CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3934|Reply: 8

taufan mirinei landa filipina & vietnam!!

[Copy link]
Post time 1-11-2009 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 3-11-2009 07:34

Manila dibadai Mirinae pula

Seorang lelaki membawa dua orang anaknya meredah banjir di sebuah lebuh di bandar Santa Cruz, wilayah Laguna, selatan Manila setelah Taufan Mirinae membadai wilayah itu, semalam. - AFP

MANILA 31 Okt. - Taufan Mirinae yang membawa hujan lebat sepanjang malam menyebabkan empat orang terkorban, bekalan elektrik terputus dan berlaku banjir besar yang melumpuhkan Filipina, yang belum pulih sepenuhnya daripada serangan dua taufan sebelum ini.

Setakat ini, belum ada laporan kemusnahan tetapi empat orang maut termasuk seorang lelaki yang dibawa arus banjir, kata jurucakap pertahanan awam, Ernesto Torres.

Para pegawai tempatan berkata, seorang penduduk berjaya diselamatkan apabila jambatan Bandar Batangas di selatan Manila runtuh dirempoh arus deras sungai yang turut menghanyutkan sebuah kereta.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai mangsa yang hilang dalam kejadian itu.

Bekalan elektrik juga terputus di sebahagian besar kawasan di Manila akibat dihempap pokok dan kebanyakan jalan terhalang akibat pokok-pokok tumbang, kata Torres.

Semua penerbangan tempatan dan antarabangsa dari dan ke Manila turut dibatalkan, kata Pengurus Besar lapangan terbang, Alfonso Cusi.

Taufan Mirinae yang menjadi lemah selepas membadai wilayah timur Quezon lewat malam tadi melintasi Pulau Luzon dan bergerak menuju Laut China Selatan.

Taufan itu yang bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam membadai wilayah Batangas pada kira-kira pukul 8 pagi dan bergerak ke barat daya pada kelajuan 24 kilometer sejam.

Selepas taufan Ketsana dan Parma membadai negara ini beberapa minggu lalu yang mengorbankan lebih 1,100 mangsa dan menyebabkan kemusnahan teruk, para pegawai pertahanan awam Filipina telah membuat persediaan rapi menghadapi kedatangan Mirinae.

Taufan Mirinae turut menyebabkan banjir yang belum reda di beberapa kawasan di Manila akibat dua taufan terdahulu, menjadi semakin buruk, kata para pegawai. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2009 08:07 AM | Show all posts

PEKAN Santa Cruz ditenggelami air akibat Taufan
Mirinae semalam. Taufan Mirinae yang membawa
angin selaju 185 kilometer sejam adalah ribut utama
ketiga membadai pulau Luzon dalam lima minggu.
Dua taufan sebelum ini menyebabkan kematian 1,100 orang. -
Foto Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 09:58 AM | Show all posts
innalillah....................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2009 02:17 PM | Show all posts
Sunday November 1, 2009
4th typhoon in month lashes Philippines; 14 killed

MANILA, Philippines (AP) - A typhoon has battered the Philippine capital and surrounding provinces still reeling from recent flooding, killing at least 14 people and sending residents of one town clambering onto rooftops to escape rising waters, officials said Sunday.

Typhoon Mirinae was the fourth storm to lash the northern Philippines since late September and brought new hardship to areas still struggling in the wake of the previous disasters. Nearly 95,000 people who fled during two prior storms were still living in temporary shelters when Mirinae struck Saturday, the national disaster agency said.

The storm headed out to sea and was swirling 279 miles (450 kilometers) southwest of Manila early Sunday but could still bring rains and thunderstorms to western Palawan province, forecasters said. The storm was over the South China Sea and appeared to be heading toward Vietnam, they said.

As Mirinae slammed into Quezon province northeast of Manila around midnight Friday, Philippine authorities evacuated more than 115,000 people in nine provinces east and south of the capital in the storm's path on main Luzon island, the National Disaster Coordinating Council reported. At its height, its winds were blowing 93 miles (150 kilometers) per hour and gusting up to 115 mph (185 kph).

