CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46608|Reply: 362

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 17-12-2009 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Hari tu ada selongkar bilik stor dan terjumpalah catatan lama novelet tak terpublish dan ingin dikongsikan bersama teman forumer. Citernye panjang gak.....kalau ada free time tu..silalah layanzzzz...

TIDUR
Matahari sepertimalas bangkit dari tidurnya pagi itu. Keadaan persekitaran desa kecil nelayanitu begitu lenggang sekali. Burung-burung tidak kedengaran berkicau, tiadakedengaran desiran dedaunan nyiur ditiup angin malah hempasan ombak juga tidakseperti biasa deburannya.
Dalam samar-samarcahaya pagi, Hadi melangkah turun dari dangau kecilnya lalu melangkahperlahan-lahan menuju ke pantai di mana sampan kecilnya tertambat.
Hadi sepertikebingungan melihat tiada sebuah sampan pun yang tinggal di gigi air pagi itu.
“Alamak, terlewatlagi aku pagi ini. Ke mana pula haluan yang lain ni?,” getus hatinya.
Hadi sebenarnyabukanlah seorang nelayan. Dia merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuahinstitusi pengajian tinggi awam di ibu kotadi dalam jurusan bio-marin. Telah hampirsebulan dia tinggal di perkampungan nelayan Peramu itu. Masih banyak kajianyang perlu dilakukannya di kawasan yang begitu menenangkan jiwanya.
Di desa nelayanitu, Hadi menumpang di sebuah pondok usang milik Lebai Karim, ketua kampungyang baik budinya. Pondok kecil itu sebenarnya telah diwakafkan oleh orang tuaitu untuk digunakan oleh sesiapapun yang memerlukan. Desa Peramu kerap menerimatetamu asing yang mahu merasakan suasana damai dan ramah mesra penduduknya yangbegitu menyenangkan dalam serba kekurangan.
“Alahai, camno ni?Nak pergi ke tidak ni? Cuaca baik. Terasa segar pula pagi ini. Rugi kalau takteruskan. “ bisik Hadi sambil kakinya menguis-nguis pasir yang sedikit basah.Kelembapan pasir itu menyebabkan dia sedikit kesejukan.
Hadi menolaksampan
kecil yang dipinjamkan LebaiKarim itu ke air. Dia hanya membawa sebuah beg kecil berisi alat perakam suara,sekotak mancis, sebuah buku nota, dan sebotol air masak. Sebilah parangtersisip kemas di pinggangnya. Itulah yang dipesankan Lebai Karim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2009 05:39 PM | Show all posts
“Kalau jadi apa-apapun InsyaAllah mudah bagi kamu.” Kata orang tua itu terngiang-ngiang di telinganya.
Air laut yang mulai pasang itu membuatkan Hadi terpaksa menguatkan dayungannya.
“Alamak, padan muka aku. Lain kali bangun lewat lagi. Udahlah kena tinggal, arus pasang ni pun sikit punya menyusahkan aku.” Rungut Hadi dengan muka yang berkerut.
Sampannya bergerak perlahan-lahan menuju ke jejeran pulau yang masih jauh kedudukannya. Inilah kali pertama baginya melakukan kajian di pulau-pulau itu.
“Tak apa ke aku seorang diri ke sana ni? Entah-entah ada markas lanun, mampus aku nanti. Entah pula ada naga ke, raksaksa ke, sikit punya haru ke...Ahh! Zaman moden ni, manalah ada benda-benda alah tu! Mengarut aje otak kartun aku ni.” Hadi tersenyum sendirian. Sejak berada di Desa Peramu itu, dia sering bercakap sendirian, bukan kerana tiada yang sudi berbicara dengannya tetapi banyak benda ilmiah yang difikirkannya. Sudah tentu tidak sesuai pula diluahkan kepada kawan-kawan barunya.
Sudah hampir sejam Hadi mendayung dan kini dayungannya semakin perlahan.
“Waduh..! Jauh lagi ni. Dah naik kebas tangan-tangan aku mendayung. Bilalah nak sampai macam ni!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2009 05:40 PM | Show all posts
Cahaya matahari pagi sudah mula membiaskan bahangnya. Hampir basah keseluruhan badan Hadi dek keringat yang tidak henti mengalir.
“Baik aku berehat dahulu. Awal lagi ni, tak perlu kelam kabut.”
Hadi berbaring di dalam sampannya. Entah kenapa matanya terasa berat sekali. Dalam beberapa detik sahaja Hadi telah berdengkur. .....
Sampan yang tidak dikemudi itu berolek-olek dilambung ombak dan.......arah haluannya sudah bertukar dan tiba-tiba ia meluncur laju....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2009 05:50 PM | Show all posts
MAKRIFAT

