|
Post Last Edit by Syd at 20-8-2009 09:12
Taman asmara
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
PASANGAN yang asyik memadu kasih di City Park tanpa menghiraukan orang ramai menjejaskan keselesaan pengunjung untuk beriadah.
|
Pengunjung mual lihat aksi sumbang pasangan kekasih
SEREMBAN: Alam percintaan memang mengasyikkan kepada pasangan yang tengah hangat bercinta, terutama golongan remaja hingga ada dikalangan mereka tanpa segan silu berasmara secara terbuka di tempat awam.
Mereka menganggap perbuatan bercumbu dan berpelukan yangbertentangan dengan prinsip dan pegangan agama Islam itu sebagai rasacinta serta kasih sayang sejati kepada pasangan masing-masing.
Antara tempat awam paling popular di negeri ini untuk melihat pasangan kekasih bermadu asmara dan melakonkan adegan berahi ialah di Taman Tasik Seremban dan City Park, Seremban 2.
Tinjauan mendapati sebahagian pasangan berusia antara 18 hingga 30-an, termasuk pelajar sekolah tanpa malu menayangkan aksi ghairah mereka kepada orang ramai hingga memualkan pengunjung yang beriadah dan bersiar-siar di taman berkenaan.
Paling menyedihkan dan memalukan, ramai antara gadis yang bercumbu dan berpelukan dengan teman lelaki masing-masing adalah bertudung.
Pengawal keselamatan City Park, Mohd Abu Bakar, 54, mengakui taman itu sering menjadi tempat pasangan kekasih memadu asmara, terutama waktu tengah hari dan Maghrib kerana waktu itu pengunjungnya tidak ramai.
"Sejak lapan bulan bertugas di sini, pelbagai gelagat dan ragam terpaksa saya hadapi, terutama pasangan kekasih yang tanpa segan silu berasmara tanpa mengira taman ini adalah tempat awam.
"Apa yang menyedihkan ialah apabila ditegur, saya pula dimarahi kerana mengganggu 'urusan' mereka. Jadi, saya hanya memberi nasihat dan jika mereka berdegil, saya terpaksa menghalau mereka keluar dari taman ini," katanya.
Mohd berkata, antara lokasi yang menjadi kegemaran pasangan kekasih memadu asmara di taman itu ialah di wakaf yang dibina dan dibelakang pokok kerana ia agak terlindung daripada pandangan orang ramai.
"Berbaring atas riba teman wanita dan berpelukan antara satu sama lain adalah perbuatan biasa yang saya lihat. Malah, tidak kurang juga yang menjadikan tempat meletak kereta sebagai tempat memadu asmara,"katanya.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan(JHEAINS) mengakui kedua-dua taman berkenaan menjadi lokasi popularkepada pasangan kekasih untuk bercumbuan bagi melepaskan rindumasing-masing.
"Biasanya kami memberi nasihat kepada pasangan masing-masing agar tidak mengulangi perbuatan sama dan jika dapati ada kes agak berat, tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah Neger iSembilan 1992 akan diambil.
"Bagi memastikan perlakuan sumbang itu tidak berleluasa dan dibendung, JHEAINS sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kedua-dua taman berkenaan dan tempat lain," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa bersikap tegas terhadap anak-anak, terutama anak gadis mereka bagi mengelakkan mereka tidak terjebak dalam kancah maksiat.
Orang ramai yang ditemui di kedua-dua taman juga jelas tidak menyembunyikan perasaan marah dan malu terhadap pelakuan sumbang pasangan muda, terutama yang beragama Islam di tempat awam.
Sani Sudin, 48, berkata pasangan kekasih, terutama remajatidak harus melakukan perbuatan sumbang di khalayak kerana ia bukan saja memalukan keluarga malah berdosa di sisi agama.
"Bercinta memang tidak salah, tetapi ia bukan alasan untuk pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. Di mana mereka meletakkan maruah diri dan lebih menyedihkan apabila ada antara mereka ialah Melayu Islam," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
habislah pakcik nih..
kena pukul ngan kaki dating kat situ he4.. |
|
|
|
|
|
|
|
pokok dek kau la jang, daro...
dah bosa panjang... pikir la elok baek eh. |
|
|
|
|
|
|
|
byk income kaki skodeng nanti... boleh buat 3gp |
|
|
|
|
|
|
|
dr dulu laei taman tasik ni jd tompek org lopeh nafsu..
den ingat laei selalu poei joging ngan member mesti jmp blk pokok ko somak ko org beromen..
mmg jg mangso carut la dgn kita org..
agak he kok ado la hp kamera zaman dulu dah kayo den buek 3gp ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
maso dok hostel dulu,
taman tasek nih salah satu tompek yang diharamkan
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
den tak ponah poie city park ni..katne eh tompek nyo?nak jugok den skodeng... |
|
|
|
|
|
|
|
Poca penah bawak anak murid jogging kat city park nih waktu pagi. Jumpa ah ngan minah bertudung nih dok gaduh2 ngan boifren kat wakaf tuh. Tp lepas diskodeng banyak kali rupanyer bf tuh pengkid rupanyer..Tp lepas gaduh duk peluk2 plak...choyyy sungguh.
Tak sesuai untuk tontonan murid bawah umur...Mintakla orang pejabat agama tangkap jek diorang nie. Mencemar alam sekitar.. |
|
|
|
|
|
|
|
9# rojakmee
dorang proaktif,
lum mimpi dorang taining dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kot dah duo2 tino..ado ko mimpi eh |
|
|
|
|
|
|
|
umbankan yo lam tasik tu..bosa2 ikan eh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|