CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 22-8-2010 11:56 PM | Show all posts
saya bersimpati dengan saudara ni..saudara berharap dalam quran tu ditulis satu persatu

dengan jelas yer macam kitab kitab karangan manusia yang saudara selalu baca..


oops sy saudari..bkn saudara...
tak kisah la siapa yg bersimpati kepada siapa...apa maksud kitab karangan manusia?..adakah ia hadis?..adakah BB salah sorang dari mereka yg anti hadis?...


contohnya..
ada surah perbankan..dalam tu ada bab simpanan yang menjelaskan
simpanan macam mana boleh..macam mana xboleh..pastu ada pula bab insurans..
insurans macam mana boleh n macam mana xboleh..

pastu ada pula surah kebersihan..dalam tu ada bab mandi biasa,
mandi wajib, gosok gigi dan sebagainya..


kerana al-Quran tidak menyebut secara detail dan terperinci la sy berpegang kepada hadis kerana demi memelihara kesucian al-Quran supaya tidak membuat takwilan sendiri...kalau tiada panduan masing2 boleh membuat takwilan/tafsiran yg berbeza2 mengikut kefahaman..

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".                                              (Al-Baqarah 2:67)

Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".                                              (Al-Baqarah 2:68)

Mereka berkata lagi: "ohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".                                              (Al-Baqarah 2:69)

Mereka berkata lagi: "ohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".                                              (Al-Baqarah 2:70)         
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.                                              (Al-Baqarah 2:71)         
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.


sy pernah diskusi dgn gol anti hadis...dan mereka tidak menerima tafsiran2 ayat (dalam kurungan) kerana bukan datang dari Allah..so bagaimana dengan tafsiran dalam ayat di atas,adakah anda menerimanya atau adakah pegangan gol anti hadis tidak selaras antara satu sama lain?(jika anda anti hadis la)..jika anda sealiran dengan sy,mungkin anda boleh mengerti apa yg yg saya maksudkan dalam posting sy sebelum ini...


sy tak mau tulis panjang2...yg penting Taat kepada Allah dan Rasulullah...di zaman kita Rasulullah sudah tiada so sunnah baginda la yg menjadi ikutan!..Ayat al-Quran kan merentasi masa dan zaman..so bukan mereka yg sezaman dgn nabi sahaja kena Taat Allah dan Rasul..kita pun sama!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 12:04 AM | Show all posts
Reply 177# nickname


Bagi sy "Perbankan Islam" adalah nama yg digunakan bagi menghalalkan apa yg diharam.
Islam sepatutnya menjaga kepentingan peminjam dan tidak membebankan.
Jika bayaran balik berlipat ganda dari apa yg dipinjamkan apakah ianya masih islamic??
sama sama lah kita fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 12:19 AM | Show all posts
oops sy saudari..bkn saudara...
tak kisah la siapa yg bersimpati kepada siapa...apa maksud ki ...
nickname Post at 22-8-2010 23:56


saya bukan golongan yang anti pada sesiapa or apa-apa..
tapi saya yakin pada Allah dan Al-quran..dah tuhan kata al quran sebagai petunjuk..
wat apa nak takut..xkan lah tuhan xtahu...ayat dia leh menyebabkan salah paham dan sebagainya..
tak maha tahu lah tuhan tu kalau begitu..sesuai dengan firman tuhan..

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.                                              (A-li'Imraan 3:138)

berkaitan dengan sunnah tu..saudari jangan salah paham..anti hadith xbermaksud anti dengan sunnah or anti dengan rasulullah..cuma seperti yang saudari pun tahu..hadith dan segala karangan manusia yang lain ni..banyak berbeza pendapat antara satu sama lain dan menimbulkan banyak rasa was was dan sebagainya..wat apa kita nak menyusahkan diri kita dengan sumer tu..kalau dah ada satu kitab yang xder keraguan pun..yang memang datang dari tuhan sekalian alam..

