CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3418|Reply: 61

UMNO terengganu terus bergolak

[Copy link]
Post time 29-8-2009 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Jumaat Ogos 28, 2009


Najib: "Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu



Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB






KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan
pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika
diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi
beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Terbaru, laporan sebuah portal turut menyatakan sembilan wakil rakyat Umno negeri itu bercadang
meninggalkan parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh salah seorang ADUN, Datuk Rosol Wahid.
----------------------------------------------------------------------------------------




di tv dan di paper bukan main lagi umno cakap bab
unity, tapi  dlm umno sendiri tidak bersatu ....bergolak dan continue bergolak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 10:03 AM | Show all posts
dalam dok kata2 PR nak berpecah kehulu, berpecah kehilir... tgk sebenar PR makin kuat jerkk.. umngok yg tunggu masa nak meletup... hari2 bergaduh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:14 AM | Show all posts
pecah belah dalam parti umno sendiri sangat ketara.  betoi tak umngok      
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:19 AM | Show all posts
tp klu brgaduh diorg nie mana nak diperbesarkn sgt... klu PAS ngan DAP tu mau hari2 masuk utusan meloya ngan tv3suku
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 11:35 AM | Show all posts
Najib: "Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu

first glance aku baca...Najib: "Kita berusaha TENGGELAMKAN Umno Terengganu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2009 11:40 AM | Show all posts
PKR takyah terimalah depa2 nih...menyusahkan diri saja nanti...jgn sbb tamak menda yg jangkapendek, menda yg jangkapanjang jadi caca merba sbb main hentam keromo terima saja segala sampah sarap masuk parti
dah sah2 depa ni bukan terima sgt ideologi PKR, lebih pada nak selamatkan buntut sendiri saja

kalu dah tak sebulu sgt isytihar bebas saja...barulah anok jatang namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 11:41 AM | Show all posts
TAK LAMA DAH TU....

bleh gali kubur siap2 laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 11:43 AM | Show all posts
kenapa gaduh?
harta rampasan perang tak dibagi secara adil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 11:53 AM | Show all posts
siapkan kapal untuk berlabuh PR.... ada negeri bakal hanyut dilambung ombak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 11:54 AM | Show all posts
siapkan kapal untuk berlabuh PR.... ada negeri bakal hanyut dilambung ombak nanti...
totokreturn Post at 29-8-2009 11:53


pantai timur pun nak msk musim tengkujuh dah ni, pertukaran monsun
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:03 PM | Show all posts
Harun Taib penghalang kerajaan baru Terengganu?

KUALA LUMPUR, Ogos 25 — Benarkah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib menjadi penghalang pembentukan kerajaan baru di negeri itu?

Sekurang-kurangnya inilah khabar angin yang bertiup kencang sekarang terutama di kalangan ADUN Umno yang bercadang untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR di negeri itu.

Sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said.

Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai.

Dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR.

Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad.

Terengganu mempunyai 32 ADUN. Umno mempunyai 24, manakala PAS mempunyai lapan. Namun, di kalangan 24 ADUN Umno itu pula berpecah kepada dua kumpulan. 12 bersama Ahmad dan 12 lagi menentang.

Dalam sidang DUN yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang itu dengan alasan pejabat MB menghantar mesej mengugut mereka.

Namun, hasil siasatan polis didapati semuanya dimanipulasi oleh bekas setiuasaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa beliau menjadi MB dahulu iaitu Datuk Ramzi. Kini Ramzi telah didakwa di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan.

Perpecahan dalam Umno Terengganu bermula sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 12 tahun lalu apabila Idris tidak diperkenan oleh Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar.

Ekoran itu, Ahmad telah dilantik. Ahmad pula telah mengenepikan semua penyokong Idris dan melantik mereka yang boleh bekerjasama dengan beliau dalam barisan exconya.

"Saya difahamkan, Harun Taib jadi faktor penghalang gabungan ini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Menurut rancangannya, ADUN Umno yang menyertai PKR itu akan bergabung dengan PAS dan membawa undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Apabila menguasai kerajaan mereka bercadang untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Sebuah akhbar politik mingguan, Siasah, juga telah melaporkan perkara ini sebelum ini.

Pada 20 Ogos lalu, Ahmad dikatakan telah membuat keputusan untuk membubarkan DUN Terengganu sebelum beliau dijatuhkan.

Namun, menurut sumber itu, apabila Harun tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan PKR kerana bagi beliau, hubungan dengan Ahmad lebih baik untuk PAS, Ahmad tidak jadi membubarkan DUN itu.

Hubungan Harun dengan Ahmad mula tersebar apabila Ahmad ke rumah Harun dan membeli dua ekor kambing dari beliau. Penganalisis politik percaya hubungan itu bukan setakat jualbeli kambing sahaja tetapi lebih dari itu.

Namun begitu, menurut sumber lain, cerita Harun tidak bersetuju dengan rancangan kerjasama dengan bekas Umno yang mahu menyertai PKR ini tidak lojik.

Ini kerana, PAS Terengganu pimpinan beliau pada dasarnya setuju dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi  pilihan raya semula di Terengganu.

Beliau menjangkakan, besar kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan untuk membolehkan satu mandat baru rakyat di perolehi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:06 PM | Show all posts
kalau ikut dari komen datuk harun, aku rasa dia tak prefer group wahid rosol nih join PKR seterusnya bekerjasama dgn pas sbb wahid rosol nih geng derih jusuh, lagi ganaz.... dia lebih selesa dgn group ahmad said .... hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:26 PM | Show all posts
Rasa yer baik PKR toksah terima blok amenok ganu pimpinan Rosol ni..leh percaya ker set2 ni?..kalau nak bawak undi tak percaya, baik depa keluar amenok, jadik wakil bebas dan usulkan undi tak percaya kt DUN...aku takut PKR nnt terkena balik mcm kt Perak...

Baru jer aritu najib dok sound MCA supaya keep their house in order....mcm mana MCA nk buat mcm walhal amenok sendiri bergolak...

lagi baguih, DUN ganu dan Perak bubar jer, baut pilihanraya serentak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:28 PM | Show all posts
umno terengganu bergocoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:31 PM | Show all posts
umno terengganu bergocoh
C.K Post at 29-8-2009 12:28


umno terengganu berkelahi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 12:32 PM | Show all posts
umno terengganu bergomol sesama sundri
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:34 PM | Show all posts
umno terengganu bergomol sesama sundri
C.K Post at 29-8-2009 12:32


]umno terengganu berkocokl sesama sundri
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:37 PM | Show all posts
join akim laa.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:37 PM | Show all posts
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi  pilihan raya semula di Terengganu.


kalo nak mengundi aku cadangkan pada musim banjir .. banyak lah bantuan mencurah curah kpd mangsa banjir ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073457 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list