CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12270|Reply: 66

tuanku lee cina buta janda arab, abdullah munshi dan hikayatnya

[Copy link]
Post time 15-9-2009 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 18-9-2009 08:42

TUANKU LEE “CINA BUTA” JANDA ARAB KAYA, ABDULLAH MUNSHI DAN HIKAYATNYA


Pernahkah anda berdiri di depan sebuah papan tanda jalan dan bertanya sebagai contoh, “Kenapa ada nama Jalan Alsagoff, di Geylang Serai, Singapura dan Jalan
Alsagoff di Pontian, Johor? Siapa dia Alsagoff? Samakah Alsagoff dengan Alattas?” Mari ikut saya ke Singapura dan lupakan kisah jambatan bengkok yang menyakitkan hati kita.

Di pulau yang sudah dua kali jadi janda terdapat manusia yang ‘hilang akal’, bukan Tok Nan atau Awang Kenit.Akibat takut adanya Melayu yang pandai, Hang Nadim telah dibuang kelaut gara-gara sikap raja yang ‘hilang akal’, tidak ada hati budi, akhlak dan ego yang meninggi. Melayu memusuhi bangsanya sendiri. Kasihan.

Selain dari Jalan Alsagoff terdapat juga Madrasah Alsagoff. Satu ketika dulu ia adalah sebuah sekolah yang terbaik dan lengkap di Singapura. Terdapat juga Muslimin TrustFund Association of Singapore (MPTA) yang ditubuhkan pada Jun 1904. Al- Fatihah untuk Almarhum Habib Mohamed Alsagoff.

Penubuhan MPTA untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang Melayu Singapura yang tidak berkemampuan. Sumber kewangan MPTA sebahagian besarnya datang daripada sumbangan Almarhum. Beliau ingin memastikan kebajikan Melayu di Singapura terpelihara walaupun setelah kematiannya. Sifat Rahmatun lil Alamin Rasulullah S.A.W menjadi ikutan Almarhum.

Kerajaan Singapura kemudian mewartakan Madrasah Alsagoff sebagai satu monumen kebangsaan sebagai memperingati pengasas pertamanya iaitu Dato Syed Mohamed Alsagoff, seorang ulama pewaris ahlul bait yang menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model. Beliau menjadi kaya dari untung berniaga sebagai ‘shipping magnet’, import-export, jutawan hartanah dan tokoh korporat ini telah mewakafkan jutaan ringgit dari harta pusakanya, ‘hablum minannas’, bukan menyalahguna kuasa untuk menjadikan diri kaya raya.

Kebetulan hari ini genap 33 tahun kematian P.Ramlee pada 29 Mei 1973. Al-Fatihah buat seorang pengkritik sosial dan pendakwah ulung yang menggunakan filem untuk berdakwah, ‘amar makruf nahi mungkar’ yang jadi kaya raya ketika namanya tersohor di Singapura.

SMA Alsagoff Wakaff Funds ditubuhkan pada tahun 1906. Hasil pelaburan tabung wakaf ini berjaya mengutip pendapatan tahunan $120,000. Daripada jumlah ini 21 peratus disalurkan kepada pembiayaan objektif dan segala aktiviti Darul Ehsan Muslim Orphanage dan Darul Ehsan Lilbanat yang mana MPTA menjadi badan induknya. Baki pelaburan Muslim Trust Funds Association dilaburkan semula dalam bentuk hartanah.

Lapan peratus daripada pendapatan SMA Alsagoff Wakaff Funds pula digunakan bagi membiayai penyenggaraan Madrasah Alsagoff Al-Arabia, yang diasaskan oleh Syed Mohamed pada 1912 di Jalan Sultan, Singapura dan Alsagoff Outdoor Dispensary, Palembang Road, Singapura.

Turut dibiayai tabung wakaf itu, antaranya ialah urusan berkaitan masjid yang dibina oleh nendanya, Hajah Fatimah di Jawa Road, Kampung Glam, Singapura. Sehingga ke akhir hayatnya, Syed Mohamed berjaya meletakkan namanya semasyhur bapa dan datuknya. Ramai yang mendapat faedah daripada tabung wakaf yang ditubuhkannya. ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.’