One river in Laguna province, south of Manila, overflowed, washing away a bridge and flooding most of lakeside Santa Cruz town. Residents clambered onto roofs to escape the waters, said Mayor Ariel Magcalas.

"We cannot move, this is no joke. The water is high. We need help," Magcalas said in a public address on Radio DZBB early Saturday. The muddy floodwater receded as rains eased later in the day, but was still chest-high in some communities. In Manila, residents hunkered down in their homes overnight as rains beat down on dark, deserted streets. Mirinae passed south of the city of 12 million. The sprawling metropolis saw its worst flooding in 40 years in late September when Tropical Storm Ketsana hit the capital and nearby provinces.

Ketsana was quickly followed by Typhoon Parma, which triggered massive landslides in Luzon's mountain region. More than 900 people were killed in the storms, and a third then threatened the northern Philippines before veering toward Japan.

Ahead of Saturday's typhoon, millions of Filipinos had boarded buses for their home provinces for the Nov. 1 All Saints Day holiday, when people visit cemeteries to pay respects to dead relatives in this devoutly Roman Catholic nation.

Defense Secretary Gilbert Teodoro expressed fear that floods and traffic congestion may trap visitors at graveyards, where people traditionally spend a day or even a night, but few heeded his call to scrap this year's commemorations. Radio stations reported that large crowds converged on cemeteries even in flooded areas. Carrying candles, food and rain gear, many settled in for an overnight vigil.

At least 14 people died, mostly by drowning, in five provinces and four remained missing, disaster response officials said.

Many flights at Manila's international and domestic airports were canceled, and about 8,000 ferry passengers were stranded as the coast guard grounded all vessels.

Airlines later announced new schedules, and passengers packed terminals trying to catch the earliest flights. The coast guard allowed ferries to resume operations after weathermen lowered all storm alerts.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 06:52 PM | Show all posts
Dasyat jg taufan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2009 07:34 AM | Show all posts
Ribut Mirinae mula badai Vietnam

HANOI: Vietnam memindahkan 80,000 penduduk kawasan tepi pantai semalam ketika ribut tropika Mirinae mula melanda selepas membadai Filipina menyebabkan 20 orang maut.

Mirinae semakin lemah ketika ia menghala ke Laut China Selatan dan statusnya diturunkan daripada taufan kepada ribut tropika.

Pihak berkuasa Vietnam memindahkan beribu-ribu orang dari wilayah tepi pantai sejak melakukan operasi sama akibat Taufan Ketsana, September lalu, dan mengorbankan 160 orang.


Kira-kira 7,600 penduduk kebanyakannya golongan tua dan kanak-kanak dipindahkan dari rumah mereka di perkampungan tepi pantai Khanh Hoa, kata pegawai bencana tempatan, Phan Hoang Duong.

Di wilayah Phu Yen dan Binh Dinh, di utara Khanh Hoa, lebih 11,000 orang dipindahkan, kata pihak berkuasa bencana.

Hujan renyai dilaporkan di kawasan itu pagi semalam. Vietnam dan Filipina masih belum pulih akibat serangan Ketsana menyebabkan banjir terbuk di ibu kotanya, Manila, dalam tempoh 40 tahun.
Ketsana dan dua lagi ribut mengorbankan lebih 900 orang di Filipina. Kira-kira 87,000 penduduk yang berpindah akibat bencana alam itu masih tinggal di pusat perlindungan ketika Mirinae menyerang.

Taufan terbaru menyebabkan 20 maut, kebanyakannya akibat lemas di enam wilayah. Empat orang masih hilang, kata pihak berkuasa maklum balas bencana.

Taufan itu tidak menghalang negara yang kebanyakan penduduk beragama Roman Katolik itu memberi penghormatan kepada mangsa pada hari ‘All Saints’, kelmarin. Kawasan perkuburan penuh sesak dengan orang ramai dengan sesetengahnya masih dipenuhi air banjir menggunakan bot.

