CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

    [Copy link]
Post time 16-3-2011 04:29 PM | Show all posts
HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Penduduk Tanjung Kupang panik lihat Boeing 737 terbang rendah sebelum terhempas dalam hutan bakau

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.

Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan. Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor. Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan 'bergoyangan' dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama 'padang jarak padang terkukur' apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

SEKITAR jam 5.40 pagi selepas tragedi pesawat Boeing 737 MH653 terhempas, pihak MAS mula memaklumkan mengenai tragedi menyayat hati itu kepada ahli keluarga dan rakan penumpang yang menanti dengan penuh gelisah di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS).

Pengumuman itu disambut dengan perasaan pilu dan sayu apabila ahli keluarga dan rakan yang menanti itu diberitahu bahawa tiada mangsa yang ditemui selamat berdasarkan gerakan mencari yang dilakukan.

Tanjung Kupang kemudian menjadi tumpuan media dan negara dikejutkan dengan tragedi antara paling tragik pernah direkodkan dalam sejarah negara.

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu). Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad dan Setiausaha Politiknya, Hood Fadzil, adalah di antara penumpang yang dilaporkan terkorban.

Gerakan mencari yang tergendala kerana kesukaran mencari pada gelap malam diteruskan semula ketika mentari pagi mula menerangi kawasan tragedi.

Pelbagai penemuan sama ada barang keperluan dan komponen pesawat dipungut dan dikumpulkan pada suatu tempat. Jasad mangsa pula dikumpulkan di dalam beg plastik, ditanda sebelum dihantar ke rumah mayat.

Pihak berkuasa juga mengadakan pengawasan ketat di tempat kejadian malah kawat berduri dipasang bagi mengelakkan pihak yang tidak berkaitan memasuki lokasi nahas kerana dikhuatiri mengganggu kerja mencari dan menyiasat yang dijalankan.

Seterusnya, mayat semua mangsa yang ditemui dimasukkan dalam tujuh keranda dan dikebumikan di satu tapak perkuburan besar di Jalan Kebun Teh berikutan sukar untuk mengenalpasti identiti setiap mangsa.

Ribuan ahli keluarga dan sahabat termasuk mereka yang berasal dari luar negara membanjiri tanah perkuburan berkenaan pada hari pengebumian jenazah semua mangsa diadakan.

Tragedi itu juga memberi impak dan tamparan besar kepada operasi pesawat dan lapangan terbang berikutan ramai pihak beranggapan yang kemalangan itu berpunca daripada kurangnya kawalan keselamatan di lapangan terbang.

Satu kajian semula mengenai keselamatan di lapangan terbang dilakukan. Pengesan logam buat pertama kalinya dipasang di LTAS bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bagasi milik orang kenamaan pula tidak lagi boleh dikecualikan daripada pemeriksaan dan pengawal peribadi mereka juga dikehendaki menyerahkan senjata api masing-masing kepada juruterbang sebelum menaiki pesawat.

Menyoroti punca nahas itu, ramai pihak percaya yang juruterbang pesawat berkenaan dipaksa pihak perampas untuk terbang terus ke Singapura dan tidak mendarat di Subang untuk mengisi minyak.

Perampas terbabit juga dipercayai turut menyeludup masuk bahan letupan di dalam pesawat menyebabkan tragedi itu menjangkau kawasan yang amat luas apabila terhempas.

Penemuan beg kecil bersama kelongsong peluru juga menimbulkan spekulasi bahawa kemungkinan berlakunya pergelutan antara pihak perampas dengan pengawal peribadi Datuk Seri Ali sejurus sebelum pesawat itu terhempas.

Analisis terhadap kotak hitam pesawat juga tidak banyak membantu untuk mengenalpasti siapakah perampas terbabit, motif mereka serta rentetan kemalangan berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh mengenai kejadian sebenar yang berlaku ketika penerbangan berkenaan sekali gus meninggalkan punca tragedi itu kekal sebagai misteri sehingga kini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 04:28 PM | Show all posts
baru tau nie ari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 07:00 PM | Show all posts
Kalau lah ada sesapa yang diberi kelebihan boleh masuk kealam tersebut n meceritakan apa sebenar2nya terjadi...

