CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83119|Reply: 96

POKOK PAGARAN

[Copy link]
Post time 1-1-2010 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by enfagrow at 1-1-2010 08:11

salam,

maaf ya en/puan mod kalo post saya ni sudah ada dibincangkan sebelom2 ni. saya ada beli anak pokok 'pagaran'.. mcm pernah nampak ditanam sebelom2 ni. tapi tatau apa nama specifik ngan nama hariannya.. diharap forumis sekalian boleh la share idea2 untuk menghiasi pokok pagaran.. sebelom ni dah ada terbaca dlm ni tentang pokok pagaran.. tadi bila scroll balik.. tak jumpa pulak. saya agak berminat memandangkan rumah skrg ni end lot.. dan ada la tanah sekangkang kera kat tepi tu.. separuhnya sudah ditanam. tanahnya punyalah keras.. saya mampu korek 1ft dan gantikan dengan tanah yg lain utk menanamnya..
sebelom tu saya akan tempek gambar.. apakah nama pokok ni.. dan bagaimana penjagaannya.. berapa ketinggian yg boleh dicapai dan berapa lama hayatnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 05:30 PM | Show all posts

Merged : Pokok pagar

Post Last Edit by razifah at 14-4-2010 14:00

Pokok pagar dengan ciri tersendiri di rumah


POKOK siantan antara yang tercantik untuk
dijadikan pagar rumah.

ADA beberapa cara boleh dilakukan untuk menghias halaman rumah anda. Bagi rumah di kampung, pokok menjalar tidak berbunga seperti puding di halaman rumah memang kelihatan menarik kerana daun pokok itu berwarna-warni.

Tanaman berpagar pokok buluh juga sesuai ditanam untuk memagari rumah dengan susunan secara dua lapis. Pastikan ia dicantas rata bahagian pucuk setiap bulan supaya menimbulkan kesan dan pemandangan lebih menarik.



Pokok renek kecil seperti siantan (Ixora) atau pokok yang dikenal sebagai pokok teh dengan daun hijau kekuningan (Acalypha simensis) juga boleh ditanam sebagai pokok penanda sempadan.

Gabungan dua jenis pokok ini menghasilkan suasana lebih menarik.

Bagi rumah tepi di kawasan perumahan teres sama ada satu ada dua tingkat, pokok pagar hanya sesuai jika halamannya (rumah lot tepi) agak luas sekurang-kurangnya empat meter dari dinding rumah.


Rumput tikar tambah redupan suasana

RUMPUT boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman.



RUMPUT yang cantik bagaikan permadani hijau
terhampar di halaman rumah.

Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.

Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.

Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu yang disusun lurus lebih sesuai. Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.

Tanaman yang digantung juga sesuai untuk rumah yang mempunyai keluasan halaman yang kecil. Selain itu pondok kecil dan bangku kayu juga boleh didirikan untuk kemudahan anak-anak dan tetamu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 05:32 PM | Show all posts
Bunga tasbih sesuai jadi hiasan pagar



POKOK bunga tasbih, tumbuhan berbatang lembut atau nama botaniknya Canna orientalis dari keluarga Cannaccac adalah pokok hiasan yang boleh ditanam di kawasan taman. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Ia memiliki daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air.

Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya.

Apapun, bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman.

Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.

Tumbuhan herba ini boleh dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun atau rizomnya. Subur di kawasan yang lembap tetapi memerlukan cahaya matahari yang terik untuk membantu proses pembungaan.

Tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pokok latar belakang, menggunakan kaedah penanam kelompok, berbaris atau dalam satu gabungan dengan spesies pokok hiasan lain yang sesuai.

Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabilc dari keluarga Amaryllindaccac.

Dalam pada itu, pokok bawang bakung adalah tumbuhan herba yang memiliki daun berbentuk pedang sepanjang kira-kira 80 sentimeter bagi daun matang dan ada alur pada bahagian tengahnya. Ia juga sesuai untuk dijadikan hiasan kawasan taman.

