CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4732|Reply: 24

Fatimah- Gadis Desa Srikandi Bangsa

[Copy link]
Post time 14-8-2009 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Di Sebalik Kelembutan Beliau,
Wujud Kehebatan Semangat Yang Gigih, Kental Dan Berani.

Beliau seorang anak gadis desa yang terpaksa mengorbankan zaman kanak- kanaknya demi kesejahteraan keluarga tercinta.

Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang- bidang yang melibatkan pencapaian wanita buat pertama kalinya.
Dalam era di mana kemajuan wanita sangat terhad dan terbatas, beliau berjaya merentasi jurang perbezaan dan sekali gus telah mengangkat martabat kaum wanita di mata masyarakat.Keberanian beliau pula amat dikagumi dan sukar dicari ganti.

Asam garam kehidupan beliau telah menjadikan beliau seorang wanita yang cekal yang harus dicontohi oleh semua anak bangsa daripada semua lapisan masyarakat.

Aku berbangga menjadi salah seorang yang rapat dengan beliau dan keluarga beliau walaupun aku hanya seorang pekerja beliau.

Beliau adalah Yang Berbahagia Datuk Datin Paduka Hajjah Fatimah Binti Hajo Abdul Majid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2009 10:06 PM | Show all posts
Beliau pernah menjadi ahli dalam Pergerakan Melayu Semenanjung Johor.
Yang kemudiannya di kenali sebagai "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)"
Menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita(UMNO),Cawangan Bandar di Johor Bahru.
Menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar di Johor Bahru.
Menjadi Ketua Pergerakan UMNO Cawangan Johor Bahru.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.
Ahli Majlis Bandaran Johor Bahru.
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru.
Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.
Ahli Jawatankuasa  Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Badan Perhubungan Wanita UMNO negeri Johor.
Naib Ketua Badan Perhub8ngan UMNO Negeri Johor.
Ketua UMNO Cawangan Bandar di Johor Bahru.
Menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah Wanita di Johor Bahru.
Ahli Dewan Rakyat Malaysia.
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:13 PM | Show all posts
kat mana nak beli buku nie ek?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 10:16 PM | Show all posts
Dalam Bidang Sosial dan Kebajikan, beliau pernah menyandang jawatan:
Pengerusi Pertubuhan Wanita Desa Antarabangsa Muar.
Nursing Officer dalam St. John Ambulance.
Pengerusi Perkumpulan Perempuan Daerah Johor Bahru.
Naib Pengerusi Perkumpulan Perempuan Johor.
Ahli Jawatankuasa Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia.
Naib Pengerusi Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia.
Timbalan Pengerusi Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia.
Pengerusi PERKIM Wanita Cawangan Johor.
Ahli Jawatankuasa Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
Pengerusi Sekolah Taman Kanak- kanak Johor Bahru.
Pengerusi Kolej Tengku Kurshiah Seremban.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengguna Peringkat Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat Tabung Haji.
Ahli Jawatankuasa Rumah Kanak- kanak cacat ,Johor Bahru.
Ahli Pengarah Lembaga Lada Hitam.
Ahli Pengarah Lembaga Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:16 PM | Show all posts
foto: utusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2009 10:19 PM | Show all posts
Beliau juga menerima anugerah:
Tokoh Wanita Umno di peringkat nasional dan negeri.
Tokoh Kepimpinan Perkumpulan Perempuan (WI) di peringkat Malaysia dan negeri.
Tokoh Wanita MAWAR.
Tokoh PERKIM.
Tokoh PESARA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 10:26 PM | Show all posts
Beliau telah di perkenankan anugerah:
Pingat P.I.S (Pingat Sultan Ibrahim) daripada DYMM Sultan Johor.
Anugerah JMN (Jasa Mangku Negara) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Bintang D.S.I.J (Darjah Sultan Ismail Johor) daripada DYMM Sultan Johor.(membawa gelaran Dato')
Anugerah J.P (Justice of Peace) daripada DYMM Sultan Johor.
Bintang PJN (Panglima Jasa Negara) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.(membawa gelaran 'Datuk')
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 10:27 PM | Show all posts
Datin nie may be kenalan arwah nenek kite coz nenek kite dulu sama2 tubuhkan Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:42 PM | Show all posts
8# rdzaccess
no wonder lah sekarang boleh panggil Datuk Fatimah..
coz she recieved P.J.N. from Agong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 10:45 PM | Show all posts
Buku biografi beliau telah dilancarkan semalam 13hb Ogos, 2009 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor.
Buat pengetahuan korang, aku bukan warga Johor dan baru semalam baru aku tahu sape Boss aku..
Dah lah tu, aku tak familiar ngan Bandar Johor Bahru.Pastu mereka yang menumpang pergi ke hotel tu bawa aku ikut jalan lain dan balik jalan lain.
Dah tu pulak ada lak jalan yang tutup sebab pembinaan lebuhraya.
Bila bawa boss balik ke rumah dia, aku belasah jer memandu sampai las- las
boss aku kata"Eh, awak nak ke mana niiii...rumah belah kanan ni jer.."
"Maaf YB,saya tahu tapi saya nak ambik side, jalan masuk tu kecik" aku cover sikit.
sebab aku dah pening, tak tau jalan ke arah maner.
Akhirnya sampai jugak. Kira okaylah jugak agakkan aku....


