CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49501|Reply: 861

22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh

[Copy link]
Post time 27-10-2009 07:04 AM | Show all posts |Read mode
22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh   
                               GOPENG:Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kemperkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatangantung yang merela naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang melawattempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasakhas bagi menyiasat punca kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketilla pelajar terbabit menaikijambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberangsungai until balik ke khemah mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 01:30 AM | Show all posts

TERKINI : Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

Jambatan runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang
27/10/2009 12:41am

Oleh SITI MARIAM MD. ZIN
... Baca Seterusnya
IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.

Zambry dan para pegawainya kini dalam perjalanan ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam dari bandar raya ini.

Menurut sumber, para pelajar terbabit sedang berkhemah berhampiran tempat kejadian.– Utusan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:34 AM | Show all posts
Pemecah berita. Seramai kira-kira 20 pelajar sekolah rendah dari Daerah Kinta Selatan yang sedang menghadiri Kem Satu Malaysia hanyut apabila jambatan yang mereka naiki runtuh sebentar tadi.

Perkhemahan Satu Malaysia Daerah Kinta Selatan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan di Kuala Dipang.

Setakat ini, pihak bomba sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja menyelamat.

Lagi berita akan menyusul.  Team Perakex sedang dalam perjalanan kesana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:46 AM | Show all posts
Harap2 semuanyer selamat..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:49 AM | Show all posts
harap2 semuanya selamat
aku turut merasakan kerisauan yang amat oleh ibu bapa mreka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:55 AM | Show all posts
ni jambatan dekat mana nie? yg sebelum sampai Chenderiang tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 01:56 AM | Show all posts
dikatakan..kerja2 menyelamat sukar dilakukan kerana waktu malam..sila tengok berita di utusan..

dan masih tidak dapat tahu lagi samada bawah jambatan itu sungai atau hutan semak samun? kalau sungai..kebarangkalian untuk mangsa selamat adalah 90%.. tapi kalau bawah jambatan tu batu2..hutan banat.. kebarangkaliannye..umm.. takut aku nak cakap...

kesian betul.. bdk lagi tu..kalo orang dewasa takpe la jgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:00 AM | Show all posts
ini kawasan dah ke dlm lepas Chenderiang kot nie. lepas kem PLKN dan dekat ngan kampung org asli agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 02:02 AM | Show all posts
ini kawasan dah ke dlm lepas Chenderiang kot nie. lepas kem PLKN dan dekat ngan kampung org asli agaknya.
NIXAR Post at 27-10-2009 02:00



taktau le..tak penah pun kesana..

hai.. sape le nak dipersalahkan dalam hal ni? skola yang bawak p kemping? murid? jambatan? atau takdir??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:04 AM | Show all posts
semoga allah selamatkan semua mangsa....amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:08 AM | Show all posts
mudah2an selamat semuanya.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:11 AM | Show all posts
jambatan kayu ke? naik ramai2 22 org terus roboh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:12 AM | Show all posts
dulu tanah runtuh kat Pos Dipang yg ramai org asli mati tu dekat2 area sini juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:13 AM | Show all posts
Kemaskini Terkini jam 2.00pagi.

Anaz melaporkan dari tempat kejadian.

Serama 22 kanak-kanak dilaporkan ‘hilang’. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak Cina dan India tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka hanyut ataupun telah diselamatkan.

Kejadian berlaku apabila pelajar-pelajar tersebut sedang menyeberangi jambatan untuk kedewan makan apabila tiang jambatan tiba-tiba runtuh menyebabkan ramai daripada mereka terhumban kedalam arus sungai yang deras.

Seramai 59 pelajar sempat menyeberangi sungai tersebut sebelum ianya runtuh.

Sementara itu, sumber Perakex mendapat tahu bahawa perkhemahan tersebut kekurangan guru-guru pengiring kerana ramai daripada mereka tidak mendapat pelepasan Guru Besar dan ini menyebabkan kekurangan guru-guru untuk mengawal keadaan. Tinjauan Perakex mendapati, pihak urusetia tidak mempunyai maklumat lengkap tentang senarai penuh pelajar yang mengikuti perkhemahan tersebut.

Lagi berita akan menyusul selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:14 AM | Show all posts
semoga mereka semua selamat...amin
gerun dengar berita nih....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:14 AM | Show all posts
takdir!!!
berserah pada tuhan

~~sedih lak aku rase
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 02:28 AM | Show all posts
Kemaskini 2.30 pagi.

F3M melaporkan berlaku kekecohan ditempat kejadian apabila ada diantara ibubapa pelajar yang menyerang guru-guru pengiring.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:31 AM | Show all posts
lor!!~~ siannyer budak2 tuh...cikgu2 pon kesian gak..derang tak sangka jambatan nak runtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:32 AM | Show all posts
aku dpt tau dr member yg dok kat perak, katanya kemungkinan besar 22 org budak ni mmg lemas seme...mintak2 jangan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:35 AM | Show all posts
semoga semua dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.294633 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list