Begitu juga dengan jasa P.Ramlee, jika anda hendak tahu bagaimana kehidupan orang Melayu Singapura, cuba ulang tayang filem-filem Almarhum P.Ramlee ketika keagungan dunia filem Melayu Jalan Ampas di mana P.Ramlee menjadi idola macam Mawi. Dulu capal, selipar jepun atau ‘jambul’ saja macam P.Ramlee tapi mereka tak ikut akal dan kebijaksanaan P.Ramlee.

Seniman Agung P.Ramlee mendedahkan melalui filem Bujang Lapok tentang latar belakang hidup Melayu Singapura ketika itu. Filem-filem popular nya yang lain juga banyak mengkritik kehidupan Melayu elit di Singapura seperti dalam filem Antara Dua Darjat, Penarik Beca dan Ibu Mertuaku.Ada juga filem-filem yang mengkritik ulama dan raja-raja Melayu seperti Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut dan Nujum Pak Belalang.

Seniman Agung P.Ramlee sebagai seorang pengkritik sosial bukan sekadar pelakon dan pengarah tapi telah berjaya menunjukkan kepada penonton jurang kehidupan antara elit Melayu dan rakyat biasa. Paling ketara dalam filem-filem tersebut, orang Melayu lah yang menjadi tuan kepada bangsa lain kecuali watak manager kelab malam yang selalu diberikan kepada orang Cina. Malah dalam filem-filem yang lebih ringan dan komedi seperti Bujang Lapok orang Cina atau India hanya menjadi pengutip botol, penjual surat khabar dan Benggali sebagai jaga sahaja.

Salahkan dunia akhir zaman yang sudah terbalik atau salahkan diri sendiri yang walaupun sudah diberi Nabi dan Pewarisnya serta Al-Quran tapi masih mahu hidup dalam kesesatan?

Apakah sesudah menyedari ini semua ketika menonton filem P.Ramlee anda akan menangis atau ketawa terbahak-bahak seperti tengok cerita komedi bisu, MrBean atau masih mahu memilih hidup seperti ‘katak di bawah kaca’?

Tahukah anda membezakan antara ‘dunia’ dan ‘muka bumi’ serta sejauh mana benarnya amanat Hang Tuah, ‘tak Melayu hilang di dunia’? Masih adakah Melayu di Singapura?Kalau ada bagaimanakah status dan kedudukan mereka?

Dulu kawasan bersempadan Geylang Road, Paya Lebar Road, Lorong Tai Seng, Kampung Reteh hingga ke Jalan Eunos dan sebahagian Old Paya Lebar Airport yang kini merupakan kawasan perumahan dan perindustiran Ubi dan Eunos adalah kepunyaan Almarhum Habib Mohamed Alsagoff sebelum tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan pimpinan Lee Kuan Yew pada tahun 1971. Kenapa Lee Kuan Yew berbuat demikian? LKY tahu sejarah. Pemimpin atau bakal pemimpin wajib tahu sejarah. LKY tahu cara mahu menghilangkan Melayu dari dunia kerana dia belajar dari sejarah. Politik adalah tanah dan air, bagaimana nak berpolitik kalau tak ada ilmu dan tanah air?

Seandainya kita hidup bumbung kita lantai orang, lantai kita bumbung orang, dinding kita dinding orang bercakap tentang politik hanyalah sekadar retorik. Apa bezanya dengan mereka yang mendabik dada sebagai ulama pewaris Nabi semata-mata kerana ada persatuan atau jawatan dalam parti, ‘mulut disuap orang, kantung diisikan’.

Sebelum saya meneruskan cerita siapa Dato Syed Mohamed terlebih dahulu saya kena kenalkan siapa Mr. Lee Kuan Yew, bapa kepada premier Perdana Menteri Lee Sien Long yang menggantikan Goh Chok Tong. Mr Lee dilahirkan di rumah 92, Kg Jawa Road pada 15 September 1923 dari puak Hakka. Bermula sebagai Ketua Menteri sebelum Singapura bercerai talak tiga dari Malaysia ketika Tuanku Abdul Rahman jadi Perdana Menteri. Lee adalah Cina keturunan ‘baba’ yang boleh baca dan tulis Jawi serta mahu jadi Menteri sampai mati. Lee baca sejarah Melayu dan baca buku Pelayaran dan Hikayat Abdullah Munshi.