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;                                              (Al-Baqarah 2:2)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 07:53 AM | Show all posts
Reply 182# ramsys

tu la..nama saja perbankan islam tapi sistem tak Islamik jugakkan kan...padahal share keuntungan perniagaan melalui melalui modal simpanan pelanggan dah ada...tapi nakkan keuntungan besar lagi dgn riba kan!..kalau ada institusi bank yg betul sistemnya tentu dapat meningkatkan pembangunan ummah dan boleh bersaing dgn masyarakat bukan Islam..kan!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 08:16 AM | Show all posts
berkaitan dengan sunnah tu..saudari jangan salah paham..anti hadith xbermaksud anti dengan sunnah or anti dengan rasulullah..cuma seperti yang saudari pun tahu..hadith dan segala karangan manusia yang lain ni..banyak berbeza pendapat antara satu sama lain dan menimbulkan banyak rasa was was dan sebagainya..wat apa kita nak menyusahkan diri kita dengan sumer tu..kalau dah ada satu kitab yang xder keraguan pun..yang memang datang dari tuhan sekalian alam..



adakah kerana bosan dengan ikhtilaf ulama maka kita perlu menolak kesemua hadis yg ada?..umpama kerana nyamuk sekor kelambu dibakar..boleh ker?..ada ker ulama ikhtilaf tentang sesuatu yg disebut secara nyata dalam al-Quran?..semua ulama mengharamkan zina...so ada ikhtilaf tak?..adakah ulama mereka-reka hukum sendiri dan tidak mengambil pakai sumber al-Quran?



kalau tidak percaya kepada hadis dan ulama,so layakkah setiap org menjadikan diri mereka sendiri sebagai ulama untuk mentafsir dan memahami al-Quran?..tentang zakat contohnya..boleh jelaskan kepada sy tak tentang perintah mengeluarkan zakat,cara2,syarat dan kadarnya?..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:16 AM | Show all posts
adakah kerana bosan dengan ikhtilaf ulama maka kita perlu menolak kesemua hadis yg ada?..umpama kerana nyamuk sekor kelambu dibakar..boleh ker?..ada ker ulama ikhtilaf tentang sesuatu yg disebut secara nyata dalam al-Quran?..semua ulama mengharamkan zina...so ada ikhtilaf tak?..adakah ulama mereka-reka hukum sendiri dan tidak mengambil pakai sumber al-Quran?

Terpulang pada individu lah..Ada individu yang macam saudara..yang rasa al quran itu tidak cukup dan perlukan kitab yang lain..Tidak bermakna semua individu kena ikut saudara..Lagipun dalam rukun iman..Kita disuruh percaya Pada Allah, malaikat, rasul, kitab, hari akhirat dan qada' n qadar..Kenapa bila beriman pada Allah saudara yakin xleh beriman pada yang selain Allah?Bab beriman pada rasul saudara percaya xleh beriman pada rasul selain daripada yang dilantik oleh Allah..tapi bab beriman pada kitab-kitab Allah saudara tahu juga kita wajib beriman pada kitab Allah..Kitab-kitab lain tak wajib dan terpulanglah pada individu..Sepatutnya saudara galakkan orang pada yang wajib ni..beriman dengan al quran ni dulu..agak-agak dah hebat sangat quran..baru lah tambah pengetahuan dengan yang lain..macam saudara bersembahyang lah..bila sembahyang fardhu dah complete n xder tinggal lagi..baru lah tambah dengan yang sunat..ini setiap malam bangun tahajud..tapi pagi tak bangun subuh..elok ke macam tu??

kalau tidak percaya kepada hadis dan ulama,so layakkah setiap org menjadikan diri mereka sendiri sebagai ulama untuk mentafsir dan memahami al-Quran?..tentang zakat contohnya..boleh jelaskan kepada sy tak tentang perintah mengeluarkan zakat,cara2,syarat dan kadarnya?..
nickname Post at 23-8-2010 08:16


Insya Allah..Tuhan turunkan Al-quran ni sebagai petunjuk untuk semua manusia..Tapi kebanyakkan orang ni menganggap..Tuhan turunkan al-quran untuk mereka cari untung..konon-kononnya mereka jer paham al-quran..orang lain kalau baca xpaham..so kena baca kitab dia..berdosa kalau paham ikut kefahaman sendiri..

Sedangkan masing masing tuhan dah berikan akal..dan akal tu sendiri tuhan yang ciptakan..al quran pun tuhan yang turunkan..dia tahu lah nak turunkan ayat yang boleh dipahami oleh semua manusia..Tapi kalau saudara rasa manusia lebih memahami manusia lain dari pada tuhan memahami hambanya..Saya tak boleh buat apa-apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2010 10:31 AM | Show all posts
Reply  nickname


Bagi sy &quoterbankan Islam" adalah nama yg digunakan bagi menghalalkan apa yg di ...
ramsys Post at 23-8-2010 00:04


Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.                                              (Al-Maaidah 5:44)         

Tuhan dah tahu akan wujud golongan yang gunakan ayat tuhan untuk menghalalkan benda haram ini..Mereka ingat duit yang mereka peroleh tu dah banyak lah tu..padahal sikit sahaja di sisi tuhan..azab nak dipikul tu nanti lagi banyak..

