boleh membocorkan maklumat penting pasukan.

Seorang pegawai tentera yang enggan namanya disiarkan berkata pendedahan terlalu terperinci oleh media boleh memberi peluang kepada pihak luar mengenal pasti kemahiran, kelengkapan senjata, teknik, kekuatan dan kelemahan pasukan khas ATM.

Ekoran itu, kata pegawai itu, pihak ATM akan mengehadkan liputan media mengenai pasukan khas seperti Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga satu masa yang ditetapkan kelak.

Pihak media sebelum ini sering diberi peluang mengamati latihan PASKAL dalam "Eksesais Naga Emas" setiap tahun dan memberikan liputan meluas kepada latihan itu walaupun lazimnya diminta tidak merakamkan wajah anggota dan teknik penyusupan yang digunakan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Lt Kol Fadzlette Othman Merican Idris Merican memberitahu Bernama, liputan mengenai latihan PASKAL masih boleh dibuat tetapi tidaklah secara besar-besaran dan hanya setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak atasan.

"Kita masih perlukan liputan media. Sedikit sebanyak liputan media berjaya menaikkan imej tentera, malah jumlah mereka yang mahu memasuki ATM terlalu ramai," katanya ketika diminta penjelasan mengenai perkara itu.

Apabila ditanya mengenai sama ada majalah mengenai ketenteraan yang cenderung mendedahkan secara terperinci mengenai aset dan formasi ATM, beliau berkata jika ada artikel yang dirasakan terlalu sensitif atau salah, surat rasmi akan dihantar kepada penerbit akhbar atau majalah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Fadzlette, ATM memerlukan pihak media untuk memberi tanggapan baru kepada orang ramai bahawa ATM kini bukan sekadar "organisasi yang menumpukan kepada kawad dan disiplin semata-mata".

Katanya sejak ATM menjalankan kempen iklan besar-besaran dan mula membuka pintunya kepada media, minat orang ramai untuk memasuki ATM bertambah.

"Sebagai contoh, kita tawarkan 1,000 jawatan kosong tapi yang memohon sampai 10,000 orang," tambah beliau.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 02:45 PM | Show all posts
nampak gayanya pasnih susah ler nak dgr citer pasal komando kita nih........
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by taiaha at 2-12-2005 10:38 AM
Man, look at this system-Thanks Luno.
The Archer solution:
a self-propelled 155mm L52 automatic howitzer incorporated into a modified armoured commercial six-wheel-drive (6x6) articulated Volvo  ...



INDIA DAH TEST SISTEM SPH NIE... TAPI TAK DE SUSULAN UNTUK BELI.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 13-12-2005 02:45 PM
nampak gayanya pasnih susah ler nak dgr citer pasal komando kita nih........


nolah jo...bila pegawai tu tak mau dedah nama dah tunjuk benda ni tak berapa betul dan official...ingat kalau nak siar tanpa clearance dari RISIK diaorang nak buatke:cak:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2005 02:37 PM | Show all posts
Seorang pegawai tentera yang enggan namanya disiarkan berkata pendedahan terlalu terperinci oleh media boleh memberi peluang kepada pihak luar mengenal pasti kemahiran, kelengkapan senjata, teknik, kekuatan dan kelemahan pasukan khas ATM.

Ekoran itu, kata pegawai itu, pihak ATM akan mengehadkan liputan media mengenai pasukan khas seperti Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga satu masa yang ditetapkan kelak.


hmm... old mentality.

to me, media is one of the most powerful deterrence of all.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:10 PM | Show all posts
Program SLTT uji kemahiran menembak AW 31 RAD

Oleh Leftenan Mohd. Zaki Salleh (Bateri Askar Wataniah 31 RAD)


BAGI seorang anggota tentera, termasuk anggota pasukan simpanan, kemahiran menembak dan mengendalikan senjata kecil dengan baik

merupakan satu bidang yang wajib dikuasai.

Senjata kecil seperti raifal tempur, misalnya, merupakan nyawa bagi anggota tentera. Di sebalik bertanggungjawab menjaga nyawa sendiri dengan baik, mereka juga perlu memahami sifat-sifat senjata berkenaan.

Oleh itu, latihan menembak merupakan satu daripada beberapa siri ujian yang perlu dilaksanakan oleh anggota tentera dari semasa ke semasa bagi memahirkan diri mereka serta mengekalkan kecekapan mengendalikan senjata kecil sekiranya digunakan dalam pertempuran.

