CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KayPooh

Thai adalah bangsa baru?

[Copy link]
Post time 17-12-2009 03:01 PM | Show all posts
ooohh.. han.... patut macam hantu prngai bunuh puak uighur.... yg kat Malaysia ni apa? cina bukit tu han ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 03:20 PM | Show all posts
yang pakai tulisan ideogram tu Han ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 02:38 PM | Show all posts
Orang Asli kat Tanah Melayu ni hampir sama dengan puak2 asli kat Kembuja n India Timor sana.

Ni lagenda peperangan orang Phnuom (Funan) n macam mana kerajaan dibukak oleh orang Brahmin suku Kemboja...... Sblom tu, aku nak ingatkan, benda ni x kaitan dengan Tai/Thai atau Siam..... Tai tak turun lagi ke Tanah Besar Asia Tenggara sblom kurun ke-7M, manakala Siam x muncul lagi sebagai satu negara/empayar hingga lah kurun ke-13M.



bangsa ulu Khmer slalu dok kata depa jar kerajaan orang asli yang terselamat n bebas dari kena serap dengan orang Thai n Viet kalo nak banding dengan Chempa. Funan bukan kerajaan Khmer. Tapi kerajaan mamak (melayu), hahahahahahahahaha. Funan bermula apabila seorang putera raja suku Kemboja berkasta Brahmin mendapat mimpi, lebih kurang wahyu ler. Dikatakan beliau ni belayar dari Pan Pan (Patani) ke Kemboja sebab dia bukan belayar trus dari India. Maksudnya di Pan Pan (Patani) dah ada koloni orang Brahmin. Kalu hangpa tanya kat org Kemboja skarang ni, mampus depa nak ngaku....... sb depa pon macam Melayu nenek moyang, percaya depa ada tamadun tinggi yg tetiba muncul sniri dari langit jatuh atas idong depa, wahaahahahaha......

Brahmin Kemboja tu nama keturunan dia Kaundinya. Hangpa bleh cek balik dalam Gotra Hindu, Kaundinya ni jugak nama jiyotesh (ahli nujum) yg wat ramalan pasal kehidupan Gautama Siddartha sblm jadi Buddha. Maksudnya, Brahmin Kaundinya ni adalah orang Buddha berkasta Brahman atau Brahmin. Basa Siam, orang refer Kaundinya ni sebagai Prah Thoung.

Masa dia sampai di delta merah dengan orang2 kanan dia dalam kapal, depa bertembung dengan suku kaum Naga di delta Mekong. Ketua orang2 Naga kat situ adalah seorang Putri yang org panggil Nang Naag. Nama dia Soma. Depa lawan sat dengan org2 Brahmin sblom depa kalah sb Brahmin lg tamadun tinggi. Soma nikah la kendiannya ngan Brahmin Kaundinya. Tapi kemudian Kaundinya balik smula ke Pan Pan (Patani).......

Kerajaan Phnuom ni kemudian jatuh lepas kalah perang ngan Chenla. Chenla ni kemudian serap budaya orang Phnuom. Orang2 Phnuom ni kasta half-Brahmin n Brahmin, depa pakai basa Sanskrit dalam Istana, bukan basa orang Asli Semai. Kalu tanya org Kemboja lani, mcm la gax, org negara M'sia, depa akan kata, Chenla bukan perang ngan Phnuom. Phnuom sniri yg jatuh n Chenla amik alih ja.....

Kuasa kerajaan Phnuom ni turon ke bawah sampai ke Burma Selatan n Utara Malaysia............ Bila Chenla amik alih, maka kuasa depa pon kekal macam tu.... tapi x lama sblom Srivijaiya (orang Sumatera) masuk masa kuron ke-7 M.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 02:28 AM | Show all posts
good info genot......!!! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 07:31 PM | Show all posts
mod x buat kerja kah?patut bagi kredit kat genot...

info yang menarik genot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 01:13 AM | Show all posts
kalian semua ada tengok cerita "queen of langkasuka".
zaman tu ada dah migrasi orang Kelantan, Pahang ke Siam melalui perkahwinan etc.
Cerita itu abad ke 17/18 tak silap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2011 04:20 PM | Show all posts
ada yang kata raja Ramathibodi II ada lah parameswara
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:40 PM | Show all posts
Salah satu maklumat yg saya dapat mengenai empayar Melayu Siam Islam Kedah:-

Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.

Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai[at]puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.

Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.

Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.

Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34)

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)

Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,

“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.

Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.

Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.

Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu). Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma.

Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.

Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.

Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.

Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 07:40 PM | Show all posts
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.

Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu).

Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:41 PM | Show all posts
NEGARA THAILAND ASALNYA ADALAH BENUA Islam SIAM KEDAH

Labels:photos Misteri dan Penerangan semula
Oleh : Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad

Saya merujuk kepada Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 171 lampiran 65, manuskrip bertulisan jawi yang diwartakan pada tahun 222 Hijrah bersamaan 812 masihi

Konflik keganasan yang sedang membara di Wilayah Selatan Thailand bukanlah masalah ekonomi. Sebaliknya ia lahir dari rasa tidak puas hati tentang penjajahan Dinasti Chakri Sokho Thai yang kini diterajui oleh Raja Buddha Bhumiphol Adulyadej. Dinasti ini bermula pada tahun 1736 oleh pendatang tentera dari puak musuh Raja Buddha Rama Kha Meang dari India. Mereka menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokha Thai di Luang Prabhang,Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Sejarah bermula pada tahun 1752 apabila mereka menyerang Kerajaan Thong Oo Siam ketika itu dipimpin oleh Maha Dammaiyaza Dipati.Baginda berundur ke Ayuthia dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Putera baginda Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol bernama Koya Long dan bergelar Po Chan semasa memerintah di Kemboja Cempaka Sari dan kemudiannya kembali ke Kedah setelah diserang oleh Alaungphaya. Nagara Kedah adalah tempat asal keturunannya (keturunan Merong Mahawangsa) dan baginda memerintah sebagai Sultan Mudzaffar Syah III setelah ayahanda baginda mangkat dibunuh Thai dalam tahun 1821. Baginda bersemayam di Istana Kuala Kangsar. Pada ketika itu Perak belum lagi sebuah negeri tetapi sebuah daerah dibawah Kerajaan Nagara Kedah.

Pada tahun 1767, kerajaan Lannathai menyerang raja Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V Ekataat Sultan Syarif Syah (Ekataat bermaksud, kami taat). Serangan ini ada disebut dalam buku “A History of South East Asia”,Prof DGE Hall, 1955. Berikutan dengan tarikh serangan ini sebarang pembelajaran sejarah di Malaysia sepatutnya menyebut Thai selepas tarikh ini dan menyebut Siam sebelum tarikh ini. Perbezaan ini penting kerana Thai beragama Buddha sementara Siam beragama Islam. Di dalam buku manuskrip Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 43 menyatakan tahun 1199 Hijrah bersamaan tahun 1288 Masihi Sultan Syarif Syah Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah bersemayam di Ayuthia Kota Meang Kuang, Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Tempat ini berdekatan dengan Banai (Ban-Nai, bermaksud Kampung-Syed), Bandar Darul Aman.

Pada tahun 1821, dikenali sebagai tahun musuh bisik, Rama II Chakri Sukhothai menyerang Kedah lalu membunuh Sultan Syarif Syah di Ayuthia Kota Meang Kuang. Pada tahun 1836 Rama V Chakri Sukho Thai Mongkut menukar nama Siam kepada Thailand. Penggantinya, Chakri Sukho Thai Chula Long Khorn pula menyerang Kedah dan membunuh Maharaja Siam terakhir yang memerintah Kedah iaitu Nai Long Jaafar yang bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah.

Nama baginda Sultan Jaafar Madazam Syah telah dipadamkan dari sejarah Kedah kerana baginda dikira sebagai menggangu salasilah raja daerah ketika itu. Nai Long Jaafar adalah putera kepada Maharaja Siam Islam bernama Nai Lang[at]Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Raja daerah yang dimaksudkan ialah Raja Kota Setar yang mana pada hari ini menjadi Salsilah Kesultanan Kedah. Daerah-daerah di Kedah mempunyai raja yang memerintah daerah dan mereka bergelar Paduka Seri Sultan. Pada ketika itu terdapat raja-raja daerah seperti Raja Kulim, Raja Kubang Pasu, Raja Bagan Serai, Raja Pulau Pinang dan yang kekal hingga kehari ini, Raja Perlis. Bukan itu sahaja, malah di Pattani, Acheh yang berada dibawah jajahan Nagara Kedah menggunakan gelaran tersebut.

Pada zaman Khalifah Sharif Shah memerintah di Kedah (1767-1821), Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Adilin menjadi Penghulu Berahman Indera (sekarang Balai Besar Alor Setar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Baginda bukan Sultan Kedah seperti yang disebut oleh pengkaji sejarah tempatan. Di samping itu baginda adalah adik ipar Khalifah Syarif kerana baginda berkahwin dengan Nang Che Puan, adinda kepada Khalifah Syarif yang menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah pada ketika itu. Sultan Abdullah yang disebut sebagai Sultan Kedah yang bersemayam di Pulau Pinang juga tidak benar. Baginda adalah Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang dan dilantik oleh Khalifah Syarif menjadi raja dan mengutip cukai disitu. Keberadaan Paduka Seri Sultan Abdullah, sebagai Raja Pulau Pinang sekaligus menyangkal bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Sir Francis Light.

