CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 14

Emosi simpati Siti

[Copy link]
Post time 7-9-2009 09:08 AM | Show all posts |Read mode
By  admin •                         September 6, 2009                          [Edit]               
                                                                Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my



DOA Siti buat seorang teman bernama KD, semoga wanita itu tabah menjalani kehidupan.
PERCERAIAN diva termasyhur Indonesia, Krisdayanti atau KD dan AnangHermansyah bukan sahaja mengejutkan peminat serantau, bahkan yangpaling terkesan dengan berita itu ialah rakan baik KD, Datuk SitiNurhaliza Tarudin.
Penyanyi berusia 30 tahun itu yang dihubungi Kosmo! pertengahanminggu lalu, awalnya memohon sedikit ruang untuk menilai sendiri ceritaperceraian KD memandangkan dia belum mendapat kepastian daripada tuanempunya badan.
Selang beberapa hari kemudian, Siti mula ada keyakinan untukmengulas tentang insiden yang menimpa KD sekali gus berkongsi perasaandan emosinya tentang isu panas di media Malaysia dan Indonesia itu.
Siti memberitahu dia hanya membuat komen setelah dia mendapatkankepastian daripada KD sendiri mengenai kebenaran cerita cerai itu.
Sebagai insan biasa yang sarat naluri kewanitaan, ada duka yangmenyelubungi dirinya apabila bercakap lebih jauh tentang perihal itu.
“Terus terang, Siti bersimpati dengan apa yang mereka lalui. Inilahnamanya kehidupan. Ada dugaan yang didatangkan dalam keadaan baik dantidak terkecuali dugaan juga muncul dalam keadaan sebaliknya.
“Ia barangkali disebabkan kesalahan yang kita sendiri lakukansebelum ini, ataupun itu petanda Allah memang sayangkan kita sebagaihamba-Nya. Inilah takdir kehidupan manusia,” kata Siti dalam nada cukupberhati-hati, mungkin tidak mahu disalahtafsirkan apatah lagi di saatKD dan Anang baru saja membawa haluan sendiri.
Kali terakhir Siti dan KD bertentangan mata ialah semasa penghiburjelita itu hadir menyaksikan Konsert Eksklusif Satu Siti Nurhaliza diIstana Budaya, Kuala Lumpur pada 29 Jun lalu.
Bekas suami KD, Anang sudah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyiberkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam di seluruhdunia menyambut kehadiran Ramadan.
Anang, 40, mengaku sudah meluahkan lafaz cerai kepada KD, 34,setelah mempercayai wanita tersebut memiliki pria idaman yang lain.
Sambung anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu, dia segeramenghantar SMS kepada KD pada hari sama tatkala dihubungi Kosmo! untukbertanyakan cerita berkenaan.
“Selepas mendengar berita Siti terus bertanyakan kepada KD tentangkesahihan kisah perceraiannya dengan Anang. Bahkan Siti menasihatkandia agar banyak beristighfar apabila berdepan dengan perkara berkenaan.
“Tidak lama kemudian, KD membalas SMS Siti sambil mengucapkan terimakasih kerana mengambil berat tentang dirinya. KD juga pasrah lalumenjelaskan kejadian itu merupakan dugaan yang perlu dilaluinya.Memanglah Siti dan KD rapat sejak dia mula muncul dengan albumMenghitung Hari beberapa tahun lalu.
“Malah KD akan menghubungi Siti apabila dia mahu datang ke Malaysia.Kami akan bertemu dan berborak panjang sebagai teman baik. Keadaan yangsama berlaku apabila Siti ingin pergi ke Indonesia.”
Bagaimanapun, menurut Siti, meskipun bersahabat baik masih ada haltertentu yang tidak mereka kongsikan, termasuklah urusan yang terlaluperibadi.
“Hal rumah tangga terlalu peribadi untuk dikongsikan. Malah KDsendiri tidak pernah banyak bicara tentang masalah dengan Anang. Sitisendiri dapat tahu berita perceraian mereka menerusi teman-teman mediasebab itu Siti terkejut bila tahu cerai itu betul-betul berlaku.
“Sehingga ke saat ini Siti belum terfikir untuk menghubungi KD.Biarlah keadaan reda sedikit dan Siti menghormati dirinya yang adakemungkinan mahu bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa,” jelas Siti.
PASANGAN romantis ini terkejut mendengar berita perceraian KD yang disampaikan oleh Kosmo! pertengahan  minggu lalu.