Tapi inilah yang digemari oleh golongan yang suka ikut kitab dan ulamak ni..Agak-agak ulamak ni tak benarkan benda ni..dia gi cari ulamak lain..xbenar gak..cari yang lain lagi..ada yang benarkan dia ikut lah..ikut pun ikut nafsu jer..bukan semua yang ulamak tu cakap dia ikut..ikut yang sesuai dengan nafsu dia sahaja..bila bab lain yang ulamak tu tidak bersetuju..dia pergi cari ulamak lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:45 AM | Show all posts
Reply 186# Baru_Belajar

kerana sy percaya pada kitab lah maka sy menerima hadis Rasulullah..bukankah dalam kitab jugak ada sebutkan :


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59) 

tentang zakat tadi boleh anda jelas kan tak?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 10:47 AM | Show all posts
Insyaalah malam ni kita sambung lagi diskusi k...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by Baru_Belajar at 23-8-2010 11:36
Reply  Baru_Belajar

kerana sy percaya pada kitab lah maka sy menerima hadis Rasulullah..bukankah  ...
nickname Post at 23-8-2010 10:45


Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(Al-Baqarah 2:43)         
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.                                              (Al-Baqarah 2:110)         
                                            

Dalam quran, perkataan zakat ini selalu bersama dengan solat..untuk menunjukkan betapa pentingnya kedua ini..kalau solat kita boleh pentingkan..sepatutnya zakat ini pun sama juga..lebih dari itu tuhan suruh kita utamakannya lebih dari kepentingan kita sendiri..Orang yang perlukan kadar ni biasanya orang yang kedekut hartanya..dia cuma keluarkan ikut kadar yang ditetapkan itu..kalau macam tu lah..agak-agak zakatnya lebih tak dari yang dia gunakan untuk diri dia..

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)                                          

sedangkan tuhan siap tanya lagi siapa nak beri pinjaman pada dia..dia akan gandakan sebanyak banyaknya..simpan dalam bank baru dapat 10 20% pun orang dah berebut rebut walaupun tahu riba..xkan lah pinjamkan pada tuhan dengan xsanggup..dah terang terang tuhan akan gandakan dengan banyak..so wat apa nak berkadar kadar lagi..

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:60)

tuhan dah bagitahu juga..pada siapa kita nak zakatkan..alhamdulillah..tuhan terangkan dengan jelas bagi sesiapa yang ikhlas nak menurutinya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:31 AM | Show all posts
Insyaalah malam ni kita sambung lagi diskusi k...
nickname Post at 23-8-2010 10:47


mudah mudahan kita semua dikurniakan hidayah petunjuk dari Allah..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:50 AM | Show all posts
Kita masih dalam ruang diskusi... Moga Allah memberi hidayan dan mengeluarkan bibit2 kebenaran hasil dari perbincangan ini. Ya Allah pelihara kami dari emosional dalam memberi pendapat.

yang rasa al quran itu tidak cukup dan perlukan kitab yang lain..Tidak bermakna semua individu kena ikut saudara..

Bukan Al-Quran tidak cukup... cuma akal manusia yang tidak mampu menghurai isi kandungan Al-Quran secara langsung. Sebab itu perlu kepada penerangan dan penjelasan dari Rasulullah SAW... Sementelah Al-Quran itu mukjizat dan diturunkan tatkala org jahiliyyah tatkala itu memiliki penyair2 yang hebat2 dalam gaya Bahasa Arab. Al-Quran secara tidak langsung 'mencarik' syair2 arab dengan susunan gaya bahasanya yang tinggi. Mana mungkin manusia mampu merungkainya secara direct tanpa ilmu2 alat. Dan antara penafsir kepada Al-Quran selain Al-Quran ialah Sunnah Rasulullah sendiri. Dengan kata lain, sunnah itu perlu ada untuk memudahkan manusia, lelebih lagi ummat akhir zaman ini.

beriman dengan al quran ni dulu..agak-agak dah hebat sangat quran

Tahap mana yang boleh dikatakan "hebat" tu?

macam saudara bersembahyang lah..bila sembahyang fardhu dah complete n xder tinggal lagi..baru lah tambah dengan yang sunat..ini setiap malam bangun tahajud..tapi pagi tak bangun subuh..elok ke macam tu??