Pokok ini boleh ditanam mengelilingi pokok Canna orientalis sekiranya kaedah penanaman bulatan menjadi pilihan. Langkah ini akan menyerlahkan gabungan warna bunga yang menarik di samping memanfaatkan aroma bunga bawang bakung pada waktu malam.


BUNGA berwarna merah
mempunyai enam kelopak
yang tersusun dalam
dua lapisan.

Bunga bawang bakung lazimnya kembang sekuntum pada batang salur hijaunya yang panjang dengan serlahan bunga berwarna putih bersama enam sari salut yang terjurai dari tiub sulurnya.

Zephyranthes rosea, pokok bebawang yang berasal dari kawasan tropika Amerika dengan bunganya keluar apabila dedaun panjang dalam bentuk nipis itu layu (pupus).

Bunganya yang berwarna merah muda mempunyai enam kelopak yang tersusun dalam dua lapisan. Kebiasaannya empat kuntum bunga bercantum pada satu pangkal dengan enam stamen yang panjang. Pokok ini sesuai disusun di celah pokok bawang bakung.

Lazimnya, tanah gambut yang bercampur tanah liat mempunyai kandungan air yang cukup bagi keperluan tumbesaran pokok dan tidak memerlukan kerja penyiraman kerap berbanding di kawasan kering terutama tanah berpasir.

Satu lagi spesies bebawang dari Cuba, Hippcastrum reticulatrum dengan sekuntum bunganya setiap satu pokok boleh ditanam dalam lingkungan bulatan di hadapan pokok Zephyranthes rosca. Pokok ini yang memiliki daun seiras daun kucai hanya mencapai ketinggian sehingga 15 sm dan berbunga selepas musim kemarau panjang.


FAKTA: Bunga Tasbih
Nama Botanik:
Canna orientalis
Keluarga: Cannaccac
Keistimewaan: Bunga berkembang selama sebulan
Daun: Besar dan berupih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 05:36 PM | Show all posts
Lidah Jin sesuai untuk pagaran

DULU, pokok Lidah Jin tumbuh terbiar dalam semak dan pinggir hutan. Kini, pokok itu yang nama saintifiknya Sansevieria menjadi pokok hiasan popular di kalangan peminat seni taman kerana keunikan daun serta ketahanannya terhadap sebarang cuaca.

Pokok hiasan tidak berbatang dan berasal dari Afrika ini sememangnya mudah hidup. Ia sesuai pada suhu 16 hingga 21 darjah Celsius dan boleh dimanfaatkan sebagai tanaman sempadan, pagaran, di dalam pasu, bersama pokok lain dan lebih menarik sebagai pokok hiasan untuk taman batu.


POKOK hiasan tidak berbatang
dan berasal dari Afrika
ini sememangnya mudah hidup
dan sesuai ditanam dalam
rumah berhampiran tingkap.


Pokok ini lebih mudah hidup sekiranya diletakkan di kawasan redup atau kawasan bersuhu 10 darjah Celsius dengan dedahan cahaya yang cukup dan mampu bertahan untuk tempoh lama.

Ia juga sesuai ditanam dalam rumah tetapi mesti diletakkan berhampiran tingkap bagi membolehkannya mendapat cahaya matahari yang akan membantu proses fotosintesis dan proses tumbesarannya.

Sanseveria yang turut dikenali dengan nama Lidah Ibu Mentua (Mother-In-Law's-Tongue) di negara Barat memerlukan tanah yang sesuai, menggunakan kaedah penyediaan tanah campuran membabitkan kandungan kompos. Ini perlu untuk menggalak pertumbuhan akar.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan media selain tanah seperti longgokan batu sungai bersaiz kecil dengan sedikit air yang diletakkan di dalam balang kaca bersaiz besar atau sederhana, sesuai ditempatkan di atas meja hiasan atau almari.

Penanaman dalam rumah memerlukan sedikit pengurusan iaitu memerlukan semburan halus air pada daunnya dan gunakan kapas untuk menyapu habuk dan ia membantu menyerlahkan daunnya yang berkilat.


Spesies Sansevieria:

1. Sansevieria cylindrica Bojer:
Memiliki daun berbentuk selinder, tegak panjang dan tajam hujung puncak daun dalam ukuran dua hingga tiga sentimeter lebar. Daunnya berwarna hijau tua berbelang-belang kelabu.