Paduka Seri Sultan Abdullah adalah putera dari isteri kedua, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin yang bernama Tengku Puteri. Apabila Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin mangkat, Khalifah Syarif Syah, sebagai Maharaja Siam Islam Nagara Kedah telah menabal Tengku Long Putera sebagai Penghulu Berahman Indera (Balai Besar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Tengku Long Putera adalah putera isteri pertama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Abidin yang bernama Paduka Bonda Nang Che Puan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Paduka Seri Sultan Abdullah lantas bertindak menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris. Tengku Long Putera, Laksamana Datu dan adindanya Tengku Anjang Johan telah menjadi korban Musuh Bisik (dibunuh Thai) dalam tahun 1821. Namun begitu masih ada mereka-mereka yang menafikan hakikat ini dengan mengatakan mereka berdua kononnya berpindah ke Sumatera sedangkan pembunuhan mereka dirahsiakan oleh kerabat yang bersekongkol dengan Thai kerana mahukan kuasa. Makam mereka dua beradik masih berada di Kedah tetapi bukan di Makam di Raja Langgar tetapi didalam hutan rimba dan sahaja dibiarkan begitu.

Pada hari ini kita lihat pemerintah Thailand keturunan penjajah Dinasti Chakri Sokho Thai Bhumiphol Adulyadej (bahasa Siam suku-tai bermaksud puak-kafir) telah menghantar tenteranya keselatan Thailand dengan kaedah ‘menghilangkan etnik melayu siam Islam’. Dakwaan ini dibuat oleh Pengarah Human Rights Watch Asia, En. Brad Adams.

Penulis adalah waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh Thai dalam tahun 1876.

Posted by anaianai
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:41 PM | Show all posts


Peta ini menunjukkan BUKTI jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744 SEBELUM ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat bawah) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China. Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasukki Thailand, cukup dengan mendapatkan sekeping "border pass" yang berharga RM 10 sahaja dan 2 keping gambar kerana Raja Chakri menggangap mereka-mereka ini sebagai rakyatnya juga (HIS SUBJECTS). Untuk mengetahui sejarah raja chakri yang menyerang semenanjong dan membunuh raja siam islam kita dahulu,copy and paste URL ini, Kings of the Chakri Dynasty . Untuk peta yang lebih jelas lihat dibawah blog ini
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:41 PM | Show all posts


Gambar ini diperolehi oleh Asst Prof. Plubplung Kongchana, Director, Institiute of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University dari rekod Peranchis sewaktu membuat kajian mengenai "The Persians in Ayutthaya". Mimbarnya yang asing dari bangunan masjid tiada bezanya dengan Masjid Acheen Street (1808) di Pulau Pinang dan Balai Nobat di Alor Setar, dulunya mimbar masjid (lihat gambar diatas, sebelah kanan).Hari ini, didirikan patung-patung bagi menutup bukti keislaman Ayuthia.

Namun sebagai orang Islam, kedudukkan bangunan yg mengadap Qiblat, ruang imam dan jemaah masih lagi boleh dikenalpasti. A. Prof Plubplung Konchana juga terkejut dengan jumlah penduduk Islam yang begitu ramai di Ayuthia, tersembunyi disebalik nama Thai mereka. Kalau Thai bermaksud bebas, kenapa orang Islam tidak dibenarkan menggunakan nama Islam mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by RockerZin at 26-1-2011 19:43

>>Gelaran dan tarikh dalam Undang-Undang Kedah<<

Salam hormat dan selamat sejahtera. Sudah lama kami tidak bertemu saudara/i dalam blog ini. Harap saudara/i dalam keadaan sihat dan dipelihara oleh Allah hendakNya. Ahli-ahli kami sedang sibuk menguruskan satu pertemuan keluarga Syarif Yang Di Pertuan Negara Kedah dimana dijangkakan seramai 5000 ahli keluarga baginda akan berkumpul buat pertama kalinya dalam sedikit masa lagi. Pada masa yang sama kami juga meneliti beberapa buah buku, sebagai sumber sekunder yang ada menyebut dan membuktikan mengenai kerajaan Benua Siam ini beragama Islam. Untuk itu, kami mulakan dengan Undang-Undang Kedah terlebih dahulu.

Ramai yang bertanya kami dari mana datangnya nama Syarif Yang Di Pertuan. Sebenarnya nama baginda ada disebut dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 42 dan 43. Walaupun nama ini dikecilkan ‘s’ nya, tetapi hakikatnya itu lah nama baginda. Mungkin penyelenggara tidak mengetahui siapa Sharif ini sebenarnya lalu dieja seperti nama biasa dengan huruf 's' kecil. Namun begitu bagi kami yang mengetahui peranan dan nama baginda cepat mengenal pasti walaupun ‘tersembunyi’.

“Dan, kebesaran syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itulah raja”.UUK.m.s 42

Panglima negeri ketika itu adalah Perdana Menteri Mangkubumi dimana disebut Syarif berada di atas beliau sebagai raja yang memerentah.