Lee Kuan Yew tentulah mempunyai pandangannya sendiri mengenai rakyat negara ini, orang Melayu dan kepemimpinannya. Kadang-kala beliau suka membuat kenyataan yang tidak menyenangkan. Beliau juga menyakitkan hati jiran yang lain dari semasa ke sesama. Bacalah kedua-dua buah memoirnya, The Singapore Story dan From Third World To First untuk memahami sikap beliau yang sebenarnya.

Banyak daripada kita mengambil mudah semua ini. Kita hanya melihat Singapura dalam kerangka yang sama dengan jiran yang lain. Mungkin sebahagian daripada masalah kita dengan Singapura ialah kegagalan kita memahami dan membuat penyesuaian untuk berhubung dengan minda kepemimpinan baru itu. Dan kegagalan mereka pula untuk melihat kita bukan bermentaliti seperti mereka. Banyak orang di Singapura, pemimpinnya tidak terkecuali yang percaya bahawa Malaysia harus memainkan peranan second fiddle dulu, kini dan selamanya. Malaysia ialah negara membangun yang sampai bila pun tidak akan mencecah status Dunia Pertama seperti mereka. Prasarana di negara ini tidak mungkin menandingi mereka. Malaysia tidak agresif memanfaatkan teknologi. Malaysia akan terus bergantung pada Singapura untuk mengeksport barangannya Malaysia tidak akan dapat menandingi Singapura sebagai pusat urus niaga dan kewangan rantau ini.
Johan Jaafar , BH (3 Ogos 03)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2009 01:16 PM | Show all posts
Dan Melayu Singapura sendiri walaupun menyedari mereka adalah warganegara kelas dua tapi disebabkan sikap ‘Singaporean’ yang telah berjaya ditanamkan oleh Lee Kuan Yew mereka menjauhkan diri dari Melayu rumpun Nusantara dan melabelkan diri sebagai sebuah bangsa tersendiri sama seperti Melayu di Brunei juga

LKY tahu sejarah, dia tahu Singapura bukan kepunyaan Melayu tapi milik East India co. Pulau Singapura telah dijual oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman kepada East India co. “Kenapa, tak percaya ker?”

Pada 2 Ogos 1824 pihak Inggeris yang diwakili oleh John Crawford, Residen Singapura, dan Sultan Hussain Muhammad Syah serta Temenggung Abdul Rahman menandatangani sebuah perjanjian. Kedua-dua pembesar Melayu itu bersetuju menyerahkan pulau Singapura “dengan laut dan selat dan pulau kecil-kecil iaitu sepuluh batu jauhnya berkeliling Pulau Singapura itu menjadi hak milik kerajaan Kompeni Inggeris sampai kepada warisnya yang akan menggantikan dia selama-lamanya.” Inilah yang dilakukan oleh para pembesar Melayu apabila mendapat kuasa.

Sultan Hussein yang ‘hilang akal’, duit punya pasal sanggup menyerahkan harta milik rakyat Melayu kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan menerima bayaran sebanyak RM33,200 dengan elaun bulanan RM1,300 setiap bulan. Manakala Temenggung Abdul Rahman mendapat pampasan sebanyak RM26,800 dan elaun bulanan sebanyak RM700 sebulan.Mereka berdua layak menerima bayaran itu sehingga meninggal dunia tapi anak cucu mereka tidak dapat apa-apa. Inilah kerja pembesar Melayu yang tidak ada perasaan ‘peduli’ pada bangsanya sendiri.Inilah akibatnya bila mereka yang tidak beriman terlupa bahawa kuasa itu amanah.

Selepas 12 tahun (1836) Inggeris menipu pembesar Melayu supaya menjualkan pulau Singapura kepada East India co. maka lahirlah Syed Mohamed Alsagoff (Nongchik), anak bongsu Syed Ahmad Alsagoff di Singapura. Hampir seratus tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1923 lahirlah Lee Kuan Yew yang akhirnya menjadi tuan punya Singapura.