Spesies ini seakan-akan pokok sekulen kerana daunnya turut menyimpan sedikit air walaupun keras. Bunganya tidak indah dipandang, terserlah dalam kuntuman kecil dan berjambak. Tangkai bunganya keluar secara memanjang dari celahan daun tengahnya.

2. Sansevieria hahnii:
Spesies ini paling diminati kerana bentuknya yang padat dan rendah dengan ukuran panjang daunnya sehingga enam sentimeter. Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan kebanyakannya digunakan untuk menyerikan dekorasi taman batu.

3. Sansevieria trifasciata Prain:
Spesies ini yang mempunyai daun panjang yang tajam, tebal dan keras. Warnanya kelabu berbelang-belang hijau tua. Pertumbuhan yang subur akan menyerlahkan bentuk daunnya yang berpintal-pintal.

4. Sansevieria trifasciata:
Daripada varieti laurentii pula memiliki daun lebih tebal dan keras. Pokoknya kelihatan lebih tegap dengan keindahan warna daunnya kelabu berbelang-belang hijau tua yang diserikan dengan jalur kuning muda pada keseluruhan tepi daun.

Cara menanam dan membiak:

Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun. Ia mudah berakar sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman.

Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi memudahkan proses penyemaian. Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput. Ini akan menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.

Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka atau hujan lebat. Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 05:43 PM | Show all posts
Pokok menjalar hiasi pintu gerbang


POKOK duit-duit atau nama
saintifiknya Scindapsus Aureus.

POKOK menjalar atau memanjat memerlukan penjagaan rapi malah perlu disediakan para atau jaring dawai bagi memudahkannya menjalar.

Bagaimanapun, jika pokok ini dimanfaatkan sebagai elemen hiasan, ia tetap menyerlah kerana sesetengah pokok itu memiliki bunga yang cantik dan berwarna-warni.

Ada peminat seni taman menanam pokok ini sebagai hiasan dinding pagar dengan memilih pokok yang mempunyai akar melekat seakan-akan pokok parasit. Bahkan, mereka yang kreatif sentiasa menghargai keunikan pokok ini dengan menanamnya dalam pasu gantung menggunakan dawai sebagai bahan sokongan kepada sulur pokok untuk berpaut.


BUNGA trumpet digemari
masyarakat Cina.

Bunga trumpet adalah tumbuhan renek yang memanjat paling digemari masyarakat keturunan Cina untuk menanamnya di sepanjang pagar rumah mereka. Thunbergia laurifolia dari keluarga Acathaceae ini juga mempunyai bunga berjambak membabitkan kira-kira 20 kuntum bunga berwarna putih. Bunganya hanya kembang pada waktu pagi.

Bunga akar dani (Drunken Sailor) sesuai ditanam untuk menghiasi pintu gerbang. Pada awal pengeluaran, bunganya menyerlahkan warna putih dan mempunyai keunikan berubah warna kepada merah pada hujungnya.

Quisqualis indica dari keluarga Combretaceae ini juga berbunga secara berjambak tetapi hanya pada hujung ranting sulurnya yang berkayu.

Ficuis pumila adalah satu-satunya anggota keluarga Moraceae yang mempunyai sifat memanjat. Akarnya akan kuat melekat pada penyokongnya. Ia hanya sesuai ditanam untuk dijadikan penutup dinding atau pagar batu yang dibina. Pertumbuhannya sangat cepat dan daunnya sentiasa menghijau seakanakan pokok plastik.

Scindapsus aureus daripada keluarga Araceae atau pokok duit-duit yang memiliki batang mudah melekat pada dahan dan dinding.

Pokok memanjat ini hanya menyerlahkan keindahan daunnya. Ia sesuai ditanam di kawasan yang teduh sama ada menggunakan pasu berpara atau kaedah gantung.

Pokok Bunga Bertih (Antiginon leptopus) daripada keluarga Polygonaceae adalah pokok memanjat yang mempunyai batang licin dan lembut dengan daunnya berwarna hijau berbentuk hati.