“Dan, adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Setar adanya.
Daripada Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasalam,seribu seratus sembilan puluh sembilan (1785 masihi), iaitu tahun Ha, pada dua puluh delapan hari bulan Safar, hari Isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia ke atas jemala Datuk Bendahara menyuruh muafakat dengan segala pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.UUK,m.s 43

Berlainan dengan buku-buku penulisan sejarah dan sastera lain, sesebuah undang-undang itu adalah sentiasa tertakluk oleh pindaan. Tujuan diadakan pindaan rang undang-undang adalah demi penambah baikan kepada undang-undang yang sedia ada. Amalan ini masih lagi berlaku hingga kehari ini dalam sebuah Negara demokrasi. Begitu juga dengan Undang Undang Kedah yang mana teks asalnya bertulisan jawi sudah pasti disalin secara berperingkat-peringkat semenjak dari zaman Sayyidina Ali wa maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh (812 masihi).

Sudah pasti diantara sebab-sebab pindaan rang undang-undang ini dibuat kerana keperluan semasa, penggunaan bahasa, takrif, penulisan, pengaruh Parsi, perniagaan dan perdagangan dsbnya. Walau bagaimana pun ia tidak lupa menyebut nama raja-raja yang memerentah terdahulu untuk dijadikan contoh bagaimana undang-undang dizaman mereka telah dilaksanakan.

Dalam tahun-tahun akan datang, perubahan bahasa dari bahasa kawi ke jawi amat penting berikutan ada catatan yang mengatakan sekiranya seseorang itu tidak memahami Bahasa melayu, dianggap sebagai tidak terpelajar. Jelas bahasa Melayu sebagai bahasa Nusantara turut mempengaruhi kesemua aspek kehidupan termasuklah penulisan dakwah Islamiah seperti kitab-kitab, hikayat, riwayat dll.

Hingga hari ini kita dapati bahasa Melayu masih lagi digunakan di Nusantara sebagai bahasa komunikasi lantas melampaui bahasa daerah masyarakat setempat itu sendiri. Ada pendapat agak ektremis mengatakan bahawa Melayu itu asalnya bahasa bukannya bangsa sepertimana hari ini. Kami serahkan kepada saudara/i untuk memikirkannya.

“Bermula adalah dibicarakan Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Dipertuan Yang Maha Mulia menyuruh perbuat undang-undang bandar kepada datuk-datuk yang tersebut itu supaya tetap adat bandar dan pekerjaan syahbandar dalam negeri islam”UUK,ms2.

Jelas bahawa segala penulisan dan fasal-fasal yang disebut dalam buku ini adalah berkenaan dengan undang-undang Islam, untuk orang-orang Islam dan bukan Islam juga. Kedatangan pedagang-pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan dalam negara Kedah untuk berdagang sudah pasti, mereka turut terikat dengan peraturan-peraturan ini. Tujuannya adalah untuk menetapkan adat bandar (dimana bandarnya?), tugas-tugas dan tanggungjawab Syahbandar didalam sebuah negeri Islam. Kita tahu penggunaan jawatan Syahbandar dan tugas-tugas Syahbandar disebut dengan jelas dalam undang-undang Kedah. Hakikatnya, hari ini kita juga tahu bahawa jawatan Syahbandar ini turut digunakan di pelabuhan Ayuthia dizaman dahulu.

Sepertimana tercatat dims 2, terdapat gelaran-gelaran yang hingga kini tidak digunakan lagi oleh mana-mana kesultanan dalam negeri-negeri di Malaysia. Gelaran-gelaran tersebut ialah

1) Syah Alam Yang Maha Mulia, dan
2) Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia

Gelaran seperti diatas sangat penting untuk kita mengetahui siapakah yang memerentah dan waktu pemerentahannya. Timbul tanda tanya kepada kita, siapa kah yang memakai gelaran ini, yang mana setiap arahannya di sebutkan sebagai titah. Di permulaan teks disebut (m.s 1) mengenai titah Syah Alam Yang Maha Mulia suruh salin ambil taruh Undang-undang Datuk Besar di Hulu. Titah ini diberikan sekitar tahun 1060 Hijrah bersamaan tahun 1650 masihi oleh Sultan Mahmud Syah Melaka kerana pada ketika itu baginda masih ada dan memerentah di Melaka (rujuk mukasurat 98 perenggan 3). Titah baginda ialah supaya dibuat salinan (sebab dahulu tiada mesin pencetak) dari teks yang lebih awal untuk disimpan dan dijadikan rekod kerajaan.