“Wah! Panasnya!” jerit Hadi sambil bingkas bangun dari baringan.
“Eh? Di mana pula ni? “ Hadi benar-benar kebingungan melihat persekitarannya yang tidak seperti sebelum dia tertidur tadi. Dia kini dikelilingi pulau-pulau kecil dan besar seperti satu lingkungan gergasi yang mahu menangkapnya. Memang terasa sedikit gerun di hatinya. Cahaya mentari tiba-tiba menjadi agak suram dilindungi awan tebal dan terasa seperti ada kabus nipis mengitari.
“Alamak, macamana ni? Ini bukan pulau yang aku tuju tadi. Lain macam je tempat ni. Baik aku mendarat dulu di sana tu.”
Hadi mendayung perlahan menuju ke pulau paling hampir dengannya.
“Cantik sungguh pulau ni. Pasirnya macam di Hawaii. Putih melepak. Seronok juga ni,”
Sampan ditariknya ke pantai. Matanya melingas ke sana-sini seperti mencari sesuatu.
“Sunyi tempat ni. Eh! Macam pokok durian tu!”
Hadi melangkah ke arah belukar berhampiran. Dengan berhati-hati dia meredah tumbuhan-tumbuhan renek ke arah pepohonan durian yang agak tinggi.
“Betullah, pokok durian ni! Mesti ada orang tinggal di sini. Lega hati aku. Hah! Itu seperti lorong je. “
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 09:07 PM | Show all posts
azred, ni ko tulis sendiri ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:21 PM | Show all posts
wowwwwwww bahasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2009 01:39 AM | Show all posts
azred, ni ko tulis sendiri ek?
kroit92 Post at 17-12-2009 21:07

Benar anaknda Kroit,,,,,,cubaan kedua nak tulis novel konon. Selama ni tulis fiksyen Inggeris je he he.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 01:40 AM | Show all posts
wowwwwwww bahasa
secawankopi Post at 17-12-2009 23:21


Abaikan bahasa....gua memang tak pandai lenggang lenggok bahasa....bukan orang sastera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2009 01:49 AM | Show all posts
Pemuda kurus itu melangkah laju menyusuri denai yang kelihatannya seperti sering dilalui. Di kiri kanan laluan itu dibarisi pohon-pohon buah yang kelihatannya dijaga rapi. Tidak ada setompok rumput pun di bawah pohon-pohon itu. Hadi melangut ke atas.
“Eh! Dah terpacak matahari atas kepala ni. Patutlah perut aku berkeroncong je rasanya.”
Langkahnya dilajukan lagi. Rasanya sudah agak jauh dia berjalan.
Awan tebal telah berarak pergi. Walaupun matahari memancar terik tetapi Hadi tidak merasakan kehangatannya. Mungkin disebabkan naungan pohon-pohon besar itu.
“Tak pernah pula Lebai Karim atau kawan-kawan yang lain tu ceritakan tentang pulau ini. Hairan juga. Apa yang mereka beritahu pulau-pulau di sini kebanyakannya pulau batu dan tak banyak pula tumbuh-tumbuhannya.”
Kepalanya digaru-garukan walaupun tidak gatal. Semakin jauh dia melangkah, semakin indah pula keadaan persekitarannya seperti lokasi perkelahan pula rasanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 01:50 AM | Show all posts
“Eh, tak nampak sesiapapun lagi ni. Satu binatang pun tak bertemu lagi. Cuti agaknya, heh!”
Hadi berhenti melepaskan lelah di perdu sepohon mempelam yang besar lilitan batangnya dua pemeluk orang dewasa.
“Tak pernah aku jumpa pokok-pokok sebesar ini. Sudah pasti berpuluh tahun usianya.
Sedang dia menguis-nguis tanah dengan sebatang ranting kecil, ekor matanya menangkap satu gerakan tidak jauh dari situ. Ketika itu juga bulu romanya tegak berdiri.
“Aik? Macam ada orang lalu di tepi aku tadi, tapi tak nampak pun. Mana pula perginya ni? Siapa tu hah! Eh, Assalamualaikum! “
Hadi bangun dan berlegar mencari-cari susuk tubuh yang dilihatnya tadi tetapi hampa.
“Pelik juga. Mungkin daun pisang agaknya tadi yang bergerak. Tapi kenapa pula aku rasa lain macam je ni?”
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 11:30 AM | Show all posts
bahasa awak bagus lah azred..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 11:33 AM | Show all posts
yg ni citer betul ke atau spt tajuk tuan tanah --> merapu" ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 01:16 PM | Show all posts
yg ni citer betul ke atau spt tajuk tuan tanah --> merapu" ??
medangmru Post at 2009-12-18 11:33



- pokcik merahh - sila jawap...!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 01:44 PM | Show all posts
beshhh...
dh abis baca....


















tp yg subtajuk nye je la dulu...

