CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27834|Reply: 51

Honda CB400

[Copy link]
Post time 26-12-2009 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Honda CB400
selangkah di hadapan

Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR


HONDA mengejutkan industri berikutan aplikasi teknologi VTEC ke atas model CB400.

SELURUH dunia tidak boleh menidakkan kebolehan jurutera Honda dalam mencipta mesin dua roda yang berkualiti. Sejak model pertama CB750 muncul pada 1969, industri motosikal seolah-olah bersetuju menerima penanda aras baru dalam menetapkan pengkelasan jenis tunggangan.

CB750 ternyata sebuah motosikal yang sangat mendahului zamannya. Pengendaliannya stabil, susunan enjin, tahap getaran, pecutan dan ketahanannya meletakkannya antara motosikal 'kalis peluru' dalam eranya.

Tidak hairanlah, kehadirannya telah memonopoli pasaran, meninggalkan Triumph dan Norton yang jauh lebih konvensional. Sejarah berulang kembali sebagaimana kehadiran Toyota Hi-Lux/Land Cruiser yang 'menggantikan' dominasi Land Rover sejak sekian lama.

Pada zaman moden apabila enjin semakin kecil tetapi kian buas dan pantas, Honda telah turut serta dalam pertandingan sengit dalam industri motosikal. Mereka ada 600RR untuk menyahut cabaran Yamaha R6 dan Kawasaki ZXR600. Fireblade 1000R pula bertarung dengan YZF R1, GSXR dan ZX10R.

Rangkaian model CB


Di sebalik keghairahan menghasilkan mesin-mesin replika perlumbaan yang rumit, Honda tidak terlepas pandang produk berharga mereka. Di Malaysia Honda Cub EX5100 mungkin jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan produk gantian C70 dan C90 (oh ya mungkin Honda Fame) yang sangat berjaya.

Namun rangkaian motosikal CB lebih besar seperti CB400 sepatutnya dapat dijadikan komuter harian di sini. Malangnya seperti biasa, dengan cukai dan duti eksais motosikal yang dikelaskan dalam kategori barangan mewah, mana mungkin kita membeli sebuah motosikal yang lebih mahal daripada sebuah Myvi.

Kali terakhir motosikal CB400 spec III yang saya temui di salah sebuah kedai diletakkan dengan tanda harga lebih RM50,000. Oh ya. Ia sebuah model terpakai.

CB400 ialah produk yang sepatutnya mampu menarik minat orang daripada membeli sebuah kereta kepada pilihan menunggang motosikal. Dengan jumlah jualan kereta di Malaysia yang amat stabil, setengah juta unit setahun, tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi, infrastruktur jalan raya dan lebuh raya yang ada akan menjadi tepu. Ia akan sampai satu titik di mana tidak ada lagi ruang untuk kereta-kereta itu bergerak.

Lihat sahaja 10 tahun dahulu, kesesakan di lebuh raya adalah sesuatu yang asing. Tetapi hari ini kita terpaksa merancang perjalanan dengan betul agar tidak tersangkut berjam-jam di atas lebuh raya bila pulang ke kampung.

Teknologi VTEC Honda


Kapasiti kemampuan infrastruktur hari ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan sasaran awal pembinaannya. Jika senario ini berterusan, ia akan mendatangkan akibat sangat buruk kepada sistem pengangkutan negara secara keseluruhan.

Baiklah. Apa kaitan infrastruktur dengan CB400? Ini ialah sebuah motosikal yang saya pilih untuk dijadikan model kepada komuter pengangkutan pilihan menggantikan kereta. CB400 ialah motosikal entry level yang sangat mudah dikendalikan, hatta untuk mereka yang pertama kali menunggang sebuah naked berkuasa tinggi.

Enjin 399cc yang dipasangkan pada model itu mencakupi banyak variasi. Begitupun, variasi seawal Project Big One mungkin kurang dikenali di kalangan super Four itu. Kebanyakan peminat motosikal merujuk kepada model VTEC bermula daripada spec I hingga III.

Projek motosikal itu mengejutkan industri dengan teknologi VTEC Honda yang diperkenalkan padanya. Dikenali dengan HYPER VTEC dan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1999, konsepnya hampir sama dengan aplikasi pada kereta berenjin VTEC.