Untuk kita mengetahui dari teks manakah ia disalin, kita lihat muka surat 2 dimana disebut bahawa undang-undang yang disalin semula itu adalah dari undang-undang zaman Raja Setia Bijaya namanya dan Raja Jalil Putera menjadi Syahbandar. Raja Jalil Putera adalah anakanda kedua (daripada 3 putera dan seorang puteri) kepada Sultan Rijaluddin Muhaammad Johan Syah. Susunan anakanda baginda adalah seperti berikut

1. Kaifa Tabim Sheikh Ali menjadi raja di Toung Oo, Burma
2. Putera Jalil @ Khun Warawangsa
3. Tunku Nur Aisyah @ Mahin Inta Tiral berkahwin dengan Zahiruddin bahadur Syah, Raja Monggol India.
4. Sultan Mohammad Yusuf, Raja Pasai
Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah(1424), bergelar Parameswara Melaka dan baginda berkahwin dengan adinda perempuan Laksemana Cheng Ho. Nama Parameswara adalah gelaran kepada pemerentah dan ia turut digunakan di Burma dan Kemboja.

Seperkara lagi ialah bagaimana mungkin kita mengatakan Portugis menyerang dan menguasai Melaka dalam tahun 1511 sedangkan hubungan dengan Gabenor (Gurnador) Portugis pula ada disebut pada muka surat 15 berkenaan dengan kaedah menyambut surat kompeni. Pada pendapat kami, catatan Melaka diserang Portugis adalah versi catatan tempatan.

Melaka sebagai wilayah Benua Siam telah keluar dari wilayah berikutan raja daerah yang pergi sendiri ke China dan mendapat pengiktirafan oleh Maharaja China. Catatan sejarah ada menyebut bahawa Siam pernah menyerang Melaka kerana keluar dari wilayahnya namun dihalang berbuat demikian oleh Maharaja China. Selepas tarikh itu hubungan perdagangan Siam Melaka pun mula merosot, mengikut catatan Tom Pires.

Berikutan kematian Laksemana Cheng Ho yang mengawal Selat melaka dan hilangnya minat Maharaja China untuk menjaga Nusantara, Maharaja Siam telah melantik tentera Portugis untuk mengawal Nusantara bagi pihaknya. Portugis dengan 'backing' kerajaan Benua Siam dan Monggol india telah merampas kembali negeri melaka dari Raja daerah. Ada laporan mengatakan selepas merampas Melaka kembali, mereka pergi ke Ayuthia mengadap Maharaja Siam kerana tugas yang diberi telah dilaksanakan. Orang Portugis ini adalah kafir zimmi yang tidak menentang Islam kerana mereka telah lama bertapak di Khalingga dan di Goa India, iaitu jajahan Raja Monggol India yang beragama Islam.

Turut di sebut hubungan baik dengan raja yang memerentah Singgora, Patani, Ligor, Jambi Sumatera, Raja Perak (bukan Sultan Perak). Undang- undang Kedah tidak menyebut Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani sebagai bukan Islam. Kaedah menerima surat raja mereka sama seperti raja perak dan raja Jambi di Sumatera dan tidak sama dengan kompeni (Portugis) dari Melaka, Khalinga dan Gujerat (disebut kafir). Ini sekali gus membuktikan Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani beragama Islam berdasarkan kepada cara penerimaan atau sambutan surat rasmi kerajaan.

Berbalik kepada soal gelaran, untuk kita mengatakan gelaran ini dulunya digunakan oleh Sultan-sultan ketika itu adalah tidak munasabah kerana gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah menteri yang saudara kepada raja (ms 30 dan 36) sementara Paduka Seri Mangkubumi adalah Perdana Menteri kepada Syah Alam Yang Maha Mulia yang memerentah Benua Siam Kedah. Hubungan kekeluargaan ini masih terjalin hingga kini walaupun pihak waris tidak memegang apa-apa tampuk kekuasaan.

Di muka surat 30, dalam memperkatakan mengenai adat raja Johor, disebut
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.

Perlu kita ingat bahawa semua adat istiadat yang disebut sebelum ayat ini seperti meminang, hantar cincin, kebesaran Bendahara, kebesaran temenggung, kebesaran Bentara, kebesaran Laksemana, adalah adat raja-raja di Benua Siam. Adat-adat ini masih lagi digunakan hari ini di Malaysia. Juga, semua keterangan ini dieja menggunakan teks jawi bukannya teks bahasa lain.

Semakin jelas kepada kita, sekiranya kita meneliti dengan ilmu, Raja Besar Benua Siam dizaman dahulu itu beragama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:42 PM | Show all posts
BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.

Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.

Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Koya.

Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah islamiah ini segera dimusnahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:43 PM | Show all posts
Kenapa Hikayat Merong Maha Wangsa di bakar?

Didalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa ada tercatat bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir, (lihat dibawah blog ini) iaitu anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Sekaligus ia menafikan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai hari ini kerana terdapat ke dua bangsa ini bertutur dalam dua bahasa yang berbeza. Pendek kata, jika Bahasa menunjukkan bangsa, orang-orang Siam beragama Islam sementara orang-orang thai (dari puak Sukuthai) pula beragama Buddha.