Serlahan bunganya menarik dengan lima ranggi berwarna merah muda keputihan dan di hujung gugusan bunganya ada sulur paut.

Bunga kembang songsang daripada keluarga Liliaceae atau nama botaniknya Gloriosa superba dengan daunnya yang berbentuk tirus dan serlahan enam kelopak bunga berbentuk runcing serta berombak kemerahan-merahan juga menarik ditanam.

Bunga memanjat yang banyak terbiar di kawasan kampung khususnya di tanah beris ialah bunga nyonya makan sirih. Spesies ini dipercayai berasal dari Afrika Barat tergolong dalam keluarga Verbenaceae dengan nama saintifiknya, Clerodendron thomsonae.

Sulur batangnya berkayu yang mampu memanjat sehingga 10 meter mempunyai daun hijau tua berkilat antara tujuh dan 0 sentimeter. Bunganya berjambak di antara batang dan daunnya.

Kadangkala keluar pada hujung dahan dengan warna merah terang yang bersalut ranggi putih.

Empat stamen dan satu pistil panjang terkeluar daripada kelopak bunga adalah identitinya. Pokok ini juga dikatakan berfungsi dalam perubatan tradisional khususnya untuk merancang jarak kelahiran anak.

INFO

Bunga trumpet (Thunbergia laurifolia) tumbuhan renek yang memanjat pagar, paling digemari masyarakat keturunan Cina.

Bunga memanjat yang banyak terbiar di kawasan kampung khususnya di tanah beris ialah bunga nyonya makan sirih atau Clerodendron thomsonae.

Ficuis pumila, satu-satunya anggota keluarga Moraceae yang mempunyai sifat memanjat. Ia hanya sesuai ditanam untuk dijadikan penutup dinding atau pagar batu.

Bunga kembang songsang atau nama botaniknya Gloriosa superba. Daunnya berbentuk tirus dan serlahan enam kelopak bunga berbentuk runcing serta berombak kemerahanmerahan juga menarik ditanam.

Pokok Bunga Bertih (Antiginon leptopus) daripada keluarga Polygonaceae adalah pokok memanjat yang mempunyai batang licin dan lembut dengan daunnya berwarna hijau berbentuk hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 01:06 AM | Show all posts
MANO GAMBARNYA?? TAK SMPAT AKK NK TENGOK.  1 LAGI MASA AKK P LAMAN FESTIVAL, ADA YG JUAL ANAK POKOK EUGENIA ATAU KELAT PAYA YG BARU, YG DAUN DIA MERAH. BUKAN OREN2 TU..ORG KATA WARNA MERAH ASAM KE.. CANTIK BILA KENA PANAHAN MATAHARI.. :ah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2006 03:05 PM | Show all posts
pokok pinang pun leh jadik pokok pagar tak?
hehe

nampak mcm sederet jerk


Pokok pinang ditanam ikut kesesuaian tempat

ADA pemilik rumah gemar menanam pokok kekal sebagai hiasan taman. Pokok pinang yang memiliki batang berwarna kuning, oren dan hijau adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel.


POKOK pinang ditanam
berderetan di tepi jalan.

Pinang raja, misalnya adalah salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini.

Ramai yang menanamnya di halaman rumah. Jika kawasan tidak luas, cukup sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas, pokok itu boleh ditanam berbaris.

Ia juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm dari keluarga Areceaceyang mempunyai mayang bercabang dengan sulur merah. Buah hijau pada peringkat awal berubah menjadi hitam apabila masak turut menarik pandangan.

Pinang kuning atau golden cane palm pula sesuai ditanam di kawasan rekreasi dengan penjagaan daun berterusan. Pelepah kering perlu dicantas dan pokok ini memerlukan pembajaan yang betul menggunakan sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE bagi pokok muda dan 15:15:15 sebaik saja mengeluarkan buah empat kali setahun.


Pinang kubis

PENGHUNI yang mempunyai rumah batu dilengkapi laluan berturap sesuai menanam pokok pinang kubis (roystonea oleracea) berasal dari Barbados yang menyerlahkan keunikan batang tunggalnya lurus, pangkal pokok besar dengan ketinggian antara 30 hingga 40 meter. Penanaman secara deretan adalah kaedah paling sesuai.


