CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4304|Reply: 41

Pelajar malaysia di Australia dibelasah penyamun....siannya..

[Copy link]
Post time 11-11-2009 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar kita di Australia dibelasah penyamunOleh Hardi Effendi Yaacob dan Suhana Roslan
bhnews@bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Hawthorn, Melbourne dibelasah hingga pengsan sebelum dilarikan dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong dengan kedua-dua tangannya diikat menggunakan kawat duri dalam kejadian samun berhampiran rumah sewanya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Wan Hana Syafiqah Modin (gambar), 19, pelajar tahun pertama Sains Kesihatan Sosial di Swinburne University of Technology (SUT), dikatakan berjalan berseorangan ke kampusnya apabila dihampiri seorang lelaki sambil mengacukan senjata tajam dari belakang.

Mangsa dari Taman Setiawangsa di sini, kemudian dipaksa memasuki sebuah kereta yang dinaiki tiga penjenayah lain, dan dipukul hingga pengsan.


Difahamkan, penjenayah terbabit meninggalkan Wan Hana Syafiqah di rumah kosong berkenaan sebelum melarikan diri bersama wang tunai A$260 (RM826.80) yang dibawa mangsa untuk membeli buku rujukan di kampusnya. Bagaimanapun, barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit tidak diambil.

Mangsa yang sedar tidak lama selepas itu, diselamatkan orang ramai selepas menemuinya berlari dalam keadaan tangan terikat dan berlumuran darah berhampiran sebuah kafe tidak jauh dari rumah kosong itu.

Ibunya, Engku Rahilah Engku Mahmud, 52, berkata anak keduanya, Wan Iylia Raihan Modin, 24, yang turut menuntut di universiti sama, memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa adik bongsunya itu, malam kelmarin.
"Iylia yang menemani Hana menjalani rawatan di Hospital Royal Melbourne memberitahu keadaan adiknya lemah dan cedera di kepala akibat hentakan kuat, selain luka pada tangan dan mempunyai kesan jerut di leher, tetapi keadaannya stabil. Saya meminta untuk bercakap dengan Hana tetapi yang kedengaran cuma tangisannya.

"Saya diberitahu dia juga masih trauma. Kejadian ini cukup mengejutkan kerana kedua-dua anak saya itu dijangka pulang ke tanah air pada 17 November ini sempena cuti semester," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rahilah dan suaminya dijangka berlepas ke Melbourne sebelum hujung minggu ini untuk melawat kedua-dua anak mereka.

Hana yang melanjutkan pengajiannya ke Australia, Disember lalu, dikatakan pelajar cemerlang dan berada dalam kelompok 10 pelajar terbaik universiti itu berdasarkan keputusan peperiksaan prakursusnya.
Difahamkan, polis Australia masih menyiasat kes itu dan penjenayah terbabit dipercayai warga Asia berdasarkan slanga bahasa Inggeris mereka.

Polis juga dikatakan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar universiti itu, termasuk kawasan berhampiran rumah sewa mangsa bagi memburu penjenayah terbabit.

Wisma Putra ketika dihubungi pula memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari pihak kedutaan, termasuk Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Canberra berhubung kejadian berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2009 12:08 PM | Show all posts
12 tgh hari , orang tak nampak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:18 PM | Show all posts
Penyamun tu org M'sia jg ke... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:18 PM | Show all posts
kesiannya... anak jauh2 kene mcm tuh sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:24 PM | Show all posts
nasib tak kene rogol......
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 12:35 PM | Show all posts
nasib baik tak kena rogol...
kalau kat tanah melayu neh dah sah2 kena rogol minah itu kanns?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2009 12:46 PM | Show all posts
tu la yg risau bila lepaskan anak dara belajar jauh2..
tpi kat m'sia pun aper kurang nye..x dilepaskan pun..sendiri yg gatai mengikut jantan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:08 PM | Show all posts
kesian nya... didoakan semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 01:20 PM | Show all posts
mulut dia senget psl kena pukul ke??? kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:22 PM | Show all posts
kesiannya... sure budak tu trauma
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:36 PM | Show all posts
Remember Dr Chang, famous sydney surgeon murdered by two malaysian gangster in 1991..

