CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: batu_bergolek

(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM

[Copy link]
Post time 22-11-2009 12:34 AM | Show all posts
brapa kah limit tahap kerabunan utk join ATM, PDRM, dan APMM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 03:04 PM | Show all posts
ble ye intake polis lgi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:23 PM | Show all posts
899# sonicgear77

thanks for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:56 PM | Show all posts
902# yusri191090

Lets just say, ada yang sanggup buat LASIK kat OPTIMAX semata2 nak masuk PDRM/ ATM.. Boleh cuba pakai 'contact lens' masa selection tapi x dijamin lepas.. Tambahan pula must not be colour blind...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 10:34 PM | Show all posts
Kira mereka yang pernah jadi pegawai kadet berpeluang menyertai skim pegawai graduan ATM  selepas tamat belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 11:13 PM | Show all posts
906# sauffie

Peluang masih ada. Rugi le ATM kalau menolak graduan yg berminat menyertainya. Saya doakan kejayaan saudara menjadi pegawai graduan ATM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2010 01:37 PM | Show all posts

(Merged) Syarat2 camne nak join PDRM

Post Last Edit by cmf_yipun78 at 30-3-2010 10:47

Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA,

nak tanya sikit,
saya berminat nak jadi anggota Polis la,
so,
mcm mna nak register?
online ka?
surat ka?

tolong ya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 01:44 PM | Show all posts
lor kan setiap thun dia der buka pengambilan...slalu dia kan iklankan lam paper...psetu ko p temuduga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2010 02:01 PM | Show all posts
tengok dalam paper la. temuduga terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 02:23 PM | Show all posts
tgk dalam paper, besenye dy kluar hari minggu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 09:33 PM | Show all posts
masa kat sekolah pernah masuk kadet polis ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 10:09 AM | Show all posts
selalunya bulan berapa pengambilan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 02:12 PM | Show all posts
ni kena refer kat SS la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 04:46 PM | Show all posts
tgk dlm paper la...xpun, ko kol je bkt aman tnya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 05:08 PM | Show all posts
Mustahak!
Ruangan ini bertujuan untuk memberikan panduan am tentang kerjaya polis. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan tentang kekosongan jawatan yang ada dalam PDRM atau satu iklan tentang sebarang eksesais pengambilan pegawai dan anggota pasukan. Pelayar dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan yang disiarkan dari masa ke semasa oleh PDRM di akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini untuk memohon mengisi jawatan kosong. Syarat-syarat yang disiarkan adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan pihak yang menyediakan ruangan ini tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian atau liabiliti yang dihadapi oleh pengguna maklumat dalam ruangan ini.

Pendahuluan
Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.


Prospek Kerjaya
Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk berada dalam salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian anda.


Pengurusan
    Cawangan Pentadbiran Cawangan Kebajikan Bahagian Latihan Cawangan Penyelidik / Pembangunan Cawangan Perkhidmatan Bahagian Tatatertib Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan Bahagian Hal Ehwal Awam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Istiadat Cawangan Pembantu Cawangan Persatuan Polis Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM

Jabatan KDN/KA
    Urusetia Pentadbiran Pembangunan / Bekalan Gerakan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit Berkuda Pasukan Gerakan Am Pasukan Gerakan Khas Cawangan Trafik Cawangan Marin
  • Unit Udara Polis
Jabatan Siasatan Jenayah
    NCB / Interpol Bahagian D1 - Pentadbiran Bahagian D2 - Pusat Pendaftaran Jenayah Bahagian D3 - Naziran Bahagian D4 - Risikan Jenayah Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang Bahagian D6 - Bantuan Teknik Bahagian D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang Bahagian D9 - Siasatan Khas Bahagian D10 - Forensik
  • Bahagian D11 - Bahagian Seksual Dan Kanak-Kanak
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
    Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak Bahagian Siasatan Forensik Accounting Bahagian Siasatan Kewangan Bahagian Siasatan Koperat Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia Bahagian Operasi/Bantuan Teknik Bahagian Pentadbiran/KAB Bahagian Penyelidikan/Risikan Bahagian Naziran Bahagian Perundangan
  • Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
    Bahagian Siasatan Khas Bahagian Penyelaras / Perhubungan Antarabangsa Bahagian Pentadbiran Bahagian Seliaan Bahagian Latihan Bahagian Logistik Bahagian Pendaftaran Bahagian Tahanan Risik Zon I Risik Zon II Perlucuthakan Harta Soal Siasatan
  • Pakar / Bantuan Teknik

Jabatan Logistik
    Cawangan Naziran Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira Pengkajian / Perolehan Perolehan Am Perolehan Teknikal Bahagian Bangunan Bahagian Kewangan Gaji Pasukan Gerakan Am Bahagian Pengangkutan Bahagian Persenjataan Bahagian Teknologi Maklumat
  • Bahagian Komunikasi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 05:11 PM | Show all posts
Jabatan Logistik
    Cawangan Naziran Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira Pengkajian / Perolehan Perolehan Am Perolehan Teknikal Bahagian Bangunan Bahagian Kewangan Gaji Pasukan Gerakan Am Bahagian Pengangkutan Bahagian Persenjataan Bahagian Teknologi Maklumat
  • Bahagian Komunikasi

Bagaimana?
Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.


Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.