Ini Qias ma'al fariq... mana boleh samakan penerimaan terhadap Al-Quran yang wajib dan Sunnah Rasulullah SAW yang wajib dengan solat fardhu yang wajib dan solat tahajjud yang dihukumkan sunat mu'akkad?

Sedangkan masing masing tuhan dah berikan akal..dan akal tu sendiri tuhan yang ciptakan..al quran pun tuhan yang turunkan..dia tahu lah nak turunkan ayat yang boleh dipahami oleh semua manusia..

Betul, Allah beri akal dan turunkan Al-Quran. Dan kerana Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatulah maka diutuskan Rasulullah SAW kepada kita untuk jadi contoh ikutan. Kerana Akhlak Rasulullah SAW itu adalah Al-Quran. Jika ikut ayat saudara, apa releven Rasulullah di utus sedangkan semua manusia sudah paham Al-Quran? cuba perhati ayat dalam surah Sajdah ini:
[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
[13]
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.

So, dengan sebab itu Ulama' seperti Imam Bukhari berusaha mengumpul dan menapis hingga terhasil kitab Shahihnya... dan perhati juga ayat dalam surah al-Ankabut nih:
[69]
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Betul Allah beri akal dan turunkan Al-Quran. Namun Allah mahukan hambaNYA berusaha. Amat mudah bagi Allah untuk memberi pemahaman ke atas kita. Pernah kah kita minta untuk dimudahkan pemahaman?

Tuhan dah tahu akan wujud golongan yang gunakan ayat tuhan untuk menghalalkan benda haram ini..Mereka ingat duit yang mereka peroleh tu dah banyak lah tu..padahal sikit sahaja di sisi tuhan..azab nak dipikul tu nanti lagi banyak..

Tapi inilah yang digemari oleh golongan yang suka ikut kitab dan ulamak ni..Agak-agak ulamak ni tak benarkan benda ni..dia gi cari ulamak lain..xbenar gak..cari yang lain lagi..ada yang benarkan dia ikut lah..ikut pun ikut nafsu jer..bukan semua yang ulamak tu cakap dia ikut..ikut yang sesuai dengan nafsu dia sahaja..bila bab lain yang ulamak tu tidak bersetuju..dia pergi cari ulamak lain..


Fokus saya kepada Sunnah Rasulullah SAW. Stand saya bahawa Sunnah Rasulullah itu wajib di patuhi sama seperti Al-Quran dan ianya juga merupakan sumber perundangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 07:00 PM | Show all posts
salam,
tentang zakat contohnya..boleh jelaskan kepada sy tak tentang perintah mengeluarkan zakat,cara2,syarat dan kadarnya?..


pada pandangan sy ada yg tak kena dengan sistem zakat kita sekarang.
mereka2 yg memerlukan pertolongan/bantuan tidak mendapat pembelaan yg sepatutnya.

ada zakat yg dikutip setiap bulan seperti zakat pendapatan dan ada yg dikutip setahun sekali seperti zakat perniagaan.
kebanyakan yg memerlukan pertolongan ini hanya memdapat bantuan setahun sekali, itu pun hanya beberapa ratus ringgit sahaja. wang yg diterima itu pun hanya mencukupi untok sebualn dua sahaja. selepas itu mereka merempat plak.
apakah ini bentuk zakat yg sebenar???
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:44 PM | Show all posts
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(Al-Baqarah 2:43)         
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.                                              (Al-Baqarah 2:110)         
                                            

Dalam quran, perkataan zakat ini selalu bersama dengan solat..untuk menunjukkan betapa pentingnya kedua ini..kalau solat kita boleh pentingkan..sepatutnya zakat ini pun sama juga..lebih dari itu tuhan suruh kita utamakannya lebih dari kepentingan kita sendiri..Orang yang perlukan kadar ni biasanya orang yang kedekut hartanya..dia cuma keluarkan ikut kadar yang ditetapkan itu..kalau macam tu lah..agak-agak zakatnya lebih tak dari yang dia gunakan untuk diri dia..

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)                                          

sedangkan tuhan siap tanya lagi siapa nak beri pinjaman pada dia..dia akan gandakan sebanyak banyaknya..simpan dalam bank baru dapat 10 20% pun orang dah berebut rebut walaupun tahu riba..xkan lah pinjamkan pada tuhan dengan xsanggup..dah terang terang tuhan akan gandakan dengan banyak..so wat apa nak berkadar kadar lagi..