PINANG cukup dikenali
di kalangan masyarakat
Melayu dan India.

Pokok yang dipercayai berasal dari selatan Florida dan Cuba, palma raja atau roystonea regia semakin digemari peminat seni taman. Ia sesuai ditanam sederet untuk menghiasi pembahagi jalan atau di tepi pagar rumah penggemarnya.

Keunikannya terserlah apabila mengeluarkan jambak mayang yang lebih besar dan tandan yang agak panjang bersulur berwarna jingga. Buahnya yang hijau kekuningan akan berubah menjadi merah gelap apabila masak bagi menambah seri kepada pokok berkenaan.

Pinang sirih pula mempunyai buah merah dan sesuai ditanam secara deretan atau kelompok dengan jarak rapat. Kombinasinya dengan pokok renek lain boleh membantu menambah daya tarikan.

Cara menanam

ADA dua cara iaitu semaian biji benih atau belahan rumpun melalui proses pengasingan anak yang tumbuh pada umbinya.


DERETAN palma raja menarik dijadikan pokok hiasan.

Dua bahagian pasir sungai dan satu bahagian serbuk kayu (sisa gergaji) diperlukan sebagai media penyemaian yang diisi ke dalam pasu atau tapak semaian yang tingginya kira-kira 30 sentimeter dan mendapat pendedahan cahaya matahari sebanyak 50 peratus.

Anak benih yang sudah berakar dan mempunyai dua hingga tiga helai daun boleh dipindahkan ke tapak penanaman. Baja yang disyorkan ialah campuran najis haiwan yang reput, tanah bakar dan pasir dengan campuran 5:3:2.

Anak benih yang diambil menggunakan teknik belahan boleh terus disemai ke tapak semaian atau pasu yang menggunakan nisbah campuran sama. Penjagaan rapi tidak diperlukan kerana pokok ini adalah spesies lasak.

Penanamannya memerlukan bekalan air yang banyak dengan pembajaan baja sebatian kompleks sebanyak tiga kali setahun. Pada pangkal pokoknya boleh ditanam pokok renek seperti ixora untuk menambah seri taman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 10:16 PM | Show all posts
:cry:  MANOOO GAMBO NYO SYD...

HAAAA..NAMPAK DAAH... TQ SYD.. 1 LAGI SYD, POKOK KELAT PAYA ATAU EUGENIA YG BARU..PUCUK2 WARNA MERAH, BUKAN OREN OR KUNING2..CANTIK BILA KENA PANAS MATAHARI.. BUT MESTI KITA KENA CANTAS SELALU UTK BUAT JADI POKOK PAGAR, IF NOT, NANTI BATANG DIA TINGGI, DAUN2 DIA KE ATAS, DAAH NAMPAK JARAANG BAHAGIAN BAWAH..BURUK!

ADA KAT UMAH AKK KAT SANA, SAYANG LAA, DIA TRIM CANTEEEK BLAH ATAS, TAPI MUNGKIN SBB DAH BESAR BARU NAK TRIM, SO, NAMPAK LAA BATANG2 DIA. TAK RAPATLA DAUNNYA KE TANAH, MCM ORG PAKAI SKIRT.. :lol

[ Last edited by  sheila at 25-7-2006 10:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 07:29 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Pokok "PAGAR" yg membawak maksud utk 'memagar' sesuatu kawasan.
Yakni....
1. menghalang penglihatan orang dari luar
2. menghalang kambing or lembu dari memasuki kawasan tersebut.

Sekira nya ia tidak dapat berbuat sedemikian, maka ia tidak bolih di takrifkan sebagai Pokok PAGAR.
Spt yg di tunjuki di atas..........Pokok Pinang. (jarang yg jauh)

Satu NASIHAT utk yg ingin menanam Pokok 'PAGAR' ini.
1. kena rajin trimming
2. selalu membaja
3. selalu menyiram
4. sebulan sekali mengembur tanah sekeliling.