Kalau korang nak biografi tu boleh PM aku.
Samada korang nak signature YB atau tak beritahulah.
Ni sejarah ni....Aku allocation ada 5 buku jer.
Tang harga buku tu nanti aku tanya YB..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:53 PM | Show all posts
11# rdzaccess
ok dah pm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 11:20 PM | Show all posts
Salaam.
Saya dah baca P.M.
Esok saya beri jawapan tang harganya(termasuk belanja pos).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2009 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 15-8-2009 00:10

[img]URL=http://img14.imageshack.us/i/img0134af.jpg/][/URL][/img]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2009 12:05 AM | Show all posts
[img][url=http://img14.imageshack.us/i/img0134af.jpg/][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 11:05 AM | Show all posts
buku nie ada dlm jawi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2009 02:11 AM | Show all posts
Salaam.
Buku ini ada dijual di semua kedai buku MPH.
Mereka dah dapat exclusive rights untuk menjualnya..
Oleh itu, bolehlah beli di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 03:18 PM | Show all posts
Salaam.
Buku ini ada dijual di semua kedai buku MPH.
Mereka dah dapat exclusive rights untuk menjualnya..
Oleh itu, bolehlah beli di sana.
rdzaccess Post at 16-8-2009 02:11

tahu tak harga bukunya berapa RM?
lg 1 nak tanye, dlm buku tu ada gambar2 juga ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:29 AM | Show all posts
Buku ini berkulit keras dan bermukasurat sebanyak 270 dengan kertas bermutu tinggi.
Terdapat gambar- gambar peribadi lama, keratan akhbar- akhbar (jawi) dan juga gambar terkini.
Jika dibaca, memang ada perjuangan UMNO yang tulen tapi bukan BN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 12:50 AM | Show all posts
Kata- kata Yang Berhormat Datuk Fatimah sebagai pesanan kepada semua.
Ditujukan kepada anak- anak bangsa yang menjadi pelapis dan pelopor kepada perjuangan di hari ini.

1. Kejayaan yang saya lalui sekarang bukan untuk diri sendiri, tetapi adalahkejayaan keluarga, terutaman ibubapa, suami, anak- anak, menantu, cucu- cucu dan cicit- cicit.

2. Ceburilah diri dalam apa-apa persatuan supaya menjadikan kita bertambah matang., berkongsi pengalaman, kepusan hidup dan akan menjadikan fikiran kita lebih segar.

3. Negara akan maju jika sepakat, bersatu- padu, tolong- menolong, bantu- membantu di antara satu sama lain, maka terlaksanalah sifat penyayang di dalam masyarakat. majmuk ini.

4. Kita harus belajar dari sejarah kepimpinan Saiyidina Abu Bakar As- Siddiq, iaitu " Kalau saya betul ikutlah saya, kalau saya tidak betul tunjukkan kepada saya."

5. Sentiasa mengilhamkan beberapa buah fikiran supaya dapat dicernakan menjadi program dan strtegi pembangunan masyarakat. Rangka pelbagai rancangan, laksanakan dan jangan bertangguh- tangguh untuk melaksanakannya.

6. cari aktiviti- aktiviti yang boleh memuaskan hati dan dapat membahagiakan kita, keluarga dan masyarakat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091738 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list