*** nanti akak baca tauuu...
pastu br bole komen...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:14 PM | Show all posts
beshhh...
dh abis baca....


tp yg subtajuk nye je la dulu...

*** nanti akak baca tauuu...
pastu br bole komen...
ana_una Post at 2009-12-18 13:44



hehhehe seramm tull


















Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 02:23 PM | Show all posts
pakcik azred mang suka merapu,... tahniah.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 03:30 PM | Show all posts
hehhehe seramm tull


pu3_fiona Post at 18-12-2009 14:14


ngade...
nak kena babap ni...


** siyesli..
lepeh akak baca citer TT ni..
dgn bhs yg digunakan...
TT bole maju ke depan...
sambung la lg...
akak saspen ni..
sebab pokok doyan tetiba ada kat pulau...
sesuai ke tanah kat situ??

****** suka pekataan ni---> MAKRIFAT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 03:33 PM | Show all posts
yg ni citer betul ke atau spt tajuk tuan tanah --> merapu" ??
medangmru Post at 18-12-2009 11:33


Baca dan buat kesimpulan sendiri.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 03:38 PM | Show all posts
Hadi memejamkan matanya. Anak kelahiran Perlis ini bukan calang-calang orangnya. Bapanya, Doktor Salam adalah seorang pakar metafizik yang mahsyur di Malaysia. Banyak juga ilmu-ilmu spiritual yang diperturunkan kepada anak lelaki tunggalnya itu.
Hadi menajamkan renungan makrifat dalam tafakurnya dan seketika kemudian dia ternampak susuk tubuh yang tegap dan tinggi berada tidak jauh di hadapannya. Wajah lelaki itu agak bengis seperti marah dengan kehadiran Hadi di situ.
“Assalamualaikum. Maafkan saya tuan, kalau menggangu.” Hadi menggunakan teknik getaran semadi telepathy untuk berbicara dengan makhluk yang sudah pasti berada dalam dimensi yang lain itu.
“Pulang!” tegas sekali suara garau dari mahkluk yang berpakaian seperti hulubalang Melayu lama itu dan dengan sepatah perkataan yang dihamburkannya itu, dia terus lenyap begitu sahaja.
“Wah! Marah sekali nampaknya. Siapalah gerangannya makhluk Allah ni? Memanglah aku nak pulang tapi arah ke mana? Nilah yang aku nak tanya ni tapi tak sempat pula.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 03:47 PM | Show all posts
Mata Hadi melingas ke sekeliling bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia yakin kemunculan susuk yang berpakaian Melayu lama ala pendekar tadi akan disusuli kejadian-kejadian  lain pula.
Tiba-tiba kawasan itu seperti dilanda ribut. Entah dari mana angin yang kuat datang mengganas, menggoncang pohon-pohon tua dan menghambur tanah berpasir sehingga mengaburi pandangan Hadi. Seketika kemudian, suasana kembali seperti sediakala.
“Maaflah tuan, saya bukan sengaja ke sini. Tak berniat nak ganggu sesiapapun." Angin semakin menggila ganansnya. Hadi terpaksa memejamkan matanya takut dimasuki debu tanah.
"Huh! Malaslah aku nak melayan dia ni. Baik aku cari manusia penghuni pulau ini sekarang.” Kata Hadi sambil menggelengkan kepalanya.
Dengan kepayahan, dia meneruskan perjalanan menyusuri denai yang semakin lama semakin melebar . Angin yang mengganas tadi terhenti setelah beberapa tapak Hadi melangkah. Tidak lama kemudian, dia tiba di satu kawasan yang agak lapang.
“Hah, nampaknya seperti kawasan kampong ni tapi ke mana pergi rumah-rumahnya?”
Hadi meninjau kawasan seluas padang bolasepak itu. Yang ada hanyalah kesan-kesan seperti kayu-kayu terbakar dan pecahan pinggan mangkuk lama bertaburan di sana sini. Terdapat beberapa buah telaga yang hampir ditutupi pokok-pokok menjalar Aneh sekali, suhu di sini agak dingin sekali. Hadi berasa yakin dia berada di dimensi lain ketika itu. Sesekali Hadi seperti terdengar suara-suara merintih yang samara-samar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.103307 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list