Teman telah tanam 200 pokok Izora keliling ghumah.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 05:54 PM | Show all posts
Pokok pagar yang dimaksudkan di sini 'hedges' ke utk 'screening' ekk.....?

Selain dari tu nak tambah, pokok renek (shrubs) lain yang menggunakan fungsi daun utk fungsi pagar yg popular macam pokok2 ni...



Acalypha siamensis (pokok teh orang panggil)



pokok malphigia coccigera (pokok ini juga biasa dibuat utk topiari / bonsai)


pokok Baphia nitida

dan ada 2-3 spesis lagi yang memfokuskan fungsi daun sebagai pokok pagaran... eg Ficus nitida gold dan Eugenia oleana...Bambusa sp (spesis buluh)juga..

[ Last edited by  blackpurple at 7-9-2006 05:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

jati This user has been deleted
Post time 7-9-2006 07:09 PM | Show all posts
semuanya menarik
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 09:58 AM | Show all posts
pokok pagar kat umah saya tuh tatau nama pa... tp kitaorg pangge pokok teh...

trim elok2....senang nak menjemur....letak ja atas pokok tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 02:46 PM | Show all posts
Tanaman pagaran beri hak tersendiri
Oleh Norakmah Mat Youb.



DALAM pengindahan landskap sama ada untuk kawasan luas atau sekadar taman kecil di pekarangan rumah, pokok yang ditanam di sepanjang laluan atau jalan dikenali sebagai hedges.

Hedges, istilah yang digunakan dalam seni bina landskap, membawa maksud pagar hidup atau pagar daripada tumbuhan. Ia turut dikenali sebagai 憈anaman pagaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-2-2007 02:46 PM


nk tny opinion u all....
i nk buat pagar pokok.....means nk tanam pokok sederet ngan pagar nie....
pokok ape yg sesuai yek...
kalu pokok nie ( x sure ape  name nye...tp mcm lalang lh....ade bunga kot...tp x pernah kuar lg...so x sure bunga nye camne) letak kt sederet pagar nie ...ok tak.....
sesaper tau...psl pokok'lalang' nie....boleh membesar (boleh tinggi @ membesar tak?)
satu lg pokok nie....x sure ape name nyer gak...tp rase nyer pokok nie bleh lg tinggi...betul tak?
sesaper yg terror psl landscape ker...bleh lh bg idea skit
actually pokok 'lalang' & pokok 'tinggi' nie...dh tanam kt tanah...i bleh alih kn balik tak kt other location (eg: kt tepi2 pagar nie)

  nak buat/tanam pokok kt sederet pagar nie. any opinion, pokok ape yg sesuai? kalu boleh i nk jenis yg same...nmpk seragam.

     

nie pokok'lalang'....ok tak tnm sederet kt pagar nie....just nk jd kn border pagar jer...




nie pokok 'tinggi'.....
i rase mcm nk letak 2 layer kt border pagar tu...
means 1st layer, tnm pokok 'tinggi' nie & 2nd layer pokok 'lalang' nie...ok ker idea cam tu?
tp i x sure pokok'lalang' nie ade kuar bunga ker tak...boleh membesar ker tak

pokok2 nie dh tanam kt tanah....i boleh alih kan ker?
any advise?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:39 AM | Show all posts
xde gmbarrr ponnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:41 AM | Show all posts
kalu posting #13, ada gambo

yang kat atas tuh, gambo dah ilang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 10:34 PM | Show all posts

Pokok Teh Batik



Nin dia pokok teh batik...aku nak buat hedges

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:35 PM | Show all posts

close up



close up pokok teh kt rumah aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2007 06:06 PM | Show all posts

Reply #13 akira1000's post

akira... tu bukan pokok lalang yang oi... walking iris namanyer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 04:02 PM | Show all posts


pokok ni bleh wat pagar..
daun ngan btg dier lembut je..
amik 2-3 btg je..cucuk jadik byk..
skang ni baru pindah kat tepi umah...
nak tunggu dia kembg & padat skit..
baru trim...

[ Last edited by  4u2luv at 13-11-2007 04:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075053 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list