Bagi Tentera Darat, kemahiran menembak bagi semua peringkat pegawai dan anggotanya diukur melalui satu ujian yang dikenali sebagai Siri Latihan Tembak Tempur (SLTT).

Melalui ujian itu, penembak akan diklasifikasikan tahap keupayaan menembak masing-masing.

Ia merangkumi beberapa peringkat ujian menembak dalam empat kedudukan iaitu berdiri, melutut, duduk dan meniarap. Sebahagian besar daripadanya diaplikasikan daripada suasana sebenar ketika pertempuran.

Antaranya menembak dalam kubu pertahanan, menembak semasa bertempur, menembak ketika rondaan, menembak dalam keadaan mara dan menembak pada waktu malam.

Ujian tembakan pula dilakukan dari jarak yang berbeza-beza iaitu 50 meter, 100 meter dan 200 meter serta penggunaan tanda sasaran penuh atau separuh bagi memahirkan anggota membidik pada jarak tertentu.

Dalam ujian tembakan pada waktu malam pula, anggota diuji untuk menembak ke sasaran mengikut had pandangan mata dalam keadaan gelap dan menggunakan bantuan cahaya yang bertahan kurang 30 saat pada jarak 50 hingga 60 meter.

Waktu malam

Tembakan pada waktu malam memerlukan anggota peka kepada persekitarannya dan perlu mempunyai pandangan mata sensitif kerana kegelapan malam boleh mengelirukan pandangan kita.

Piawaian standard SLTT yang tinggi menyebabkan seseorang anggota Tentera Darat perlu berlatih dengan ekstensif bagi mencapai tahap yang ditetapkan kerana kegagalan melepasi tahap ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengulanginya semula.

Seperti mana anggota tentera tetap, anggota Askar Wataniah (AW) juga harus melepasi ujian ini kerana ia adalah antara asas ilmu ketenteraan yang perlu mereka kuasai sesuai dengan fungsi mereka pada waktu aman dan peperangan.

Pada penghujung November lalu, Bateri Markas Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD) telah menjalankan ujian SLTT bagi menguji kemahiran menembak dan kecekapan mengendalikan senjata kecil pegawai dan anggotanya termasuk Bateri Askar Wataniah.

Selama dua hari, 30 anggota V Bateri AW 31 RAD (V Bti AW) termasuk seorang pegawai telah diuji kemahiran menembak dan pengendalian senjata kecil mereka di Lapang Sasar Rejimen 502 AW Jugra, Banting, Selangor.

Menurut Penolong Pegawai Memerintah 31 RAD, Mejar Abd Hamid Abd Kadir, ia merupakan latihan wajib yang harus diikuti oleh semua anggota AW kerana kemahiran menembak dan mengendalikan senjata kecil amat penting bagi seseorang anggota tentera.

Sebagai anggota AW, tanggungjawab mereka ialah untuk berlatih serta mempelajari teknik menembak dengan betul seperti yang dipelajari dalam kelas teori. Ketika di lapang sasar pula mereka akan dibimbing oleh pengasuh yang ditetapkan.

Walaupun mereka merupakan anggota AW artileri, namun pada bila-bila masa khidmat mereka diperlukan oleh negara dan melalui latihan seperti ini kita mampu membentuk mereka untuk menjadi tentera yang terlatih, katanya.

Oleh itu, pihak rejimen telah memberi peluang kepada semua anggota V Bti AW untuk menguji kemahiran menembak mereka menggunakan kedua-dua jenis raifal tempur M16 dan Steyr AUG.

Bateri Sarjan Mejar V Bti AW, Pegawai Waran II Yusoff Mabri yang juga bertindak sebagai penyelaras latihan menjelaskan latihan SLTT merupakan sebahagian daripada silibus latihan yang perlu dilalui oleh rekrut baru dan anggota di bateri berkenaan.

Mereka dibimbing oleh jurulatih yang berkelayakan termasuk mendengar penerangan berhubung sistem pengoperasian senjata kecil, teori tembakan, teknik mengendalikan senjata dan mengawal pernafasan.

Bagi rekrut AW, ini adalah antara ujian terakhir mereka sebelum majlis tamat latihan pada Disember nanti setelah menjalani latihan mingguan sebanyak 260 jam sejak bulan Jun lalu.