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:60)


tuhan dah bagitahu juga..pada siapa kita nak zakatkan..alhamdulillah..tuhan terangkan dengan jelas bagi sesiapa yang ikhlas nak menurutinya..



al-Quran sumber hukum...yg menentukan hukum solat dan zakat adalah wajib.maka peranan Rasul pula menyampaikan hukum2 yg disebutkan dalam al-Quran dan memperjelaskan lagi dari segi perlaksanaannya..so boleh faham tak perkaitannya..tidak sama sekali mengenepikan perkara pokok dalam al-Quran atau tidak mempedulikan al-Quran..kalau al-Quran jelaskan dengan detail semua sekali tak perlu la dia utuskan rasul untuk menerangkan dan memperjelaskan ayat2 Allah. 

dalam bab solat dan zakat..kedua2nya perintah wajib,tidak timbul soal kedekut tetapi soal dosa dan pahala..maka pilih lah yg mana satu..setiap org tak sama pemilikan hartanya..so nabi perjelaskan lagi ketetapan untuk mengeluarkan zakat:

567. Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Tidak wajib zakat emas perak yang kurang dari lima uqiyah (20 mitsqal), dan tidak wajib zakat unta yang kurang dari lima ekor, dan tidak wajib zakat padi, gandum dan kurma yang kurang dari lima wasaq. (Bukhari, Muslim).

kalau tak ada penjelasan dari Nabi bagaimana agaknya keadaan org2 yg tak mampu..timbul kebimbangan mendapat dosa jika tak melakukan perkara wajib kan?..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 10:52 PM | Show all posts
Reply 193# ramsys


hukum berzakat tu dah betul daah...cuma mungkin lemah dari sudut pengurusan institusi zakat..mungkin cara agihan dan pungutan perlu ada penambahbaikan lagi..any idea boleh lah usulkan kpd lembaga zakat ok.. nak komen2 lebih2 pun tak ada pengalaman bekerja dgn lembaga zakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 11:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 24-8-2010 01:20

Salamun 'alaikum..



Bukan Al-Quran tidak cukup... cuma akal manusia yang tidak mampu menghurai isi kandungan Al-Quran secara langsung.


AlQuran itu Sebuah Kitab yg jelas lagi terperinci.

Alif Lam Roo, Itulah ayat-ayat Kitab Yang Jelas 12:1


Apakah maka selain ALLAH aku mencari sebagai seorang Hakim? sedangkan Dia lah yang telah menurunkan kepada kamu akan Kitab yang terperinci 6:114

ataupun anda sedang menyangkal ayat-ayat Tuhan ALLAH anda? dgn mengatakan Kitab Nya itu Tidak Jelas &Tidak Terperinci?


Sementelah Al-Quran itu mukjizat dan diturunkan tatkala org jahiliyyah tatkala itu memiliki penyair2 yang hebat2 dalam gaya Bahasa Arab. Al-Quran secara tidak langsung 'mencarik' syair2 arab dengan susunan gaya bahasanya yang tinggi


Tujuan AlQuran di turunkan bukan utk mencarik adat org-org arab, tetapi Sebagai Suatu Petunjuk.

Dan sunggoh benar-benar Kami telah mendatangkan akan mereka itu dengan Kitab yang Telah Kami rincikan akan nya di atas Ilmu, Sebagai Suatu Petunjuk, dan Sebagai Suatu Pengasehan, bagi kaum yg sedang mempercayai 7:52

dan AlQuran itu bukanlah Syair, seperti yg di lagukan oleh org-org yg mengaku islam hari ini, umpamanya di dlm majlis tilawah qari &qariah peringkat antarabangsa, juga seperti yg di lagukan di dlm kaset, cd &di dlm solat-solat, umpamanya solat taraweh di masjidil-haram dsbnya.

Dan tidaklah Kami telah mengajarkan nya akan syair, dan tidaklah ia layak bagi nya, tidak lain ia itu kecuali Suatu Peringatan dan Bacaan Yang Jelas 36:69

lantas, ajaran siapakah yg menyuruh manusia melagukan AlQuran seperti syair? fikir...


Mana mungkin manusia mampu merungkainya secara direct tanpa ilmu2 alat. Dan antara penafsir kepada Al-Quran selain Al-Quran ialah Sunnah Rasulullah sendiri.


Manusia tidak perlu menafsirkan AlQuran, kerana AlQuran itu sendiri adalah Sebaik-baik Tafsir.

Dan tidaklah mereka mendatangkan akan engkau dengan Suatu Perumpamaan, kecuali Kami telah mendatangkan akan engkau dengan Kebenaran dan Sebaik-baik Tafsir 25:33


Dengan kata lain, sunnah itu perlu ada untuk memudahkan manusia, lelebih lagi ummat akhir zaman ini.