Alsagoff percaya hanya dengan ilmu pengetahuan saja satu bangsa akan berubah. Maka sebab itu lahirnya Madrasah Alsagoff di Singapura dan begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Dato Syed Hassan Alattas, tokoh korporat yang memiliki separuh dari bandar Johor Bahru yang telah menubuhkan Madrasah Alattas dan Kolej Islam yang pertama di Johor Bahru. Kedua-dua ulama ini percaya orang Melayu perlu diberikan pendidikan kerana hanya dengan ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaqwaan mereka lebih kuat dan tak mudah ditipu seperti apa yang berlaku pada Temenggung Abdul Rahman dan Sultan Hussein.

Sesiapa yang membaca sejarah bangsa Melayu bermula dengan kejatuhan Kerajaan Melaka pada tahun 1511, akibat ramainya pemimpin Melayu yang ‘hilang akal’ akan timbul kesedaran bahawa apabila bangsa Melayu berpecah, bergaduh sesama sendiri, memfitnah, mengadu domba, berhasad dengki sesama sendiri untuk merebut takhta kerajaan misalnya, atau sanggup menjual atau menggadaikan tanah takluk dan pusakanya kepada bangsa lain untuk kepentingan diri sendiri seperti yang dilakukan oleh Sultan Hussein yang terlupa kuasa itu adalah ‘amanah’. Lihatlah apa yang terjadi pada bangsa Melayu hari ini yang ibarat, ‘seperti itik mati kehausan di tepi air, ayam mati kelaparan di tepi kepuk’. Bagaimana dia mahu menjawab di depan Tuhan perbuatannya menjual Negeri dan rakyat kepada penjajah semata-mata untuk kesenangan diri dan keluarganya saja?

Mereka yang tidak membaca sejarah dan mereka yang saja mahu melupakan atau tidak mahu ingat ‘buat-buat lupa’, lupa bahawa sejarah boleh dijadikan petunjuk jalan untuk mengatur masa depan bangsa kita akhirnya akan menjadi mangsa sejarah.

Kata orang sejarah itu berpuaka. Fiil dan moral lama yang membentuk peristiwa sejarah yang tersebut di atas nampaknya masih ada di dalam diri bangsa Melayu hari ini. Kalau kita tidak dapat memulih diri, menghalau puaka ini, tunggulah, apa yang akan terjadi seratus tahun akan datang. Bangsa Melayu jangan terpukau dengan kata-kata ‘Tak akan Melayu hilang di dunia.”
Dato Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, Oktober 1998
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 01:16 PM | Show all posts
Sejarah telah membuktikan bila manusia yang bernama Melayu ‘terdesak’, bila mereka rasa diri terhimpit, teraniaya dan dizalimi mereka terpaksa ‘bersatu’ untuk menentang musuh yang sama. Ketika itu ‘penjajah’ adalah musuh utama kita. Akibat dijajah, kita miskin, melarat dan jadi hamba dalam negeri sendiri. Hanya dengan ‘bersatu’ saja Melayu menjadi satu ‘force’ seperti mereka menumbangkan Malayan Union. Satu kekuatan seperti kata peribahasa, ‘bulat air kerana pembentung, bulat tekad kerana muafakat’. Mereka berjaya mengalahkan dan menumbangkan musuh yang satu waktu dulu dianggap mustahil. Apakah Melayu yang sudah bersifat individu akan bangkit dan buat benda yang sama? Apakah kita tidak dalam keadaan terdesak?

Susah payah orang Melayu pada tahun 1946 menerusi 41 buah Persatuan Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar telah berjaya menyatu padukan Melayu menentang penjajah Inggeris apabila bangun menentang raja ‘hilang akal’ yang mahu menyerahkan negeri milik Melayu pada Inggeris.

Kita semua terlupa bahawa pendidikan Islam melalui Madrasah dan Sekolah-sekolah Pondoklah yang telah membawa kesedaran bahawa kita perlu ada ilmu. Dengan ilmu, iman dan taqwa saja yang membolehkan cucu cicit Melayu hari ini hidup bebas dari cengkaman penjajah yang benci pada Islam. Tuhan telah mengingatkan kita setelah dikurniakannya para Nabi dan Rasul serta pewaris seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Syed Mohamed Alsagoff dan Dato Syed Hassan Alattas di Johor tapi kita masih juga tak mahu berubah. “Sendiri punya diri....sendiri mahu ingatlah!”

