|
Mercu tanda baru Shah Alam
| Pusat Konvensyen SACC atau SACC Convec kini menjadi satu mercu tanda baru di Shah Alam.
|
SHAH ALAM 11 Ogos - Satu lagi mercu tanda bandar raya Shah Alam iaitu Pusat Konvensyen SACC mula dibuka kepada orang ramai.
Pusat konvensyen yang pertama dibina di Selangor itu berkeluasan 19,417 meter persegi atau 209,000 kaki persegi dan boleh memuatkan sehingga 30,000 orang.
Mula dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 2008, pusat konvensyen berharga RM48 juta itu siap sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, ruang utama pusat konvensyen itu sahaja berkeluasan 2,192.5 meter persegi (23,600 kaki persegi) dan boleh memuatkan lebih 2,000 tempat duduk.
Beliau berkata, ia juga mempunyai empat bilik seminar di tingkat satu dan empat lagi di tingkat dua dengan saiz antara 69 hingga 133 meter persegi.
"Banyak kemudahan yang ditawarkan seperti Internet tanpa wayar atau WiFi yang pantas secara percuma, kawasan rehat di luar bangunan, kafe serta restoran.
"Selain itu, kawasan ini juga dilengkapi klinik yang beroperasi 24 jam," kata beliau pada majlis prapelancaran Pusat Konvensyen SACC di sini semalam.
Menurut beliau, lokasi pusat konvensyen itu juga sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam serta berhampiran dengan pintu masuk pusat beli-belah SACC dan laluan keluar masuk yang mudah.
Jalan keluar masuknya sangat mudah untuk ke Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP).
Jelas Othman, reka bentuk pusat konvensyen itu juga sangat menarik apabila mengetengahkan konsep kontemporari terbuka dan mengambil bunga orkid sebagai logo.
Ujarnya lagi, untuk permulaan, mereka akan mengadakan bufet berbuka puasa yang boleh memuatkan 2,000 tetamu setiap hari pada Ramadan ini.
" Pusat konvensyen ini juga akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengadakan Rumah Terbuka Selangor pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri nanti dan kira-kira seramai 30,000 rakyat dijangka hadir," katanya.
buka posa nanti... harus aku book kat sini... nak rasa gak camner.... hah!! bley buat majlis kawen gak ni, ekkkk.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|