Siapa yg mengatakan demikian? Tuhan ALLAH anda? dlm surah apa? ayat yg keberapa?


Ini Qias ma'al fariq... mana boleh samakan penerimaan terhadap Al-Quran yang wajib dan Sunnah Rasulullah SAW yang wajib dengan solat fardhu yang wajib dan solat tahajjud yang dihukumkan sunat mu'akkad?


Adakah ajaran Qias ma'al Fariq itu ada di ajarkan di dlm AlQuran? dlm surah apa? ayat yg keberapa? dan siapakah pula yg mengatakan Tahajjud itu sunat mu'akkad? Tuhan ALLAH anda? dlm surah apa? ayat yg keberapa?


[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
[13]
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia
(yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.


Masya ALLAH,
Terjemahan anda di atas terdapat banyak sangat tokok tambah dari ayat yg asal. di sini saya bawakan terjemahan menurut grammar AlQuran yg saheh:

Dan jikalau engkau telah melihat ketika orang-orang yang berdosa menundukkan kepala-kepala mereka di sisi Tuhan mereka, "Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah akan kami, kami akan melakukan kesolehan, Sesungguhnya kami, orang-orang yg meyakini"

Dan jikalau Kami telah menginginkan, nescaya Kami telah datangkan akan setiap jiwa itu akan petunjuknya, dan tetapi telah benarlah oleh perkataan dari Aku: "Nescaya benar-benar Aku penuhi jahanam itu dari jin dan manusia kesemua!" 32:12&13




So, dengan sebab itu Ulama' seperti Imam Bukhari berusaha mengumpul dan menapis hingga terhasil kitab Shahihnya...  


Saya tak nampak pun apa kaitannya dgn hadis "min 'indi ghoiriLLAH" (dari sisi selain ALLAH) yg di kumpulkan oleh bukhari dll dgn 32:12&13.

Demikianlah itu ayat-ayat ALLAH yang Kami bacakan akan nya ke atas engkau dengan Kebenaran, maka dengan Hadis mana kah sesudah ALLAH dan ayat-ayat Nya, mereka mempercayai? Dan kecelakaanlah bagi setiap penipu lagi berdosa 45:6&7



surah al-Ankabut [69]
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.


Saudara, terjemahan saudara banyak sangat tokok tambah. Saudara tak pernah belajar grammar bahasa AlQuran? saya tolong bawakan terjemahan sebenar:

Dan orang-orang yang telah berusaha pada Kami, nescaya benar-benar Kami menunjuki akan mereka akan Jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya ALLAH itu benar-benar bersama akan orang-orang yang membuat kebajikan 29:69

di harap anda tidak menjadi seperti golongan di bawah:

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan mempercayai bagi kamu? sedang sunggoh adalah segolongan dari mereka itu sedang mendengar perkataan ALLAH, kemudian mereka mengubah akan nya, dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya, sedang mereka mengetahui. 2:75

Maka celaka lah bagi orang-orang yg menulis akan Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka mengatakan: "Ini dari sisi ALLAH!" supaya mereka membeli dengan nya akan harga yang murah, maka celakalah bagi mereka dari apa yg telah mereka tulis akan tangan-tangan mereka, dan celakalah bagi mereka dari apa yang sedang mereka usahakan. 2:79



Betul Allah beri akal dan turunkan Al-Quran. Namun Allah mahukan hambaNYA berusaha. Amat mudah bagi Allah untuk memberi pemahaman ke atas kita. Pernah kah kita minta untuk dimudahkan pemahaman?


Bukankah ALLAH telah memudahkan AlQuran itu sebagai Peringatan?

Dan sunggoh benar-benar Kami telah memudahkan akan AlQuran itu untuk Peringatan, maka ada-kah dari orang-orang yang mengambil tahu? 54:17


Fokus saya kepada Sunnah Rasulullah SAW. Stand saya bahawa Sunnah Rasulullah itu wajib di patuhi sama seperti Al-Quran dan ianya juga merupakan sumber perundangan.


Apakah anda juga sedang mengalami Sindrom Lembu Betina? seperti yg telah di alami oleh bani israel? tahukan anda Sindrom Lembu Betina itu? nah! fikir-fikirkan &renung-renungkanlah....



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 12:35 AM | Show all posts
Salaaamun 'alaikum nickname,




kalau al-Quran jelaskan dengan detail semua sekali tak perlu la dia utuskan rasul untuk menerangkan dan memperjelaskan ayat2 Allah.  