Sebelum berpisah dengan Malaya pada tahun 1965, kita selalu tengok orang Johor ke Jawa Road, Arab Street iaitu sebuah kawasan yang tersohor dengan mertabak, nasi beriyani dan kacang pool. Di Bugis Street satu ketika dulu masyhur dengan pondan, pusat perniagaan homoseks tersohor di dunia. Johor Road pula sama seperti Lorong Haji Taib. Manakala Sungai Road terkenal dengan ‘thieves market’- nya.

Kawasan Arab Street yang berdekatan dengan Masjid Sultan adalah pusat perdagangan yang dikuasai oleh kabilah yang berbeza dari Alkaf, Aljunid, bin Talib. Mereka jutawan, tuan tanah yang memiliki hartanah dan bangunan di pusat perniagaan. Sebelum perang Dunia, 2/3 hasil cukai datang dari orang Arab. Ada juga Almihdar, Alhabshi, bila sebut Alhabshi orang akan kekeramat Habib Noh Alhabshi.

Kalau di Singapura, kita guna bahasa ‘Lu...Gua’. ‘Kita orang’...’Lu orang...’Budaya Melayu dan cara berfikir Melayu Singapura tak sama dengan Melayu di Malaysia. Mereka ‘singaporean’. Kalau turun J.B kita boleh tengok orang pulau berlagak walhal di Singapura kerja hanya ‘cleaner’. Mentang-mentang duitnya besar, lagaknya pun ‘besar’, dipandangnya Melayu Malaysia sebelah mata saja.

Macam dalam kebanyakan filem-filem P.Ramlee, mesej utama yang cuba disampaikan olehnya adalah masalah sikap orang Melayu itu sendiri. P.Ramlee menggambarkan sikap orang Melayu ketika itu sebagai bongkak, bodoh sombong, suka memperkecilkan orang lain, pemalas, suka menipu, kaki membazir dan tidak menjadikan Islam ‘Addin’, cara hidup yang paling sempurna. Kasihan. Hari ini media massa sedang hangat memperkatakan tentang nikah misyal (mutaah), saya teringat seorang guru agama yang ‘hilang akal’, syiah yang diburukkan padahal syiah menghadkan 4 orang isteri tapi dia kahwin sepuluh dan ditangkap di Johor Bahru. Sepuluh isteri dengan Ustaz Abu Talib telah dipenjarakan, 28 anak mereka yang berumur dari 2 bulan hingga 5 tahun di hantar ke rumah saya dan sayalah yang menjadi penjaga 28 orang anak mereka. Kasihan, ustaz pun ‘hilang akal’. ‘Melayu Mudah Lupa’

Walaupun sudah menjadi tuan di tempat sendiri dan akibat lalai dengan segala domba kehidupan, akhirnya mereka tercicir juga di tangan si penjual botol atau suratkhabar yang awalnya hanyalah kuli. Hari ini siapa kuli, siapa penduduk kelas dua, kelas tiga di atas buminya sendiri?

A. Samad Said menggambarkan dalam novel Salina tentang ‘jantan Melayu’ yang sanggup menjual ‘maruah’ anak bangsanya sendiri. melalui watak Abdul Fakar sebagai bapa ayam yang ‘menjual’ Salina, anak gadis dari golongan setinggan di Singapura. The Ugly Malay versi Sasterawan Negara.

Ramai yang marah Abdullah Munshi kerana mengkritik raja-raja Melayu tapi tiada siapa pun yang bertanya apakah yang ditulis itu fitnah atau satu ‘kebenaran’? Bukankah setiap orang yang mengaku Islam mesti menyeru ‘amar makruf nahi mungkar’ - mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran?

Hingga ke hari ini Perdana Menteri, Raja dan Pemimpin tidak boleh dikritik lebih-lebih lagi raja atau sultan kerana mereka takut dilabel sebagai penderhaka. “Islam apa benda ni?” Manusia makhluk yang lalai, harus di tegur dan diingatkan. Orang mukmin itu bersaudara, hanya Allah saja raja sekelian alam. Itupun Sister In Islam masih mahu mempersoalkan Kitabullah dan isi kandungannya. Padahal lebih banyak kepincangan yang terdapat dalam diri sendiri. Bila mahu minta ampun dan bertaubat?