Dalam tahun 1767, ibu negeri Benua Siam Islam Ayuthia telah ditawan puak musuh yang beragama Buddha. Raja atau pemerentah mereka, Rama I adalah dari bangsa Sukuthai yang beragama Buddha. Ini berbeza dengan situasi sebelumnya dimana Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam yang diperentah oleh raja-raja Siam Islam. Ini yang disembunyikan oleh sejarah menyebabkan sejarah negara kita dan sejarah orang-orang Melayu dari rumpun Siam menjadi tidak tepat.

Hari ini kita dapati sejarah menjadi kucar-kacir apabila orang-orang Thai di Thailand pula mengakui mereka adalah orang Siam padahal raja mereka adalah dari bangsa Sukuthai yang menjajah negeri Siam bermula dari Rama I Yotfa Chulalok. Memang asalnya mereka orang Siam, rakyat negara Siam tetapi hari ini mereka dijajah oleh Raja Rama Thai, bukan Raja Siam yang beragama Islam seperti dizaman Ayuthia. Dengan sebab itu, apabila penguasaan mereka telah menyeluruh, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka.

Sekiranya diberi peluang, entah-entah, seluruh semananjong ingin di taikan oleh mereka. Langkah Inggeris menukar nama Semenanjong Malaka (jajahan Siam Islam) kepada Semenanjong Tanah Melayu adalah bagi menghentikan kemaraan ini dan menjaga kepentingan ekonomi mereka seperti bijih timah, ladang getah, lombong emas dll. Ada kemungkinan apabila Raja Thai berkuasa di Ayuthia, kemudiannya Bangkok mereka berhak kepada keseluruhan wilayah yang dulu berada dibawah Benua Siam Islam. Mereka lupa tentang perbezaan agama itu.

Kesemua maklumat-maklumat ini jika dianalisa dengan teliti ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dalam tahun 2005, selenggaraan Mariyam Salim. Undang-Undang Kedah merupakan manuskrip asal perlembagaan Benua Siam Islam Kedah. Ia mula ditulis berperingkat-peringkat semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi. Buku tersebut mula ditulis di zaman Saidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir (anakanda Podiset) berkerajaan di Acheh Darul Salam. Sebagai sebuah perlembagaan negara ia pasti di buat ‘amendment’, mengikut kehendak dan keperluan dari masa ke semasa.

Teks asal tulisan jawi Undang Undang Kedah ini telah tersimpan sekian lama di perpustakaan ‘School Of Oriental And African Studies (SOAS) London’, nombor rujukan MS 40329 dalam bentuk microfilm dan ia telah dibawa balik ke Malaysia untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:43 PM | Show all posts
Siapa Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia?

Di ms 42,ada tercatat,
“Dan, kebesaran Syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu (d)ialah raja”.

Di ms 43 ada tercatat,
“Adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Star adanya”

“Daripada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan iaitu TAHUN HA (1788 M) pada dua puluh delapan haribulan Safar, hari isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Keatas jemala Datuk Bendahara (Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah anakanda kepada Raja Siam Ligor Nambang ) menyuruh muafakat dengan segala pegawai-pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.

Nama Syarif yang dimaksudkan ialah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Nambang Ligor Ibni Khalifah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Chau Pija Sitamrat yang bersemayam di istana Kota Palas, Pulau Langkawi. Kita juga mengetahui terdapat gelaran yang tidak lagi digunakan hari ini iaitu Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dan Syah Alam Yang Maha Mulia. Inilah gelaran bagi Raja Besar Benua Siam. Sebagai Raja besar dan Ketua agama Islam mereka turut menggunakan gelaran Khalifah dan Maulana.

Di muka surat 17 tercatat,

“Hijrat al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan/Rabiulawal, hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang.”

Kota Palas kini dinamakan Padang Mat Sirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah dan makam baginda masih lagi di kenali sebagai makam Purba, padahal baginda adalah Raja Besar Benua Siam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah sebagai bukti bertulis. Papantanda pada makam purba (dikatakan kubur seorang wanita) di Pulau Langkawi harus ditukar dengan maklumat terkini dan di perelokkan bersesuaian dengan seorang raja besar yang bergelar Maulana. Dulu, makam baginda ditimbus dengan tanah untuk mengelakkan daripada dimusnahkan oleh gabungan tentera thai dan Burma yang menyerang Pulau Langkawi.

Di ms26 – 27 pula tercatat,
“.. raja segala hamba itu, adatnya disalin Seri Perdana Menteri daripada hukum kanun Datuk Besar Kota Star masa itu”.

