CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH [HKLBR]

  [Copy link]
Post time 14-12-2010 03:18 PM | Show all posts


Middle Of The Road - Soley, Soley (1971)

Lagu yg Abi & Usop nyanyi masa makan megi 

Oooooooooooo soley soleyyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 04:54 PM | Show all posts
enjet enjet semuttt...sape sakit naik atassss...huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 09:43 PM | Show all posts
lawak tengok masing2 lari 100m pecut
hahaah muka pak zami
muka awie
muka johan

sampailah pak zami kesampukan pung
masih lagi aksi lari 100m


hahahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by tai_digidestany at 15-12-2010 01:46

Pada hari Ahad yang lepas, saya telah pergi menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Ini merupakan filem Melayu kedua yang saya tonton di pawagam selepas filem Ngangkung pada tahun ini.
Filem ini merupakan rentetan daripada filem Zombie Kampung Pisang yang diarahkan oleh pengarah yang sama kira-kira dua tahun dahulu.
HKLBR ini diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid yang terkenal dengan filem yang diolah kelihatan bersahaja akan tetapi disertai dengan mesej-mesej kritikan terhadap sosiologi budaya, kepercayaan, pemahaman dan budaya orang Malaysia itu sendiri yang diparapkan (embedded) di dalam filem tersebut
Melalui tulisan pasca-tonton ini, saya akan cuba untuk memberikan maksud-maksud mesej yang ingin disampaikan oleh Mamat Khalid kepada penonton kerana bagi pendapat saya, kebanyakan para penonton yang telah menonton filem ini belum memahami sepenuhnya apa yang ingin dibawa dan diutarakan oleh pengarah terbabit.
AMARAN : TULISAN INI AKAN MEMBERI BABAK-BABAK ‘BOCOR’ (SPOILER) BAGI FILEM HKLBR.
Babak 1:
Para pelajar yang ditangkap merokok telah ditewaskan oleh guru lelaki mereka walaupun mereka bertukar menjadi zombie. Pada bahagian kredit telah menyatakan babak ini telah dihasilkan menggunakan duit PTPTN.Pengajaran:
Kebanyakan para pelajar kini telah menjadi semakin memberontak dan disebabkan oleh tekanan perasaan daripada kawan-kawan disekeliling mereka.
Mamat Khalid juga mempersoalkan para pelajar tentang pengurusan kewangan mereka yang tidak sistematik kerana menggunakan duit PTPTN untuk perkara yang tidak berfaedah.
Babak 2:
Pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga kawasan tapak pembinaan sanggup membawa kerusi ke pondok dengan mengelilingi pondok tersebut daripada membongkok atau menerusi atas palang penghadang kenderaan. Pengawal itu juga lari daripada tapak pembinaan apabila melihat sesuatu perkara yang pelik berlaku dan pada akhir filem, ia telah dijelaskan oleh kren-kren yang digunakan bagi aktiviti pembinaan waktu malam.
Pengajaran:
Kebanyakan orang sekarang suka menggunakan jalan yang senang untuk mengecapi kemenangan, objektif atau sasaran daripada bersusah-susah dahulu.
Mamat Khalid juga menegur sikap kita yang terlalu suka membuat sesuatu andaian tanpa memeriksa sumber-sumber atau mengenalpasti kebenaran disebalik sesuatu peristiwa.
Babak 3 :
Ini mengenai watak Usup yang mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kakinya setelah digilis oleh kenderaan pembajak sawah yang dibawa oleh Purnama yang pada ketika itu sedang berSMS dan bersembang di telefon tanpa memberikan sebarang perhatian ke hadapan.
Babak ini juga menunjukkan Usup menggunakan kerusi roda yang disediakan oleh pihak kerajaan (logo “HAK KERAJAAN” tertera di belakang kerusi roda) untuk memudakannya bergerak ke sana dan ke mari. Akan tetapi, ketika Usup dikejar oleh ‘hantu’ Kak Limah, beliau dapat berlari menyelamatkan diri dengan berlari sambil membawa kerusi roda tersebut.
Pengajaran :
Sememangnya babak ini menjurus kepada para pemandu Malaysia yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit atas apa alasan sekalipun dek kerana kealpaan dan kelalaian mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemandu berhemah di jalanraya.Mentaliti orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang selalunya mengharapkan subsidi daripada kerajaan untuk apa sahaja aktiviti tanpa perlu berpenat lelah telah digambarkan dengan jayanya oleh Mamat Khalid.
