CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5017|Reply: 3

Ais di Gunung Kilimanjaro Akan Lenyap -

[Copy link]
Post time 4-11-2009 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Ais di Gunung Kilimanjaro akan lenyap



GUNUNG Kilimanjaro di Tanzania merupakan tarikan utama sektor
pelancongan ke negeri miskin di benua Afrika ini tetapi pemanasan
global bakal menyebabkan ais di puncak gunung itu (gambar kiri)
mula cair dan dijangka lenyap sepenuhnya dalam masa 13 hingga
24 tahun lagi. – Agensi/ AFP


DAR ES SALAAM 3 Nov. – Ais di puncak gunung tertinggi di Afrika mungkin lenyap dalam masa 13 hingga 24 tahun dari sekarang, takdir yang turut dihadapi oleh glasier di benua-benua lain, demikian menurut satu kajian semalam.

Penyelidik dari Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson dan rakan-rakannya berkata, glasier di puncak Kilimanjaro, gunung berapi ‘bertopi’ ais di Tanzania yang menarik 40,000 pelancong setiap tahun, akan hilang.

“Kemungkinan besar ais di puncak gunung itu akan hilang dalam masa satu atau dua dekad sekiranya situasi yang berlaku sekarang berterusan,” demikian dinyatakan dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Prosiding Akademi Sains Kebangsaan (PNAS).

Kajian itu menyalahkan peningkatan suhu akibat perubahan iklim dan kurangnya pembentukan awan berbanding masa lalu.

“Keadaan iklim masa kini memburukkan lagi pencairan lapangan ais Kilimanjaro dan ini adalah perkara unik dari perspektif sejarah 11,700 tahun gunung ini,” kata kajian tersebut.



puncak gunung Kilimanjaro

Ia turut menyatakan bahawa gunung itu kehilangan 26 peratus daripada litupan ais antara tahun 2000 dan 2007.

‘‘Lenyapnya glasier tersebut adalah petunjuk kepada perubahan iklim sedang berlaku di rantau ini yang bukan sahaja memberi impak kepada glasier di atas puncak gunung tetapi juga corak cuaca yang membawa hujan di kawasan rendah,’’ kata Thompson.

Dengan ketinggian 5,896 meter, Gunung Kilimanjaro adalah satu daripada tarikan pelancong di negara timur Afrika ini dan menawarkan suasana tropika serta glasier dalam pendakian yang memakan masa lima hari.

Kilimanjaro juga membawa masuk AS$50 juta (RM171 juta) setahun dan menjadi sumber kemasukan dana luar untuk negara miskin ini. – REUTERS



*************************************************************************

teringin sangat nak daki kilimanjaro... hari tu borak2 ngan student dari tanzania... dia cerita
kampung dia tak jauh ngan kilimanjaro ni... ramai yg dah daki kilimanjaro sebab dengarnya
antara gunung yg kira 'mudah' di daki... ala2 kinabalu la juga...  

too bad kalau ais dia melt sebab kinda trademark kilimanjaro ni especially gunung ni kat
africa -- antara tempat yang terpanas di dunia ni --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 07:08 AM | Show all posts
Biasa yg naik Kilimanjaro nie utk training sebelum naik Everest...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 09:39 PM | Show all posts
kesan pemanasan global yang semakin ketara pada abad ini....membuatkan ais cair dengan kadar yang lebih cepat daripada yang dijangkakan oleh para saintis
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 03:38 PM | Show all posts
semua yg ada takkan kekal abadi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049587 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list