Beberapa anggota AW yang ditemui pula menyifatkan latihan itu telah menambahkan lagi keyakinan mereka kerana pengendalian senjata api di lapang sasar ternyata berbeza berbanding di kelas teori.

Rekrut Chai Poo Hang yang baru menyertai rejimen AW itu berkata, latihan tersebut bukan sahaja menambahkan keyakinannya tetapi juga menjelaskan kepada dirinya makna AW apabila diberi tanggungjawab mengendalikan senjata api.

"Biarpun hanya di lapang sasar tetapi ia memberi gambaran sebenar kepada saya bagaimana situasi pertempuran jika khidmat saya diperlukan oleh negara," kata Poo Hang.

Turut bersetuju dengan pandangan beliau ialah Lans Bombadier Hedwin Michael yang telah lapan tahun menyertai AW serta aktif mengikuti latihan yang diarahkan.

"Walaupun peluang kami untuk menjalani latihan SLTT agak terhad, tetapi ia tidak bermakna latihan menembak itu boleh dilakukan secara ala kadar,'' ujar juruteknik sebuah syarikat pembinaan di Puchong itu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2005 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by insignia at 14-12-2005 03:10 PM
Program SLTT uji kemahiran menembak AW 31 RAD

Oleh Leftenan Mohd. Zaki Salleh (Bateri Askar Wataniah 31 RAD)


BAGI seorang anggota tentera, termasuk anggota pasukan simpanan, kemahiran menem ...


insi, mana hang dapat berita ni? rasanya mamat yang tulis tu member lama saya. boleh cari dan kontek dia balik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:25 PM | Show all posts
aku dpt dlm utusan ari nie punya bht tentera...
ye ker...
elok ler tu tin dpt jalinkan semula persahabatan yg lama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:28 PM | Show all posts
thanks insi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:43 PM | Show all posts
ur  welkam bro...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 03:45 PM | Show all posts
MiG-29N pukau pelancong Langkawi

Oleh ALI MAHMOOD
       
Pasukan aerobatik MiG-29N dari 19 Skuadron bergambar selepas selesai membuat pertunjukan aerobatik di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2005.

PERTUNJUKAN aksi aerobatik tujuh buah pesawat MiG-29N milik Malaysia berjaya memukau pengunjung yang membanjiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2005 (LIMA '05) yang berakhir Ahad lalu.

Aksi formasi yang begitu mendebarkan telah dijayakan oleh tujuh juruterbang yang cukup berpengalaman dan terlatih dari 19 Skuadron MiG-29N yang berpangkalan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

Gerakan pesawat MiG-29N di udara yang mencemaskan itu membuktikan kebolehan juruterbang tempatan melakukan aksi-aksi yang tidak kurang hebatnya sebagaimana pasukan aerobatik luar negara. Dalam erti kata lain, walaupun pasukan aerobatik terkenal dari luar negara seperti pasukan Red Arrow tidak mengambil bahagian kali ini, LIMA '05 tetap meriah dan mendapat sambutan hangat penduduk tempatan mahupun tetamu luar negara.

Ini bukan kali pertama pasukan aerobatik MiG-29N mempamerkan kehebatan yang begitu mengagumkan. Mereka pernah tampil dalam beberapa aksi di LIMA sebelum ini selain pertunjukan udara sempena perarakan Hari Kebangsaan dan Perlumbaan Formula Satu (FI).

Bagi pertunjukan udara di LIMA, formasi gabungan tujuh pesawat MiG-29N itu melakukan penerbangan menegak mencecah ketinggian 19,800 meter dengan kelajuan 2,791.8 kilometer sejam atau 2.35 pada kelajuan bunyi.

Pertunjukan selama tujuh hari itu mengambil masa penerbangan 140 minit.

Pasukan MIG-29N itu diketuai oleh juruterbang yang begitu berpengalaman, Kolonel Kamarulzaman Osman, 42. Mereka mengadakan pertunjukan udara selama 20 minit setiap hari dari 6 hingga 11 Disember lalu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Selain Kamarulzaman, pasukan itu yang menggunakan lambang ular tedung selar turut dianggotai oleh Leftenan Kolonel Mohamad Asghar Khan Goriman Khan, 40, Mejar Norazlan Aris, 39, Mejar Sebastian Arokiaraj William, 34, Mejar Ahmad Edros Ahmad Osman, 31, Kapten Edsam Ribut, 31, Kapten Philip Joseph Selvaraju, 29, dan Kapten Roshaidi Kamarudin, 30.