Maksudnya, daripada empat injap yang bergerak pada enjin, dua daripadanya 'direhatkan' semasa enjin berputar di bawah 6,700rpm. Kemudian, enjin akan meraung semula selepas berputar di atas 6,700rpm yang menjadikannya enjin dua dalam satu. Perlahan dan eknomikal untuk komuter harian dan menghamburkan kuasanya jika enjin dikerah secara paksa.

Sering berdoa


Pada 2002, Honda memperbaharuinya dengan Hyper VTEC II. Ia adalah rentetan kejayaan pertama, namun menyedari tidak ramai yang dapat menggunakan sepenuhnya teknologi akibat talaan putaran berada terlalu tinggi, ia dilaras semula dengan lebih rendah, 6300rpm.

Jadi fungsi injap VTEC itu berada lebih awal. Dengan penalaan dan penyesuaian yang lebih terperinci, tahap ekonomikal model Spec II berjaya ditingkatkan. Pada 2004, Hyper VTEC III diperkenalkan dan menjadi generasi Super 400 paling maju pernah dihasilkan. Membuktikan bahawa pembangunan motosikal Honda tidak hanya terletak pada model-model lasak mereka.

Tidak banyak perubahan ketara yang dilakukan terhadap variasi Hyper VTEC. Sejak 10 tahun lalu, model itu sudah pun dimajukan sistem pengendaliannya. Model terkini dipasangkan dengan penyerap hentak Showa di belakang dan fork yang sama untuk suspensi hadapan. Ia lebih daripada cukup untuk mengawal motosikal seberat 180kg.

Sistem breknya juga nyata tidak menghampakan. Model itu dipasang dengan cakera 285mm di hadapan dengan empat pengangkup. Sementara bagi model dengan opsyen sistem brek anti kekunci ABS, di belakangnya ialah cakera 235mm dengan pengangkup tiga omboh.

Enjin 399cc bentangan DOHC itu mampu menghasilkan 53 kuasa kuda dan 38Nm tork. Ia adalah hasil gabungan sistem suntikan PGM-F1, teknologi kereta yang telah diguna pakai sejak 90-an lagi. Bagi kebanyakan pemiliknya, setangki petrol 18 liter yang mampu membawa sehingga 400km ialah satu angka yang munasabah. Ia jauh lebih jimat daripada sebuah kereta berenjin sederhana dan tidak terlalu pelahap seperti sebuah sportsbike.

Saya sering berdoa satu hari nanti akan ada sebuah motosikal yang sama karekteristiknya dengan Kawasaki ER6N dijual pada harga lebih munasabah. Ia perlu mampu dimiliki dan harus lebih murah daripada sebuah Proton Saga.

Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula struktur cukai sedia ada agar kita dapat memberi pilihan kepada penduduk kota memilih pengangkutan yang efisien. Saya percaya ramai di luar sana yang tidak langsung menyimpan cita-cita membeli Hayabusa atau ZX14. Mereka cuma mahukan pengangkutan dua roda yang lebih berkuasa dan selamat ditunggang.




kalu jenama honda ajer  mmg aku minat ler....  TERutama  honda cup kapcai aku... hah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2009 11:15 PM | Show all posts
bagus Honda nih,
teknologi enjin dibawa masuk ke dalam motor,
tapi aku minat lagi Kawasaki nye motor..
he4 maybe tempias dari Kriss agaknye..
bile la enjin Campro nak masuk dalam enjin motor..
he4..masuk kat dalam Kriss pon ok gak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 01:44 AM | Show all posts
cb400 ni mahai beb..

adeh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 08:52 AM | Show all posts
Kali terakhir motosikal CB400 spec III yang saya temui di salah sebuah kedai diletakkan dengan tanda harga lebih RM50,000


reger dia boley beli 2 ninja uuu..hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 11:48 AM | Show all posts
harga tak ingat2 punya.. aku rasa motor tu tak mahai mana.. tp duti2.. cukai2 tu yg melampau2..