Kata-kata awak nih bercanggah dgn kata Tuhan ALLAH awak.

Dan tidaklah ke atas rasul itu kecuali menyampaikan yg jelas 24:54

Tugas rasul hanya menyampaikan. dan AlQuran itu sememang nya jelas. atau awak sudah tidak percaya lagi dgn kata-kata Tuhan ALLAH awak, yg mengatakan AlQuran itu sememangnya JELAS?


kalau tak ada penjelasan dari Nabi bagaimana agaknya keadaan org2 yg tak mampu..timbul kebimbangan mendapat dosa jika tak melakukan perkara wajib kan?..


Mengapa pula org yg tiada kemampuan, di paksa utk bersadaqah @ menafkahkan sesuatu kerana/kepada ALLAH? ajaran siapakah itu? dan, apakah yg awak faham tentang perintah "mendatangkan kesucian/zakat"? cuba awak jelaskan...kan awak kata AlQuran itu sumber pokok ajaran ALLAH, tapi saya tengok awak hanya petik hadis min 'indi ghoiriLLAH.. takde pun awak quote ayat-ayat AlQuran mengenai perintah "mendatangkan kesucian" @ mengenai sadaqah @ mengenai perintah menafkahkan harta di jalan ALLAH.

apakata awak quote keseluruhan ayat-ayat AlQuran mengenai perintah "mendatangkan kesucian", sadaqah & menafkahkan sesuatu kpd/kerana ALLAH.. nanti akan "terbongkarlah" kepalsuan ajaran-ajaran hadis min 'indi ghoriLLAH.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 07:43 AM | Show all posts
al-Quran sumber hukum...yg menentukan hukum solat dan zakat adalah wajib.maka peranan Rasul pula menyampaikan hukum2 yg disebutkan dalam al-Quran dan memperjelaskan lagi dari segi perlaksanaannya..so boleh faham tak perkaitannya..tidak sama sekali mengenepikan perkara pokok dalam al-Quran atau tidak mempedulikan al-Quran..kalau al-Quran jelaskan dengan detail semua sekali tak perlu la dia utuskan rasul untuk menerangkan dan memperjelaskan ayat2 Allah.


Saudara jangan salah paham. Tiada siapa mempertikaikan peranan Rasul. Semua orang tahu. Al Quran itu sendiri diturunkan kepada Baginda. Tiada siapa yang lebih mengetahui kandungan dan hukum hakam dalam quran lebih dari baginda.

dalam bab solat dan zakat..kedua2nya perintah wajib,tidak timbul soal kedekut tetapi soal dosa dan pahala..maka pilih lah yg mana satu..setiap org tak sama pemilikan hartanya..so nabi perjelaskan lagi ketetapan untuk mengeluarkan zakat:

567. Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Tidak wajib zakat emas perak yang kurang dari lima uqiyah (20 mitsqal), dan tidak wajib zakat unta yang kurang dari lima ekor, dan tidak wajib zakat padi, gandum dan kurma yang kurang dari lima wasaq. (Bukhari, Muslim).

kalau tak ada penjelasan dari Nabi bagaimana agaknya keadaan org2 yg tak mampu..timbul kebimbangan mendapat dosa jika tak melakukan perkara wajib kan?..
nickname Post at 23-8-2010 22:44


Alhamdulillah..Bukankah kebimbangan mendapat dosa itu adalah perkara yang baik..Insya Allah mereka akan bermohon pada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya di ampunkan..Mudah-mudahan apabila mereka dikurniakan sesuatu..Mereka dapat menafkahkannya pada jalan Allah..Sesuai dengan firman Allah..

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.                                                                                      (A-li'Imraan 3:92)

Kalau ikut cara yang saudara sarankan. Ramailah mereka mereka yang sengaja menyimpan emas kurang dari jumlah yang saudara cakapkan itu..semata-mata tidak mahu membayar zakat..Seperti orang elak bayar tax lah..macam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan membayar tax..Tapi kalau manusia manusia ni rujuk pada al-quran..mereka akan tahu betapa tiada bergunanya harta yang mereka kumpulkan di dunia ini..Sesuai dengan firman tuhan..