Akan tetapi, jika bangsa Melayu diancam oleh anasir-anasir yang tidak senang akan kedudukan mereka, orang-orang Melayu akan bangkit daripada tidur yang amat lena selama ini demi kelangsungan survival Melayu di bumi Malaysia ini.
Babak 4:
Husin yang merasa tidak senang dengan tempat tidurnya menjengah ke bawah katil kerana takut ada sesuatu di bawahnya sedangkan ‘hantu’ Kak Limah sudah sedia menanti di sebelah katil.
Pengajaran:
Orang kita mudah takut dan berasa was-was kepada ancaman-ancaman daripada luar sedangkan ancaman di dalam negara itu sendirilah yang akan merosakkan negara itu sendiri ; rasuah misalnya.
Babak 5 :
Bomoh daripada Bentan, Indonesia yang mengaku mempunyai ilmu kesaktian yang tinggi di hadapan para penduduk tempatan tidak berjaya untuk menewaskan ‘hantu’ Kak Limah dan akhirnya mengalami sampuk.
Pengajaran:
Secara terang-terangan pengarah ingin mengutarakan isu rakyat negara Indonesia yang mengaku memiliki segalanya apa yang Malaysia curi daripada mereka selama ini; contohnya adalah Kain Batik. Apabila kita menjawab, mereka menjadi semakin ‘paranoia’ yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri yang tidak berhasil apabila kita tidak melayan sebarang provokasi oleh mereka.
Babak 6:
Bomoh daripada Kelantan cuba menewaskan ‘hantu’ Kak Limah dan telah beberapa kali salah memanggil hantu sehinggakan hantu kopek dan Nang Nak muncul.
Beliau juga meratib “belawok..belawok..belawok…” sementelah orang-orang kampong menunggu di belakang beliau.
Pengajaran:
Mamat Khalid sekali lagi terang-terangan cuba mengacah filem Ngangkung yang kebetulan mempunyai pelakon bomoh Siam yang sama kerana sebelum itu, pelakon telah melakonkan watak bomoh yang sama dalam filem Ngangkung.
Walaupun ditelan arus pemodenan, akan tetapi mentaliti rakyat Malaysia masih lagi mempercayai benda-benda yang berusurkan mistik dan mudah mempercayai bomoh-bomoh daripada doktor-doktor yang bertauliah.
Berapa banyak kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis apabila terdapat kes bomoh merogol pesakitnya?
Orang sebegini mudah ditipu asakan ditunjukkan ‘kuasa-kuasa’ sakti oleh bomoh tersebut tanpa mengetahui sekiranya bomoh tersebut menipu.
Bagi maklumat anda, “belawok” dalam bahasa Kelantan bermaksud “tipu/menipu”.
Babak 7:
Pada babak ketiga terakhir dalam HKLBR, ketika Hussin bertemu dengan Nin di belakang warung Pak Jabir; kalau anda perasan terdapat orang yang menjala di atas jeti menggunakan jala berwarna kuning. Ini kerana pada babak ini, Nin ingin memberitahu sesuatu kepada Hussin yang dia hanyalah jelmaan yang hanya boleh dilihat oleh Husin; bagi rekod, bomoh Siam juga boleh melihat Nin; akan tetapi dihalang kerana Pak Jabir memanggil Husin untuk bersama dengannya. Bomoh Siam juga mengatakan “Kalau depa ingat kat dia, dia juga ingat kat depa” kepada Awie ketika di warung dan juga di kubur Nin.
Pengajaran:
Seperti mana yang kita tahu, warna kuning merujuk kepada metafora alam mistik; misalnya keris lama dibalut dengan kain kuning ; yang kita memang tidak boleh menyangkal langsung kewujudannya atas dasar salah satu daripada Rukun Iman iaitu “…mempercayai benda-benda ghaib”.
Dialog yang di utarakan oleh bomoh Siam itu adalah sebagai peringatan kepada kita supaya jangan sesekali melupakan kewujudan makhluk-makhluk dan alam ghaib ini.
Diharapkan dengan sedikit-sebanyak daripada penjelasan daripada tulisan ini boleh membantu anda memahami apakah mesej-mesej tersirat yang dibawakan oleh Mamat Khalid melalui filemnya.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi mesej-mesej yang tersirat di dalam filem itu dan saya cuma menyampaian apa yang yang perhati dan fahami.
Filem HKLBR merupakan satu filem yang bagus dari Mamat Khalid dan saya memang mengesyorkan filem ini sebagai ‘Wajib Tonton’ kepada seluruh pembaca; cuma sila setkan mentalityianda kepada mood relaks dan memahami mesej kritikan sosial masyarakat yang diutarakan dalam filem ini dan anda akan mengalami kepuasaan maksimum apabila menontonnya kelak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:39 AM | Show all posts
dh tgk cite ni mmg best sgt especially part johan duk dlm toilet n ms johan n usop nyanyi sblm mkn magi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:41 AM | Show all posts
wow.. aku pun x terpikir smpai mcm tu maksud tersirat citer ni..

