CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150702|Reply: 654

NUR KASIH THE MOVIE

  [Copy link]
Post time 2-11-2009 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-5-2011 01:37

Khabir akan filemkan sekuel drama ‘Nur Kasih’         
[TAYANGAN MULAI 19 MEI 2011]

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
        
Khabir Bhatia merupakan pengarah yang menghasilkan karya dengan adunan seninya tersendiri.


ATAS kejayaan drama ‘Nur Kasih’, pengarahnya, Khabir Bhatia akan menyambung jalan cerita berunsurkan cinta, kekeluargaan dan islamik itu dalam bentuk filem.

Jika dilihat, drama lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera ini bukan sahaja mendapat sambutan yang hangat peminat di Malaysia malah turut termasuk Singapura.

Menurut pengarah filem ‘Cinta’, ‘Sepi’, dan ‘Setem’ ini, dia dan isterinya, penulis skrip Mira Mustaffa sedang dalam proses menghasilkan filem sekuel daripada drama ‘Nur Kasih’.

“Filem itu akan menyambung apa yang berlaku seterusnya selepas berakhirnya 26 episod drama ini nanti.

“Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama ‘Nur Kasih’ musim kedua,” jelasnya yang gembira dengan kejayaan ‘Nur Kasih’.

Tambah pengarah drama ‘Manjalara’, ‘Hartamas’, ‘Kekasihku Seru’ dan‘Tower 13’ ini, dia mahu mengumpul lebih ramai khalayak baru yang mengikuti cerita ‘Nur Kasih’.

Kini, drama yang sedang disiarkan di TV3 itu telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di televisyen.

        


“Saya tidak 100 peratus terkejut dengan pencapaian ‘rating’ drama ini sebaliknya merasakan ia memberikan suatu fenomena baru kepada drama-drama lain kerana telah menghasilkan kesan yang positif kepada penonton.

“Drama ini telah membawakan elemen Islam dengan gaya hidup moden,” ujarnya yang berasal dari Mumbai, India.

Jelasnya, mungkin ramai orang menyukai ‘Nur Kasih’ disebabkan oleh jalan cerita dan karektor yang dilakonkan oleh setiap pelakon.

Secara dasarnya, Khabir menganggap ‘sense’ yang digunakan semasa mengarah merupakan perkara terpenting dalam drama itu.

Ramai yang berpendapat teknik pengarahan Khabir mampu mencantikkan sesebuah cerita itu.

Syot-syot ceritanya mengandungi maknanya tersendiri dan mengasyikkan. Kadangkala ada juga pengaruh filem Bollywood yang dibawa dalam karyanya itu, mungkin kerana dia berasal dari sana.

“Saya cuba membuat drama yang nampak seakan-akan filem. Jadi,apabila semua elemen termasuk jalan cerita dan lakonan seseorang pelakon itu bergabung, barulah sesuatu kerja itu akan dilakukan dengan sempurna,” jelasnya yang baru sahaja selesai menyiapkan filem ‘Lara’yang bergenre komedi romantik.

Selepas ini, Khabir memberitahu dia mahu lebih banyak meneroka genre seram selepas berjaya menghasilkan drama ‘Kekasihku Seru’ dan ‘Tower13’ yang kedua-duanya telah dan sedang disiarkan di slot Seram TV3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 11:54 AM | Show all posts
setiap karya khabir ni..memang aku xmiss tgk..hehehe..



klik:
http://www.dapatwang.com/?id=saudagarwang
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:00 PM | Show all posts
fuh kalo ada filem...harap2 best
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:01 PM | Show all posts
x sabar nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:24 PM | Show all posts

RE: Filem ' Nur Kasih '


Ada tak sesapa tau..cerita Nur Kasih ni adaptasi dr novel ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:35 PM | Show all posts
nur kasih mana dari novel..bukan asal ker..tapi citer dia ni kan tipikal mcam novel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2009 12:36 PM | Show all posts
suka dgn drama2 dia yg diarahkan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:59 PM | Show all posts
nur kasih best.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 01:02 PM | Show all posts
best sangat..bosan la citer pasal golongan korporat atau org kayer jer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:53 PM | Show all posts
Jadi ke?Hari tu kata nak film kan Kekasihku Seru..pastu x jadik pon...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 11:03 AM | Show all posts
byk konflik lg la pasni..
abehla ko nur amina..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 01:18 PM | Show all posts
waa...x sabr aku nk tggu klu KB nk wat filem plak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:53 AM | Show all posts
saya minat cerita ni....beshhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:44 PM | Show all posts
dlu citer ni mmg la besh.. tp skng nih dah mcm boring je jln citer nyerrr...
aku lagik suke kalo kekasihku seru yg di filemkan.... dulu kate nak difilemkan pastu senyap jerr... hampehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:31 PM | Show all posts
dlu citer ni mmg la besh.. tp skng nih dah mcm boring je jln citer nyerrr...
aku lagik suke kalo kekasihku seru yg di filemkan.... dulu kate nak difilemkan pastu senyap jerr... hampehhhh
ainurmaisara Post at 4-11-2009 16:44


Gelak giler tengok avatar ainur
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 01:24 PM | Show all posts
maybe dorg melobi KS buat filem.. tp, x dpt kot..
so melobi buat filem NK.. berjaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 01:34 PM | Show all posts
aku rasa nur kasih sesuai jadi drama series gini je...bila jadi filem ni aku rasa cam tak best pulak..tapi kalau jalan citer lagi menarik lagi best..baru ok..stakat ni aku lom miss tengok NK..hehe...sbb tertunggu2 apa kisah selanjutnya tu la yg jadi ramai org minat nak tgk...kalau dah jadi pilem ni nanti bila dah tau ending..nanti tak de mood pulak mokcik kara nak tonton...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 06:53 PM | Show all posts
17# Kara

bukan ker dah ada sinopsis NK nie dlm bod nie... aku baca dah sampai abis...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 06:53 PM | Show all posts
18# schumacher

silap.. bod gosip kottt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 08:34 PM | Show all posts
Hrp2 jd la filem ni
tp aku nk pelakon yg sama ngan drama
klu tukar pelakon lain konpem x tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.082482 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list