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).                                                                                      (Al-'Ankabuut 29:64)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 07:50 AM | Show all posts
salam,


pada pandangan sy ada yg tak kena dengan sistem zakat kita sekarang.
mereka2 yg memerlu ...
ramsys Post at 23-8-2010 19:00


Masalahnya berpunca dari institusi yang menguruskan zakat itu sendiri..Kalau nak bayar zakat direct pada orang yang memerlukan..nanti tidak dapat pengecualian cukai pulak kan..may be seseorang boleh mengesyorkan agar pemberian zakat boleh terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan dengan penyaksian sendiri oleh seseorang dari institusi yang menguruskan zakat tersebut..So mereka boleh mengeluarkan resit zakat kepada individu yang mengeluarkan zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 01:39 PM | Show all posts
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh sirrikhafi..


Kata-kata awak nih bercanggah dgn kata Tuhan ALLAH awak.

Dan tidaklah ke atas rasul itu kecuali menyampaikan yg jelas 24:54

Tugas rasul hanya menyampaikan. dan AlQuran itu sememang nya jelas. atau awak sudah tidak percaya lagi dgn kata-kata Tuhan ALLAH awak, yg mengatakan AlQuran itu sememangnya JELAS?


SesungguhnyaAllah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelahIa mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yangmembuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dariiktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya merekasebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.(A-li'Imraan 3:164)


Apayang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, danorang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yangdemikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya darikalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepadakamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamumelakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggarperintahNya). (Al-Hasy-r 59:7)

kalau nak paste Ayat taat Allah,taat Rasul,percaya Allah,percaya Rasul tak cukup tanah dibuatnya..taat dan percaya adakah sama maksudnya?..adakah nabi berdusta sampai kita tidak boleh terima hukum2 dan hikmah yg diajarkan dari al-Quran?..Adakah ayat yg perintahkan taat Rasul hanya di masa hidupnya sahaja?..sedangkan Allah mengiktiraf org beriman dan beramal saleh yg taat kepada Allah dan rasul kenapa kita nak mempertikaikan dan menfitnah mereka dusta?..pendapat mereka pun bukan sebarangan kerana disertakan nas2 dr al-Quran dan hadis Rasulullah..Kalau tersalah bukan lah suatu dosa perkara yg tidak disengajakan.. 


SesungguhnyaPenolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman,yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tundukmenjunjung perintah Allah). (Al-Maaidah 5:55)

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59) 

Ayat al-Quran memang jelas! tapi jangan lupa Ia juga yg mengandungi hikmah.Bukan semua org mampu mancapai Hikmah yg ada dalam al_quran sebab itu la Allah utuskan Rasul untuk memperjelaskan hikmahnya,..dalam bab kepercayaan /keimanan kpd Allah,rasul,tanda2 kekuasaan Allah diterangkan dengan nyata,tapi bagaimana pula dalam bab ibadah.,hukum sudah sememangnya jelas tiada keraguan tapi mampukah kita capai hikmah untuk melaksanakannya?

ambil contoh ayat dibawah :
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(Al-Baqarah 2:43)         

bagaimana nak laksanakan berjamaah kalau nak mengikut cara yang nabi ajar?...


Mengapa pula org yg tiada kemampuan, di paksa utk bersadaqah @ menafkahkan sesuatu kerana/kepada ALLAH? ajaran siapakah itu? dan, apakah yg awak faham tentang perintah "mendatangkan kesucian/zakat"? cuba awak jelaskan...kan awak kata AlQuran itu sumber pokok ajaran ALLAH, tapi saya tengok awak hanya petik hadis min 'indi ghoiriLLAH.. takde pun awak quote ayat-ayat AlQuran mengenai perintah "mendatangkan kesucian" @ mengenai sadaqah @ mengenai perintah menafkahkan harta di jalan ALLAH.

apakata awak quote keseluruhan ayat-ayat AlQuran mengenai perintah "mendatangkan kesucian", sadaqah & menafkahkan sesuatu kpd/kerana ALLAH.. nanti akan "terbongkarlah" kepalsuan ajaran-ajaran hadis min 'indi ghoriLLAH.


dalam bab ibadah ni cuba perhatikan lah...Allah yg menjelaskan ketetapan,bukan Rasul,cuma dari segi perlaksaan dan keraguan yg timbul rasulullah yg perjelaskan.kan ada Ayat Allah yg menyebut mafhumnya apa yg rasul perkatakan itu bukan dari hawa nafsu melainkan apa yg diwahyukan kepadaNya..

tentang zakat tu,cuba perhatikan dalam al-Quran perintah berzakat dan ayat yang menggalakkan bersedekah..dua perkara yang berbeza..

ada hadis palsu,tapi jangan kita pukul rata semuanya dusta...jangan menfitnah ulama2 dulu yg imannya lebih mantap berbanding dengan umat akhir zaman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080239 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list