Enggan buat andaian
Selain meluahkan perasaannya sebagai kenalan rapat, Siti yangdilahirkan pada 11 Januari 1979 juga enggan membuat sebarang konklusiberhubung berpatahnya arang di antara KD dan Anang.
Bagi Siti, dia tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak dalamkehancuran pernikahan KD, apatah lagi sebagai orang luar manusia tidaksepenuhnya faham badai rumah tangga orang lain.
Siti juga enggan memberi sebarang komen tentang perselingkuhan yangdikatakan menjadi punca kenapa Anang menceraikan KD dengan talak tigasekali gus.
Ternyata, seperti diduga, Siti mengelak daripada berhujah tentangkisah bermain kayu tiga yang menyebabkan meletusnya ‘bom’ dalammahligai KD dan Anang. Ia begitu sensitif, takut menjadi aib sekali gusmerosakkan ikatan persahabatannya dengan KD dan Anang selama ini.
“Jujurnya, Siti tidak tahu-menahu apa yang terjadi kepadaperhubungan mereka. Soal wujudnya insan ketiga atau tidak, kita sendiritidak tahu kebenarannya. Oleh itu kita jangan terlalu cepat menjatuhkanhukuman kepada mana-mana pihak.
“Apa yang berlaku, apa yang membuatkan KD dan Anang jadi begitu danbegini, kita sebagai orang luar tidak boleh membuat andaian sendiri.Saya cuma boleh katakan agar KD dan Anang tabah mengharungi rintangangetir ini. Memanglah ia pahit untuk ditelan, namun ini semua sudahditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa, jodoh mereka sampai disitu saja.
“Harapan Siti agar mereka dapat menguatkan diri serta meneruskankehidupan kerana setiap yang berlaku ini merupakan ujian daripada Allahyang selalu mengingatkan hamba-Nya,” pinta anak kelima daripada lapanberadik setulus hatinya.
Bukan saja Siti yang terkejut, malah dia memberitahu, suami yangdinikahinya pada 21 Ogos 2006, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa juga‘tergamam’ seketika apabila mendapat berita itu.
Juara Bintang HMI 1995 itu ketika ditanya adakah insiden yangberlaku kepada KD dan Anang membimbangkan dirinya yang juga bergelaristeri orang. Kebetulan juga status mereka sebagai artis popular yangsering diasak dengan pelbagai gosip, tidakkah tragedi yang berlakuterhadap KD ini membuatkan Siti rasa kebimbangan?
Spontan jawab Siti: “Dalam hidup ini apatah lagi kalau sudahmendirikan perkahwinan, kita kena mengamalkan sikap hormat-menghormatidengan pasangan. Kita berusaha untuk mencari yang terbaik dalamkehidupan. Tidak baik dan jangan sesekali mentertawa orang lain tatkalamereka ditimpa musibah. Allah sesungguhnya Maha Berkuasa untukmenentukan segala-galanya.”
Hantar anak ke Melbourne
Sewaktu wawancara ini diadakan pada petang Jumaat lalu, Siti dansuami sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Melbourne, Australia.Bukan bercuti berdua, sebaliknya pemergian pasangan romantis itubertujuan menghantar anak ketiga Khalid, Mohd. Ashraf, 17, menyambungpengajian di salah sebuah universiti di sana.
“Ashraf baru menamatkan peperiksaan O-Level. Sama sepertiabang-abangnya, dia dihantar ke luar negara untuk menjalani kursuspersediaan sebelum menyambung pengajian dalam bidang pilihan. Kami akanberada di sana selama lima hari. Suami Siti sudah pastinya sibuk untukmenguruskan pendaftaran Ashraf dan perkara yang bersangkutan denganhal-ehwal pelajarannya di sana.
“Siti tiada sebarang rancangan sepanjang beberapa hari di sana.Malah tidak ada sedikit pun agenda untuk membeli-belah ditambah dengansekarang kita sedang berpuasa. Paling penting, kami hendakmenyelesaikan perkara yang berkaitan Ashraf dahulu,” ungkap Siti sambilmemberitahu bahawa dia dan suami tidak akan berlama-lama di negaraorang sebaliknya akan menyambut kehadiran 1 Syawal di dalam negara .
sumber: kosmo! online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2009 09:14 AM | Show all posts
kawan baiknyaa mestilah tersentuhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:42 AM | Show all posts
thah.....kawan baik..msti lah ader perasaan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 01:26 PM | Show all posts
sabar kak ct....

semoga perkahwinan kak ct berkekalan ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2009 01:29 PM | Show all posts
kesian siti, kd nye rumah tangga, siti plak kene komen sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 01:33 PM | Show all posts
5# calmille

dh agak cal
sape lagik diorg nk tanye psl KD selain tok ti

sbb tu nk cedok citer dr tok ti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2009 01:45 PM | Show all posts
terus terang aku ckp aku ilang respect ngan apa yg jd kat KD nie...ngan apa yg ci citer kan oleh anak dia tu..n harap benda ni x merebak smpi ke tokti....n org xkaitkan apa yg dh jd kat KD ni ngan tokti...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 01:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 7-9-2009 13:55

posting bodoh anti ct dr bod gosip

apa nak simpati2.. tak lama lagi sampailah giliran ko.. tipikal artis


nk curse umah tangga tok ti kononnye
dungu...




sori ak emo sgt....ampun cal & colby
klu nk tolak cket tak pe...ak tak thn mek iti dikutuk giteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2009 02:05 PM | Show all posts
harap DK ambik iktibar dr kejadian KD...kalu tidak  mau CT cerai talak seribu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 04:54 PM | Show all posts
Ct takkan buat hal punyer...KALAU DK BUAT HAL,KITA TEMBAK JE DIA
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:30 PM | Show all posts
ntah apa2 komen tahap sampah kat rumah gosip!!!....

tak tahan aku baca!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:47 PM | Show all posts
jangan dilayan..buat semak palotak jek..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 05:05 PM | Show all posts
memang pun jgn dilayan,diaorg jeles kot dgn ct
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:29 PM | Show all posts
aku mengagumi jawapan ct..

matured dan bijak

nampak ct seorang yg memahami erti persahabatan, menghargai persahabatan..menganggap ini semua dugaan hidup namun tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku mungkin atas kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:40 PM | Show all posts
aku pun respek gila ngan jwpan CT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070924 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list