http://en.wikipedia.org/wiki/Victor_Chang

saya  tau benda ni sebab baru balik dari sana..kat sana heboh sebab salah sorang pembunuhnya patutnya dah bebas hujung 2009 ni..ramai protes...

kalau bebas, dia ni kena deported to malaysia..malaysia nak terima ka orang cam gini..?? hantaq balik penjara la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 02:00 PM | Show all posts
semoga cpt sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:11 PM | Show all posts
tahun pertama kene duk luar ke..ke situ mmg xde hostel.. siannya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:19 PM | Show all posts
beza nye penjenayah malaysia and australia. kalo kat malaysia mesti da kena rogol, liwat sume cukup.pastu henpon, jam, brg kemas sume depa sapu. yang australia ni diorang lebeyh ke arah torture. xde pon sexual abused. maybe sebab sana senang dapat kott.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:20 PM | Show all posts
aku kenal hanna ni,sangat xsangka bende ni jadi kat dia. kitorang semua ingat mat salleh yang buat...rupe2nye orang asia sendiri...celaka btul.student kat oversea patut lebih berhati hati. kat area tempat aku duduk ni pn awal tahun ni ade student kene rompak + toreh muka ngan botol kaca...

btw..ini cerita dari kakak die sendiri.

...........She walked out the door around 11.30ish this morning. On her way to school (about 5-10mins walk from home), she felt like somebody was following her very closely. Thinking that it was a main and busy road, she didn't call anyone straight away, but expressed it on her fb status instead..until I got a call from Farah at about 1pm, told me that Syara said Hanna didn't turn up to class which was supposed to be at 12.30 and that her cellphone was switched off right after she updated her status. Jai ran out to find her and when he tried to call her, luckily it turns out that she just regained her consciousness at that moment. So here's what happened..

The minute she thought that she was followed, she pretended like she was heading to 7E instead of walking straight up. Apparently that didn't stop him from following. As she took a few more steps, he came and put his left hand around her waist while the other hand was holding something sharp like a knife and pointed it to her body and he said "Keep quiet...follow me...keep quiet.."

Next to him was a white car parked by the pavement and she was pushed inside, where another 3 men in black masks were waiting. All Hanna heard was just some laughter and she was knocked on the head with a hard object a few times until she lost conscious.

She woke up somewhere in a closed area, with her hands tied up by some sort of wire, a bump and wound on the forehead, strangled marks on her neck, and sharp cuts here & there. As soon as she realized that she was all alone on the ground, she tried to get up and the whole body was aching so bad. She unlocked a 'gate', squeezed herself out and ran as fast as she could, away from there, with the thought that they're still around. She tried to escape. That was the moment that she switched on her mobile and Jai called. She was crying out loud, helpless. Not so long after, Jai arrived. And then me. Then the Victoria police and detectives. And the ambulance.

After an hour or so, we were sent to the forensics. And now we're going to the hospital for a thorough check up. Your prayers for Hanna are much appreciated. TQ............
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:26 PM | Show all posts
kesiannya...sampai teruk kena pukul...apala daya sorang perempuan..nak ambik duit ambik je la..ni sampai pukul..nasib baik tak dibunuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 03:36 PM | Show all posts
kesiannya...sampai teruk kena pukul...apala daya sorang perempuan..nak ambik duit ambik je la..ni sampai pukul..nasib baik tak dibunuh..
noor2 Post at 11-11-2009 15:26


Macam dendam jek ar kak noor... kalo nak merompak sangat takde bende dia tinggal dan takde nak bawak budak tu pi umah kosong pukul sampai gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:40 PM | Show all posts
~ maybe llki tuw minat die n die rejek .. tuw kene pukul ,, llki kannn ego !! :re::cf:
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:44 PM | Show all posts
tak kene rogol ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 03:45 PM | Show all posts
warga asia...tak semestinya orang malaysia jugak boleh jadi orang thailand, singapore , indonesia, dan segala asia lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.073728 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list