“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri
Al-Quran
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:16 PM | Show all posts
menarik thread nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 01:17 PM | Show all posts
Jika diukur dari sejarah, kerana alasan-alasan inilah kebanyakan sejarah pemerintahan Melayu berjaya ditumbangkan akibat sikap orang yang berkuasa dan mereka yang dikeliling orang berkuasa, Melayu ‘hilang akal’ seperti Sultan Mahmud mangkat dijulang, fitnah punya pasal Sultan sanggup jadi pembunuh. Sanggup belah perut isteri Laksamana Bentan, pahlawannya hanya kerana makan seulas nangka akibat mengidam. Sultan Mansor Syah pula hampir membunuh puteranya gara-gara mahu berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang dan Hang Nadim akhirnya di bunuh secara kejam kerana kebijaksanaannya.

Perpecahan demi perpecahan di kalangan orang Melayu dengan sikapnya yang kuat ‘makan suap’ (rasuah), menghasut, terlalu tamak dan haloba, kurang pendidikan dan mahu cepat kaya terus hidup dalam ‘comfort zone’ telah menyebabkan bangsa asing melihat pelbagai peluang untuk menamatkan nama ‘Melayu’ di Singapura dan di Malaysia.

Sebahagian besar pemimpin kita dan pemimpin Singapura hari ini terlalu muda untuk mengetahui apa yang berlaku waktu itu. Mungkin bagi Singapura perkara ini lebih ketara. Lee Kuan Yew memainkan peranan menentukan dasar negaranya dengan Malaysia kerana beliau masih Menteri Kanan republik itu sehingga kini.Dan Lee boleh dikatakan lebih berjaya dari Tun Mahathir. Dia berjaya mengubah budaya Cina Singapura tapi 22 tahun Tun jadi Perdana Menteri macam-macam dia buat tapi gagal mengubah tabiat buruk orang Melayu. Salah siapa? ‘Tepuk dada tanyalah selera!’

Kalau tak kerana Almarhum Abdullah Munshi, Melayu keturunan campuran Arab dan India yang telah mendokumentasikan penipuan rasuah oleh pembesar Melayu di dalam bukunya, Hikayat Abdullah Mushi maka kita akan menyalahkan LKY dan bertanya kenapa Lee mulakan sejarah Singapura dari zaman Stamford Raffles. Jelas, masalah kita ialah ‘perisian’ dan ada juga sesetengah penyelidik berpendapat bahawa masalah kita ialah kerana kita tidak berasa terancam. Survival instinct kita tidak menyerlah. Sampai bila kita mahu terus hidup dalam ‘comfort zone’ sedangkan di Sarawak pun 9 kerusi sudah jatuh ke tangan DAP. Apakah mustahil triple S (S.S.S) Singapura, Sarawak, Sabah akan menjadi sebuah negara milik Cina dan ‘Malaya’ akan duduk di bawah takluk Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri baru?

Berapa ramai yang tahu sejarah perpisahan Malaya dengan Singapura yang akhirnya Lee Kuan Yew, boleh menjadikan anaknya raja di Pulau Singapura. Dia cuma tak pakai nama Tuanku atau D.Y.M.M sebab dia dipilih oleh rakyat secara demokrasi melalui parti P.A.P Lee Sien Long ada kuasa penuh macam seorang raja. Lee tak boleh menjadi raja di pulau yang telah diambil semula setelah Malaya merdeka.

Dulu para pemimpin Melayu setiap kelompok berjaya mengenepikan rasa ego, semangat kenegerian, kedaerahan, puak, idealogi dan fahaman masing-masing dan meletakkan masa depan bangsa Melayu sebagai asas yang mengikat penyatuan ‘hati’ antara mereka membuat penjajah terpaksa mengalah. Raja dan Sultan terpaksa tunduk kepada kemahuan rakyat kerana rakyat itulah raja. Apakah perasaan yang sama, keadaan yang sama ada di dalam UMNO hari ini? Kita sedih melihat peranan puak-puak yang ada dalam UMNO yang memberikan keutamaan kepada puak tapi bukan bangsa sedangkan UMNO itu adalah Pertubuhan Kebangsaa Melayu Bersatu?