Raja segala hamba bermaksud raja yang besar berbanding rakyatnya dan adat resamnya disalin/ditulis oleh Seri Perdana Menteri yang sememangnya ditugaskan berbuat demikian.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Dari bukti catatan diatas dapat kita fahami bahawa Sultan Muhammad Jiwa (1710 – 1778) hanyalah berjawatan sebagai Paduka Seri Perdana Menteri, BUKAN sebagai Sultan Kedah. Seterusnya di ms 40,

“Maka adat ini daripada raja-raja dahulu sampai pada Marhum naga (Sultan Rijaluddin) turun pada Datuk Besar, turun kepada Datuk Seri Paduka Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurnai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat”.

Di ms27 -28 tercatat,

“Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun Alif (1812 Masihi ) dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”.

Raja Maha Besar Benua Siam pada tahun 1812 masihi ialah Raja Siam Ligor Nambang Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Pada masa itu baginda bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, mukim Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu Kedah Darul Aman. Perkataan Meang Kuang ialah bahasa Siam yang bermaksud, ‘Negara Luas’. Negara luas yang dimaksudkan disini tak lain tak bukan ialah, Benua Siam Islam Kedah.

Jika diambil kira bukti yang terdapat di muka surat 51 dalam buku dokumentasi ‘Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 1981’, ada tercatat,

“Bagi seorang Seri Paduka Raja Laksemana pula tugasnya sebagai ketua tentera laut dan semasa di laut dia berkuasa penuh”.

Laksemana yang dimaksudkan itu ialah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah. Pada masa peperangan itu angkatan laut Kedah Darul Aman dikatakan musnah semasa melancar siri pemberontakan menentang Siam pada tahun 1839 masihi. Siam yang dimaksudkan disini ialah Siam Islam, bukannya tentera Thai dari Bangkok.

Catatan penulisan J.F. Agustin bertajuk, ‘Kemusnahan Angkatan Laut Kedah Darul Aman’ ada menceritakan dengan lebih terperinchi dalam buku “Kedah Darul Aman Dari Segi Sejarah”, jilid 5, Ogos 1971,ms 16 – 18.

Dari buku Sejarah Warisan Mahawangsa Kedah, muka surat 1, ada tercatat seperti berikut,

‘Dalam tahun 1837, James Low melaporkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuskrip Sejarah Kedah disebutnya sebagai ‘Kedah Annals Termed Merong Mahawangsa’ dari Sultan Ahmad Sajoodin Halim Shah (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804’).
Beginikah caranya bagi seorang Raja Laksemana Ketua Tentera Laut Kedah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang dilantik oleh Maharaja Benua Siam Islam menggunakan manuskrip sejarah Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa yang direka semula olehnya untuk menipu pihak Inggeris kononnya beliaulah Sultan Kedah Darul Aman, padahal dalam tahun 1837 beliau telah diusir oleh tentera Raja Benua Siam Islam Ligor dan duduk di dalam buangan di laut.

Realitinya, dalam tahun 1837 negeri Kedah Darul Aman belum wujud, hanya sebagai sebahagian wilayah Benua Siam Islam sahaja. Dengan menipu dan mendapat pengiktirafan pihak Inggeris pada tahun 1839, Seri Paduka Laksemana Ketua tentera laut Kedah menyusun siri pemberontakan menentang Raja Maha Besar Benua Siam Kedah iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Syah Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah.

Dari Buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, M.A Fawzi Basri memetik fakta dari tulisan Winstedt dan manuskript Riwayat Negeri Perak, ms 22

“Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera Balai Besar, Alor Star Kedah dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang Putera raja dari Kedah menjadi bendahara” (Bendahara Kedah atau Raja Muda ialah Raja Siam Songkhla, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang).


Pada tahun 1862 Long Jaafar, putera kepada Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menaikki takhta Benua Siam Kedah bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah. Ini adalah berikutan kemangkatan Syed Alang Alauddin di Istana Kuning Berahman Indera, Alor Star. Sebelum pada itu Sultan Jaafar ini menjadi Raja Larut Matang merangkap Bendahara Benua Siam Kedah dan disana baginda dikenali sebagai Long Jaafar (raja daerah juga digelar penghulu sebagaimana penghulu Kayang di Perlis). Mengikut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara adalah juga Raja Muda. Tak hairanlah ada catatan sejarah mengatakan Long Jaafar hanyalah penghulu atau orang kaya akan tetapi penghulu yang bagaimana? Sudah pasti bukan penghulu seperti hari ini.