Kamarulzaman yang menghampiri rekod penerbangan 4,000 jam sejak berkhidmat dalam TUDM berkata, gerakan aksi aerobatik yang hanya mengambil masa 20 minit itu memerlukan semangat kental dan keberanian yang luar biasa.

"Walaupun kami melakukan aksi selama 20 minit tetapi untuk melakukannya bukan mudah. Pergerakan pesawat yang begitu pantas memerlukan kecekapan dan kemahiran yang tinggi.

"Kami telah melakukan latihan selama sebulan dan mengambil masa hampir 30 minit setiap hari. Walaupun terdedah kepada risiko namun kami cukup komited melakukan yang terbaik untuk menjulang nama negara,'' katanya.

Banyak pengunjung yang berasa tidak puas menonton pertunjukan yang begitu singkat. Aksi aerobatik berasaskan formasi taktikal sudah cukup meletakkan juruterbang MiG-29N setanding dengan juruterbang pesawat pejuang luar negara.

Kamarulzaman yang pernah menerbangkan pesawat LC41G Tebuan, Aermacchi MB339, F5E Tiger dan Skyhawk berkata, beliau dan rakan-rakannya pernah juga melakukan kesilapan semasa membuat pertunjukan.

Berisiko

"Penonton biasanya tidak begitu perasan kerana pergerakan pesawat yang begitu pantas dengan aksi-aksi yang mendebarkan menutup kesilapan tersebut. Walaupun kesilapan itu kecil tetapi ia tetap berisiko yang boleh menyebabkan pelanggaran dan kemalangan maut.

"Namun setakat ini semua anggota pasukan berjaya melakukan aksi dan formasi mengikut prosedur yang telah dirangka dalam setiap pertunjukan dan tidak melakukan kesilapan yang boleh mengundang padah,'' kata Kamalruzaman.

Selain kecekapan juruterbang dan kehebatan pesawat MiG-29N itu sendiri, faktor lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan pasukan

aerobatik itu ialah pesawat buatan Rusia itu telah diselenggarakan dengan sempurna.

Menurut Kamalruzaman, pesawat MiG-29N TUDM berjaya diselenggarakan anak-anak tempatan sendiri di hangar Aerospace Technology System Corporation (ATSC) yang sebahagian besarnya diselia oleh bekas anggota TUDM.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan semasa menjalani latihan selama sebulan, semua anggota pasukan aerobatik itu tabah dan cekal. Mereka berasa puas apabila berjaya menghiburkan penonton.

"Menjalani latihan untuk pertunjukan LIMA adalah sebahagian latihan rutin yang kami lakukan setiap hari bagi melindungi ruang angkasa negara daripada ceroboh.

"Semangat yang tinggi, cekal, tabah dan komitmen 'hati kering' adalah rumusan untuk menjadi ahli aerobatik udara ataupun menjadi juruterbang pesawat pejuang yang berjaya,'' ujar Kamalruzaman.

Semangat kental dan pengalaman yang ditunjukkan oleh Kamalruzaman dan Mohamad Asghar Khan yang telah mencecah usia 40-an menjadi pendorong kepada rakan-rakan mereka yang lain. Biasanya, orang pada usia tersebut dikatakan tidak lagi sesuai untuk menerbangkan jet berprestasi tinggi seperti MiG-29N.

Menurut Kamarulzaman, aksi aerobatik yang dipamerkan ialah formasi taktikal.

Orang ramai di Pulau Langkawi mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa keluarga menyaksikan pertunjukan udara Lima '05 baru-baru ini.

Pekarangan Rumah Kakitangan Malaysia Airport Berhad (MAB) dan sepanjang jalan tar mini menghala ke Kampung Bohor Chempedak sesak dengan pengunjung seawal pukul 8 pagi walaupun pertunjukan udara hanya bermula pukul 10 pagi.

Antara pesawat yang mengadakan pertunjukan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi termasuk dua buah helikopter Agusta 139 dan Tiger, jet pejuang Hornet F/A-18D serta persembahan aerobatik membabitkan tujuh pesawat MiG-29 Fulcrums pasukan Tedung Selar TUDM.