Apakah mustahil umat Islam di seluruh dunia tak boleh menjadi satu? Tuhan kita satu. Untuk menjadikan diri kita satu, kita perlu satukan diri dengan Tuhan, menjadi orang yang taqwa, orang yang ikhlas dan jujur. Itu saja bukan susah. Masih adakah pemimpin seperti ini dalam UMNO? Kalau tidak kepada siapa Melayu hendak mengadu? Apakah nasib Melayu di sini nanti akan jadi seperti Melayu di selatan Thai atau di Filipina?

Bagi mereka yang tidak tahu sejarah atau tidak baca sejarah Melayu Abdullah Munshi, sukar untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku hari ini. Namun malangnya, berapa ramai orang Melayu yang suka membaca, lebih-lebih lagi baca buku sejarah sedangkan membaca itu adalah perintah Allah. Mereka berani menderhaka dengan Allah tapi takut berterus-terang dengan ketua atau pemimpin, macam mana bangsa nak selamat?

Orang kita terlalu ‘selesa’ manakala budaya perniagaan kita juga kurang baik sedangkan pesaing kita pula memiliki ‘undersiege syndrome’ yang menyebabkan mereka lebih kreatif dan produktif. PAS ada produk yang baik iaitu Islam namun tidak ada ‘packaging’ dan ‘salesman’ yang baik untuk melariskan produk yang mahu didagangkan.

Tun Mahathir telah memperuntukan satu bab khusus mengenai Singapura dalam buku pentingnya The Malay Dilemma. Mengenai hubungan dua negara itu, dalam buku itu beliau pernah menulis (dengan izin saya petik dalam bahasa Inggeris) ”But it is quite clear what happens between Malaysia and Singapore depends very much on what Singapore choose to do.” Jelas, alangkah benar telahan yang dibuat oleh Tun pada tahun 1970 itu.

Lee Kuan Yew akhirnya berjaya meletakkan diri dan anaknya sebagai raja di Singapura. Dia berjaya mengambil kesempatan dengan melihat kelemahan dalam sosial orang Melayu khasnya di Singapura selama ini. Jika kita lihat, hari ini tanah orang Melayu di Singapura mungkin hanya tanah kubur saja tapi itupun kebanyakan tanah perkuburan telah dikorek dan dijadikan tempat pembangunan. Orang Melayu di Singapura tinggal di flet-flet tinggi tapi sayangnya taraf pendidikan mereka begitu rendah dan jauh ketinggalan dari bangsa lain. Melayu yang menjadi anak tiri Lee Kuan Yew di Singapura merupakan kaum minoriti dalam sebuah negara yang mengamalkan meritokrasi.

Sejarah ialah warisan bangsa. Sesuatu bangsa itu dikatakan wujud atau dibentuk melalui sejarahnya. Melalui sejarahlah orang Melayu merasakan kesedaran asal usul bersama yang menjadi faktor penyatu dan identiti sosiopolitik bangsa itu hingga hari ini. Tetapi sejarah itu juga mengingatkan bangsa Melayu tentang kesilapan-kesilapan besar yang dilakukan oleh ketua danpemimpin mereka yang tidak ‘amanah’, tidak jujur, tidak ikhlas, tidak ada rasa tanggungjawab dan rasa peduli kepada rakyat melainkan mementingkan diri smeata-mata.

Salah satu kesilapan besar yang berlaku dalam sejarah bangsa Melayu ialah perpecahan atau ketidakstabilan politik yang berpunca daripada sistem dan kelakuan pemerintahan yang tidak adil, perbuatan fitnah-memfitnah di kalangan golongan atasan dan kelemahan pembesar Melayu menghadapi muslihat penjajah yang mengamalkan dasar divide and rules (pecah perintah). :kant:

Saya teringat ketika di zaman kanak-kanak, saya sering mengikut bapa saya ke Singapura untuk bertemu dengan peguam keluarga iaitu Allen Glad Hill, orang Inggeris dan begitu juga doktor peribadi bapa saya, Dr.Thompson. di sana. Bapa saya dipanggil ‘tuan’ dan menjadi perkara biasa bagi golongan elit Melayu dari Johor untuk ke Singapura bagi tujuan membeli belah. Di tempat-tempat terkenal seperti Robinson, John Little, White Aways, manager-nya sendiri akan turun melayan sebagai tanda hormat. Mereka kenal siapa keluarga Alattas seperti keluarga Alsagoff di Singapura. Namun segala-galanya itu sudah menjadi sejarah. Jika saya teringin dipanggil ‘sir’ atau ‘tuan’oleh bangsa yang pernah menjajah ‘tanah air’, saya terpaksa shopping ke London tidak di pulau di mana bangsa saya sendiri menjadi rakyat kelas dua akibat talak tiga dan nikah cara ‘cina buta’. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:42 PM | Show all posts
panjang nye citer...   ni yg lemau nak baca ni...

karang2 la continue baca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2009 01:48 PM | Show all posts
la panjang gak ni. Harap thread ni sentiasa up. Tak habis baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:55 PM | Show all posts
bagus  thread ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 02:14 PM | Show all posts
koNKLUSInya...kesilapan besar pemerintah malaya pada masa itu...adalah menceraikan Singapura dengan talak 3...Tunku je yang nak kuarkan Singapura dari malaysia(sebab berasa UMNO terancam dengan kebangkitan PAP/PETIR)...setiap rakyat masa tu semua tak setuju dengan tindakan Tunku ni..bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:17 PM | Show all posts
1# Dunhill.

di geylang serai ada ke jalan alsagoff?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:18 PM | Show all posts
berjaye gak habiskan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:19 PM | Show all posts
panjang la plak.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:20 PM | Show all posts
ISA ada tak nak pakai..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:21 PM | Show all posts
di geylang serai ada ke jalan alsagoff?


ntah heh...   area bedok kot..   

alsagoff ni slalu nye keturunan pak arab dugul... kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:22 PM | Show all posts
aku stop sampai posting no 2.. kang sambung baca balik... bagus thread nih...
hopefully tak di carca marbakan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:22 PM | Show all posts
Abg dun - kalau kita nak mengukur berapa jauh ketinggalan bangsa Melayu sekarang dgn yg lama, contoh2 yg di berikan BUKAN terdiri dari orang Melayu, tetapi orang2 Arab

apa kena dgn bangsa melayu dulu dan sekarang? puak2 minority berjaya bertapak dan berakar umbi dgn jayanya, meninggalkan nama2 yg harum,yg di kenang hingga ke hari ni

kalau kita lihat dari sudut sejarah, dulu tidak ramai bangsa asing yg bersaing dgn kita untuk berjaya, TETAPI dgn kekurangan yg mereka ada dari kita, mengapa mereka lebih berjaya??

Melayu mudah lupa - so apt, tidak pernah belajar dari sejarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 02:23 PM | Show all posts
Orang kita terlalu ‘selesa’ manakala budaya perniagaan kita juga kurang baik sedangkan pesaing kita pula memiliki ‘undersiege syndrome’ yang menyebabkan mereka lebih kreatif dan produktif
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:24 PM | Show all posts
Kalau di Singapura, kita guna bahasa ‘Lu...Gua’. ‘Kita orang’...’Lu orang...’Budaya Melayu dan cara berfikir Melayu Singapura tak sama dengan Melayu di Malaysia. Mereka ‘singaporean’. Kalau turun J.B kita boleh tengok orang pulau berlagak walhal di Singapura kerja hanya ‘cleaner’. Mentang-mentang duitnya besar, lagaknya pun ‘besar’, dipandangnya Melayu Malaysia sebelah mata saja.
Dunhill. Post at 15-9-2009 13:16


dun, ni sapa yg tulis?.. macam karangan syok sendiri aje  

rakyat asing lagak.. sombong.. tulisan macam ada hasad pada pandangan aku.. dia pernah turun & bergaul ke tidak dgn singaporean?

ayat yg merah tu bukan kah mencermin kan sifat kita sekarang terhadap rakyat indon?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:27 PM | Show all posts
ape maksud menikah cara cina buta ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:28 PM | Show all posts
ntah heh...   area bedok kot..   

alsagoff ni slalu nye keturunan pak arab dugul... kan..?
Lina66 Post at 15-9-2009 14:21


mungkin ada kot.. tapi aku tak pernah pandang jalan alsagoff kat geylang.. belah mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.128698 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list