Apabila Long Jaafar menaikki takhta kerajaan Benua Siam Islam, tempat baginda sebagai Raja Larut Matang telah diganti oleh Ngah Ibrahim. Bukti bertulis dimuka surat 21, buku yang sama ada tercatat,

“Bagaimana pun dalam tahun 1862 Masihi Sultan Jaafar memberikan jawatan menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim iaitu anak seorang pembesar yang bergelar Paduka Setia, Orang Besar Enam Belas Tuk Paduka Setia iaitu pengapit kepada Panglima Bukit Gantang.” Rujuk Winstedt, History of Perak,ms 43, halaman 145

Di ms 20 – 19 Halim Nasir, Ibid halaman 92 dan 93 tercatat,

“Dengan itu juga sejarah kerajaan melayu Beruas beransur luput, sebaliknya beberapa orang pembesar melayu telah memerintah kawasan masing-masing, sebelum tertubuhnya kerajaan Perak hari ini”.

Dari bukti tersebut ternyata negeri Perak hari ini tidak wujud sebaliknya hanya kerajaan Kesultanan Beruas dalam wilayah Benua Siam Kedah.

Dalam Bahasa Siam yang masih dituturkan di Kedah, perkataan BERUAS bermaksud, Puak Raja Siam Kaya, iaitu merujuk kepada Raja Kota Beruas yang pertama bernama Intaraja II (Songtam), Nai Hisbu Mad Azam Syah Ibni Maha Tammaraja Chief Khalifah Saiyidina Zahiruddin Mohd Bador Shah (Babur India Monghul,1569 Masihi).

Nai Hisbu Mad Azam Syah ialah Raja Siam dari Dinasti Ayut’ia Ke 21.Sila rujuk buku sejarah, “A History Of South East Asia”,1955 DGE Hall. Permaisuri Zahiruddin ialah Nor Aishah Begum Bavinnoung Mah In (Inta Tiral) puteri kepada Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia 1491 iaitu Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah yang juga bergelar Parameswara Melaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 07:44 PM | Show all posts
>>MAHARAJA CHINA ISLAM SAI TEE SUNG DARI DINASTI TANG

KUNING adalah warna Maharaja China, begitu juga warna raja-raja siam islam seperti tercatat dalam Undang Undang Kedah. Raja-raja siam islam ini adalah raja-raja melayu hari ini. Di Islamkan oleh utusan baginda Rasullullah SAW bernama Saad Bin Waqas dalam tahun 650 masihi di negeri China.
  
Laksemana Cheng Ho @ Syed Ajjal

Menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan Nusantara kerana berada dibawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar Naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan. Seorang puteri itu kami ketahui berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah di kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan bersemayam di Kota Naga. Sementara seorang lagi puteri kami tidak mengetahui. Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja disana?

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996 lagi. Sekarang bendera ini muncul semula tanpa kalimah diatas.Nampak gayanya ada pihak yang belum berpuas hati dan masih cuba menggelapkan sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini dengan membuang kalimah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:45 PM | Show all posts
Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140

Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Meriam Melayu Singgora

Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah "..Yangkam dengan Belat Yukbat.." sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London, UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.

Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.

Penduduk Islam di Yunan China


Masjid Xinjiang

Pintu masuk masjid asal zaman Sai tee sung. Xinjiang bermaksud naik jangkah.

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang

menggunakan teknik pahat batu

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA

Lawatan Imam muda China ke PERKIM di Malaysia

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA

Wajah-wajah masyarakat Islam disana. Sate memang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. Ramai yakin dan percaya bahawa makanan ini berasal dari nusantara atau lebih khusus lagi Malaysia. Sejarah ada mengatakan orang Melayu berasal dari Yunan@Funan di negeri China. Sudah pasti apabila berhijrah kesini mereka membawa gaya hidup bertamadun mereka seperti menanam padi, termasuklah juga resipi masakan dan pemakanan mereka.

Sate di Xian China


Penjualan Sate @ Kebab yang 'spicy ' @ pedas masih dijalankan dipasar malam disana. Click on the picture to see the link.

WANITA YUNAN

Jangan kata makanan seperti sate dan mee kari terdapat disana malah wanita muda disana memakai batik sepertimana wanita Melayu di Malaysia

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA


Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka

Jelas senibina China Islam

>> Peta Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Kheag Tesh-Islam tempatan)



Peta ini menunjukkan BUKTI jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744 SEBELUM ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat bawah) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China. Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasukki Thailand, cukup dengan mendapatkan sekeping "border pass" yang berharga RM 10 sahaja dan 2 keping gambar kerana Raja Chakri menggangap mereka-mereka ini sebagai rakyatnya juga (HIS SUBJECTS). Untuk mengetahui sejarah raja chakri yang menyerang semenanjong dan membunuh raja siam islam kita dahulu,copy and paste URL ini, http://www.soravij.com/kings.html. Untuk peta yang lebih jelas lihat dibawah blog ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 10:04 PM | Show all posts
x silap aku, cina jugak sedang menghaybridkan bangsa Melayu gak. cuba peratikan, berapa ramai gadis  ...
JodoKast Post at 16-12-2009 12:45


Apa yang barunya...bukan ker baba & nyonya tu hasil percampuran cina melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang baca buku ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.610346 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list