Ketika ini, TUDM memiliki 16 buah pesawat pejuang MiG-29N Fulcrum dan penyelenggaraannya dibuat di hangar ATSC di Kuantan.

Wakil MiG Corp. ke Malaysia dan Indonesia, Andrey Marshankin berkata, langkah menubuhkan sebuah pusat yang memberi perkhidmatan kepada dua jenis pesawat berbanding satu saja boleh mengurangkan kos serta meningkatkan keuntungan.

Tidak munasabah untuk menubuhkan pusat perkhidmatan berasingan bagi pesawat yang berlainan. Memandangkan SU-30MKM juga adalah produk Rusia, maka lebih baik kami mempunyai satu pusat saja berbanding dua," katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.

[ Last edited by insignia at 14-12-2005 03:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 11:05 AM | Show all posts
Gunman killed, policeman hurt during struggle

KUANTAN, PAHANG, Wed.

A policeman was injured and an armed car theft suspect killed at Taman Air Putih here today.
In the 4.15pm incident, the suspect Moo Kok Hong, 29, who was seated in a car had attempted to draw a Smith and Wesson pistol from its holster when Lance Cpl Ahmad Yani Nordin, 40, pounced on him.
During the struggle Ahmad Yani was bitten on the ear and nose and was shot in the thigh before his partner Constable Mohd Fazlyzad Mohd Kamal, 20, opened fire at Moo.
Three bullets hit Moo on his leg, abdomen and head, killing him on the spot.
State police chief Datuk Ramli Yusuff said police are trying to ascertain whether the bullets came from Moo’s pistol or Fazlyzad's.
Police detained a 36-year- old believed to be Moo’s friend.
He said the two plain clothed policemen were on their rounds when they saw Moo inside a Proton Wira Aeroback parked at Lorong Galing 2.
When they identified themselves, Moo called his friend and as the policemen were questioning them, Ahmad Yani noticed Moo going for his gun and a struggle ensued.
Ramli said police found tools in the car, believed to have been used by the suspect to steal vehicles.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 12:53 PM | Show all posts
Image of police under scrutiny

Last week at the Dewan Rakyat: BY IZATUN SHARI

MPS were still caught up over the controversial video clip featuring a naked woman doing ear squats while in police custody – this time they debated at length about whether the force's image had been tainted.

Barisan Nasional and opposition MPs traded barbs over how the video clip had affected the police image, and also how the issue was handled.

However, PAS MPs were not involved in the debate as they had a more pressing matter to attend to. Hardly any PAS MPs could be seen in Parliament last week as they were probably busy with the Pengkalan Pasir by-election.

On Monday, Opposition Leader Lim Kit Siang moved a motion to cut the salary of Deputy Internal Security Minister Datuk Noh Omar by RM10 for making a statement the previous week that foreigners could “go back to their countries” if they felt that Malaysian police were cruel.

On the same day, Teresa Kok (DAP – Seputeh) tabled another motion calling for the Inspector-General of Police’s salary to be cut also by RM10.

A number of Barisan MPs objected to the motions and hit back at DAP for blowing the issue up and affecting relations between Malaysia and China.

Ahmad Shaberry Cheek (BN – Kemaman) questioned Lim's real intention calling for Noh's salary cut.

He said DAP not only wanted shame and to tarnish the credibility of the ministry, which oversaw the police, but also the Prime Minister who is the Internal Security Minister.

“It is a non-issue. The Prime Minister has reprimanded the deputy minister and he has apologised for his mistake. If Barisan MPs were to move a motion to cut his salary, it could be approved any time. But we do not abuse our power of being in the majority.”

He also told Lim that it was easy for the opposition to look for flaws of the police but it should not deny that the Royal Malaysian Police had done a good job ensuring peace and security in the country.

Datuk Mohamed Aziz (BN – Sri Gading) also questioned whether the opposition party appreciated the contributions by the force.

Noh later apologised for his statement in the House during the winding-up of the debate on the motion, adding that DAP should thank the Prime Minister for making efforts to bring about reform in the force, including setting up an independent commission to investigate the video clip issue.

Liow Tiong Lai (BN – Bentong) proposed that regulations concerning police lock-up procedures be adhered to and that police personnel be supervised strictly to prevent wrongdoings.