kalo kat siam.. bersepah2 je motor ni.. harga pun ada yg tak smpai rm5k..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 01:42 PM | Show all posts
harga tak ingat2 punya.. aku rasa motor tu tak mahai mana.. tp duti2.. cukai2 tu yg melampau2..

kalo kat siam.. bersepah2 je motor ni.. harga pun ada yg tak smpai rm5k..
Alt-F4 Post at 28-12-2009 11:48 AM


hu4..tahun depan harga motor SBK bakal turun kan?
harap2 yang CKD pon turun la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2009 01:10 PM | Show all posts
Dengar2 Honda pun nak CKD. Tak tahu moto apa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 01:51 PM | Show all posts
Dengar2 Honda pun nak CKD. Tak tahu moto apa..
Kilokahn Post at 30-12-2009 13:10


erkk... menarik ni... mana dapat citer ni bang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 02:26 PM | Show all posts
8# ryo_takahashi1

klu honda ckd rasanye cam si boon siew pasang ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 02:33 PM | Show all posts
kalo honda ckd kapcai punya buat apa...

kalo superbike okey la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 02:44 PM | Show all posts
kalo honda ckd kapcai punya buat apa...

kalo superbike okey la jugak..
Alt-F4 Post at 30-12-2009 02:33 PM


hehe
betul2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by ryo_takahashi1 at 30-12-2009 15:15

CB4 versi jerung

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:14 AM | Show all posts
kalo ada cb4 ni masuk mesia.. mau tidor tak lena aku. sebab aku penah tgk cb4 punya shoot.. mak ai tak hengat2 punya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by ryo_takahashi1 at 30-12-2009 15:15

CB4 versi jerung


ryo_takahashi1 Post at 30-12-2009 03:12 PM


korang tengok la enjin dia...
pergh...gile babeng...!
cam kalah je enjin v-twin kawasaki ek..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 11:01 AM | Show all posts
erkk... menarik ni... mana dapat citer ni bang...
ryo_takahashi1 Post at 30-12-2009 13:51


Cerita dari SBM. Tapi tak tahu moto apa yg nak di CKD kan.

Boon Siew tak proaktif macam Sunrock, Honda Motorcycle Japan setup anak syarikat dia kot kat sini.

So sapa yang teringin sgt pakai ER-6 tu, tunggu dulu... kita tgk apa Honda akan offer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 04:03 PM | Show all posts
apa model2 yg nak discon kat Japan most probably akan di hantar ke sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 01:14 AM | Show all posts
korang tengok la enjin dia...
pergh...gile babeng...!
cam kalah je enjin v-twin kawasaki ek..
dune1989 Post at 31-12-2009 09:14



dune.. enjin zxr250 mcm tu la rupa dia.. cuma kecik sikit la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 10:08 AM | Show all posts
dune.. enjin zxr250 mcm tu la rupa dia.. cuma kecik sikit la..
Alt-F4 Post at 2-1-2010 01:14 AM


yeke, kira jenis 4 cylinder in line gitu la ek?
mak aih..memang la laju..dah la satu silinder 4 valve..
kali 4 dah 16 memang la laju hu4..
zxr cume 250 yang ini 400..
pergh..agak2 400CC nih leh pegi laju mane ek..
aku tak penah merasa laju motor2 besar..
camne la rasanye ek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:29 PM | Show all posts
laju dune.. hampir2 dgn kelajuan cahaya.. kira kalo zxr aku dok sebelah pun mmg telan asap dia je la.. kalo motor lc yg tersangat laju tu.. hanya boleh berputih mata je la..

aku ada dgr cerita pasai cb4 yg hyper vtec.. depa ckp sama kuat dgn motor 600cc..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 07:55 PM | Show all posts
laju dune.. hampir2 dgn kelajuan cahaya.. kira kalo zxr aku dok sebelah pun mmg telan asap dia je la.. kalo motor lc yg tersangat laju tu.. hanya boleh berputih mata je la..

aku ada dgr cerita pasa ...
Alt-F4 Post at 2-1-2010 02:29 PM


he4, melampo le klu selaju kelajuan cahaya yeop..he4..
ate topspeed motor kome berape laju ek?
ninja 250r 200KM/H..klu tak silap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070546 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list