CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

    [Copy link]
Post time 24-11-2009 03:56 PM | Show all posts
thanks to kak san for this infomative thread...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 04:54 PM | Show all posts
tks for sharing info.. masa kejadian iolss belom lahir lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 05:38 PM | Show all posts
wah, ramainya yang belum lahir time nih ek???

Along kecik lagi masa kejadian nih n dok kat penang so info dapat from newspapers mostly. lama gak malaysia berkabung pasal nih. tiba2 teringat hari pengebumian mangsa. semua depa boh dalam satu liang lahat yang besar, then ikut giliran upacara keagamaan. tgk kat tv masa tu... tapi mmg sedey la masa tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 05:38 PM | Show all posts
wah, ramainya yang belum lahir time nih ek???

Along kecik lagi masa kejadian nih n dok kat penang so info dapat from newspapers mostly. lama gak malaysia berkabung pasal nih. tiba2 teringat hari pengebumian mangsa. semua depa boh dalam satu liang lahat yang besar, then ikut giliran upacara keagamaan. tgk kat tv masa tu... tapi mmg sedey la masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 05:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by EyeAlong at 24-11-2009 17:42

nih daripada seorang blogger, Along still simpan ceritanya...

http://sofianhilmi.net/blog/?p=269
Mengenang Tragedi Tanjung Kupang… Al-Fatihah
25 03 2008

Walaupun peristiwa ini berlaku ketika aku masih belum lagi lahir ke dunia ini, namun aku dapat merasakan betapa sedihnya mereka yang telah kehilangan keluarga. Tragedi yang dimaksudkan adalah peristiwa terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tanggal 8 December 1977. Berdasarkan sumber rasmi, nahas tersebut berpunca akibat hijacked oleh pihak komunis. Namun menurut ayah aku pula, kejadian tersebut berpunca akibat daripada seorang menteri kabinet yang dalam keadaan mabuk telah melepaskan tembakan terhadap juruterbang. Namum berat hati aku mengatakan kejadian berpunca daripada rampasan oleh pihak komunis berdasarkan pita rakaman kota hitam.

Info Tragedi

·         Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653

·         Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

·         Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

·         Penumpang: 93 + (7krew)

·         Kematian: 100 orang

·         Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6

·         Tarikh: 4 December 1977

Mari ikuti kisah ini.

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.


HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:23 PM | Show all posts
thanks utk seme yg share cite/info psl malapetaka ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2009 11:22 AM | Show all posts
ada tak cerita2 menarik yang encik dengar masa tu tentang kejadian tersebut? cerita lah kat sini.
Santeira Post at 22-11-2009 13:11


mod, i ade  dgr yang version lain tapi ia bersangkutan dgn politics...org yang sepatutnye ade dalam flight tu, dah tau awal2 so dia terlps dr flight ni..ape yang saye dgr lps je kejadian itu, dia terus pegi overseas...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 11:48 AM | Show all posts
good info..
seyes tak penah tau pasal nih..
lagipun aku tak wujud lagi time nih...

tak sangka MAS penah alami peristiwe cam ni..
kompem sabotaj nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2009 12:27 PM | Show all posts
mod, i ade  dgr yang version lain tapi ia bersangkutan dgn politics...org yang sepatutnye ade dalam flight tu, dah tau awal2 so dia terlps dr flight ni..ape yang saye dgr lps je kejadian itu, dia  ...
shania Post at 25-11-2009 11:22 AM

siapakah org itu?
Knp kisah ni x aku dgr sblm ni? Takut memburukkan imej MAS ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 01:08 PM | Show all posts
menariknye cite ni...

tak tau pulak MAS penah terhempas..

thanks 4 d info tuan rumah.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 04:12 PM | Show all posts
baru ku tau MAS pon ada sejarah sehitam ini. masa kejadian... aku mmg lom wujud lg. tp setelah ku tanye mr google.. bnyk info yg dpt kita baca..

yg paling menyayat hati.. ada a few pilots yg kata.. masa attend class apa ntah,.... dorang diperdengarkan dengan rakaman suara dari kotak hitam pesawat malang tu... dengar suara pilot pleading "please dont shoot".. something like that la..  tak sangka cerita pasal aircraft hijack ni pernah berlaku di mesia. both pilots are shot n bleeding to death. kesian sangat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2009 04:28 PM | Show all posts
mod, i ade  dgr yang version lain tapi ia bersangkutan dgn politics...org yang sepatutnye ade dalam flight tu, dah tau awal2 so dia terlps dr flight ni..ape yang saye dgr lps je kejadian itu, dia  ...
shania Post at 25-11-2009 11:22

Memang bersangkutan dengan politics, tapi ia bukan something yang dirancang. Kiranya benda ni tak expect nak berlaku. I can't tell all the details here, sebab rahsia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 04:40 PM | Show all posts
baru ku tau MAS pon ada sejarah sehitam ini. masa kejadian... aku mmg lom wujud lg. tp setelah ku tanye mr google.. bnyk info yg dpt kita baca..

yg paling menyayat hati.. ada a few pilots yg kata. ...
talapia Post at 25-11-2009 16:12

sedey nya
sian kan
al fatihah bt semua yg terkorban tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 05:07 PM | Show all posts
74# Santeira

cerita pasal bodyguard ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 05:32 PM | Show all posts
rahsia?????

tak boley bagi clue ker San????
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 07:06 PM | Show all posts
very tragic lah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 02:09 PM | Show all posts
memang tragic kan cerita ni. Aku kejer kat area sini. Nanti kalu ada masa aku snap picture untuk tontonan kalian semua....Aku pernah ajak member aku gi kat tpt lokasi, tapi dia pun tak sure kat mana kawasannya, sebab dah jadi belukar...nanti aku tanya ngan org purely kg ladang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 05:38 PM | Show all posts
membuak plak nak tau rahsie tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 05:56 PM | Show all posts
Cerita ni memang terkenal kat Johor..masa tu aku kecik lagi..belum sekolah lagi..
pergi sekolah kat kebun teh..tiap2 hari lalu dekat kubur ni..
kesian keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:42 PM | Show all posts
wah... semakin byk maklumat yg dapat...
tapi... tul la.... takut lak nak naik flight...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.085694 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list