Di wilayah Rizal, timur Manila, penduduk kampung membawa bunga dan lilin sambil menaiki kenu ke perkuburan pedalaman yang kelihatan seperti tasik.
Joel Librilla mencecah tangannya ke dalam air separas pinggang bagi meraba batu nisan yang timbul untuk mencari kubur ibunya.

“Kami tidak tahu di mana untuk menyalakan lilin,” kata Librilla kepada berita televisyen Associated Press. “Namun ibu saya perlu tahu ia untuknya.” - AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2009 07:02 AM | Show all posts
Korban Mirinae di Vietnam naik kepada 90 orang

Seorang warga emas berusia 80 tahun (tengah) diselamatkan oleh dua anggota tentera dari bumbung rumahnya setelah kediamannya ditenggelami air di daerah Tuy An, tengah Phu Yen akibat Taufan Mirinae, kelmarin. - AFP

HANOI 4 Nov. - Angka kematian akibat Taufan Mirinae meningkat kepada 90 orang hari ini ketika pihak berkuasa menggiatkan usaha menyelamat dan operasi bantuan di kawasan tengah Vietnam, yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.


Wilayah Phu Yen yang menyaksikan kemusnahan terbesar, melaporkan 26 kematian, menjadikan angka kematian di wilayah itu meningkat kepada 65, kata pegawai bencana, Dang Thi Lang.

Seramai 13 lagi mangsa masih hilang.

Menurut pegawai dan laman web kerajaan, ribut dan banjir yang berlaku meragut 22 nyawa lagi dengan enam mangsa hilang di beberapa tempat lain.

Di Phu Yen, anggota tentera menggunakan berpuluh-puluh bot laju sambil membawa mi segera, air minuman bersih dan pakaian bagi keperluan mangsa banjir yang kelaparan sejak dua hingga tiga hari lalu.

Tiga helikopter tentera juga digunakan untuk menghantar makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman.

Walaupun banjir sudah mulai surut, masih banyak kawasan yang ditenggelami air.

Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 15,000 orang dari Phu Yen. Beberapa orang diselamatkan dari atas bumbung apabila Sungai Ha Thanh melimpah dengan cepat.

Di wilayah Binh Dinh, dua helikopter tentera menghantar bantuan makanan dan air bersih secara berterusan kepada penduduk kampung pedalaman yang masih terperangkap, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat, Ho Quoc Dung.

Mirinae sebelum ini melanda Filipina menyebabkan 27 maut sebelum ia semakin lemah ketika bergerak melalui Laut China Selatan dan membadai Vietnam. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 07:55 AM | Show all posts
Angka kematian ribut Mirinae 99


HANOI: Angka kematian akibat ribut Mirinae meningkat kepada 99 orang di tengah Vietnam semalam dan pihak berkuasa menganggarkan kerosakan akibat ribut berkenaan adalah kira-kira AS$55 juta (RM192 juta).

Di wilayah paling teruk terjejas, Phu Yen, tiga daerah yang menempatkan sehingga 300,000 penduduk masih ditenggelami banjir, kata Nguyen Ba Loc, timbalan pengerusi Jawatankuasa Penduduk wilayah.

Beberapa kawasan di wilayah terbabit mengalami banjir paling buruk dan kebanyakan keluarga hilang kediaman, katanya. Sejumlah 24,000 penduduk masih berada di kawasan pemindahan sementara di bangunan kerajaan.

Helikopter tentera membawa bekalan makanan dan air kepada mangsa di kawasan tersisih sementara tentera turut menggunakan bot laju untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa.

Angka kematian di Phu Yen meningkat kepada 69 semalam dan 16 penduduk masih hilang, kata Nguyen.

Sebanyak 14 penduduk mati di wilayah berjiran Binh Dinh dan dua lagi hilang, kata pegawai bencana, Phan Ke Hung. � AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 03:47 PM | Show all posts
dari sabtu/ahad lepas mirinae ni dh decipate biler masuk utara vietnam... kira taufan ni x lama la dok kat vietnam tu... skg ni dh nak masuk north-east monsoon!! byk keje la lps ni biler dh masuk NE monsoon!!  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.097733 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list