Tak tercapai aka ku....mcm cite omputih back to the future
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 10:08 AM | Show all posts
pergghhh.........baru pes time dgr citer ni...
terbaekkkkk aaar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 11:05 AM | Show all posts
7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl
7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'
750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pusat  mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban
menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil                        
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya
   
antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.                                                                    
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 02:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by yankee_doodle at 18-3-2011 14:58

Best thread ni...walaupun haku belum lahir masa tragedy tapi tahu gak story melalui tenet..

yang bawa pistol rasanya orang2 kat bawah ni (I read somewhere...) Dulu boleh bawak pistol ek

menteri pertanian
setiausaha politik kepada menteri pertanian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2011 08:07 PM | Show all posts
mustahil x bley dpt info dr kotak hitam... ni mesti ade yg cube disembunyikan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 04:23 PM | Show all posts
mcm2 version ada.., apa pun takziah pd keluarga mangsa..
mmg ngeri la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2011 10:11 AM | Show all posts
Kalau baca thread ni bebetul, punca kejadian dah didedahkan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:20 PM | Show all posts
tambah satu lagi data sejarah dalam otak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 08:54 AM | Show all posts
kalau ikut kata macik tu datuk,ikut snarai mangsa yg ada datuk sorang aje..yg lain datuksri,tansri,encik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 06:29 PM | Show all posts
hmm baru khatam baca...selalu aku lalu je benang ni,tak sangka menarik pulak.good job tt
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 03:57 PM | Show all posts
ni nk cite pasal mas pulak.., i was told dulu2 stewardess mas wajib pkai cutex ,  kira2 mcm their dresscode la...kuku kena panjang, bulu mata kena lentik, cutex kena merah...bila kejadian di tanjung kupang nih berlaku... mas revised blik psal cutex segala nih, coz dengarnya masa nak kebumi tuh..., dah tak tau sapa empunya jari, tangan segala kan....pihak agama islam cabut kuku kat pompuan yang bercutex...Allahualam
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 08:38 AM | Show all posts
kalau ikut kata macik tu datuk,ikut snarai mangsa yg ada datuk sorang aje..yg lain datuksri,tansri,e ...
plasterhati Post at 9-6-2011 08:54



    sangat menarik...

aku pnyer strong feeling yang nyatakan dato yang dimaksudkan berkait ngan rasuah adalah yang kejenye berkaitan ngan buat2 jalan... buat2 bangunan... betul tak??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 08:45 AM | Show all posts
Reply 253# forex

mgkn kah itu salah satu penyebab kawasan tu selalu nmpk ada pompuan merayau2.....cari kuku dia kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:33 AM | Show all posts
Kalaupun datuk tu cuba nak lari dari ditangkap...dengan hijack pesawat ke singapore...kira masih ngokngek lagi la pasal kita ada extradition tretaty dengan singapore...

Plus, apa yang sebabkan letupan sebelum pesawat menjunam? Datuk tu siap2 bawak bom ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply 162# alphalfa

bole bg link youtube 2 x ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 12:10 PM | Show all posts
dah berpuluh tahun berlalu...al-Fatihah untuk semua mangsa muslim.....dan beberapa perkara  terus menjadi mister....

loslocos nak link apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 01:15 PM | Show all posts
dah berpuluh tahun berlalu...al-Fatihah untuk semua mangsa muslim.....dan beberapa perkara  terus me ...
syahoney Post at 6-12-2011 12:10


sb kejadian ni mas xsmpat jmp nenek sedara mas......

dia pramugari yg btugas msa ni...dh ajal dia.....sptutnyer msa tu dia cti tp dia gnti tmp org.....


pnh tgk muka dia dlm album....mmg cntik.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 03:21 PM | Show all posts
sb kejadian ni mas xsmpat jmp nenek sedara mas......

dia pramugari yg btugas msa ni...dh ajal ...
aKudaRikayanGan Post at 6-12-2011 13:15



   yg mana satu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064137 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list