nice nice.. kalo la ade button "LIKE".. dah lame aku like..hahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2010 11:53 AM | Show all posts
Reply 184# tai_digidestany


   gigihnya ko mengkaji secara terperinci...sedangkan kebayakkan y menonton hanya nak lepaskan stress bergelak ketawa...
bagus la usaha ko nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 11:58 AM | Show all posts
Pada hari Ahad yang lepas, saya telah pergi menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Ini  ...
tai_digidestany Post at 15-12-2010 01:35



    w/pun aku tak tgk lagi movie ni but i loikkkkkkkkkkkkkkkeee ur CSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 11:58 AM | Show all posts
Reply 174# HaMiZiE


   habang mijie...syik dh tgk Narnia...syik masuk lambat dlm 10 minit..tgk2 part dorg dh masuk dlm lukisan tu..pastu part klimaks masa dorg kt meja mkn ..syik tertido, terjaga masa naga kena tikam....sian kan...
pastu tgk aku tak bodoh...cete dia lebih pd cete famili..leh nangis lak part hujung2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 12:00 PM | Show all posts
Reply 183# Syd


   hahaha..aku puling suka part nie..gelak terkekeh2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:57 PM | Show all posts
best ek? aku jarang tgk cite melayu kat panggung. kalo korang boleh gerenti best, aku nak pegi tgok la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 02:37 PM | Show all posts
Ahkak pun nak tekan butang "like" jugaklah kat hasil kajian forummer tai_digi tu. Bagus..bagus... Gigih betul mengkaji.

Tapi tetiba teringat scene pak guard yg jaga construction site tu. Kelakar betul bila dia mcm nak cabut lari dan tak tentu arah masa kena gangguan tu tapi masih lagi pegang thermos air dia tak lepas2....lawakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 03:26 PM | Show all posts
LIST PANGGUNG YG TAYANG HKLBR
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 03:46 PM | Show all posts
tp bg zaraa...hantu/karektori(makeup) hantu dlm zombie kampung pisang sikit pun tak menyeramkan..........mcm hantu jepun ada lar....mmg tak menyeramkan..seseram hantu2 citer siam la...apapun mungkin dia nak tonjolkan 'kelakar' tu yg byk, dri unsur2..keseraman...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 04:42 PM | Show all posts
dah layan jugak...memang best asik gelak jer...memang diakui mamat khalid sindir secara tak langsung...kena pikir mendalam sikit tp kebanyakkan kita tak perasan sbb tgk pun hanya nak lepaskan tension jer....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 04:51 PM | Show all posts
ada satu sindiran yg kritikal...  "org tua negara jiran yg sebuk nk mengajar cara kite mentdbir negara"  .. hehehee   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 05:47 PM | Show all posts
Hantu Kak Limah Balik Rumah
KOMEDI / SERAM / MISTERI        1.42 juta        09.12.2010        1.75 juta *        39

*Kutipan terkini sehingga 15 Disember 2010

Sumber FINAS

'Jumlah panggung sikit saja 39'
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 06:09 PM | Show all posts
ni yg gigih nak menonton nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:30 PM | Show all posts
Reply 189# Syik_Gojet

uwaa...awat leh jadi cam tue time nengok wayang....
sedey habe mijie mendengar kisah syik nonton 2 movie ni...
next time, harap syik nonton movie ni duhujung minggu yaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:45 PM | Show all posts
adeeh, mcm besh, lama nya baru boleh tengok movie nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076788 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list