Kelayakan Inspektor

1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
    1.1 Jabatan : Polis Diraja Malaysia
    1.2 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan
          (Skim Perkhimatan Bersepadu)
    1.3 Klasifikasi Perkidmatan : Perkhidmatan Polis

2) JADUAL GAJI : Gred YY11

Pangkat
Peringkat Gaji
Elaun Khidmat
(RM)
Insentif
(RM)
Elaun Perumahan
(RM)
Pelatih Inspektor
1. 1,423.50 (STPM)
2. 1,664.1 (Diploma)

160.00
200.00
-
Inspektor
1,423.50 - 3,710.66
160.00
200.00
420.00
Chif Inspektor
2,681.90 - 4,199.80
160.00
200.00
420.00


3) SYARAT LANTIKAN
    3.1 Wargenegara Malaysia
    3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
    3.3 Kelayakan:-

3.3.1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan ATAU
3.3.2 Diploma dalam bidang pentadbiran awam atau perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred YY11: P1T4 );
ATAU
3.3.3 Diploma Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan Senibina, ukur atau
Ukur Bahan atau Sains Haiwan dan Penternakkan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan
ialah pada Gred YY11 : P1T5); DAN
3.3.4 Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
3.3.5 Permohonan dikehendaki memastikan kelayakan yang dimiliki adalah diiktiraf oleh
Kerajaan (JPA) untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sila rujuk ke Unit
Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
untuk mengenal pasti pengiktirafan Kelayakan yang dimiliki atau layari laman web
Pengitirafan Kelayakan www.jpa.gov.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 05:14 PM | Show all posts
4)    Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Inspektor
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbang oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Inspektor, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

            i)    Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas, atau
            ii)   Lulus Peperiksaan Khas
            iii)  Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan
            iv)  Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Inspektor yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Kelayakan Konstabel
    Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Kelayakan :- Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ATAU; Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus dalam empat mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
  • Calon-calon yang memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi dari kelulusan SPM juga layak memohon.

[url=]Kelayakan Fizikal
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:[/url]

    Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu; Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

Gaji
Pangkat
Peringkat Gaji
(RM)
Elaun Khidmat
(RM)
Insentif PDRM
(PDRM)
Elaun Perumahan
(RM)
Pelatih
897.00
115.00
-
-
Konstabel

897.00 - 2,065.40
115.00
200.00
275.00
Lans Koperal

1,386.21 - 2,285.94
115.00
200.00
275.00
Koperal

1,071.61 - 2,551.66
115.00
200.00
275.00
Sarjan

1,513.62 - 2836.62
115.00
200.00
275.00
Sarjan Mejar

1,773.16 - 2,897.80
115.00
200.00
275.00
Sub Inspektor

2,032.71 - 3,157.35
115.00
200.00
275.00


Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Konstabel


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan Konstabel Sokongan/Konstabel Orang Asli adalah layak dipertimbang oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Konstabel, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i)    Mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas, atau
ii)   Lulus Peperiksaan Khas
iii)  Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan
iv)  Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Kontabel yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 05:15 PM | Show all posts
Kelayakan Konstabel Sokongan
    Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan pada tarikh temuduga Tamat Tingkatan III atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
  • Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman mengendaklikan bot, berkebolehan di dalam bidang sajian makanan atau memiliki lesen memandu Kelas D

Taraf Jawatan : TETAP

Kelayakan Fizikal
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancainderaseperti berikut:

    Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi calon lelaki dan 1.52m bagi calon wanita tanpa sepatu; Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

Gaji
Pangkat
Peringkat Gaji
(RM)
Elaun Khidmat
(RM)
Insentif PDRM
(PDRM)
Pelatih
753.25
95.00
-
Konstabel Sokongan
753.25 - 1,679.42
95.00
200.00
Lans Koperal Sokongan
1,315.11 - 1,957.76
95.00
200.00
Koperal Sokongan
976.62 - 2,285.97
95.00
200.00
Sarjan Sokongan
1,361.50 - 2,473.24
95.00
200.00
Sarjan Mejar Sokongan
1,645.00 - 2,675.97
95.00
200.00
Sub Inspektor Sokongan
1,925.07 - 2,956.04
95.00
200.00



Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Faedah Kerja
Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik, antaranya :-

    • Imbuhan Tetap Perumahan
                        Inspektor - RM 420.00
                        Konstabel - RM 275.00
                        Konstabel Sokongan - RM 230.00
    • Imbuhan Tetap Khidmat Polis
                        Inspektor - RM 160.00
                        Konstabel - RM 115.00
                        Konstabel Sokongan - RM 95.00

      Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima Bayaran intensif PDRM RM 200.00
    • Elaun pakaian seraga
                        Inspektor - RM 500.00
                        Konstabel - RM 300.00

      Bayaran Insentif Pertukaran/Perjalanan/Penginapan/Makan dan Sarapan Kemudahan perubatan percuma Kenaikan pangkat
    • Bayaran Insentif Teknikal
Cara Memohon
Konstabel & Konstabel Sokongan
Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL 1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM (www.rmp.gov.my).
Peringatan
      Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga
    • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.
Pertanyaan
Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur

Tel : 03-22626314, 03-22626315, 03-22626316, 03-22626320
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:11 PM | Show all posts
semua yg keje polis ni memang buzy yg teramat buzy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 06:38 PM | Show all posts
semua yg keje polis ni memang buzy yg teramat buzy ke?
NuRHoNeY Post at 11-2-2010 14:11


bukan semua tapi sebahagian besar........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.409063 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list