He also suggested that the standard operating procedure be made public to ensure transparency.

While both motions were rejected after a vote, MPs from both sides of the political divide had one thing in common. They all agreed that the country needed a police force which was professional, efficient, disciplined and responsible and the black sheep be removed.

The week also saw the conduct of MPs under scrutiny again.

In two separate incidents, MPs used the words katak (frog) and monyet (monkey) during heated exchanges.

On Monday, some MPs likened Lim's behaviour to a frog during the debate on the motion to cut Noh's salary.

Ahmad Shaberry and Datuk Badarudin Amiruldin (BN – Jerai) criticised Lim saying he was jumping like a frog when he interrupted and reacted angrily when Ahmad Shaberry defended Noh.

They got away with it as none of the MPs objected to the use of the word.

However, on Wednesday, deputy Dewan Rakyat speaker Datuk Lim Si Cheng made a ruling asking MPs to stop using derogatory words once and for all.

He reprimanded Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk M. Kayveas for insinuating that M. Kulasegaran (DAP – Ipoh Barat) was acting like a monkey when they were arguing during the debate on the Judges' Remuneration (Amendment) Bill 2005.

Two weeks ago, Kayveas had called Lim and Fong Po Kuan (DAP – Batu Gajah) “monkey” and later withdrew his statement after Speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib directed him to do so.

The Dewan Rakyat adjourned sine die last Thursday after sitting for 41 days.

[ Last edited by insignia at 19-12-2005 01:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2005 03:38 PM | Show all posts

Police Museum

Saturday, March 22, 2003

Story and pictures by LIZ PRICE
THERE is a surprising number of small museums tucked away in nooks and crannies around Kuala Lumpur that many people don抰 know about. One of these is the Royal Malaysian Police Museum at Jalan Perdana, between the National Mosque and Lake Gardens.  

I must admit I didn抰 know of its existence until some visitors from England drew my attention to it 枛 they had been walking up to Lake Gardens and saw a plane exhibited outside the museum 枛 so I decided to investigate.  

  

An armoured personal carrier used by the Jungle Squad in the 1950s.
The Police Museum is one of KL抯 least known attractions, but deserves better publicity. It was opened in 1961 and displays several thousand items pertaining to crime and crime prevention, artefacts and documents. It is a very interesting collection of everything to do with the Malaysian Police, from the sultanate through to the modern day, describing events and displaying the memorabilia.  

It is also a good place for people to brush up on their history. History is generally not a popular subject, especially when people are looking forward, so this museum serves as a gentle reminder of the last 500 years in Malaysia as seen from the perspective of law enforcement.  

Did you know, for instance, there were such things as pornographic handkerchiefs? I kid you not. These items were confiscated from the Communists in the 1950s. At a glance, they resembled normal handkerchiefs with an innocent scene, but if folded appropriately, a pornographic picture is revealed. Needless to say the museum didn抰 display the folded version of the picture.  

The museum is divided into three galleries, in chronological order, with arrows showing the route to be taken. All displays are labelled in Bahasa Malaysia and English.  

The first exhibit begins with uniforms of the police and the guards. Interestingly, shorts were common attire for policemen in the colonial days. As you step into the first gallery, Gal-lery A, you are taken back to the Malacca Malay Sultanate, circa 1400-1511.  

This segment is dominated by a bronze-coloured statue of the Temenggung. Temenggung means 揼reat shield,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2005 04:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 19-12-2005 03:38 PM
Saturday, March 22, 2003

Story and pictures by LIZ PRICE
THERE is a surprising number of small museums tucked away in nooks and crannies around Kuala Lumpur that many people don抰 know about.  ...


Interesting vehicle u got there yipun:

http://www.mapleleafup.org/vehicles/cmparmour/c15ta.html
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 10:26 AM | Show all posts


sape perasan perkuburan nih, kat mana sebenar nyer, kalau di ikutkan darimana gambao nih aku cilok, ianya berkaitan dgn askar australia ketika perang vietnam.....
kek sini haaaa...
http://cafe3.ktdom.com/vietvet/technote/main.cgi?board=englishp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 12:24 PM | Show all posts
battleship, Aussies who were killed during the early part of the Vietnam War were buried in Malaysia and Singapore:

http://www.anzacday.org.au/education/tff/dead.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053535 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list